You are on page 1of 8

Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah (3 tahun)

Tema Huruf dan abjad


Sub tema Huruf kecil
Tajuk Huruf kecil a, b, c dan d
Umur 3 tahun
Bilangan pelajar 4 orang
Tempoh masa 30 minit
Elemen merentas Bahasa Malaysia
kurikulum (integrated
curriculum areas)
Tunjang Membaca, menulis, mendengar dan bertutur
Objektif Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Pengetahuan: mengenali huruf kecil a, b, c dan d.
2. Kemahiran: meningkatkan kemahiran kreativiti mereka
semasa menggunakan doh dan putik kapas
untuk membuat abjad.
3. Nilai: Kesabaran
Pengetahuan sedia Kanak-kanak boleh menyebut abjad dalam bentuk nyanyian.
ada (prior knowledge)
Bahan Doh, kad huruf kecil, putik kapas, cat air buncho
Fasa/langkah 1) Permulaan (5 minit)
a. Cikgu berkumpul kanak-kanak dan meminta mereka
duduk dalam bulatan di lantai.
b. Cikgu bersalaman dengan kanak-kanak dan.memberitahu
mereka bahawa tajuk yang akan dipelajari pada hari ini,
iaitu huruf kecil a, b, c and d.
c. Cikgu mengajar perbendaharaan kata seperti a untuk air, b
untuk bola, c untuk cawan dan d untuk dadu kepada
kanak-kanak.
d. Cikgu mengedarkan satu set kad huruf kecil a, b, c, dan d
kepada kanak-kanak dan meminta mereka menggunakan
tangan untuk menulis huruf kecil pada kad tersebut.
e. Berikut adalah contoh untuk kanak-kanak menggunakan
tangan untuk menulis huruf kecil pada kad tersebut:
2) Aktiviti 1 (10 minit)
a. Cikgu menyuruh kanak-kanak duduk di atas kerusi.
b. Cikgu mengedarkan putik kapas, cat air buncho dan kad
huruf kecil a, b, c dan d kepada kanak-kanak.
c. Cikgu demonstrasi kepada kanak-kanak tentang cara
menitik putik kapas dengan menggunakan cat air buncho
bagi menghasilkan huruf kecil a, b, c dan d.
d. Selepas kanak-kanak memahami, mereka mula menitik
putik kapas dengan menggunakan cat air buncho bagi
menghasilkan huruf kecil a, b, c dan d mengikut kreativiti
mereka.
e. Berikut adalah contoh yang perlu dilakukan oleh kanak-
kanak:

3) Aktiviti 2 (10 minit)


a. Cikgu menyuruh kanak-kanak duduk di atas kerusi.
b. Cikgu membahagikan kertas dan doh kepada kanak-
kanak.
c. Cikgu demonstrasi kepada kanak-kanak tentang cara
melekatkan doh pada kertas untuk menghasilkan huruf
kecil a, b, c, dan d.
d. Selepas kanak-kanak memahami, mereka mula
melekatkan doh pada kertas untuk menghasilkan huruf
kecil a, b, c, dan d mengikut kreativiti mereka.
e. Berikut adalah contoh yang perlu dilakukan oleh kanak-
kanak

4) Penutup (5 minit)
a. Cikgu meminta kanak-kanak menunjukkan hasil kerja
masing-masing.
b. Cikgu meminta kanak-kanak untuk mengimbas kembali
topik pembelajaran yang telah dipelajari.
Penilaian/
Pemerhatian
Hasil pembelajaran 1. Kanak-kanak dapat mengenali huruf kecil a, b, c dan d.
(Learning outcomes) 2. Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran kreativiti
mereka semasa menggunakan doh dan putik kapas untuk
membentuk abjad.
3. Murid-murid dapat mengamalkan sikap kesabaran semasa
melakukan akitiviti.
Rancangan Pelajaran Harian Prasekolah (5 tahun)
Tema Anggota badan
Sub tema Lima deria
Tajuk Deria rasa
Umur 5 tahun
Bilangan pelajar 4 orang
Tempoh masa 30 minit
Elemen merentas  Sains
kurikulum (integrated  Bahasa Melayu
curriculum areas)  Lagu dan pergerakan
Tunjang (learning Mendengar, membaca, bertutur, menulis
areas)
Standard SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria: (v) rasa
Pembelajaran (KSPK) SA 2.5.2 Membuat ramalan apa yang akan berlaku berdasarkan
aktiviti yang dijalankan
Objektif Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Pengetahuan: mengetahui empat kawasan deria rasa yang
terdapat pada lidah.
2. Kemahiran: meramalkan dan menerangkan rasa makanan yang
berbeza melalui deria rasa.
3. Nilai: menyertai aktiviti dengan aktif.
Pengetahuan sedia Kanak-kanak pernah merasai pelbagai jenis makanan.
ada (prior knowledge)
Bahan  Buatan tangan model lidah
 Kad perkataan “manis”, “masam”, “pahit” dan “masin”
 Kad gambar dengan dua belas jenis makanan
 Tack-it
 Empat pensel
 Empat lembaran kerja ramalan
 Rasa makanan yang berlainan (garam, telur masin, ikan
masin, gula, madu, mangga, serbuk kopi, peria, coklat
hitam, hirisan lemon, limau dan epal hijau)
 Empat pinggan kertas
 Empat lembaran kerja (penilaian pembelajaran kanak-
kanak)
Fasa/langkah 1) Permulaan (7 minit)
a. Cikgu berkumpul empat kanak-kanak dan meminta mereka
untuk duduk dalam bulatan di lantai.
b. Cikgu bersalaman dengan kanak-kanak dan memberitahu
mereka tentang tajuk yang akan dipelajari pada hari ini, iaitu
mengenali lidah kita.
c. Cikgu bertanyakan soalan kepada kanak-kanak,
sebagai contoh:
 Di manakah lidah anda?
 Apakah fungsi lidah?
 Apakah rasa yang kita boleh rasai melalui lidah?
d. Cikgu menunjukkan buatan tangan model lidah kepada kanak-
kanak.
e. Berikut adalah buatan tangan model lidah:

e. Cikgu menjelaskan deria rasa manis, masin, masam


dan pahit kepada kanak-kanak melalui model lidah.

2) Aktiviti 1 (5 minit)
a. Cikgu menunjukkan kad gambar dengan dua belas jenis
makanan yang berbeza di lantai.
b. Cikgu meminta kanak-kanak untuk melekatkan kad gambar
pada buatan tangan model lidah itu mengikut permahaman
mereka dengan menggunakan tack-it.

3) Aktiviti 2 (15 minit)


a. Cikgu menyediakan makanan yang mempunyai perisa yang
berlainan di atas meja, iaitu garam, telur masin, ikan masin,
gula, madu, mangga, serbuk kopi, peria, coklat hitam, hirisan
lemon, limau dan epal hijau
b. Cikgu mengedarkan pensel dan lembaran kerja tentang pra-
ramalan rasa makanan yang berlainan kepada kanak-kanak.
c. Cikgu meminta kanak-kanak untuk menulis ramalan mereka
pada lembaran kerja yang diberikan.
d. Berikut adalah contoh lembaran kerja yang perlu diberikan
kepada kanak-kanak:
Ramalan rasa Makanan Rasa sebenar
d. Dengan ramalan yang dibuat, cikgu meminta kanak-kanak
untuk menjalankan penerokaan terhadap perisa makanan yang
berlainan.
e. Selepas kanak-kanak menerokai setiap makanan, mereka
digalakkan untuk menerangkan deria rasa mereka untuk setiap
makanan, misalnya manis, masin, masam atau pahit.
f. Cikgu meminta kanak-kanak untuk meneka nama makanan
yang telah dimakan oleh mereka.
g. Apabila kanak-kanak memberitahu jawapan mereka, cikgu
meminta mereka untuk merujuk kepada jawapan dalam
ramalan mereka tentang rasa dan menulis rasa sebenar pada
lembaran kerja itu.

4) Penutup (3 minit)
a) Cikgu mengukuhkan pelajaran dengan menanyakan beberapa
soalan kepada anak-anak:
 Apakah makanan yang mempunyai rasa manis?
 Apakah makanan yang mempunyai rasa masam?
 Apakah makanan yang mempunyai rasa masin?
 Apakah makanan yang mempunyai rasa pahit?
Penilaian/ Cikgu memberikan kanak-kanak pensel dan lembaran kerja
Pemerhatian penilaian. Kanak-kanak diminta oleh cikgu untuk melukis
kawasan rasa lidah pada penilaian lembaran kerja itu. Berikut
adalah lembaran kerja penilaian:

Hasil pembelajaran 1. Kanak-kanak dapat mengetahui empat kawasan deria rasa


(Learning outcomes) yang terdapat pada lidah.
2. Kanak-kanak dapat meramalkan dan menerangkan rasa
makanan yang berbeza melalui lidah.
3. Kanak-kanak dapat menyertai aktiviti dengan aktif.
Sumber rujukan

You might also like