You are on page 1of 11

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menilai prestasi

semasa pendidikan negara telah mengambil kira pencapaian lampau dan


membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini telah menghasilkan
visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada
masa hadapan. Pelan ini mengandungi 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan. (PPPM)
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan bersedia bersaing di peringkat
antarabangsa, maka negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan
berdasarkan konteks Malaysia. Oleh itu aspirasi ini merangkumi dua bidang iaitu aspek
sistem pendidikan dan murid secara individu. Secara khususnya ialah aspirasi sistem
dan aspirasi murid. Aspirasi sistem merujuk kepada sistem pendidikan secara
keseluruhan yang terbahagi pula kepada 5 perkara utama yang ingin dicapai oleh
negara.
Aspirasi sistem yang pertama ialah akses, semua kanak-kanak warganegara
mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai
potensi individu masing-masing Kedua kualiti, semua kanak-kanak berpeluang
menikmati pendidikan berkualiti setanding antarabangsa iaitu sepertiga teratas dalam
pentaksiran TIMSS dan PISA. Ketiga ekuiti, sistem pendidikan yang berprestasi tinggi
menyediakan taraf pendidikan berkualiti melangkaui batas geografi, gender dan latar
belakang sosioekonomi. Keempat perpaduan, murid seawal usia 7 hingga 17 tahun
menghabiskan masa satu perempat di sekolah dan mereka berinteraksi tanpa
membezakan latar belakang sosioekonomi, agama, etnik, serta mereka belajar
memahami, menerima perbezaan sehingga mereka sanggup berkongsi pengalaman
untuk membangunkan negara. Kelima, kecekapan, kerajaan berhasrat mengekalkan
pelaburan semasa dalam bidang pendidikan agar keberhasilan setimpal dengan belanja
yang telah disalurkan.
PPPM mendukung terus Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya seimbang
dan menjadi asas aspirasi murid. Aspirasi murid pula terbahagi kepada 6, pertama
pengetahuan iaitu setiap kanak-kanak mestilah menguasai literasi dan numerasi agar
tidak menimbulkan masalah apabila ke peringkat menengah. Kedua kemahiran berfikir,
murid diajar untuk mendapat pengetahuan sepanjang kehidupan mereka. Ketiga
kemahiran memimpin, kebolehan memimpin secara berkesan sangat penting agar
murid dapat mencapai potensi yang sebenarnya. Keempat Kemahiran dwibhahasa,
setiap kanak-kanak disasarkan mampu menguasai dua bahasa sekurang-kurangnya
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kelima etika dan kerohanian, memupuk etika
dan kerohanian dalam diri murid untuk mendepani cabaran agar mampu menyelesaikan
konflik dengan harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika
berada dalam situasi yang kritikal dan berani melakukan Sesutu perkata yang betul.
Keenam, identiti nasional, dilaksanakan melalui penghayatan rukun negara. Murid
bangga menjadi warganegara Malaysia. (PPPM 11:2013)
Penetapan dasar amat penting dalam pembinaan pelan pembangunan
sesebuah organisasi, contohnya salah satu daripada aspirasi murid yang ingin dicapai
ialah kemahiran dwibahasa. Hal terdapat dalam anjakan kedua iaitu memastikan setiap
murid profisiensi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Selain itu, diperkuatkan lagi
dengan anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai nilai.
Berdasarkan keputusan pencapaian dalam peperiksaan awam kedua-dua mata
pelajaran ini mempunyai berbezaan jurang yang besar antara pencapaian murid luar
bandar dan bandar. Murid bandar tahap penguasaan bahasa Inggerisnya lebih baik jika
dibandingkan murid luar bandar. Perkara ini dapat dilihat apabila membandingkan
keputusan peperiksaan awam untuk kedua-dua mata pelajaran ini. Wujudnya jurang ini
disebabkan oleh banyak faktor. Oleh itu, pihak sekolah perlu mencari isu strategik agar
mampu merancang pelan taktikal yang tepat selari dengan matlamat dan objektif. Oleh
itu, sebagai pemimpin di sekolah perlu melaksanakan dasar ini selari dengan mandate
agar pelaksanaanya patuh serta memenuhi kehendak pekeliling tersebut.
Pemimpin sekolah perlu merancang dengan teliti dan berfikiran strategik dengan
menentukan matlamat, isu strategik dan objektif agar dapat merancang pelan taktikal
yang tepat sesuai dengan isu strategik yang ingin diselesaikan. Isu strategik dalam
konteks ini ialah pencapaian bahasa Inggeris masih lemah dan penguasaan bahasa
Melayu berada pada tahap memuaskan. Matlamatnya ialah meningkatkan pencapaian
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu (GPMP) dalam peperiksaan awam. Hal ini kerana
bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang wajib lulus peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Tambahan pula mulai 2016 bahasa Inggeris juga menjadi
mata pelajaran wajib lulus. Oleh itu, pemimpin sekolah perlu merancang pelan taktikal
dengan dibantu oleh SICS+ dan SIP agar pelan yang dirancang berkesan.
Objektif pelan ini ialah meningkatkan peratus lulus bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu, meningkatkan peratus murid mendapat bilangan A dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu. TOV untuk kedua-dua mata pelajaran ini diambil daripada peperiksaan
SPM 2014. Peratus lulus bahasa Inggeris dalam SPM 2014 ialah 66.2 yang dijadikan
TOV, manakala peratus lulus bahasa Melayu pula ialah 78.1 yang juga dijadikan TOV.
Pemimpin sekolah menetapkan sasaran peratus lulus bahasa Melayu mesti mencapai
90 peratus dalam masa tiga tahun. Hal ini berarti setiap tahun peratus lulus Bahasa
Melayu mestilah meningkat sebanyak 4 peratus setahun bermula SPM 2015, 2016 dan
2017. Pemimpin sekolah mensasarkan 90 peratus kerana keputusan SPM tahun 2013
bagi bahasa Melayu ialah 85.4 peratus. Bahasa Inggeris pula disasarkan sebanyak 80
peratus kerana keputusan peperiksaan SPM 2013 peratus lulus bahasa Inggeris ialah
75.0 peratus. Oleh itu dalam masa tiga tahun berlakunya peningkatan sebanyak 4.6
peratus setahun sehinggalah mencapai sasaran 80 peratus pada tahun 2017.
Bagi mencapai objektif kedua iaitu meningkatkan peratus murid mendapat A
dalam kedua-dua mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini
bermakna objektif yang kedua ini bertujuan untuk mengukur kualiti pencapaian kedua-
dua mata pelajaran tersebut. Bahasa Melayu TOVnya ialah 35 peratus murid mendapat
A dalam bahasa Melayu kerana berdasarkan kepada SPM 2013 peratus A ialah 33
peratus. Dalam masa tiga tahuin disasarkan pencapai pertus A pada tahun 2017 ialah
35 peratus mendapat A, ini bermakna berlaku peningkatan setiap tahun 11.66 peratus.
TOV bahasa Inggeris ialah 20 peratus muridnya pendapai A menjelang 2017, ini berarti
setiap tahun berlaku peningkatan sebanyak 4.33 peratus setahun. Pemeimpin
mensasarkan pencapaian 20 peratus pada 2017 kerana pencapaian pada 2014 ialah
18 peratus mendapat A dalam bahasa Inggeris.
Pemimpin strategik merancang program Gempur Bahasa Inggeris yang
mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh membantu meningkatkan pencapaian bahasa
Inggeris. Salah satu aktiviti ialah “Good Morning Sir”. Program ini bermatlamat
meningkatkan peratus lulus dan mendapat A dalam bahasa Inggeris. Antara objektif
aktiviti ini ialah meningkatkan kemampuan murid bercakap menggunakan bahasa
Inggeris, meningkatkan keyakinan diri apabila menggunakan bahasa Inggeris dan
menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Aktiviti ini disasarkan kepada
semua murid yang akan menduduki SPM pada 2015. Pelaksanaanya bermula pada
bulan Februari sehingga November dan modus operandinya ialah dilaksanakan di
dalam kelas sewaktu PDP. Guru bahasa Inggeris akan memberikan satu tajuk kepada
semua murid dan tajuk itu berbeza-beza. Murid diminta bercakap 5 minit mengenai
tajuk yang diberikan sebelum guru memulakan PDPnya pada hari berkenaan. Setiap
hari kali guru memilihh secara rawak seramai 5 orang untuk bercakap menggunakan
bahasa inggeris. Selepas tiga bulan pelaksanaan, guru meminta murid berkacap
menggunakan bahasa Inggeris secara spontan selama lima minit. Murid bebas
bercakap asalkan tidak menyentuh isu politik dan perkara perkauman. Akhirnya apabila
murid berkenaan menduduki peperiksaan pertengahan tahun telah mula menampakkan
hasil program tersebut.
Kesimpulannya, memang benar dan tepat bahawa dasar akan menentukan atau
mempengaruhi pembinaan pelan pembangunan sesebuah organisasi. Sebagai
pemimpin yang strategik mereka perlu berfikir strategik dan mampu menterjemah dasar
kerajaan bersama mandat untuk melaksanakannya. Sekolah merupakan tahap
pelaksanaan sesuatu dasar, jadi pemimpin perlu menterjemahkan setiap dasar supaya
dapat dilasanakan dengan jayanya dan membuktikan keberhasilan murid terhadap
setiap ringgit yang dibelanjakan berdasarkan peruntukan yang diberikan.
b. Bagaimanakah analisis persekitaran berperanan dalam pelan pembangunan
sesebuah organisasi?

Kebanyakan pemimpin strategic lebih mesra menggunakan analisis SWOT.


Mengikut sejarahnya analisis SWOT telah muncul sejak sekian lama bermula dari
bentuknya yang paling sederhana, dalam menyusun strategi menentang musuh di
medan pertempuran, sehingga menyusun strategi untuk menghadapi persaingan
dalam perniagaan. Menurut Helmi dan Dilham (2007), Analisis SWOT merupakan
evaluasi faktor dalaman merupakan kekuatan dan kelemahannya dan faktor luaran
yang berupa peluang dan tantangan/ancaman. Strategi yang dipilih mestilah sesuai
dengan kapabiliti internal dengan situasi eksternalnya. Analisis SWOT hanya
bermanfaat dilakukan apabila sesebuah organisasi secara jelas menentukan hala tuju
untuk menilai keberhasilan organisasi mencapai visi dan misinya. Analisis SWOT
merupakan bahagian daripada pengurusan strategi yang biasa kita jumpai pada suatu
organisasi.
Menurut Dirgantoro (2007), pengurusan strategi yang disusun oleh suatu
organisasi merupakan suatu proses berkesinambungan yang menyebabkan
organisasi secara keseluruhan dapat menyesuaikan dengan persekitarannya atau
dengan kata lain, organisasi secara keseluruhan dapat responsif terhadap perubahan-
perubahan di dalam persekitarannya baik yang bersifat dalaman dan luaran.
Pengurusan strategi juga merupakan kombinasi ilmu dan seni untuk memformulasikan,
mengimplementasikan dan mengevaluasi keputusan yang bersifat silang fungsional
yang memungkinkan organisasi mencapai tujuannya. Analisi SWOT merupakan
analisis persekitaran dalaman mahupun luaran. Persekitaran dalamnan meliputi
komponan sumber, kemampuan, mampu mengatasi halangan dan mempunyai
kekuatan yang tersendiri. Melalui hasil analisis persekitaran dalaman dan luaran dapat
disimpulkan bahawa, dengan mempelajari persekitaran luaran organisasi mampu
mengidentifikasi isu-isu yang berkaitan, maka organisasi mampu mencapai
matlamatnya. (Hitt, Ireland dan Hoskisson, Pengurusan Strategi; 2005).
Namun demikian analisis SWOT banyak gunakan dalam penyusunan strategi
perniagaan (Strastegic Business Planning) yang bertujuan untuk menyusun strategi-
strategi jangka panjang sehingga arah dan tujuan organisasi dapat dicapai. Akronim
SWOT yang terdiri dari : strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunities
(kesempatan) dan threats (ancaman). Dengan mengetahui strength (kekuatan) yang
dimiliki, maka organisasi akan dapat memanfaatkannya dengan efektif dan efisien, dan
dengan weakness (kelemahan) yang dapat dianalisis diharapkan dapat memotivasi
organisasi untuk mengatasi kelemahan. Dengan opportunities (peluang) yang ada
organisasi perlu bertindak pantas mengambil peluang tersebut demi kebaikan
organisasi. Threats (ancaman) yang mungkin saja muncul dari pihak dalaman atau
luaran dapat mengancam kelangsungan organisasi agar dapat bertindak dengan cepat
dan tepat.
Kekuatan berdasarkan isu strategik iaitu meningkatkan peratus lulus mata
pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam SPM, dan meningkatkan peratus
pencapaian A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. Kekuatannya ialah guru yang
mengajar bahasa Inggeris tingkatan lima merupakan guru opsyen, ketiga-tiga orang
guru tersebut merupakan pemeriksa kertas bahasa Inggeris, guru yang berpengalaman,
salah seorang daripada mereka merupakan guru cemerlang, mempunyai hubungan
yang baik dengan pengawai SISC+ bahasa Inggeris, mempunyai jaringan yang baik
dengan sekolah yang berhampiran, majority murid dari kelas pertengahan yang
ibubapanya berpendidikan, PIBG sangat berperanan kerana terdapat dua orang AJK
PIBG merupakan pensyarah UiTM.
Dari segi peluang, memiliki gelombang murid yang lebih berkualiti berdasarkan
keputusan UPSR, kemudahan makmal computer, mempunyai pusat akses bersama
juruteknik computer, PIBG mempunyai jaringan yang sangat baik dengan ahli politik
dan pemimpin tempatan, dan berada dalam DUN menteri Besar. Namun demikian
terdapat juga kelemahan iaitu capaian internet yang tidak stabil menyebabkan agak
sukar untuk aplikasi PDP abad abad 21 menggunakan ICT, implementasi Frog VLE
tidak dapat dimaksimumkan.Manakala ancaman pula terdapat dua csfe siber
berhampiran dengan sekolah.
Apabila dibuat kajian tentang persekitaran itu, maka sebagai pemimpin perlu
berfikir secara strategic untuk merancang pelan pembangunan organisasi. Berdasarkan
kajian SWOT itu, barulah dapat dijana pelan taktikal dengan mengambil kira kekuatan
dan peluang yang dapat mengatasi kelemahan dan ancaman. Jika sebagai pemimpin
gagal untuk mengadakan analisis SWOT, maka mereka akan gagal dalam merancang
kerana mereka gagal menemui punca sebenar permasalahan atau isu strategic. Swot
sangat penting kepada organisai untuk merancang pelan pembangunan agar visi dan
misi akan tercapai. Contohnya program MBMMBI di atas akan gagal jika pemimpin
sekolah gagal merancang bagi melaksakan dasar tersebut. Hal ini selari dengan Fidler
(2002) menyatakan diagnosis dan analisis stratetegik dalam proses perancangan
strategik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penilaian sumber dalaman dan
kemampuan organisasi, penilaian atau imbasan persekitaran dan menganalisis nilai
dan budaya organisasi.
Penilaian sumber dalaman dan keupayaan organisasi dinilai dari aspek kekuatan
dan kelemahan organisasi. Manakala penilaian atau imbasan persekitaran dilihat dari
segi peluang dan ancamnan. (Hairuddin b. Mohd Ali, 2009). Berdasarkan pendapat
pakar itu dapatlah disimpulkan bahawa analisis persekitaran sangat mempengaruhi
pembinan pelan pembangunan sesebuah organisasi.
c. Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan
seseorang pemimpin menangani isi-isu terhadap pelaksanaan di dalam organisasinya.
Jelaskan.

Lussier, 2002 mendefinisikan kepimpinan ialah proses pengaruh mempengaruhi


pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan yang dilakukan oleh
sesorang. Menurut George R. Terry (yang dikutip dari Sutarto, 1998 : 17)
Kepemimpinan adalah hubungan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin,
mempengaruhi orang lain untuk bekerja secara sadar dalam hubungan tugas untuk
mencapai tujuan yang diinginkan. Berdasarkan definisi itu dapatlah disimpulkan bahawa
kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang lain supaya ikut serta dalam
menjalankan tugasnya agar visi dan misi organisasi tercapai. Dalam hal ini keupayaan
seseorang pemimpin itu menangani cabaran atau isu-isu menjadi teras kepada
kejayaan organisasi yang dipimpinnya. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi,
maka pemimpin perlu mempunyai ilmu dalam kepimpinan kurikulum dan kepimpinan
instruksional.
James, 2009 menyatakan bahawa kepimpinan instruksional terbahagi kepada
tiga perkara yang utama. Pertama, pengetahuan asas sebagai pemimpin instruksional
mereka wajib memeliki pengetahuan asas tentang pembelajaran dan pengajaran
berdasarkan teori atau falsafak seperti berikut;
1. Pemahaman teori pembelajaran dan pengajaran.
2. Pemahaman teori perkembangan dan keperluan manusia.
3. Memahami teknik danm kaedah pengajaran.
4. Memahami tinglah laku murid dan kaedah pendekatan pengurusan bilik
darjah.
Kedua, pemimpin instruksional mempunyai bidang tugas yang bersifat mikro (spesifik)
iaitu tertumpu kepada usaha mempertingkatkan kawalan dan pemahaman murid dalam
bilik darjah. Oleh itu, sebagai pemimpin instruksional mereka sepatutnya ;
1. Memupuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran murid.
2. Melaksanakan kajian tindakan terhadap masalah pengajaran di bilik darjah
3. Membuat keputusan, memilih strategi dan teknik untuk mendapatkan
pengajaran yang berkesan.
4. Memimpin pembelajaran dan mencari peluang yang berpotensi untuk
meningkatkan keberhasilan pengajaran di bilik darjah.
5. Menggalakan guru mengambil inisiatif agar mampu menggalakan
pembelajaran murid.
6. Adil dan terbuka pada idea untuk memaksimumkan kejayaan murid.
Ketiga, pemimpin instruksional mestilah mempunyai kemahiran hands-on yang unggul
dalam mengendalikan bilik darjah yang boleh menjadi panduan dan contoh kepada
guru lain, kemahiran tersebut ialah;
1. Menyampaikan pengajaran berkesan
2. Kenal pasti murid yang lemah dan mengambil tindakan susulan terhadap
mereka.
3. Kenal pasti tahap kemampuan murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
4. Mendapatkan tingkah laku murid yang diingini melalui amalan pengurusan
bilik darjah berkesan.
5. Membuat penyeliaan terhadap pengajaran guru dan mengambil tindakan
susulan yang sepatutnya bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
6. Kenal pasti keperluan murid dan mengambil tindakan pengayaan serta
pengukuhan agar murid yang sedia bagus dalam akademik rasa tercabar.

Selain itu, pemimpin organisasi dalam konteks sekolah ialah pengetua perlu
mempunyai 14 ciri-ciri pengetua berprestasi tinggi agar mereka dapat
melaksanakan peranan dengan berkesan. Antara ciri-ciri pengetua berprestasi
tinggi ialah;
1. Mejadi model dalam bidang pembelajaran yang sentiasa menjadi panduan
kepada orang lain.
2. Pengetua Berprestasi Tinggi sentiasa menjadi contoh standard dalam bidang
kepimpinan.
3. Pengetua Berprestasi Tinggi fokus terhadap sekolah dan amalan guru serta
dikaitkan dengan peningkatan pencapaian murid.
4. Mengetuai memikirkan cara yang boleh memberi impak tinggi terhadap
pencapaian murid.
5. Pengetua Berprestasi Tinggi bekerja bersama guru berkaitan dengan misi
sekolah: Mereka terlibat dengan kajian secara kolaboratif dan berterusan
melakukan penambahbaikan pengajaran.
6. Pengetua Berprestasi Tinggi menggunakan pendekatan pembangunan
sistem untuk menyelesaikan dengan segera tanggungjawab pengurusan /
pentadbiran dan bagi menyokong penambahbaikan dalam pengajaran .
7. Pengetua Berprestasi Tinggi mengambil pendekatan memberi kuasa
(pasukan) kepada kebanyakan perkara dan mencipta komuniti pembelajaran
yang kondusif dalam sekolah mereka.
8. Pengetua Berprestasi Tinggi menugaskan mereka yang hebat untuk setiap
kedudukan di pentadbiran, fakulti dan staf.
9. Pengetua Berprestasi Tinggi secara tegas menggunakan data bagi
memaklumkan keputusan berhubung pengajaran.
10. Pengetua Berprestasi Tinggi mengekalkan fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
11. Pengetua Berprestasi Tinggi membangunkan budaya sekolah pelbagai yang
menyokong dan mengekalkan pendidikan.
12. Pengetua Berprestasi Tinggi mewujudkan peluang untuk berdialog tentang
pengajaran.
13. Pengetua Berprestasi Tinggi merujuk elemen pengajaran dan pembelajaran
berasaskan kajian apabila mencerap pengajaran dan apabila bercakap
dengan guru.
14. Pengetua Berprestasi Tinggi menyediakan pembelajaran profesional
(pembangunan staf) secara berterusan dan berkesan.
Berdasarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional dan ciri-ciri pengetua berprestasi
tinggi maka dapat dirumuskan bahawa aspek kepimpinan seseorang pemimpin
menjadi penentu keberkesanan mengurus sesesuah organisasi. Kepimpinan
yang cekap dan berkesan mampu membawa kejayaan kepada organisasi yang
dipimpinnya ke mercu kegemilangan.

LAMPIRAN MBMMBI
pekeliling MBMMBI.pdf

You might also like