You are on page 1of 3

UNDANG –UNDANG PERSEKOLAHAN

Peraturan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Profesional K.P Bil.8/68)

1. Murid-murid Dilarang :
 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.
 Mengancam murid-murid lain.
 Menghisap rokok dan minum minuman memabukkan.
 Merosakkan dan membinasakan harta sekolah.

2. Pakaian Murid Semasa Di sekolah:


 Memakai pakaian bersih,selesa dan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
 Memasukkan hujung baju ke dalam seluar.
 Memakai kasut putih dan stokin putih kecuali pengawas sekolah boleh
memakai kasut hitam dan stokin hitam.
 Memakai reben biru, hitam atau putih.
 Memakai seluar biru tua bagi murid-murid lelaki.
 Memakai pakaian yang tidak bertulis apa-apa kecuali berkaitan dengan
sekolah bagi menghadiri aktiviti sekolah.
 Memakai tali pinggang yang tidak lebih daripada 2.5cm lebarnya.
 Memakai baju “penefore” bagi murid-murid perempuan.

3. Rambut (Pekeliling kementerian Pelajaran K.P 8543/73)


Semua murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah ukuran rambut ialah
seperti berikut:
I . Di belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan pertengahan di
antara dua telinga.
II. Di depan , rambut mestilah menutup garisan tengah dahi.
III. Panjang rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau
sebahagian daripadanya dan tidak boleh melebihi garisan hidung.
IV. Panjang rambut tidak boleh melebihi 15cm.
V. Bagi murid perempuan yang berambut panjang yang enggan
memotong pendek dinasihati mengikat rambut supaya tidak jatuh ke
paras bahu. Ikatan rambut sebagai dandan (plait) atau ekor kuda (pony
tail) adalah dibenarkan.

18
4. Kebersihan
 Membuang sampah di tempat yang disediakan.
 Menjaga kebersihan bilik darjah, bangunan, kantin, tandas dan kawasan
sekitar sekolah.
 Menjaga kebersihan alat-alat sekolah termasuk tempat basuh tangan dan lain –
lain.

5. Waktu Persekolahan :
 Murid-murid dikehendaki sampai ke sekolah pada 7.20 pagi sebelum loceng
dibunyikan .
 Memberitahu guru kelas sebab-sebab tidak hadir ke sekolah dengan cara bertulis.
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa diberitahu
akan diambil tindakan .Guru kelas hendaklah menulis surat kepada ibubapa atau
penjaga bertanyakan sebab ketidakhadiran murid berkenaan .
 Tidak boleh berjalan berpusu-pusu di koridor, pejabat Guru Besar, bilik guru,
tempat letak kereta guru dan tempat letak basikal.
 Jika ada urusan dengan pejabat, murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan
masuk apabila dibenarkan.
 Jika ada urusan dengan bilik guru, murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan
masuk apabila dibenarkan .
 Jangan membuat bising dan mengganggu ketenteraman di dalam atau di luar bilik
darjah.
 Tidak boleh keluar dari bilik darjah semasa waktu pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Kalau ada hal yang mustahak hendaklah mendapat kebenaran
guru atau ketua darjah.
 Tidak boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar, guru atau
pengawas sekolah.
 Ketuk pintu sebelum masuk ke bilik darjah semasa guru sedang mengajar.
 Apabila loceng masuk ke bilik darjah dibunyikan, murid-murid dikehendaki
berbaris berdua dan masuk ke bilik darjah tanpa berbuat bising.
 Sewaktu tamat sekolah , murid-murid dikehendaki berbaris dan keluar dari bilik
darjah tanpa membuat bising.
 Jika kelas ditinggalkan tanpa guru, murid-murid hendaklah belajar sendiri dan
dikehendaki berada dalam keadaan senyap di bawah jagaan ketua kelas.

6. Basikal :
 Letakkan basikal dengan teratur di tempat yang disediakan.
 Basikal mestilah dikunci.
 Mengayuh basikal di kawasan sekolah tidak dibenarkan.
 Tidak boleh letak basikal di tempat letak kereta guru.
19
7. Pertuturan Dan Percakapan
 Semua murid tidak boleh bercakap menggunakan perkataan lucah, kesat,
mengejek dan juga menghasut.
 Tidak boleh berbuat bising dengan bertempiak atau bersorak di dalam dan juga di
luar bilik darjah.

8. Kantin
 Murid- murid dilarang makan waktu pelajaran sedang dijalankan.
 Murid- murid dilarang makan di tempat makan guru.
 Murid- murid dilarang membawa barang-barang makanan keluar dari kantin.

9. Peralatan Sekolah
 Murid-murid hendaklah mendapatkan kebenaran Guru Besar atau guru sebelum
menggunakan alatan sekolah.
 Alatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik, dibersihkan dan
disimpan di tempat yang diambil.
 Dilarang merosakkan atau menghilangkan alatan sekolah. Jika berbuat demikian
hendaklah diganti dengan wang atau alatan seperti asalnya.

10. Perkara-Perkara Am
 Menghormati lagu kebangsaan, bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera
sekolah serta lagu sekolah.
 Menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah.
 Dilarang merosakkan atau menghilangkan alatan sekolah.
 Menyerahkan barang-barang yang dijumpai kepada guru bertugas.
 Berkelakuan baik untuk menjaga imej sekolah.
 Mengharumkan nama sekolah di dalam semua bidang.
 Menghadiri setiap perjumpaan anjuran persatuan sekolah dan menghadiri latihan-
latihan sukan .
 Murid-murid dilarang berada di pekan atau di kedai-kedai sekitar selepas 8.00
malam jika keesokan hari adalah hari persekolahan .
 Semua surat peribadi murid- murid yang dialamatkan ke sekolah akan dibuka oleh
pihak Guru Besar kemudian disampaikan kepada murid berkenaan.

20

You might also like