You are on page 1of 13

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENJAWAB SOALAN PAI PBS DI


BAHAGIAN ( B )STRUKTUR

OLEH :
ROHANA RAMLI (D056266)
SALMANIAH RAMLI (D056326)
WAN YANG WAN OMAR (D056324)

REFLEKSI PEMBELAJARAN YG LALU..


Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui
keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka
menjawab soalan yang diberi semasa proses
pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal
pasti mereka menghadapi masalah semasa
mempelajari matapelajaran Pendidikan Islam
terutama format baru berdasarkan soalan PBS.
Berdasarkan latihan yang diberikan semasa
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kami
mendapati mereka kurang mengetahui cara
bagaimana untuk mendapatkan maklumat yang
terdapat dalam soalan ketika menjawab soalan
pada bahagian B

OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan prestasi murid dengan
menjawab soalan Pendidikan Islam
PBS Bahagian B dengan betul.

OBJEKTIF KHUSUS
Meningkatkan pengetahuan murid terhadap
maklumat yang terdapat didalam soalan kemahiran
proses Pendidikan Islam PBS bahagian B.
Meningkatkan pemahaman murid terhadap
maklumat yang terdapat didalam soalan kemahiran
proses Pendidikan Islam PBS bahagian B.
Membantu murid mengingat kaedah atau teknik
menjawab soalan Pendidikan Islam PBS dengan
betul.
Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam PBS.

KUMPULAN SASARAN.
Melibatkan 25 pelajar tingkatan 1
Ikhtisas yang terdiri dari pelajar
sederhana baik dan kebanyakannya
mendapat gred C dan D dalam
keputusan ujian dan peperiksaan
pertengahan tahun.

ANALISA TINJAUAN MASALAH


Hasil temu bual dengan murid kami
mendapati sebahagian 10/25 orang
murid tidak dapat mengaitkan soalan
dengan tajuk yang dipelajari, 15/25
tidak menguasai teknik menjawab
soalan, tidak membaca soalan
dengan teliti dan ada juga yang tidak
berminat untuk menjawab soalan.

PERMASALAHAN YANG DIKENALPASTI


BIL

PERMASALAHAN

BIL.PELAJAR

Murid tidak dapat menjawab soalan

Murid yang kurang faham dan keliru


untuk menjawab soalan bahagian B ini

Masih terdapat murid yang tidak ingat


teknik-teknik menjawab soalan

10

Murid tidak dapat mencari maklumat


yang terdapat dalam soalan

12

Murid-murid menghadapi masalah untuk


mengingat topik-topik yang telah
dipelajari.

12

PELAKSANAAN AKTIVITI
AKTIVITI 1

Penerangan tentang teknik menjawab soalan Pendidikan


Islam PBS Bahagian B

AKTIVITI 2

Latihan menjawab soalan Pendidikan Islam PBS


Bahagian B

AKTIVITI 3
Membina mengikut topik yang dipelajari

AKTIVITI 4
Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.
AKTIVITI 5
Latih tubi soalan-soalan tahun 2012,2013 dan 2014

PELAKSANAAN AKTIVITI
AKTIVITI 1 :

Penerangan tentang teknik menjawab soalan Pendidikan


Islam PBS Bahagian B

Kami mengambil masa selama dua jam untuk


menerangkan kepada murid tentang teknik menjawab
soalan Pendidikan Islam PBS Bahagian B menggunakan
aplikasi komputer power point dengan memaparkannya
di skrin.

PELAKSANAAN AKTIVITI
AKTIVITI 2 :

Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

Guru memberi modul soalan PBS yang dibekalkan oleh


JPN kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan
daripada modul, murid diminta supaya mengingat kembali
teknik-teknik menjawab soalan seperti memahami
maklumat yang terdapat dalam perenggan / penyataan

ayat / gambarajah / carta palang / jadual dan mencari


kata kunci soalan dengan menggaris dibawahnya

SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT


BIL

NAMA PELAJAR

TKT

MARKAH

1.

AKMAL BIN ABD ALIM

1IK

2.

GHAZALI BIN SUKRAN

1IK

3.

MUHAMAD AMIRUL BIN ANAFI

1IK

4.

MUHD KHALID BIN SAIFUDIN

1IK

5.

SHAHRUL NIZAM BIN BUAMIN

1IK

6.

SHAHRUL ARIF BIN ROSLI

1IK

7.

ANI NAZMI BINTI AZIZ

1IK

8.

ANIS NAJMI BINTI AZIZ

1IK

9.

NURSALEHA BINTI AZLEE LEE

1IK

10.

NURFATIMAH BINTI MD JEDI

1IK

11.

FATIN AQILAH BINTI MAHMUD

1IK

12.

NURFARAIN BINTI RAMLI

1IK

REFLEKSI KAJIAN.

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah


dirancang prestasi murid menjawab soalan diukur
daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja,
markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan.

Berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun Negeri didapati


markah paling minima yang diperolehi oleh murid selepas
kajian ini ialah 45 markah. Tidak ada lagi murid yang
mendapat 40 markah ke bawah.

Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh kami semasa


menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak
serius dan bersungguh-sungguh menjawab soalan.

Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu


meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan
Pendidikan Islam PBS bahagian B walaupun tidak
sepenuhnya.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like