You are on page 1of 5

Trenda dan Isu Terkini tentang Kurikulum Matematik

1. PISA

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student


Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation for Economic Co-operation and
Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita
Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. Terbaru, pada tahun 2018, secara rasminya
keputusan PISA 2018 telah diumumkan. Pelajar Malaysia telah menunjukkan peningkatan
yang baik dalam Matematik dan Sains. Hal ini merupakan berita yang membanggakan
Malaysia kerana telah berjaya melakar transformasi dalam sistem pendidikan
Malaysia. Secara kasarnya, purata pencapaian Malaysia dalam Literasi Bacaan dengan 415
mata skor, Literasi Matematik (440 mata skor) dan Literasi Saintifik (438 mata skor) telah
menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian sebelum ini semasa diawal penyertaan
Malaysia dalam PISA 2009, juga di PISA 2012.

Jurang pencapaian Malaysia dengan purata OECD juga semakin mengecil dalam
tempoh 10 tahun bagi ketiga-tiga literasi dengan pengecilan jurang paling ketara dalam
Literasi Matematik, begitu menurut laporan yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, YBhg Datuk Dr. Amin Senin sempena Pengumuman Pencapaian
Malaysia di PISA 2018 yang turut diadakan serentak di seluruh dunia.

Pencapaian Malaysia yang terkini ini juga menunjukkan Malaysia bukan lagi berada
di satu pertiga ke bawah dalam kedudukan negara. Malaysia kini berada pada satu pertiga
pertengahan.

Kajian PISA ditadbir setiap tiga tahun bagi mengukur sejauh mana murid berusia 15
tahun dan hampir meninggalkan alam persekolahan telah memperoleh pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran yang secukupnya sebagai persediaan untuk mereka menyertai
masyarakat moden. Sebanyak 79 negara dan ekonomi OECD dan bukan OECD menyertai
PISA 2018 ini.
Pentaksiran PISA di Malaysia adalah berasaskan komputer dengan purata hampir
7000 murid, 4800 guru dan 200 pentadbir dari 200 sekolah mengambil bahagian dalam
kajian PISA pada setiap pusingan.
2. KBAT

Tegaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran dalam Berita Harian (2018), “KBAT
merupakan perkara asas dalam transformasi pendidikan yang perlu diberi penekanan untuk
memastikan penilaian pencapaian akademik pelajar lebih dinamik dan menyeluruh.”
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2018) dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Matematik telah menggariskan lima elemen utama
yang menjadi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran di mana elemen yang pertama
ialah penyelesaian masalah. Menurut Andreas Ryve (2007), penyelesaian masalah
mempunyai kaitan dengan PdP Matematik. Dalam kurikulum Matematik yang disemak
semula, fokus baharu yang telah diberikan dalam PdP matematik ialah mengaplikasikan
KBAT dalam penyelesaian masalah (KPM, 2018).

Soalan yang beraras tinggi berupaya untuk mencabar pemikiran murid dan dapat
membantu mereka memperkasakan pemikiran pengetahuan. Murid-murid yang sentiasa
didedahkan dengan soalan aras tinggi atau tidak terlalu ‘mengikut’ sukatan pelajaran yang
berorientasikan peperiksaan akan memperkembangkan lagi pemikiran mereka secara kreatif
dan kritis. Jika KBAT ini diggalakkan dalam kelas Matematik dan dapat diterapkan secara
berkesan dalam sistem pendidikan negara, wawasan yang lebih luas dapat diwujudkan.
Pemikiran kritikal ini juga boleh mendorong seseorang dalam perkembangan intelektual dan
seterusnya dapat menempatkan diri dalam trend arus globalisasi dunia kini.

Isu KBAT telah dibangunkan sejak lebih 20 tahun yang lalu, namun kebanyakan guru
berpendapat bahawa pengajaran berasaskan pemikiran aras tinggi adalah mencabar. Hal ini
demikian kerana kebanyakan peperiksaan memberi tumpuan kepada pemikiran aras rendah
(lower order) daripada menumpukan kepada pemikiran aras tinggi (higher order).
Pengajaran berasaskan KBAT akan menjadikan pembelajaran murid lebih bermakna dan
dapat mempelbagaikan kaedah dalam penyelesaian masalah Matematik.
Walaubagaimanapun, ramai guru mempunyai konsep yang lemah dalam KBAT (Thompson,
2008). Oleh itu, guru menghadapi kesukaran dalam melaksanakan pengajaran dan
pentaksiran yang bersifat KBAT.

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat sesuai diterapkan dalam pengajaran
Matematik sekolah rendah. Hal ini kerana ia selaras dengan kehendak negara yang mahu
menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad
ke-21 agar negara Malaysia mampu bersaing di persada dunia.
3. Pembelajaran Abad ke-21

Pada tahun 2015, Pembelajaran Abad ke-21 giat diperkatakan dan menjadi topik
yang hangat dalam pendidikan Malaysia. Pembelajaran Abad ke-21 amatlah penting seiring
dengan kemajuan dunia. Dalam pada itu, bagi memastikan pelajar yang berpotensi
dilahirkan, kemajuan teknologi dan keupayaan pelajar itu sendiri harus digunakan sebaik
mungkin. 

Antara ciri Pembelajaran Abad ke-21 termasuklah pembelajaran berpusatkan pelajar.


Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pelajar berperanan penting, manakala
guru adalah sebagai pembimbing. Selain itu, susun atur kelas perlu diolah agar lebih
bersistematik. 

Pencapaian murid sentiasa menjadi ukuran kepada keberhasilan proses


pembelajaran yang dialami murid dalam bilik darjah. Hal ini kerana PdPc yang bermakna
sangat membantu murid meningkatkan minat serta motivasi mereka untuk mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, keberhasilan
guru menjadi salah satu anjakan transformasi terkini. Menurut Zamri (2012), bentuk PdPc
pada abad ke-21 masih tetap berpusatkan guru, akan tetapi guru memainkan peranan
penting untuk melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran di sekolah. PdPc
menerusi kemahiran abad ke-21 sangat membantu guru dan pelajar dalam usaha mencapai
aspirasi pendidikan negara. Oleh itu, penerapan kemahiran abad ke-21 akan dapat
membantu pelajar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran globalisasi
dengan lebih berkeyakinan dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang kerjaya. Sikap,
motivasi dan pencapaian sedikit sebanyak mampu mendorong pelajar untuk menguasai
kemahiran abad ke-21 dengan lebih cepat dan mudah serta memberi kesan dalam jangka
masa yang panjang merupakan satu hasil yang semestinya ditunggutunggu oleh negara
dalam melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu
berdaya saing dengan negara maju.

You might also like