You are on page 1of 21

Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pengenalan

Sekolah Dalam Hospital (SDH) merupakan satu konsep baru dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Idea penubuhan Sekolah Dalam Hospital ini telah
dicetuskan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman,
penaung kepada Projek Hati Nurani di bawah kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen.
Penubuhan Sekolah Dalam Hospital di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya
pada 26 Julai 2011 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia. Konsep Sekolah Dalam Hospital merupakan satu inisiatif
bersama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM), dan Yayasan Nurul Yaqeen (YNY) terhadap keperluan meneruskan
pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital tetapi mempunyai kesediaan
untuk belajar.

Objektif pelaksanaannya adalah bagi memastikan pembelajaran murid tidak


terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara
selaras dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (EFA) di mana ia merupakan
hasrat yang diperjuangkan oleh UNESCO (United Nations Educational Scientific and
Cultural Organizations). EFA adalah satu gerakan yang ditubuhkan pada tahun 1990
di Konferens Antarabangsa Pendidikan, di Jomtiem, Thailand. Delegasi daripada 155
buah negara dan wakil 150 organisasi telah berikrar untuk memberi pendidikan
rendah kepada semua kanak-kanak dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan
orang dewasa pada akhir dekad tersebut. Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan
pada tahun 2000 di Dakar, Senegal dihadiri oleh 1100 peserta daripada 164 buah
negara telah mengangkat Pelan Tindakan Dakar, iaitu memenuhi komitmen bersama
dan berikrar serta berusaha mencapai pendidikan untuk semua pada tahun 2015 dan
sekaligus memperkukuh matlamat Jomtiem. Enam matlamat EFA Dakar yang
terangkum dalam inisiatif utama Rancangan Malaysia Ke-10 ialah :

i. Memperluas penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak.


ii. Menyediakan pendidikan wajib dan percuma untuk kanak-kanak di sekolah
rendah.
iii. Menggalakkan pembelajaran dan penguasaan kemahiran bagi remaja dan
golongan dewasa.
iv. Meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 50 peratus.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

v. Mencapai kesetaraan peluang pendidikan antara gender pada tahun 2005


dan persamaan hak untuk pendidikan pada tahun 2015.
vi. Meningkatkan kualiti dalam pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 melalui


anjakan pertama iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa turut menyokong matlamat UNESCO. Malaysia telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk memperluas akses dan ekuiti pendidikan serta
meningkatkan kualiti pendidikan negara, selaras dengan kata-kata Menteri
Pendidikan dalam sambutan Hari UNESCO Malaysia 2013 ;

"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 saya


menaruh harapan yang tinggi dan serius dalam usaha memastikan pendidikan yang
berkualiti diberikan kepada murid tanpa mengira peringkat dan latar belakang."

Selain itu, antara objektif utama program SDH adalah untuk memastikan
semua kanak-kanak serta remaja yang mendapat rawatan di hospital berpeluang
mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Hal ini merupakan
tanggungjawab Kementerian Pelajaran dalam memastikan setiap kanak- kanak di
negara ini mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak kira di mana
mereka berada. Malaysia berjaya meningkatkan kadar literasi dewasa kepada 95
peratus berbanding sasaran 50 peratus EFA. Matlamat untuk mencapai
kesamarataan peluang pendidikan antara gender pada 2005 dan persamaan hak
untuk pendidikan pada 2015 memperlihatkan Malaysia sudah banyak berubah dalam
perkara ini.

Menurut Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan


dengan kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan
keperluan dan minat kanak-kanak. Hal ini seiring dengan pelaksanaan program
Sekolah Dalam Hospital yang mana memberikan peluang kepada kanak- kanak
untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan walaupun berhadapan dengan
masalah kesihatan. Proses pengajaran dan pembelajaran SDH diubahsuai supaya
bersesuaian dengan keadaan kanak-kanak tersebut di samping memenuhi keperluan
mereka sebagai pelajar.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Latar Belakang Sekolah Dalam Hospital (SDH)

Perkhidmatan pendidikan di hospital telah diamalkan oleh beberapa negara maju


seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia sejak 1930-an lagi.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama badan
sukarelawan secara tidak formal telah memulakan inisiatif seumpama ini sejak awal
tahun 1990-an. Bagi memastikan pendidikan secara formal, berstruktur dan
sistematik dapat disediakan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil
tanggungjawab meneruskan usaha ini dengan kerjasama KKM dan Yayasan Nurul
Yaqeen (YNY). Bagi merealisasikan projek Sekolah Dalam Hospital (SDH) di negara
ini, satu Jawatankuasa Projek Hati Nurani telah dibentuk di bawah YNY dan diterajui
oleh YBhg. Puan Sri Norainee Abd. Rahman sebagai penaung projek ini. Laporan
lawatan ke Sydney, Australia dan kertas cadangan penubuhan SDH telah
dibentangkan dan diterima dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Projek Hati Nurani,
Sekolah Dalam Hospital pada 15 April 2011. Penggunaan nama Sekolah Dalam
Hospital (SDH) telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Projek Khas Hati
Nurani pada 19 Mei 2011. Model SDH adalah berpandukan kepada model SDH
Australia yang disesuaikan mengikut konteks Malaysia. Objektif pendidikan SDH
adalah :
i. Menyediakan perkhidmatan tanpa batasan tempat dan keadaan.
ii. Menyediakan pendidikan berterusan secara formal dan berstruktur dalam
persekitaran yang kondusif bagi murid yang sedang dirawat di hospital.
iii. Mewujudkan kerjasama pintar antara KPM, KKM dan YNY dalam bidang
pendidikan.

Sehingga tahun 2013, terdapat lapan buah SDH di Malaysia, Hospital Kuala
Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang adalah tiga hospital perintis di
bawah fasa pertama program ini. Lima buah SDH lagi dibuka di Hospital Sultanah
Aminah Johor Baharu, Hospital Sultan Ahmad Shah Kuantan, Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM) Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) Kuala Lumpur, dan yang terbaru di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di
Muar. Tiga buah SDH dijangka akan ditubuhkan menjelang tahun hadapan di Sabah,
Sarawak, dan Seremban.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Kurikulum SDH
i. Latar belakang

Sekolah Dalam Hospital (SDH) menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi


dilonggarkan dan disesuaikan mengikut keperluan dan tahap persekolahan murid
dengan menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Aktiviti kokurikulum dan sukan juga turut dilaksanakan mengikut kesesuaian dan
tahap kesihatan murid sebagai aktiviti reaksi yang menyeronokkan.

Pelaksanaan kurikulum SDH memberi keutamaan kepada empat mata


pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains/ Dunia
Saians dan Teknologi (DST). Keutamaan ini diberikan kerana mata pelajaran
tersebut merupakan keperluan asas pendidikan yang perlu dikuasai oleh murid. Mata
pelajaran lain juga boleh dipelajari sekiranya terdapat permintaan daripada murid.

Guru sebagai agen pelaksana kurikulum memainkan peranan sebagai tenaga


pengajar, pembimbing dan pemudah cara bagi memastikan murid tidak ketinggalan
dalam proses pembelajaran. Syed Ismail (2010) menyatakan bahawa sebagai
seorang guru, antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah
kemahiran pemudah cara. Pemudah cara ialah teknik yang digunakan oleh guru
untuk membantu murid-murid mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Usaha tersebut bertujuan untuk membantu
murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi memastikan
kesinambungan pelajaran.

Konsep PdP di SDH juga menekankan pendekatan pendidikan yang fleksibel,


didik hibur serta menyeronokkan mengikut kesediaan dan keadaan kesihatan murid.
Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Menurut Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur
merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan hiburan seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi
secara formal, sistematik dan terancang. Proses PdP yang menggunakan
pendekatan didik hibur ini secara tidak langsung membantu proses rawatan kanak-
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

kanak terbabit. Hal ini kerana mereka dapat menimba ilmu melalui pendekatan
pengajaran yang menyeronokkan, persekitaran pembelajaran yang tenang dan
menarik yang merupakan terapi semulajadi bagi pesakit di hospital.
PdP di SDH bermatlamat memastikan murid dari pelbagai tahap persekolahan
yang menerima rawatan di wad hospital dapat meneruskan pendidikan mereka.
Pelaksanaan kurikulum di SDH adalah untuk memastikan murid :
i. Dapat meneruskan pembelajaran sebagaimana rakan sebaya mereka di
sekolah.
ii. Memperoleh pengalaman pembelajaran melalui pelbagai pendekatan
sebagai satu betuk terapi.
iii. Medapat pendidikan formal dan berkualiti dalam persekitaran yang
kondusif.

ii. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pelaksanaan PdP di SDH dirancang dengan mengambil kira kesediaan murid,


kebenaran ibu bapa dan pengesahan doktor. Guru haruslah kreatif serta bijak
menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang terdiri
daripada pelbagai tahap persekolahan dan keadaan kesihatan. PdP perlu
dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna. Modul Literasi
dan Numerasi (LINUS) akan digunakan bagi murid yang belum menguasai
kemahiran asas membaca dan mengira. Murid yang akan menduduki peperiksaan
awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM pula akan diberikan bimbingan ke arah
persediaan menghadapi peperiksaan.

Guru berperanan mengajar dan membimbing murid mengikut keperluan


dengan menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid.
Guru perlu mengetahui tahap pembelajaran murid bagi merancang pendekatan
pembelajaran yang bersesuaian. Maklumat tersebut boleh diperoleh dengan
menghubungi sekolah asal murid. Penerapan elemen merentasi kurikulum seperti
nilai murni perlu disepadukan semasa proses PdP supaya dapat meningkatkan
motivasi dan rasa bersyukur murid untuk meneruskan pembelajaran.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pelaksanaan kurikulum di SDH melibatkan lima peringkat iaitu ;


i. Sesi Hati ke Hati (H2H)
ii. Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
iii. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
iv. Refleksi
v. Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan.

Sesi Hati ke Hati


(H2H)

Pemulihan, Rancangan
Pengukuhan dan Pendidikan
Pengayaan KURIKULUM Individu (RPI)
SDH

Pengajaran dan
Refleksi Pembelajaran
(PdP)

Rajah 1 : Kitaran Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan bagi SDH

Sesi Hati ke Hati (H2H)


Kitaran pelaksanaan kurikulum di SDH bermula dengan Sesi H2H di mana sesi ini
bertujuan untuk membina hubungan baik antara guru dan murid melalui pertemuan
yang dirancang. Melalui sesi ini, guru akan lebih mengenali murid dalam pelbagai
aspek seperti latar belakang, tahap pencapaian, kecenderungan dan minat murid.
Maklumat ini dapat membantu guru merancang RPI.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengandungi maklumat berkaitan rancangan
pembelajaran, perkembangan dan pencapaian bagi setiap murid. Salinan RPI akan
diserahkan kepada pihak sekolah asal sebagai rujukan.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

NAMA HOSPITAL : Hospital Kuala Lumpur


NAMA MURID : Priscilla a/p Abimannan
NAMA SEKOLAH : SK Jalan 6, Bandar Baru NO TEL : 03-83577548
Bangi NO FAKS:

TAHUN/TINGKATAN : Tahun 4 MASALAH Kanser buah


KESIHATAN: pinggang/
lemah jantung

TARIKH MULA 1 Januari 2011 TEMPOH : 2 jam


MENGAJAR :
MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia TAJUK : Bercerita

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
PENGAJARAN &
1. Menamakan benda-benda yang dilihat.
PEMBELAJARAN : 2. Bercerita secara spontan.

RINGKASAN BBB/
1. Guru dan murid bersiar-siar di kawasan
AKTIVITI : CATATAN
hospital.
2. Mencatat benda-benda yang terdapat di
persekitaran dengan bantuan guru.
3. Murid bercerita mengenai benda-benda
yang dicatat dalam kumpulan.

REFLEKSI :
Murid gembira kerana berpeluang bersiar-siar dan menamakan
benda-benda yang dilihat.

CADANGAN
Murid boleh merakam cerita secara spontan.
PEMULIHAN,
PENGUKUAN &
PENGAYAAN :
NAMA DAN TANDA
TANGAN GURU :

.................................
(NADIAH MASTURA) TARIKH : .......................
Rajah 2 : Contoh RPI di Kelas
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

NAMA HOSPITAL : Hospital Serdang


NAMA MURID : Muhammad Ikhwan Daniel bin Amien
NAMA SEKOLAH : SMK Saujana Impian, NO TEL : 03-87235689
Kajang NO FAKS:

TAHUN/TINGKATAN Tingkatan 1 MASALAH Patah kaki


KESIHATAN:
:
TARIKH MULA 1 Januari 2011 TEMPOH : 2 jam
MENGAJAR :
MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia TAJUK : Mencipta
Perkataan

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
PENGAJARAN &
1. Mengenal pasti perkataan yang disukai di dalam akhbar
PEMBELAJARAN : atau majalah.
2. Murid boleh membona beberapa perkataan baharu
daripada perkataan yang telah dipilih.

RINGKASAN BBB/ CATATAN


1. Membaca akhbar atau majalah.
AKTIVITI : 1. Akhbar
2. Mencari dan mencatat perkataan
yang dipilih. 2. Majalah
3. Mencipta beberapa perkataan
baharu berdasarkan perkataan asal
dengan bantuan guru.
4.
REFLEKSI :
Murid menunjukkan minat untuk mencipta beberapa perkataan
baharu.

CADANGAN Latih tubi (perkataan baharu yang lain)


PEMULIHAN,
PENGUKUAN &
PENGAYAAN :
NAMA DAN TANDA
TANGAN GURU :

.................................
(ROZALI BIN RAJAB) TARIKH : .......................
Rajah 3 : RPI di Wad
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


PdP di SDH adalah berasaskan keperluan murid yang berbeza. Dalam
melaksanakan proses PdP, guru hendaklah menggunakan gabungan pelbagai
kaedah pengajaran dengan mengambil kira lokasi, suasana bilik darjah, tajuk
pelajaran, kebolehan, keupayaan, minat, bakat, dan cara pembelajaran berdasarkan
kesediaan dan kesihatan murid. Pendekatan yang berkesan mesti dilaksanakan
supaya PdP yang dihasilkan berpusatkan murid, interaktif dan berdasarkan
pendekatan pengajaran yang menyeronokkan dan fleksibel. Di samping itu, aspek
psikologi juga amat dititiberatkan melalui pendekatan pembelajaran didik hibur.

Dalam melaksanakan PdP di SDH, guru digalakkan menggunakan strategi


Self-Directed, Self-Accessed, Self-Assessed,dan Self-Paced (SeDAAP). Strategi
SeDAAP dapat menggalakkan murid agar lebih bertanggungjawab dalam
pembelajaran mereka serta membentuk sikap pembangunan kendiri dan mempunyai
keyakinan diri dalam apa jua tugas yang dilakukan. Strategi ini memberi fokus
kepada pembelajaran secara individu di mana guru berperanan sebagai fasilitator.

Dari segi peruntukan waktu dan mata pelajaran, guru perlu mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Melalui perancangan yang rapi dan tersusun,
mata pelajaran lain atau program kerohanian dan motivasi boleh dilaksanakan
menggunakan peruntukan masa umum/kokurikulum dan sukan. Masa keseluruhan
yang diperuntukkan adalah sebanyak 19 jam 15 minit seminggu termasuk
kokurikulum dan sukan. Walaubagaimanapun, SDH diberi kelonggaran untuk
menyusun jadual waktu bagi memudahkan pengurusan PdP dan fleksibel kepada
murid. Sesi PdP bermula dari 10 pagi sehingga 12 tengahari dan 2 petang hingga 4
petang. Murid yang berada di wad boleh mengikuti mata pelajaran yang dicadangkan
oleh guru atau memilih sendiri mata pelajaran yang hendak dipelajari tanpa jadual
waktu yang khusus. Murid yang berada di kelas pula digalakkan mengikuti jadual
pembelajaran yang ditetapkan. Berikut ialah peruntukan waktu pembelajaran
tersebut :
Mata Pelajaran Peruntukan Waktu
Bahasa Malaysia 4 jam
Bahasa Inggeris 4 jam
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Matematik 4 jam
Sains/ Dunia Sains dan Teknologi (DST) 4 jam
Umum/Kokurikulum dan Sukan 3 jam 15 minit
Jumlah 19 jam 15 minit
Jadual 1 : Peruntukan Waktu Mata Pelajaran SDH

Seterusnya, penilaian dalam PdP di SDH dilakukan dengan tujuan untuk


mengesan kemajuan murid selepas sesuatu aktiviti PdP dilaksanakan. Penilaian
mengambil kira keadaan kesihatan murid dan seharusnya tidak memberi tekanan
kepada murid. Murid akan dinilai berdasarkan keupayaan dan kemahiran yang
ditunjukkan. Bahan tugasan yang digunakan semasa proses PdP dan hasil kerja
murid akan dijadikan evidens bagi membuat penilaian terhadap kemajuan murid.
Catatan refleksi dalam RPI dijadikan laporan penilaian murid yang akan diserahkan
kepada sekolah asal. Penilaian umum seperti peperiksaan bulanan hanya akan
dijalankan atas permintaan murid.

Refleksi
Guru membuat rumusan tentang pencapaian murid berasaskan maklumat penilaian
yang diperoleh sepanjang proses PdP yang bertujuan untuk mengesan sejauh mana
murid mencapai kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran. Hasil daripada
refleksi dijadikan panduan sebagai tindakan susulan terhadap prestasi murid.

Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan


Selepas refleksi, guru menyediakan rancangan susulan sama ada pemulihan,
pengukuhan, atau pengayaan berdasarkan prestasi murid. Murid yang masih tidak
menguasai topik berkaitan akan diberi pemulihan segera, manakala aktiviti
pengukuhan dan pengayaan boleh ditambah dari semasa ke semasa untuk
meningkatkan kefahaman murid. Konsep ini juga digunakan dalam pembelajaran
masteri, di mana pembelajaran masteri ini merupakan pendekatan PdP yang penting
untuk memastikan murid dapat menguasai apa yang diajar dan mencapai objektif
pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Hal ini disebabkan pendekatan
masteri membenarkan proses pembelajaran berlaku mengikut tahap kemampuan
murid (83.33%) serta dapat membantu pengguna menguasai sesuatu topik dengan
mudah (86.11%) (Junaidah & Rasyidah, 2006).
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

iii. Contoh Pengajaran dan Pembelajaran

Mengambil contoh Pengajaran dan Pembelajaran di SDH Serdang, PdP dibahagikan


kepada tiga iaitu prasekolah, pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah
yang mana pendidikan rendah dan menengah akan menggunakan kurikulum
kebangsaan masing-masing yang telah disesuaikan mengikut kurikulum SDH.
Pendidikan menengah dan rendah akan dibahagikan kepada dua iaitu PdP di wad
dan di kelas. Murid akan melalui proses PdP berdasarkan nasihat doktor. Sekiranya
murid dibenarkan untuk menghadirkan diri ke kelas, mereka akan dikumpulkan di
dalam kelas yang mana sebuah kelas mengambil purata kehadiran murid sehari
seramai 7-10 orang. Bilangan murid setiap hari adalah tidak tetap dan sentiasa
berubah kerana ia bergantung kepada tahap kesihatan pelajar. Berikut merupakan
statistik murid di SDH Serdang bagi bulan Januari hingga Ogos 2013.

Bulan / Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos


Umur
Prasekolah 40 46 57 54 28 27 33 14
Sekolah 69 69 64 72 63 60 70 52
Rendah
Sekolah 48 47 34 35 24 32 47 26
Menengah
Jumlah 157 159 155 161 115 119 150 92

Jadual 2 : Statistik Murid SDH Serdang 2013 (Jan-Ogos)

Murid yang berada di kelas terdiri daripada pelbagai tahap dan keupayaan.
Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan kecil. Bagi pelajar yang tidak
dibenarkan ke kelas, guru akan menjalankan PdP di wad mengikut jadual yang
ditetapkan serta mengambil kira tahap kesihatan pelajar. Pembelajaran di wad
dilaksanakan secara individu dan guru perlu bergerak dari katil ke katil murid. PdP di
wad mengambil purata antara 15 hingga 20 minit seorang murid supaya tidak
mengganggu pesakit lain. Data berkaitan kesediaan murid untuk menjalani PdP akan
dikemaskini setiap hari oleh jururawat yang bertanggungjawab memeriksa kesihatan
murid. Bagi kedua-dua bentuk PdP ini, guru perlu sentiasa bersedia menerima
kehadiran ibu bapa/penjaga semasa PdP dijalankan.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

iv. Kokurikulum dan Sukan

Selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S), murid yang sedang menerima
rawatan di hospital perlu diberi peluang untuk mengikuti aktiviti kokurikulum dan
sukan berdasarkan kesediaan, keupayaan dan tahap kesihatan mereka. Melalui
aktiviti ini, murid dapat mengembangkan potensi mereka dengan melibatkan diri
walaupun sedang menerima rawatan di hospital. Aktiviti kokurikulum perlu diubah
suai mengikut kesesuaian dan tahap kesihatan pelajar. Kebiasaannya, aktiviti
kokurikulum adalah melibatkan aktiviti dalaman seperti bermain catur, congkak, dan
sebagainya. Murid hanya akan dibawa keluar daripada kelas/wad untuk aktiviti
kokurikulum dan sukan atas nasihat doktor.

Tujuan pelaksanaan kokurikulum dan sukan di SDH ialah :


i. Membina keyakinan, memupuk kepimpinan dan meningkatkan disiplin diri.
ii. Memastikan kesinambungan program pembangunan sahsiah, kemahiran
dan ketrampilan murid berterusan.
iii. Memperbaiki dan memperkukuhkan kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi.
iv. Memastikan aktiviti pembangunan ilmu dan kreativiti dapat diteruskan.

v. Pengisian Waktu Cuti Sekolah


Murid-murid di SDH dilibatkan dalam aktiviti formal dan tidak formal sebagai
pengisian semasa waktu cuti persekolahan. Ini bertujuan memberi peluang kepada
murid untuk mengisi masa cuti sekolah mereka dengan pengalaman yang
menyeronokkan dan berfaedah.

Aktiviti yang dirancang berunsur didik hibur, rekreasi dan permainan boleh
dijalankan secara individu atau berkumpulan sama ada di wad atau kelas mahupun
luar sekolah. Dari segi bimbingan akademik, aktiviti berbentuk pemulihan dan
pengukuhan boleh dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid
dalam pembelajaran dan sebagai persediaan awal bagi pelajar yang menduduki
peperiksaan awam.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Aktiviti yang dijalankan harus mencungkil bakat dan kreativiti murid. Aktiviti
boleh dijalankan secara minds-on dan hands-on. Pelaksana aktiviti perlu kreatif
dalam merancang aktiviti disamping merancang dengan teliti dari segi masa, bahan
dan tempat supaya dapat memastikan aktiviti ini mampu meningkatkan kemahiran
sosial, komunikasi dan penerapan nilai dalam diri murid. Contoh aktiviti yang boleh
dijalankan ialah permainan bahasa, bermain alat muzik, tayangan filem, idola
jemputan, kerohanian dan keagamaan.

Isu dan Cabaran


Isu dan cabaran merupakan satu lumrah bagi pelaksana-pelaksana dasar baru
seperti SDH ini. Isu yang dihadapi oleh dasar SDH ialah kekurangan guru dan
Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Mengambil contoh dapatan kajian di SDH
Serdang, menurut guru Bahasa Malaysia di situ, En Hajazy ;
“... empat orang guru memang tidak cukup untuk menjalankan PdP di sini. Lebih-
lebih lagi bila guru terpaksa menjalankan PdP di wad kerana guru perlu pergi dari
katil ke katil murid. Walaupun saya dalam bidang Bahasa Malaysia, saya juga
terpaksa mengajar mata pelajaran Matematik untuk memenuhi keperluan murid.”

Bagi skop tugas seorang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) pula, Cik Ruqaiyah
menyatakan bahawa ;
“... seorang PPM sahaja di sini agak membebankan kerana tugas-tugas
pengkeranian juga di bawah skop tugas saya, di mana setiap hari data murid yang
menghadiri kelas perlu dikemaskini.”

Guru-guru adalah dalam kalangan guru yang dipilih berdasarkan kelayakan


untuk mengajar secara bergilir-gilir di bahagian sekolah rendah, sekolah menengah,
dan wad. Mereka merupakan guru serba boleh yang bukan sahaja mengajar untuk
pelbagai subjek malah bersesuaian untuk pengajaran sekolah rendah dan
menengah. Kursus dan latihan bagi guru dan PPM SDH merupakan kursus
persediaan untuk melatih guru-guru yang akan bertugas di SDH yang berfokuskan
bentuk pendidikan yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel, didik hibur dan berbentukkan Teknologi Maklumat. Guru-guru dan PPM
akan didehkan dengan kurikulum kursus yang menekankan aspek kerjasama
dengan pakar atau pasukan dari pelbagai disiplin perubatan bagi pengurusan murid-
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

murid yang menghadapi masalah kesihatan. Para guru dan PPM juga dilatih
mengenai teknik-teknik pemerhatian dalam kes tertentu dan menjalani sesi Orientasi
Klinikal bagi merasai sendiri keadaan dan persekitaran sebenar di wad hospital.
Pengambilan guru dan PPM perlu ditambah untuk menampung keperluan murid dan
melancarkan urusan penyeliaan dan pengurusan SDH. Pertambahan bilangan guru
juga akan memastikan guru-guru mengajar mengikut kepakaran tersendiri, dan
bukan mengikut sistem giliran seperti yang digunakan sekarang.

Isu yang kedua ialah berkaitan sumbangan daripada pihak- pihak berkaitan.
Setakat ini, jika mengambil contoh SDH di Serdang, memang tidak mempunyai
masalah berkaitan sumber kewangan dan infrastruktur kerana bilangan murid tidak
ramai dan kemudahan yang disediakan cukup untuk menampung keselesaan para
murid di situ. Tetapi jika dilihat dalam perancangan akan datang di mana
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan bahawa program SDH akan
menjadi progam kekal dan ia sedang diinstitusikan sebagai program kementerian
secara tetap dan dalam tempoh tidak berapa lama, program itu dapat diperluaskan
kepada lebih banyak hospital di negara ini (Muhyiddin Yassin, 2012). Jadi,
sumbangan daripada pelbagai pihak NGO terutamanya sangat digalakkan untuk
meringankan beban kerajaan dalam melancarkan pelaksanaan dasar ini.

Cabaran yang pertama ialah para guru terdedah dengan penyakit berjangkit
seperti tuberculosis (TB), dan penyakit kaki, tangan dan mulut. Para guru perlu
sentiasa mendapatkan nasihat doktor semasa menjalankan PdP. Contohnya, bagi
penyakit berjangkit seperti TB para guru dan PPM perlu mengambil langkah berjaga-
jaga seperti memastikan pengudaraan yang baik di sekeliling tempat belajar,
menutup mulut ketika batuk, bersin dan gelak, dan sentiasa menutup mulut dengan
topeng mulut sepanjang PdP berjalan.

Cabaran kedua ialah guru tidak begitu mengenali murid kerana tempoh
mengajar seseorang murid terlalu singkat. Hal ini dapat dilihat melalui dapatan kajian
daripada tinjauan di SDH Serdang.
“...kes di sini tidak melibatkan murid yang mempunyai masalah kesihatan yang lama,
paling lama sekitar 7 hari, jadi kami sebagai guru tidak sempat untuk mengenal latar
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

belakang murid dan tidak tahu bagaimana tahap murid tersebut untuk disesuaikan
dengan PdP di SDH”.

Mengenali kemampuan dan kebolehan murid merupakan satu elemen dalam


pembelajaran dan guru berkesan. Guru perlu tahu lima ciri-ciri pelajar iaitu latar
belakang, masalah pembelajaran, ciri-ciri, tahap pendidikan dan motivasi.
Pengetahuan guru tentang murid membantu guru merancang dan melaksanakan
proses PdP yang lebih berkesan (Hanani Hussin, Aderi Che Noh & Ab. Halim
Tamuri, 2013).

Cabaran seterusnya ialah cabaran dalam mendidik para murid. Berbeza


dengan sekolah harian di mana murid di sekolah harian akan dikelaskan mengikut
umur yang sama dan mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama. Di SDH,
murid-murid akan dikelaskan mengikut peringkat sekolah rendah atau menengah,
contohnya murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun termasuk dalam golongan
sekolah rendah, dan mereka akan diletakkan di dalam sebuah kelas yang sama, di
mana tahap pengetahuan mereka adalah berbeza-berbeza. Guru perlu kreatif dalam
merancang isi kandungan PdP supaya murid dapat menerima pengetahuan yang di
sampaikan. Kebiasaannya, pembelajaran akan dijalankan secara kumpulan kecil
atau individu dan menyebabkan lebih daripada seorang guru diperlukan supaya
kelas berjalan dengan lancar.

Implikasi
Program sekolah dalam hospital ini dilihat satu pendekatan baru yang digunakan
oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan
kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan Yayasan Nurul Yaqeen
(YNY) bagi mengatasi masalah keciciran pelajar dalam pembelajaran ketika mereka
sedang menjalani rawatan di hospital. Terdapat beberapa implikasi positif hasil
daripada pelaksanaan program sekolah dalam hospital ini. Antaranya ialah,
pelaksanaan SDH ini dilihat sebagai alternatif baru dalam dunia pendidikan untuk
menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang terpaksa meninggalkan alam
persekolahan berikutan menghadapi masalah kesihatan dan terpaksa menjalani
rawatan di hospital.
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Dasar SDH dianggap sebagai terapi kepada pelajar untuk melupakan


penyakit. Menurut Dr Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Kanan Pediatrik
dan Respiratori Hospital Kuala Lumpur (HKL), SDH adalah sebahagian daripada
proses rawatan kanak-kanak menerusi proses rawatan yang tidak bersifat
farmaseutikal, sebaliknya menggunakan kaedah psikologi. Selain tertekan dengan
rawatan penyakit yang diterima di hospital, kanak-kanak dapat bermain dan belajar
dengan kaedah yang menyeronokkan di SDH. Nadia Nurshazlina Baharom, 15 tahun
yang hampir setengah tahun tidak pergi ke sekolah kerana menghidap penyakit
leukemia berasa gembira kerana dapat menjalani PdP di Institut Pediatrik Hospital
Kuala Lumpur. Penyertaannya di SDH dapat melupakan seketika bahawa dia adalah
pesakit. Nadia kini mampu tersenyum menghabiskan masa bersama rakan-rakan
baru di SDH.

Selain implikasi kepada pesakit yang menerima PdP di SDH, implikasi positif
juga dapat dilihat daripada ibu bapa murid-murid. Ibu mana yang tidak sedih apabila
melihat anaknya terpaksa terlantar di hospital akibat penyakit yang dihidapi dan
terpaksa meninggalkan dunia persekolahan akibat masalah kesihatan. Namun,
pelaksanaan SDH ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati dan naluri seorang ibu
apabila dapat melihat anaknya mampu tersenyum walaupun menghadapi penyakit.
Siti Nurbaya, ibu kepada seorang pesakit leukemia yang berusia 15 tahun berkata,
senyuman anaknya memberikan kebahagiaan buatnya. SDH juga dapat
membangkitkan semangat anaknya untuk terus belajar tanpa perlu memikirkan
kekurangan berbanding dengan orang lain. Hal ini dapat dibuktikan daripada hasil
dapatan kajian di mana 99.99% ibu bapa bersetuju dan menyokong penuh
pelaksanaan dasar SDH ini.

Seterusnya, SDH juga meransang para guru untuk lebih kreatif dalam
merancang dan melaksanakan PdP di kelas mahupun di wad. Dalam bidang
pendidikan, terdapat pelabagai kemahiran dan pendekatan yang boleh disesuaikan
mengikut kemampuan pelajar. Dengan mengambil kira faktor kesihatan dan emosi
murid-murid di SDH, mereka memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih
daripada guru. Jadi, tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi
mereka boleh menggunakan kemahiran yang mereka ada untuk sentiasa
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

memotivasikan para murid ini supaya mereka lebih terus bersemangat untuk
meneruskan kehidupan.

Sistem pendidikan Malaysia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan


modal insan berpengetahuan dan berkemahiran, yang mampu bersaing di pasaran
kerja global malah untuk membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,
progresif, bermoral dan beretika tinggi. Ini semua dapat dicapai melalui proses
pendidikan secara formal di sekolah. Melalui SDH, pembangunan modal insan masih
lagi dapat diteruskan tetapi di luar amalan persekolahan yang konvensional. Hal ini
kerana murid- murid akan diberikan ruang dan peluang menimba pendidikan selaras
dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan meskipun berada di hospital. Proses
pendidikan berjalan seiring dengan pembinaan modal insan seperti yang telah
digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010).

Secara rumusannya, Sekolah Dalam Hospital banyak memberikan implikasi


positif kepada pelbagai pihak seperti guru, murid, dan ibu bapa. Program ini dilihat
membawa suatu pembaharuan dan merupakan nafas baru dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Pelaksanaannya membawa banyak manfaat kepada kanak- kanak yang
mempunyai masalah kesihatan dalam menerima pendidikan yang sewajarnya untuk
mereka sepanjang tempoh rawatan di hospital tersebut.

Laporan Kajian Lapangan

Pada 24 Disember 2013, satu kajian kecil berbentuk tinjauan dijalankan di Sekolah
Dalam Hospital, Serdang. Kajian adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan
kaedah temu bual. Responden kajian adalah terdiri daripada dua orang yang terlibat
dalam SDH iaitu seorang guru dan seorang staf sokongan. Berdasarkan tinjauan,
organisasi SDH Serdang diketuai oleh penyelia, Pn Azizah bt Abd Aziz yang juga
salah seorang guru di SDH dan dibantu oleh tiga orang guru lain iaitu, En Mohd
Hajazy, Pn Siti Norashikin, dan Pn Juliana. Pentadbiran dan pengurusan SDH turut
dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid(PPM), iaitu Cik Siti Ruqaiyah. Tinjauan
mendapati bahawa SDH menyediakan iklim pembelajaran yang sangat kondusif
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

kepada murid. Dua buah kelas iaitu sekolah rendah dan menengah masing-masing
dilengkapi dengan kemudahan yang selesa. Kedudukan SDH yang terletak
berhampiran dua buah wad pesakit, 5A dan 5B memberi kemudahan kepada murid
untuk bergerak dari wad ke kelas.

Responden pertama,En Hajazy seorang guru Bahasa Malaysia yang telah


berkhidmat di sekolah harian selama 23 tahun dan mula berkhidmat di SDH
Serdang sejak awal penubuhan SDH tersebut pada tahun 2011. Responden kedua,
Cik Siti Ruqaiyah seorang Pembantu Pengurusan Murid yang telah berkhidmat di
sekolah khas selama 3 tahun dan mula berkhidmat di SDH Serdang sejak 2011.

Instrumen kajian adalah menggunakan satu set soalan temu bual yang
dijalankan secara lisan. Berikut adalah beberapa soalan yang terlibat dalam
instrumen temu bual ;
S1 : Sebagai salah seorang pelaksana SDH, bagaimana Encik/Cik melihat
konsep ini membantu mencapai matlamat EFA?
S2 : Apakah cabaran kerja yang dihadapi dan bagaimana cara mengatasi?
S3 : Setakat ini, berapa ramai pelajar yang diterima di sini, dan adakah sumber
manusia, sumber kewangan, sumber kemudan dapat menampung bilangan
pelajar?
S4 : Bagaimana penerimaan ibu bapa pelajar terhadap konsep SDH?
S5 : Apakah harapan dan cadangan Encik/Cik dalam dasar SDH ini?

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua responden memberikan


jawapan yang hampir sama, kecuali bagi soalan kedua tentang cabaran tugas.
Berikut merupakan rumusan jawapan daripada kedua-dua orang responden;
J1 : Dasar SDH memang berjaya mencapai matlamat EFA iaitu memberi
pendidikan kepada semua peringkat pelajar tidak kira di mana berada. Walaupun
murid-murid di sini terpaksa tinggal untuk beberapa tempoh yang singkat atau
lama, sekurang-kurangnya mereka tidak akan tercicir dalam pelajaran.

J2 : Sebagai guru, cabaran yang saya hadapi ialah kadangkala terpaksa


berdepan dengan penyakit berjangkit dan apa yang saya lakukan, sentiasa
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

mengikut arahan doktor sebagai langkah berjaga-jaga contohnya sentiasa


mencuci tangan dan memakai penutup mulut.

Sebagai PPM pula, saya melihat cabaran adalah dalam skop tugas kerana selain
perlu menguruskan urusan pentadbiran, PdP, mengemas dan membersihkan
kelas, menjaga hal ehwal murid, saya juga perlu melakukan tugas pengkeranian.
Jika di sekolah harian, tugas pengkeranian akan dilakukan oleh kerani, tetapi di
sini saya perlu melakukan tugas tersebut sendiri.

J3 : Jumlah pelajar adalah tidak tetap, setakat ni kami menerima sekitar 30 orang
pelajar dan saya rasa sumber kewangan dan kemudahan mencukupi, Cuma
bilangan guru dan staf sahaja yang perlu ditambah untuk memudahkan
pelaksanaan dasar ini.

J4 : Bagi pendapat saya, 99.99% ibu bapa bersetuju anak mereka dimasukkan
dalam SDH dan mereka menyokong penuh dengan dasar ini. Kadangkala, ibu
bapa juga turut masuk dalam kelas untuk melihat anak-anak mereka belajar.

J5 : Harapan saya agar murid-murid di sini cepat sembuh dan berharap agar
SDH ini dikekalkan dan ditambah lagi dari semasa ke semasa untuk memenuhi
matlamat EFA tersebut dan cadangan saya, bilangan guru dan staf perlu
ditambah dan galakkan pihak-pihak lain untuk memberi sumbangan sebagai
tanda menyokong dasar baru ini.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Sekolah Dalam Hospital merupakan usaha kerajaaan dalam


menyediakan peluang pendidikan yang terbaik bagi pelajar yang menjalani rawatan
di hospital supaya tidak ketinggalan di dalam pembelajaran mereka. Program
Sekolah Dalam Hospital ini merupakan satu inovasi baru dalam dunia pendidikan di
Malaysia bagi memastikan pendidikan untuk pesakit muda ini tidak disia-siakan
sebaliknya diteruskan dengan pelaksanaannya selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia
turut menyatakan bahawa program SDH ini merupakan langkah yang amat bernas
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

dan tepat pada masanya ketika kerajaan berusaha menjadikan Malaysia tempat
tinggal terbaik buat generasi akan datang. Program SDH ini mendapat sokongan
penuh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan yang masing-masing
menyediakan khidmat berkaitan bagi memastikan agenda berkenaan mencapai
kejayaan. Sebagai penutup, SDH ini diharap dapat ditambah dan diperbaiki dari
semasa ke semasa dalam mencapai matlamat pendidikan untuk semua.

Rujukan

Abdull Sukor Shaari & A. Kalaidevi. 2012. Kesan Pendekatan Pembelajaran Masteri
Terhadap Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Pemulihan
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2) : 94-105.

Buletin Yayasan Nurul Yaqeen. 2012. Sekolah Dalam Hospital Diinstitusikan.


Warisan Biduanda.

Junaidah Mohamed Kassim & Rasyidah Haji Anuar (2006). Pembangunan Model
PeKA Bagi Perisian Kursus E-Pembelajaran Animasi 3D Menggunakan
Pendekatan Masteri. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat : Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kamus Dewan. 2000.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur

Nur Hanani Hussin ,Mohd Aderi Che Noh & Ab. Halim Tamuri. 2013. Elemen
Mengenali Murid dalam Pengajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam. The
Online Journal of Islamic Education, 1(2) : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. 2004. Curriculum: Foundation principles and issues.


USA: Pearson Education

Portal Rasmi Hospital Serdang. Sekolah Dalam Hospital.


http://hserdang.moh.gov.my/

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Pembantu


Pengurusan Murid. http://www.spp.gov.my/
Sekolah Dalam Hospital : Isu, Cabaran dan Implikasi

Rabi‟Atul „Adawiyah Ismail. 16 Julai 2011. Teruja Belajar Sambil Dirawat. Harian
Metro .

Sinar Harian. 3 Oktober 2013. PPPM Selari Matlamat Pendidikan UNESCO.

Syed Ismail Syed Mustafa. 2010. Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional.
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Selangor.

Tuberculosis (TB). 2009. http://klinikmansurah.blogspot.com/

You might also like