You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN
Istilah Pentaksiran merujuk kepada proses pengumpulan maklumat tentang tahap
penguasaan, kemahiran dan sikap murid. Pentaksiran merupakan elemen penting dalam
semua proses pengajaran dan pembelajaran di mana ia bukan sahaja membantu dalam
pembelajaran seseorang pelajar, malah meningkatkan keberkesanan pengajaran
seseorang pendidik. Menurut Cizek (1993), pentaksiran meliputi satu kaedah dan sumber
yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan, menginterprestasi dan mensintesis
maklumat tentang murid.
Dalam dunia pendidikan, pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara
beberapa konsep yang penting bagi pentaksiran. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah
berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan. Bagi mengatasi masalah pentaksiran yang tidak tersusun, setiap guru perlu
mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang
diperolehi agar dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

2.0 ANALISIS PERBEZAAN PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN


Sebelum melakukan pentaksiran kepada murid-murid, seseorang guru itu perlu
terlebih dahulu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengujian, pengukuran dan
penilaian. Terdapat beberapa perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.
Perbezaannya dapat dilihat dari segi definisi, cara perlaksanaan dan tujuan.

2.1 DEFINISI
Istilah pengujian merujuk kepada penggunaan instrumen atau alat yang cuba
menguji sebahagian tingkah laku pelajar. Ia merupakan satu kaedah atau prosedur
yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat
seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Tujuan pengujian
ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan piawai yang perlu
dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi
mengukur sampel tingkah atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Melalui
pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek,
kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Berbeza pula dengan pengukuran. Pengukuran membawa maksud yang lebih
luas berbanding dengan pengujian. Istilah pengukuran merujuk kepada pemberian
skor atau markah atau menyatakan band yang menunjukkan tahap pencapaian.
Dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat-
sifat tertentu.
Setelah mengukur prestasi seseorang pelajar, langkah seterusnya adalah
membuat keputusan. Apabila guru menilai, guru akan dapat mengatakan bahawa
sesuatu itu bagus, bersesuaian, sah, positif, dan sebagainya. Istilah penilaian merujuk
kepada proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan
nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Bagi melaksanakan
penilaian, guru perlukan maklumat dan ia diperolehi dengan mengukur menggunakan
alat yang boleh dipercayai.

2.2 TUJUAN PELAKSANAAN


Perbezaan ketiga-tiga pentaksiran ini dapat dilihat dari segi tujuan. Pengujian
dilaksanakan bertujuan bagi menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Bagi pengukuran pula untuk membuat perbandingan pencapaian dan
kedudukan di kalangan murid dalam penguasaan pembelajaran. Pengukuran juga
bertujuan untuk memberikan penghargaan seperti sijil kepada murid-murid. Manakala
penilaian bertujuan memberi maklum balas tentang prestasi murid, pencapaian
objektif pelajaran dan kaedah PdP. Penilaian dijalankan oleh guru untuk menilai
sejauhmanakah tercapainya hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran. Penilaian
juga dilaksanakan bagi membantu guru merancang sesi pengajaran pada masa akan
datang dan merancang program-program yang bakal dilaksanakan bertujuan untuk
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan
tentang proses yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.3 CARA PELAKSANAAN


Pengujian boleh dilaksanakan semasa dan selepas sesuatu pengajaran
tersebut dilaksanakan. Alat yang digunakan untuk melaksanakan pengukuran ialah
soalan, senarai senarai semak, dan tugasan. Pengukuran pula dilaksanakan oleh guru
setelah pelajar melaksanakan ujian. Guru melaksanakan pengukuran dengan
menggunakan rajah dan jadual dengan bantuan komputer. Penilaian pula
dilaksanakan bagi memperbaiki dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang
datang berdasarkan kajian dan pentaksiran yang telah dilakukan.
3.0 PERANCANGAN UJIAN
Dalam pelaksanaan ujian bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Sejarah murid
tahun 4, guru perlu melakukan perancangan ujian terlebih dahulu. Hal ini penting baik bagi
memastikan penggubalan penilaian dan soalan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan sejajar dengan objektif pembelajaran. Menurut Lee & Mok (1989),
penilaian yang tepat dan berkesan adalah bergantung kepada pembinaan ujian yang baik
di mana merangkumi ciri-ciri utama seperti kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Perancangan ujian bukan bertumpu kepada pensil
dan kertas sahaja. Ia juga meliputi ujian afektif dan psikomotor yang berpandukan kepada
kurikulum yang telah dibina. Arahan dalam tugasan, objektif pengajaran dan hasil
pengajaran adalah penting dalam pembinaan perancangan ujian. Dalam perancangan
pelaksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun ini, terdapat beberapa langkah yang perlu
digunakan oleh guru bagi memastikan proses tersusun dan sistematik.

3.1 MENENTUKAN TUJUAN DAN ISI UJIAN


Langkah pertama ialah dari segi menentukan tujuan dan isi ujian. Tujuan
sesuatu ujian dijalankan perlu dinyatakan dengan jelas dalam menjalankan
sesuatu ujian. Ujian boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk misalnya objektif,
esei, amali, kertas kerja dan lain-lain. Setiap item yang dibina perlu mempunyai
objektif tertentu supaya ianya mampu mencungkil kemahiran yang ada pada
murid.

3.2 MEMBENTUK JSU


Langkah kedua ialah membentuk JSU. Dalam ujian yang diberikan kepada
murid-murid, item-item tersebut adalah dibina berdasarkan Taksonomi Bloom.
Semasa pembinaan jadual spesifikasi ujian (JSU) dengan mengambil kira jam
pembelajaran murid-murid, maka dapat ditentukan bahawa dalam item-item ujian
yang dibina adalah untuk menguji Topik 1, Mari Belajar Sejarah dan Topik 2 iaitu
Zaman Air Batu dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4. Terdapat beberapa
langkah yang perlu dilakukan semasa penyediaan JSU. Langkah yang pertama
ialah menentukan objektif ujian iaitu untuk menguji kefahaman murid dalam
sesuatu topik dalam mata pelajaran Sejarah, memahami murid pelbagai aras
mengikut taksonomi bloom dan tahap kesukaran soalan. Langkah yang kedua,
menetapkan format ujian samada dalam bentuk objektif atau subjektif. Bagi
pentaksiran ini, guru telah memilih soalan berbentuk objektif dan subjektif bagi
menguji murid-murid. Langkah ketiga, guru telah menetapkan topik-topik Sejarah
Tahun 4 yang ingin dinilai iaitu Topik 1 dan Topik 2. Kemudian, langkah keempat
guru telah mengira jumlah item yang perlu dibina bagi setiap topik berdasarkan
jam pembelajaran. Langkah terakhir ialah menentukan aras taksonomi bloom
berdasarkan wajaran yang ditetapkan iaitu 25% aras rendah, 50% aras sederhana
dan 25% aras tinggi. Berikut merupakan contoh isi kandungan topik yang hendak
diuji dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun matapelajaran Sejarah Tahun 4.

TAJUK TEMA/TAJUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA BELAJAR

1. Mari Belajar 1.1 Pengertian dan Kemahiran Ilmu Sejarah 4 JAM


Sejarah 1.1.1 Menyatakan pengertian sejarah.
1.1.2 Mengenal pasti sumber dalam sejarah.
1.1.3 Menjelaskan kaedah penyelidikan sejarah.
1.1.4 Membezakan konsep ruang dan masa dalam
sejarah
1.1.5 Menghuraikan sebab dan akibat dalam peristiwa
sejarah.

1.2 Pengertian Diri dan Keluarga 4 JAM


1.2.1 Menyatakan biodata diri.
1.2.2 Menjelaskan pengertian keluarga asas dan
kembangan.
1.2.3 Membandingkan peranan anggota keluarga
1.2.4 Menghuraikan perkembangan diri mengikut garis
masa.

1.3 Sejarah Sekolah


1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah. 3 JAM
1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah.
1.3.1 Menyatakan nama dan alamat sekolah.
1.3.2 Mengenal pasti lokasi sekolah.
1.3.4 Menghuraikan maklumat sekolah yang lengkap.

1.4 Kawasan Tempat Tinggal


1.4.1 Menyatakan maklumat lengkap mengenai tempat 3 JAM
tinggal.
1.4.2 Menerangkan bentuk muka bumi kawasan tempat
tinggal.
1.4.3 Menjelaskan sejarah tempat tinggal.
1.4.4 Menghuraikan tokoh setempat di tempat anda.

2. Zaman Air 2.1 Zaman Air Batu 3 JAM


Batu 2.1.1 Menyatakan maksud Zaman Air Batu.
2.1.2 Menyenaraikan garis masa Zaman Air Batu.
2.1.3 Menerangkan perubahan Zaman Air Batu Akhir.
2.1.4 Menghuraikan kesan perubahan Zaman Air Batu
Akhir di Asia Tenggara
JUMLAH 20 JAM

Di bawah pula merujuk kepada skop masa yang diberikan untuk ujian jenis
soalan, bilangan soalan dan keupayaan pelajar.
FORMAT ITEM OBJEKTIF SUBJEKTIF
Masa 30 minit 30 minit
Markah 30 20
Bilangan Item 30 2
Markah pada setiap item 1 10
Masa yang diperlukan pada setiap item 1 minit 15 minit

Berikut merupakan contoh sebahagian daripada Jadual Spesifikasi Ujian yang


lengkap dan guru boleh mula membina item ujian.

Gambar 1.0 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian


3.3 MEMBINA DAN MENYEMAK ITEM
Setelah JSU selesai dibentuk, langkah seterusnya ialah guru akan mula
membina dan menyemak item bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Sejarah
Tahun 4. Guru akan membuat soalan berdasarkan Topik 1 iaitu Mari Belajar
Sejarah dan Topik 2 iaitu Zaman Air Batu. Tujuan pembinaan item penting bagi
mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai dan diperolehi serta
menentukan penempatan murid mengikut kelebihan. Pembahagian ini item perlu
disemak dan diselarakan bersama-sama guru sejarah dan kemudiaanya disahkan
oleh ketua panitia dan Guru Besar.

3.4 MEMBINA DAN MENYEMAK SKEMA


Langkah bagi mengatasi masalah pentaksiran yang tidak tersusun seterusnya
ialah penggubal soalan perlu membina dan menyemak skema jawapan. Skema
jawapan ini penting untuk disediakan kerana ia merupakan panduan, peraturan
atau rujukan pemarkahan bagi setiap soalan. Bagi item subjektif, penggubal
soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua jawapan
kerana jawapan yang diberikan oleh murid akan pelbagai. Manakala bagi item
objektif pelbagai pilihan, jawapan yang disediakan adalah lebih menjurus. Langkah
ini penting untuk dilaksanalan secara jelas, terperinci dan menyeluruh agar
penilaian murid dapat dibuat dengan sewajarnya.

3.5 MENTADBIR UJIAN


Setelah selesai langkah membina dan menyemak skema, langkah seterusnya
adalah mentadbir ujian. Sebelum ujian bermula, guru harus menyemak terlebih
dahulu bilangan kertas peperiksaan yang telah disediakan agar mencukupi
dengan bilangan murid-murid yang mengambil peperiksaan berkenaan. Bagi
arahan ujian, ianya boleh dihuraikan berdasarkan dua aspek. Pertama ialah
arahan dalam kertas soalan sendiri. Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi
arahan tentang cara menjawab dan juga masa yang diperuntukkan menjawabnya.
Kedua arahan yang dilakukan oleh guru di luar dari kertas peperiksaan. Arahan ini
diberikan setelah murid-murid bersedia di tempat duduk masing-masing. Guru
akan memberi arahan tentang ujian yang akan diduduki secara jelas agar murid-
murid dapat memahami dengan jelas tentang arahan yang diberikan.

3.6 MEMERIKSA ITEM


Setelah ujian selesai dilaksanakan dan kertas jawapan telah dikutip oleh guru,
maka langkah seterusnya guru akan memeriksa skrip jawapan. Guru perlu
mengambil kira beberapa perkara dalam memeriksa skrip jawapan iaitu dari aspek
bentuk ujian yang diberikan kepada murid dan jawapan yang diberikan oleh murid
sama ada dalam kertas objektif yang disediakan (contohnya, kertas OMR) atau
jawapan dalam bentuk subjektif. Jawapan berbentuk objektif adalah mudah untuk
diperiksa oleh guru iaitu dengan cara menebuk kertas jawapan “master” dan
seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Manakala bagi jawapan
subjektif, guru perlu memeriksa dengan teliti.

3.7 ANALISIS ITEM


Bagi pelaksanaan analisis item ini, skor murid yang berada dalam kumpulan
markah tertinggi dan skor murid dalam kumpulan markah rendah akan di
digunakan. Hal ini bertujuan bagi mengenalpasti indeks kesukaran (p), indeks
diskriminasi (D) dan keberkesanan distraktor (pengganggu) bagi item ujian. Indeks
kesukaran bertujuan untuk menunjukkan bahawa item yang dibina sama ada
berada pada tahap terlalu sukar, pada tahap sederhana dan terlalu mudah bagi
murid. Indeks ini perlu berada dalam julat 0.2 hingga 0.8. Sekiranya murid yang
menjawab betul adalah ramai, maka item tersebut dianggap mudah.
Manakala bagi pengiraan indeks diskriminasi pula, ianya dijalankan bagi
membezakan murid daripada kumpulan pada aras tinggi dan kumpulan pada aras
rendah. Sebagai contoh, bagi menentukan bilangan murid dalam kumpulan
berpencapaian tinggi dan rendah, 27% akan diambil daripada jumlah murid iaitu
17% x 10 orang = 2.7 atau jika dibundarkan bersamaan dengan 3 orang. Semua
item yang mempunyai item diskriminasi 0.2 ke atas boleh diterima. Bagi item yang
mempunyai diskriminasi kurang dari 0.2 merupakan item yang kurang baik dan
perlu diubah suai atau digugurkan.
Seterusnya ialah keberkesanan distraktor atau pengganggu. Analisis distaktor
atau pengganggu dapat memberi maklumat mengenai keberkesanan distraktor-
distraktor yang digunakan dalam item. Salah satu perkara yang menentukan
kualiti soalan keseluruhan adalah pengganggu. Pilihan-pilihan lain yang salah
dalam soalan yang sama. Pengganggu ini boleh dibahagi kepada tiga iaitu
pengganggu yang baik, pengganggu yang lemah dan pengganggu tidak berfungsi.
Pengganggu yang baik boleh menarik minat yang lebih di kalangan murid lemah
untuk memilihnya. Manakala murid pandai seharusnya tiada masalah untuk
mengenal pasti bahawa pengganggu itu salah. Bagi pengganggu yang tidak
berfungsi, pengganggu ini tidak dipilih oleh mana-mana murid sama ada murid
lemah atau murid pandai.
4.0 RUMUSAN
Pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan
perlaksanaan ujian (pengujian), penyemakan dan memberi skor (pengukuran) dan
menterjemah maklumat atau jawapan (penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan
penilaian mempunyai makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini saling
berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Dalam pelaksanaan PPT
Sejarah Tahun 4, aspek pengujian, pengukuran dan penilaian menjadi konsep utama bagi
memastikan pentaksiran yang dijalankan tidak tersasar.
5.0 RUJUKAN

Abdul Raheym Ahmad. (2012, Okt 31). Analisis item.

https://www.slideshare.net/abdulraheym/analisis-item

Azizi Ahmad. (2015). Pentaksiran pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahiirah, H. (2013, April 24). Analisis dan penafsiran data.

https://www.slideshare.net/huuriyahbahiirah/analisis-dan-penafsiran-data

Badrul Hisham bin Mokhtar (2020, Nov, 11). Konsep asas pentaksiran.

https://www.scribd.com/presentation/483876447/T1-KONSEP-ASAS-PENTAKSIRAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (n.d) Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran

tahun.https://www.moe.gov.my/index.php/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/dskp-kssr

Mohd Najib Abdul Ghafar (1997). Pembinaan dan analisis ujian bilik darjah. Skudai, UTM.

Muralle, T. (2014, September 6). Analisis skor. https://prezi.com/upjzyevzg36e/analisis-

skor-ujian/

Nordin, M. S. (2002). Pengujian dan Pentafsiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia.

You might also like