You are on page 1of 11

Siapakah kanak-kanak? Apakah hak mereka?

• Kanak-kanak merupakan populasi terbesar di negara kita. Mengikut takrifan akta


kanak-kanak 2001, kanak-kanak merupakan seseorang yang berumur 18 tahun ke
bawah.
• Perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan
dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.
• Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi
menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi
keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.
• Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
(CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan
kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.
Apakah yang dimaksudkan dengan hak asasi
kanak-kanak?
• Menurut dokumen daripada Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah
dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989, hak asasi kanak-kanak
ialah memberikan perlindungan daripada pengabaian, penderaan,
eksploitasi dan jaminan kanak-kanak terhadap haknya.
• Semua kanak-kanak tanpa mengira upayaan dan ketidakupayaan,
jantina , sosial , ekonomi, kebudayaan , latar belakang etnik, agama,
taraf kesihatan berhak memiliki hak sama rata untuk mendapat
pendidikan, penjagaan dan perlindungan.
Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Bahasa Inggeris: United Nations
Convention on the Rights of the Child) adalah sebuah konvensyen antarabangsa yang menetapkan hak-hak
sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak.
• Pelaksanaan konvensyen ini diawasi oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang
anggota-anggotanya terdiri dari pelbagai negara di seluruh dunia.
• Setiap tahun, Jawatankuasa ini memberikan laporan kepada Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB
yang juga akan mendengar kenyataan ketua Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak dan menerima pakai resolusi
mengenai Hak Kanak-Kanak
• Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30
Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989).
• Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf
oleh 20 negara.
• Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 28.12.94 dan telah
guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan Malaysia
DASAR PERLINDUNGAN KANAK-
KANAK NEGARA
• Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk
mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan,
keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
• Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk
memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.
• Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen
semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi
kanak-kanak
KES PENDERAAN KANAK-KANAK
• Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk
berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup
mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.

• Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi
fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat
kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.

• Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi
emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti
kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.

• Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks
jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks
bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang
lain.
4 JENIS HAK KANAK-KANAK
1) HAK KANAK-KANAK DARI SEGI KEHIDUPAN
 Hak untuk hidup dan membesar dengan sihat
 Hak untuk mendapatkan makanan
 Hak untuk mendapatkan pakaian
 Hak untuk mendapatkan tempa tinggal yang sempurna.
 Hak untuk mendapat rawatan kesihatan
4 JENIS HAK KANAK-KANAK
1) HAK KANAK-KANAK DARI SEGI PERLINDUNGAN
 Hak untuk dilindungi dari dadah
 Hak untuk dilindungi dari penjahat
 Hak untuk dilindungi dari kecederaan
4 JENIS HAK KANAK-KANAK
1) HAK KANAK-KANAK DARI SEGI PERKEMBANGAN
 Hak untuk belajar dan bersekolah
 Hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna
4 JENIS HAK KANAK-KANAK
1) HAK KANAK-KANAK DARI SEGI PENYERTAAN
 Hak untuk berkawan
 Hak untuk menyertai kelab persatuan
 Hak untuk berbincang dengan rakan lain
CARA GURU MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
PROFESIONAL TERHADAP HAK KANAK-KANAK
KESIMPULAN

You might also like