You are on page 1of 5

Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal.

Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan
penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai
mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk
memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik
darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian
yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak
dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan
pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian
sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang
ditetapkan dalam pengajaran.
Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:

Fungsi
Masa diberi
Kesukaran
item
Jenis alat
Contoh

UJIAN FORMATIF
UJIAN SUMATIF
Menghasilkan maklumat balik Pensijilan murid pada akhir kursus
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid
Sepanjang pengajaran
Pada akhir satu-satu kursus atau unit
Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Adapenilaian yang
sangat senang dan ada yang susah
Alat pengukur formatif yang di Peperiksaan akhir tahun
bentuk khusus
Ujian bulanan, lembaran kerja, UPSR,
PMR,
SPM,
STPM,
buku skrap dan lain-lain
Peperiksaan
Sijil
Perguruan,
peperiksaan akhir tahun

1.1.2 Penilaian Tidak Formal


Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai
profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan
ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi
menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Pemerhatian
Senarai semak dan skala pemeringkatan
Rekod Anekdot
Hasil kerja pelajar
Temu bual

i) Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di
luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh

direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku muridmurid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.
ii) Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam
telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria
tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai
semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh muridmurid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR


Nama :
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Kelas:

TINGKAH LAKU
Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
Bersopan santun
Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
Selalu bersikap adil
Menepati masa
Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor

Tempoh :
PEMERHATIAN
(YA)
(TIDAK)

iii) Skala Pemeringkatan


Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.
Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya atau
`Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan
nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa
menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh
kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada
keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan
terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak
adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam
sesuatu nilai yang menonjol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)
Nama :
Kelas :
Tahun:
TINGKAH LAKU
SEMESTER 1
SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2. Berdiri
tegak
semasa

3.
4.
5.
6.
7.
8.

menyanyikan
lagu
`Negaraku
Berbaris
semasa
perhimpunan
Memberikan salam apabila
berjumpa dengan guru
Tidak membuat bising
semasa
guru tidak ada dalam kelas
Mendengar arahan guru
Menghantar kerja rumah
pada masa yang ditetapkan
Memakai pakaian seragam
sekolah yang kemas dan
bersih
Skor
Jumlah Besar
Skala :

1- sangat rendah
2- rendah
3- sederhana
4- baik
5- sangat baik

iv) Rekod Anekdot


Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.
Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat
dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa
ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.
Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________
Tarikh
9.7.04
17.8.04
23.8.04
2.9. 04
3.9.
04

Jenis Perlakuan

Tahun : ________________
Komen

Bergaduh di dalam kelas


Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru semasa ujian matematik
Tandatangan Guru ___________________

V) Hasil Kerja Pelajar


Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh
murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi
kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk
sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.
Vi) Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang
menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa
menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai
situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Soalan 1
Anda telah pun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan perbezaan
antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.
PERBEZAAN

PENILAIAN FORMATIF

PENILAIAN SUMATIF

Fungsi
Masa diberi
Contoh
Soalan 2
Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:PERBANDINGA
N
Fungsi
Kelebihan

PENILAIAN FORMAL

PENILAIAN TIDAK FORMAL

Kelemahan

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Rumusan
Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang menggunakan data kualiti
dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian biasanya dianggap sebagai suatu
proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan
pelajar.
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan
modul.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

You might also like