You are on page 1of 21

BMM3103

http://bmtahun1kssr012.blogspot.com/p/bmm-3103.html
Tajuk: PENILAIAN BAHASA
1.0 Pengenalan

Pendidikan bukanlah semata-mata mengajar tetapi pendidikan adalah usaha
untuk membantu para pelajar menolong dirinya. Guru juga perlu tahu
sejauhmanakah proses pengajaran dan pembelajarannya berkesan dan dapat
mencapai objektif. Dalam konteks murid pula, mereka juga perlu tahu tahap
keupayaan dan pencapaian dalam bilik darjah. Justeru, dalam hal ini, penilaian
amat penting dalam memberikan maklumat tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid untuk mengetahui
tahap keupayaannya seterusnya merancang aktiviti susulan.
1.1 Pengertian Penilaian
Penilaian merujuk kepada proses mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Dalam ertikata lain , penilaian merujuk kepada
proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu
kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markat pencapaian hasil daripada
pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif.
1.2 Matlamat Penilaian Bahasa
- Mencerminkan matlamat sukatan
- Berupaya menggunakan BM baku secara berkesan dalam pelbagai
konteks
tujuan dan khalayak.
- Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis.
- Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat idea dan perasaan.
1.3 Tujuan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian
dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa
untuk tujuan penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah, penilaian dijalankan bagi mengetahui sama ada guru mengajar
dan murid belajar. Penilaian mempunyai tujuan tertentu dan ianya dapat dilihat
dalam konteks guru dan murid.
Berikut rajah yang memperincikan tujuan penilaian untuk guru dan murid.
Mendapatkan maklum balas keberkesanan p&p, kesesuaian kaedah dan
teknik pengajaran, peransang untuk murid dan ibu bapa
Alat mencari punca kelemahan guru akan buat perancangan aktiviti dan
bahan yang sesuai dengan keperluan murid.
Sebagai penggerak beri perhatian dan sentiasa mengulangkaji untuk
peperiksaan.








.
Tujuan Penilaian Bahasa
Pembelajaran lampau cungkil pengetahuan sedia ada murid dan guru boleh
rancang aktiviti dan isi pelajaran. .sesuai dengan keperluan murid.
Penilaian sama ada konsep yang disampaikan difahami murid dan menilai
objektif pelajaran tercapai atau tidak.
Membuat klasifikasi Membolehkan guru membahagikan murid mengikut
kumpulan kecerdasan.
Pensijilan murid menerima sijil bergantung pada pencapaian gred-gred dalam
peperiksaan.
Membuat ramalan kecenderungan dan kebolehan murid. Contoh ujian
prognostik membolehkan guru merancang kaedah, bahan dan alat bantu
mengajar.














Rajah 1.1.1 : Tujuan Penilaian Bahasa


1.4 Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Melalui penilaian murid akan tahu sama ada mereka berjaya atau gagal
dalam pelajaran yang diuji. Murid akan resah dan sedih sekiranya mereka gagal
dan sebaliknya. Tinggi atau rendahnya peratus yang didapati dalam ujian
memberi isyarat kepada guru supaya membuat penambahbaikkan dalam cara
pengajarannya.
Berikut adalah rajah yang menunjukkan kepentingan penilaian dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Membantu guru mengetahui tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran.
Membanding tingkat pencapaian murid dalam sesuatu bidang dengan bidang
lain.
Membantu guru merancang p&p seterusnya berdasarkan keupayaan, kemahiran
atau pengetahuan asas.
Membanding pencapaian murid dengan rakan
Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran


















Rajah 1.1.2: Kepentingan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
1.5 JENIS-JENIS PENILAIAN BAHASA
Terdapat enam jenis ujian dalam penilaian bahasa. Ujian-ujian tersebut
terdiri daripada ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan,
ujian bakat dan ujian pencapaian. Untuk diperincikan dalam tugasan ini, hanya
empat ujian sahaja yang akan dipilih iaitu ujian formatif, ujian sumatif, ujian
pencapaian dan ujian kemajuan.
i) Ujian Formatif
Merujuk kepada penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ujian formatif ini digunakan untuk
mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid dalam unit-unit pelajaran yang
diajar. Ianya dijalankan bagi memastikan murid telah menguasai setiap unit
pelajaran sebelum mereka diperkenalkan tajuk seterusnya. Penilaian ini diguna
pakai oleh guru untuk tujuan diagnosis. Dalam erti kata lain, ujian formatif ini
merupakan bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji kemahiran
dan unit-unit pelajaran yang diajar. Hasil daripada ujian ini, guru akan membuat
penambahbaikan dalam mutu proses pengajarannya. Ujian ini dijalankan secara
pemerhatian, soak jawab dan siri ujian atau latihan pendek. Melalui ujian ini,
kelemahan murid dapat dikesan serta-merta. Berikut adalah prosedur-prosedur
yang perlu diberi perhatian bagi memastikan keberkesanan penilaian formatif.
Rancang tindakan susulan
Rajah ini menunjukkan prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh guru.
Menentukan aspek dan tahap penguasaan
Membina item ujian
Hubungkait elemen-elemen dalam tajuk
Menentukan tajuk pengajaran







Rajah 1.1.3: Prosedur Pelaksanaan Ujian Formatif
ii) Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah alat ujian yang dibina dan ditadbir oleh guru untuk
menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar
dalam jangka masa yang panjang iaitu akhir penggal atau akhir tahun. Bertujuan
untuk menilai pencapaian akhir murid dan dapat menentukan keberkesanan
sesuatu kurikulum. Ujian ini merangkumi skop pengajaran dan pembelajaran
yang luas berbanding ujian formatif. Tujuan ujian ini adalah untuk memberikan
gred kepada murid dan boleh dijadikan perbandingan pencapaian di kalangan
murid yang lain. Contoh penilaian sumatif ialah peperiksaan akhir tahun,
peperiksaan percubaan, UPSR dan PMR. Semasa menggubal ujian sumatif,
terdapat beberapa langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian.
Berikut adalah rajah yang menunjukan langkah-langkah tersebut

1.Membentuk Jadual Penentu Ujian (JPU)
2. Membina item ujian
3. Mengumpul soalan secara sistematik dan teratur
4. Menguji soalan melalui kajian rintis
5. Menyiapkan skema pemarkahan
6. Pemilihan isi kandungan
Pelaksanaan Penilaian Sumatif













Rajah 1.1.4 : Pelaksanaan Penilaian Sumatif


1.6 PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN
SUMATIF

Rajah di bawah mebunjukkan perbezaan yang jelas tentang ujian formatif dan
sumatif.
Perkara Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Boleh dibuat secara formal/tidak
formal bertujuan mengesan
penguasaan/kelemahan murid
Dijalankan secara formal
bagi menentukan
pencapaian murid di
bagi setiap tajuk pengajaran. akhir pengajaran seperti
hujung penggal/ akhir
tahun.
Waktu/masa Sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Pada akhir
unit/penggal/akhir tahun
persekolahan.
Penekanan Kognitif, psikomotor dan afektif Kognitif
Sifat Skop pengajaran yang terhad di
mana terhad kepada tugasan.
Skop pengajaran yang
luas dan beraneka jenis.
Aras Kesukaran Fleksibel iaitu sentiasa berubah
mengikut zon keperluan murid.
Meliputi aras senang
kepada sukar.
Kaedah Tidak formal : pemerhatian, soal
jawab, latihan. Ditadbir secara
individu/kumpulan.
Secara formal : Ujian
pensel-kertas dan
ditadbir secara
berkumpulan.
Tujuan Selepas tahap
kemajuan/penguasaan murid
ditentukan, satu tindakan
susulan diambil segera untuk
mengatasinya.
Selepas pencapaian
murid ditentukan bagi
tempoh persekolahan
tertentu, murid akan
menerima gred.
Tindakan susulan
selepas penilaian
Kelemahan murid diatasi dengan
mengulang semula topik atau
mengadakan aktiviti pemulihan
dan menjalankan aktiviti
pengayaan bagi murid yang telah
menguasai/tiada masalah.
Murid ditempatkan
mengikut tahap
pencapaian. Mereka
diberi pengiktirafan
seperti sijil, hadiah. Ada
penambahbaikan sistem
kurikulum.

Rajah 1.1.5 : Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif



iii) Ujian Pencapaian
Merupakan ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauhmana
sesuatu kumpulan murid atau individu telah menguasai sesuatu topik yang telah
dipelajari yang meliputi aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian
pencapaian ini bleh ditadbir dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk perbandingan
dengan murid lain dalam sesuatu bilik darjah ( rujukan norma ) atau membuat
rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik ( rujukan kriteria ) sesebuah
kurikulum. Pembinaan ujian ini serta penskoran adalah berteraskan ujian
rujukan norma.
Ujian pencapaian dibuat oleh guru dan pada peringkat institusi dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
Penggubalan ujian pada perngkat perseorangan dikenali segai ujian di bilik
darjah manakala bagi pencapaian di peringkat pusat dikenali sebagai Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ), Penilaian Menengah Rendah (PMR ), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM ), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM ) dan
banyak lagi.
Menurut Anastasi(1982) ujian pencapaian adalah direka untuk
mengukur kesan yang standard yang berkaitan dengan kurikulum
pendidikan yang spesifik. Menurut Nowak(1986) ujian pencapaian
merupakan satu alat yang digunakan untuk mengukur pencapaian individu
dalam mata pelajaran tertentu.
Tujuan Ujian Pencapaian
Mengukur aspek pencapaian akademik , aptitud, siasah, minat,sikap dan
sebagainya.
Mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran murid dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.
Merancang strategi intervensi sistem pendidikan melalui kemahiran 3M
Untuk memilih laluan latihan dan kerjaya yang lebih baik.
Melihat perkembangan murid dri semasa ke semasa.



Contoh-contoh Ujian Pencapaian
Di Malaysia terdapat ujian pencapaian mengikut subjek di peringkat kebangsaan
seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STA, STAM.
Dua lagi ujian pencapaian selain di atas ialah The Iowa Test Of Basic Skills(ITBS)
dan Metropolitan Achievement Test(MAT). The Iowa Test Of Basic Skills adalah
sejenis ujian pencapaian untuk menguji tahap (multilevel). Ianya sejajar dengan
ujian kognitif dan bertujuan untuk mengukur kepentingan kemahiran pendidikan
asas untuk fungsi yang berkesan dalam kehidupan. Antaranya ialah menguji
tahap membaca, bahasa, matematik dan kemahiran menggunakan alat bantu
mengajar.
iv) Ujian Kemajuan
Ujian kemajuan dijalankan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap
murid dalam keadaan sebenar di bilik darjah. Ujian ini juga yang menentukan
kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang mereka melalui proses
pembelajaran. Ujian ini dikenali juga sebagai pentaksiran autentik.
Ujian kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan dinilai oleh guru kelas
sahaja. Ianya dinilai berasaskan kepada objektif pengajaran, program
pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang akan diuji.
Tujuan Ujian Kemajuan dilaksanakan.
Mengukur dan menilai setakat mana murid-murid telah menguasai bahan atau
perkara-perkara yang diajar berkaitan sesuatu tajuk.
Mengukur tahap kemajuan seseorang murid dalam pelbagai kebolehan dan
kemahiran.
Mengetahui dan menentukan sejauh mana murid tahu dan berupaya melihat
potensi diri.
Menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid.
Contoh-contoh Ujian Kemajuan.
Pencapaian berasaskan persampelan pemikiran menjawab soalan,
menyelesaikan masalah, menulis dan menjalankan sesuatu aktiviti.
Melalui persembahan dan pameran murid menunjukkan kebolehan istimewa
seperti kebolehan visual, persembahan, kemahiran atau lisan.
Melalui. portfolio berdasarkan koleksi tugasan sebenar, hasil lukisan, ujian dan
kuiz.

Rumusan
Guru merupakan penggerak utama dalam menyediakan dan mentadbir ujian
yang baik dan berkesan. Ini adalah kerana guru lebih arif tentang bidang yang
telah diajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ujian
yang dilaksanakan dapat memberikan kesan pembelajaran untuk jangka masa
pendek mahu pun jangka masa panjang. Berdasarkan ujian yang telah
dilakukan, guru boleh mengetahui tahap pencapaian dan penguasaan murid
tentang sesuatu topik yang diajar. Dengan ini guru boleh mengambil tindakan
susulan seperti program pemulihan bagi murid yang lemah dan aktiviti
pengayaan bagi yang telah mebguasai. Sementara ujian yang dijalankan pada
akhir sesuatu penggal akan memberikan maklumat berkenaan pencapaian murid.
Dengan ini guru boleh membuat perbandingan dengan menggredkan murid-
murid mengikut pencapaian yang diperolehi sama ada kumpulan lemah atau
cemerlang.













JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU )
2.0 Pengenalan

Sebagai seorang guru, pengetahuan yang luas sangat penting untuk
menggubal sesuatu kertas ujian agar tidak tersasar daripada landasan yang
telah ditetapkan dalam jadual spesikasi ujian. Penggubalan kertas soalan
perlulah mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Sebelum sesuatu ujian
ditadbir, beberapa pertimbangan perlu dibuat agar ianya menepati sukatan
pelajaran dan soalan yang releven dengan sukatan.
Penggubalan kertas ujian perlu melalui beberapa proses termasuk
penyedian JSU, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis, pemurnian item dan
akhir sekali ialah penilaian oleh pakar setiap mata pelajaran. Kesemua proses
ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil (Hale,
1980 ).
2.1 Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU )
Jadual yang mengandungi senarai tajuk-tajuk dan objektif pengajaran dalam
bentuk aras kemahiran yang akan diuji
Merupakan Test Blue Print
Rancangan persediaan item secara terancang, rapi dan teratur.
Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu Paksi Konteks (menegak)
dan Paksi Konstruk( mengufuk)
Mengandungi aras kemahiran mengikut taksonomi pendidikan.
Menunjukkan pemberatan(peratus) pada kandungan aras kemahiran
berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran.
Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.




2.2 Fungsi Jadual Spesifikasi Ujian
Menjamin ujian dibina secara tersusun dan berobjektif.
Sebagai panduan untuk membentuk soalan secara terancang.
Memastikan terdapatnya keseimbangan dan kesesuaian di antara tajuk-tajuk
(konteks ) dengan aras kemahiran ( konstruk )
Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.
Membolehkan ujian yang sama boleh dibina oleh guru-guru lain.
Menjamin kualiti kertas ujian
Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu tajuk.
2.3 Langkah-langkah Pembinaan JSU
- Terdapat empat langkah dalam membina sesebuah JSU iaitu;
Mengkaji sukatan pelajaran
Menganalisis objektif pengajaran
Menentukan jenis soalan
Menentukan bilangan soalan.
1. Mengkaji sukatan pelajaran
Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah 2.1.1


4.Menentukan bilangan soalan
Langkah Pembinaan JSU
2.Menganalisis objektif pengajaran
3.Menentukan jenis soalan










Rajah 2.1.1: Langkah Pembinaan JSU

i) Mengkaji sukatan pelajaran
- Sukatan perlu dikaji untuk mendapat maklumat yang merangkumi seluruh
kurikulum yang dibina. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
Skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
Kepentingan bandingan antara satu topik dengan topik-topik yang lain.
Kompleksiti sesuatu tajuk.
Masa pengajaran yang diperuntukan bagi sesuatu tajuk.
ii) Menganalisis Objektif Pengajaran
-Objektif pengajaran perlu dianalisis bagi menentukan tahap pengetahuan
dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji
iii) Menentukan jenis item
-Untuk menentukan jenis item, penggubal perlu menentukan domain objektif
pengajaran yang terdiri daripada kognitif, psikomotor, afektif dan sosial.
-Jenis item termasuklah;
Item objektif
Struktur
Esei
iv) Menentukan bilangan soalan
-Jumlah soalan mesti mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran
-Jumlah soalan penting kerana ia mempengaruhi kesahan dan
kebolehpercayaan
sesuatu ujian.
- Mengambil kira jangka masa ujian, jenis item, kesukaran soalan, panjang
soalan
kemampuan bahasa murid.


Contoh aras kemahiran item mengikut Taksonomi Bloom iaitu Domain Kognitif.
Analisis
Penilaian
Sintesis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

Aras sukar Aras sukar










Aras mudah Aras
Mudah


Rajah 2.1.2 : Aras Kemahiran Taksonomi Bloom









Pembinaan Item Ujian Objektif

3.0 Pengenalan
Ujian objektif memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan respon. Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana
pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa
kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif
yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan
memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa
( Gronland,1977 ). Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu item respon bebas
dan item respon tetap. Item respon tetap terdiri daripada item betul-salah, item
padanan, item aneka pilihan.

3.1 Kelebihan Item ujian objektif
Mudah disemak/diperiksa
Mempunyai ciri kebolehpercayaan( semasa pelaksanaan)
Dapat menguji banyak topik
Mempunyai nilai potensi diagnostik
Mengukur keupayaan mental yang tinggi
3.2 Kelemahan Item ujian objektif
Murid tidak dapat mengeluarkan idea sebab ada pilihan jawapan.
Potensi untuk meneka jawapan adalah tinggi.
Sukar untuk dibina.
Murid/calon yang bijak tidak perlu belajar lebih.
Tidak dapat ukur keaslian.
Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dengan tepat.





1. Item Respon Bebas
- Menghendaki murid meneliti soalan dan menulis jawapan pada ruang yang
disediakan. Lazimnya jawapan kepada soalan ditulis di dalam kotak atau di
hujung soalan.
- Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Jenis soalan
Contoh: a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan
kesakitan? ( ke----an )
b) Apakah lawan bagi perkataan cetek? ( tohor )
Item melengkapkan pernyataan
Contoh: a) Sarah __________ dengan adiknya. ( bergaduh)

2. Item Respon Tetap
- Memerlukan murid membuat pilihan jawapan yang betul atau paling tepat.
- Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
- Item-item itu ialah format betul-salah, padanan dan aneka pilihan.

Item betul-salah
Contoh: a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut betul atau
Salah.
Simpulan bahasa kaki botol bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut. B/S
b) Nyatakan ya atau tidak pada pernyataan berikut.
Nama tempat tergolong dalam kata nama khas. Ya/Tidak




Item Padanan
Mengandungi dua ruangan yang mengandungi perkataan atau frasa.
Ruangan A dipanggil pokok soalan dan ruangan B dipanggil jawapan ( respon )
Pelajar perlu memilih jawapan dengan memadankan benda/perkara yang erkaitan
dengan perkara di ruang A.
Contoh:
Ruangan A
Kata bilangan
Ruangan B
Contoh
1.Kata bilangan tentu A.Separuh bahagian hartanya akan
diserahkan kepada rumah kebajikan
2.Kata bilangan Himpunan B.Rahim mempunyai dua ekor lembu.
3.Kata bilangan Pecahan C.Peserta kursus itu mengeluarkan
buku nota masing-masing apabila
penceramah masuk ke dewan.
4.Kata bilangan pisahan D.Ketiga-tiga murid perempuan tahun
satu diarahkan ke klinik berdekatan
kerana muntah-muntah.









Item aneka pilihan
Merupakan ujian objektif yang paling digemari oleh penggubal soalan.
Terdiri daripada golongan item jawapan tetap kerana tindakbalas terhad.

Rajah ini menunjukkan prinsip penyediaan item beraneka pilihan
Pembinaan Item Beraneka Pilihan
Arahan mesti jelas
Jawapan yang mudah dipilih murid perlu dikurangkan
Aras kesukaran perlu sama
Jawapan harus munasabah
Perkataan sepunya tidak diulang-ulang
Sistem susunan jawapan pilihan. Contoh mengikut abjad
Jawapan pilihan sama panjang
Soalan dan jawapan ditulis secara padat
Taburan jawapan secara rawak


















Rajah 3.1.1 : Sembilan prinsip penyediaan item aneka pilihan







a) Item aneka pilihan berbentuk soalan.
Contoh :
1) Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat tanya?
A. Jangan bising.
B. Tolong senyap
C. Mengapakah Ali ketawa terbahak-bahak?
D. Sila duduk sekarang.

b) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
Contoh :
1) Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah
A. Jika dia malas dia gagal.
B. Mereka memancing di sungai.
C. Pemandu bas yang sakit itu telah meninggal.
D. Sungguh memalukan jika mereka kalah dalam perlawanan itu.
c) Mengisi tempat kosong.
Contoh
1) Ibu sedang _____________kain di ampaian
A. membasuh
B. melipat
C. menjemur
D. menjahit
d) Jenis jawapan terbaik
Contoh
1) Maksud yang tepat bagi kering-kontang
A. Tandus
B. Cetek
C. Kemarau
D. Kering




e) Jenis Anologi
Contoh
Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan.
Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.
Hitam : putih
A. Kain : merah
B. Merah : tua
C. Merah : jambu
D. Merah : hijau

f) Jenis Antonim
Contoh
Arahan : Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti
oleh lima perkataan.
Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

SEDIH
i.Gembira
ii.Riang
iii.Seronok
iv.ketawa
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV





g) Jenis Negatif
Pokok soalan sering menggunakan perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain.
Contoh
1)Semua kata nama di bawah merupakan kata nama am kecuali
A. arnab
B. almari
C.Sang Belang
D. rama-rama
h) Item Jenis Cantuman
Contoh( a) : Cantuman jenis sesuai /tidak sesuai
1) Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong
dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih jawapan yang paling sesuai.
i.Budak lelaki itu menyokong dan memapah ibunya yang hampir pitam
agar tidak rebah.
ii.Ibu bapa menyokong langkah-langkah pihak sekolah membeteras
gejala ketagihan rokok di kalangan murid-murid sekolah.
iii.Setiap bulan Harislah yang menyokong perbelanjaan sekolah adik-
adiknya.
iv.Semua murid diminta hadir ke sekolah untuk menyokong
pasukan hoki sekolah yang bertanding esok
A. I dan II
B. II danIV
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV.


Contoh(b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai
urutan.
1) Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis.
Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.
I. Yang berusaha
II.Yang Amat Berhormat
III.Yang Berhormat
iv.Yang Berbahagia

A. I, II, III dan IV
B. II, III, IV dan I
C. III, II, I dan IV
D. IV, III, II dan I
Teknik Kloz
Untuk menguji kafahaman bacaan
Mudah untuk dijalankan
Murid perlu membaca keratan bacaan secara keseluruhan
Murid mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan.
Contoh:
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan senarai
Hujan turun tidak berhenti-henti di Kampung Saga sejak semalam. Kampung
Saga telah________________banjir dan ________________air sedalam lima
meter. Semua ______________dinasihatkan _____________ke balai raya yang
terdekat. Pelbagai pihak tampil________________bantuan kepada mangsa-
mansa banjir. Bantuan yang dihulurkan termasuklah_______________dan
minuman serta ______________. Setelah hujan mulai _______dan air mulai
__________, mereka pun __________ ke rumah masing-masing.








Jawapan
menghulurkan reda pulang dinaiki
penduduk makanan berpindah
dilanda pakaian surut







Rumusan

Kesimpulannya, setelah membincangkan pembinaan item ujian objektif
secara terperinci, kita boleh garapkan dan nyatakan bahawa bukanlah mudah
untuk seorang penggubal soalan menggubal soalan. Soalan yang dimaksudkan
ialah item jenis objektif . Hal ini dinyatakan demikian kerana sebelum menggubal
sesuatu item ujian objektif, guru perlulah melihat dan meneliti secara terperinci
jenis-jenis item objektif terlebih dahulu. Item jenis objektif terdiri daripada
pelbagai bentuk soalan seperti aneka pilihan, betul-salah, padanan dan mengisi
tempat kosong.
Pembinaan item ini penting agar ianya tidak tersasar daripada prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan bagi setiap bentuk soalan tersebut. Penggubal soalan
perlu membuat penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat
mengukur kandungan dan peringkat objektif pengajaran yang diingini dengan
adil dan saksama.

You might also like