You are on page 1of 19

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Disediakan oleh :
CHOE SEOK THENG
JOYCE HO JEN YHEE
PENTAKSIRAN FORMATIF
Menurut Mc. Millan (2004), tujuan utama
pentaksiran formatif adalah untuk memberikan
maklumat supaya langkah pembetulan dapat dibuat
semasa pengajaran untuk meningkatkan
pembelajaran murid.
Pentaksiran ini memberikan maklum balas kepada
guru tentang pengajaran samada perlu
mengubahsuai pengajaran atau mempelbagaikan
aktiviti.
Bagi murid, pentaksiran ini memberikan murid
maklum balas tentang pencapaian mereka atau
miskonsepsi tentang kandungan mata
pelajaran yang diajar.
Hasilnya akan digunakan untuk mengukuhkan
lagi pembelajaran dan membetulkan kesilapan
atau miskonsepsi.
Pentaksiran formatif ini boleh dilakukan
melalui pemerhatian guru , soal jawab lisan,
kuiz, latihan , kerja rumah dan maklum balas
kepada murid.
Skop untuk pentaksiran jenis ini adalah tidak
menyeluruh dan terhad kpd sesuatu
tajuk/subtajuk atau kemahiran yg sedang
dipelajari dan pentaksiran harus dilakukan
sepanjang p&p sebagai pentaksiran berterusan.
Pentaksiran formatif bukan sahaja
menumpukan membuat ujian, memeriksa,
merekod skor murid dan membuat analisis
terhdp skor.
Malah yang lebih penting ialah melihat
perkembangan pembelajaran murid dan
memberikan maklum balas yang berterusan kpd
murid atau sesiapa sahaja yang memerlukan
maklum balas, cthnya pihak pengurusan
sekolah, ibu bapa, serta penjaga atau
pemegang amanah yang lain.
Tambahan lagi, pentaksiran ini adalah tidak
formal, fleksibel dan bersifat idiosinkratik
(Mc Millan, 2004). Oleh yang demikian
pelaporan bertulis tdk perlu disediakan scr
berkala malah guru harus mampu
memberinya scr bertulis atau verbal
apabila dikehendaki pd bila2 masa oleh
mana2 pihak yang memerlukannya.
PENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran sumatif dilaksnakan untuk guru
membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan
murid dalam pembelajaran dengan menggunakan
maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh
melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat
tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru dan
boleh digunakan oleh guru lain yang akan meneruskan
pengajaran murid pada semester atau tahun
berikutnya.
Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir penggal,
semester, kursus, program atau unit pembelajaran.
Menurut McMillan (2004), tujuannya adalah untuk
mendokumenkan prestasi murid pada akhir sesuatu
pengajaran.
Dalam erti kata lain, pentaksiran ini mengukur
pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran
dalam sesuatu tempoh yang diperlukan.
Pentaksiran ini juga digunakan untuk menentukan gred
dalam mata pelajaran atau kursus untuk menentukan
tahap penguasaan murid bagi tujuan penggredan atau
pensijilan.
Pentaksiran ini dibuat berdasarkan
ujian yang dibina oleh guru serta
penilaian guru tehadap prestasi
murid dalam tugasan yang diberikan
seperti ujian penggal, peperiksaan
akhir tahun, laporan makmal,
pembentangan lisan dan hasil projek
murid.
Pentaksiran ini memberikan maklumat berkenaan
kelemahan murid apabila melalui analisis yang
dilakukan ke atas item-item ujian yang dijawab
oleh murid.
Analisis sedemikian dapat memberikan maklumat
untuk menambahbaik pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan lagi, pentaksiran jenis
ini boleh memberikan maklumat bagi menilai
keberkesanan pengajaran guru.
PENTAKSIRAN AUTENTIK
DEFINISI

Pentaksiran auntentik bererti mengevaluasi


pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks
yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan
nyata sedekat mungkin.

Pentaksiran autentik adalah proses yang


memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan
pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan
memberi maklum balas dan atau hasilan dalam
konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman
yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan
kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak.

Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu


sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan
sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang
pendidikan seni visual
CIRI-CIRI

a) Menilai pemahaman melalui penampilan


tugasan yang dilaksanakan.

b) Indikator profisensi melalui aktiviti


melakukannya.

c) Subjek menganalisis, mensintesis dan


mengaplikasi.

d) Subjek membina maksud yang tersirat.

e) Berpusatkan kanak-kanak
Pentaksiran Portfolio
Alat penilaian yang digunakan untuk
mendokumentasikan pembelajaran murid melalui satu
siri koleksi evidens pencapaian dan hasil kerja murid.
Satu pentaksiran autentik dan menawarkan
alternatif atau tambahan kepada kaedah tradisional
seperti peperiksaan.
Memberikan peluang kepada guru dan murid untuk
mendokumentasikan, menyemak dan menganalisis
kandungan serta kemajuan pmebelajaran murid.
Pentaksiran portfolio menuntut perkara-perkara yang berikut :

- Kejelasan matlamat

- Kriteria yang jelas untuk penilaian

- Sampel hasil kerja berkaitan dengan matlamat tersebut

- Penyertaan murid dalam pemilihan bahan koleksi

- Guru dan murid bersama-sama terlibat dalam proses penilaian

- Refleksi murid yang menunjukkan keupayaan metakognitif iaitu

pemahaman mereka tentang apa yang berkesan untuk mereka dalam proses

pembelajaran, apa yang tidak berkesan dan sebabnya


Dalam melaksanakan pentaksiran portfolio,
perkara yang perlu dimasukkan dalam
portfolio dan rubrik yang digunakan untuk
menilainya.
Ini adalah penting untuk memastikan
kejayaan sesuatu pentaksiran portfolio.
Ciri-ciri Pentaksiran Portfolio
Merupakan pentaksiran yang dilakukan oleh
guru bersama-sama dengan murid.
Bukan sahaja merupakan koleksi hasil kerja
murid semata-mata tetapi koleksi hasil kerja
yang terpilih berdasarkan kriteria yang
ditetapkan.
Merupakan koleksi, sampel, hasil kerja murid
yang menunjukkan perkembangan pembelajaran.
Kriteria untuk pemilihan sampel hasil
kerja murid dan penilaian haruslah jelas
kepada guru dan murid dari permulaan
proses pentaksiran.
Evidens atau hasil kerja murid dalam
portfolio dapat menunjukkan
pembelajaran dan kemajuan dalam semua
aspek atau kompetensi yang dinilai.
Sekian, terima kasih.

You might also like