You are on page 1of 13

TUJUAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN (KEPADA GURU)

SITI SARAH BT MD AKHIR

6. Membuat klasifikasi

1. Sebagai penggerak / motivasi

2. Mengesan punca kelemahan

TUJUAN PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


3. Mendapatkan 4. Menilai pencapaian murid maklumbalas

5. Pembelajaran lampau

1. Sebagai penggerak/motivasi
Dengan adanya ujian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Ujian boleh digunakan untuk menggerakkan murid-murid belajar. Wlpn penggerak seharusnya datang secara intrinsik(motivasi dalaman) iaitu belajar kerana ingin belajar, tetapi ada murid-murid yg hanya belajar apabila dipaksa. Di sini, ujian secara tidak langsung telah memaksa muris-murid belajar.

2. Mengesan punca kelemahan


Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susulan yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang telah dikenal pasti. Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Maklumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan aktiviti penggayaan dan pemulihan.

3. Mendapatkan maklumbalas
Dapat memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Guru dapat mengetahui sama ada pengajarannya berkesan atau tidak. Mereka harus mengambil tahu di manakah letaknya kelemahannya. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.

4. Menilai pencapaian murid


o Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. o Penilaian yg dijalankan pd akhir tempoh pengajian ; cthnya UPSR, PMR dan SPM adlh bertujuan utk menentukan gred pencapaian secara keseluruhannya.

o Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan. o Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.

5. Pembelajaran lampau
Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah murid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari.

Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku.

Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta menggunakan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid.
Dengan cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperluan murid berkenaan.

6. Membuat klasifikasi
Berdasarkan keputusan ujian, guru dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dlm sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yg berbeza.

Bagi keadaan tersebut, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan murid mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. selain itu, tujuan penilaian ialah utk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

You might also like