You are on page 1of 2

peranan guru dalam perkembangan sosiobudaya di bilik darjah

Terdapat beberapa peranan guru dalam berdepan dengan kepelbagaian sosio budaya ini. Antaranya ialah guru
sebagai Physical environment designer. Guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang
datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk
melayani dan memberikan perhatian terhadap pelajar. Sebaliknya, guru perlu bijak menangani murid yang berasal
daripada pelbagai kaum dan kelas sosial yang berlainan dengan mengenali latar belakang pelajar, taraf
sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam dan kepercayaan murid.

Selain itu, guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang pelan
tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar dan memastikan pembelajaran perlulah selaras objektif yang
perlu dikuasai oleh murid. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, guru dan pihak sekolah perlu
membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya ini akan dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosiobudaya yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

Seterusnya, guru perlu memberikan layanan yang adil terhadap setiap murid tanpa mengira latar belakang
mereka. Guru tidak boleh menilai pelajar berdasarkan adat dan maklumat latar belakang keluarga pelajar tersebut.
Sebaliknya, guru perlu menasihati murid untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama,
saling membantu dan berinteraksi untuk meningkatkan pencapaian mereka. Secara tidak langsung, pelajar yang
mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya
rakan-rakan yang lain.
Internet Kuliah

“kebudayaan” atau “budaya”


berasal daripada kata
Sanskerta “Buddhayah” yang Hubungan masyarakat dgn
bermaksud budi dan akal budaya seperti cara hidup, adat
istiadat (Kamus Dewan Edisi
Keempat)

Amalan yang berupa gaya


hidup dan peradaban bagi
sesuatu masyarakat

Malaysia sebuah negara


Pengertian yang penduduknya terdiri
Sosiobudaya dari pelbagai kebudayaan.

Lahir dari pegangan dan


kecenderungan diri masyarakat
berkenaan dalam berbagai
Kebudayaan Kebangsaan
bidang hidup.
Malaysia adalah berasaskan
kebudayaan orang-orang
Melayu sebagai rakyat asal
rantau ini.

Perbincangan

You might also like