You are on page 1of 18

PROGRAM PENDIDIKAN

UNTUK SEMUA DI
MALAYSIA
SYAHIRUL NAIM BIN SAIDUL BAHARI
MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHD SABRI
MUHAMMAD FARID BIN HJ ABD RAHMAN
Program Pendidikan Orang Asli,
Pribumi dan Pedalaman
PROGRAM KELAS DEWASA ASLI PRIBUMI
• OBJEKTIF:
1. Mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang
Asli
2. Mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli
3. Memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan semasa
sesi pembelajaran kepada peserta pelajar dewasa terutama
golongan dewasa yang terdiri daripada ibubapa, Ketua Isi
Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).
Modul
Kekeluargaan

Modul
Kesihatan

MODUL
PEMBELAJARAN

Modul
Modul
Kesedaran
Keselamatan
Sivik

Modul
Ekonomi
2. Program Tuisyen Rakyat (KKLW- Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
Objektif
- Menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma
kepada pelajar di kawasan luar bandar
- mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian
akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.
Kumpulan sasaran
- Pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM
- Daripada keluarga berpendapatan rendah (bawah RM3,500)
- Tumpuan kepada pelajar berprestasi sederhana/lemah
Mata pelajaran yang diajar:
• Mata pelajaran tumpuan di peringkat UPSR dan SPM
• UPSR-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
• SPM-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

Kaedah Tuisyen
• 30 pelajar (maksimum) dalam satu kelas
• Kelas secara mingguan
• Seminar peperiksaan, kelas intensif dan motivasi kecemerlangan.
3. Program Ijazah Luar Negara (PILN)

• Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini ditawarkan kepada pelajar Orang Asli
yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM, Diploma
serta Ijazah dan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas.
• Jabatan ini akan membantu pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk
mengikuti program ini dari segi mendapatkan tempat di universiti luar
negara serta membantu kos sampingan yang diperlukan seperti kelas
Bahasa Inggeris, perbelanjaan peperiksaan IELTS, pemeriksaan kesihatan,
VISA, passport, komputer riba serta wang pendahuluan diri pelajar.
4. Program Pemantauan dan Mengiringi
Penghantaran Pelajar Orang Asli
• JAKOA juga membuat Program Pemantauan dan Mengiringi Penghantaran
Pelajar Orang Asli yang berjaya mendapat tawaran ke Luar Negara.

• Tujuan program ini adalah:


• memastikan kebajikan dan urusan berkaitan pendaftaran pelajar Orang
Asli yang melanjutkan pengajian ke Luar Negara berada dalam keadaan
yang terjamin.
• mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat antara pihak jabatan
dengan pelbagai agensi berkaitan di Luar Negara seperti Kedutaan atau
Konsulat Malaysia, Malaysia Student Department (MSD), pihak
pengurusan universiti, pejabat MARA dan JPA di negara berkenaan.
PROGRAM PENDIDIKAN
JUVANA
OBJEKTIF PENDIDIKAN JUVANA

• Objektif pendidikan juvana adalah untuk juvana memperbaiki


dan mengukuhkan akhlak, membantu menghapus buta huruf
melalui aktiviti membaca, mengira dan menulis dalam Bahasa
Kebangsaan, menyedia dan memberi peluang memulakan dan
meneruskan persekolahan, menimbulkan minat untuk belajar
dan meyakinkan pelajar bahawa pelajaran dapat menjamin masa
hadapan yang lebih baik (Jabatan Penjara Malaysia 2009).
SEKOLAH DI DALAM PENJARA
• Sekolah formal di dalam penjara telah diwujudkan di Jabatan
Penjara .
• Antara nama sekolah yang diwujudkan di penjara adalah
Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti.
• Pada peringkat awal, sekolah di dalam penjara hanya memberi
peluang kepada juvana di Sekolah Henry Gurney. Pada tahun
2008, Sekolah Integriti pun diwujudkan dan lebih ramai juvana
berpeluang untuk bersekolah. Pada waktu ini kebanyakan juvana
ditempatkan di zon sekolah. Mereka akan diberikan pendidikan
melalui Sistem Persekolahan yang ditetapkan.
Perbandingan Antara Sekolah Integriti dan
Sekolah Henry Gurney
Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney

Sekolah untuk menempatkan juvana yang ditahan Sekolah untuk menempatkan juvana yang
di bawah Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Kanak-
Dadah 1985 dan juvana ditahan atau disabitkan Kanak melalui Akta Kanak-Kanak 2001 (Jabatan
selain dari Akta Kanak-Kanak 2000. Penjara Malaysia 2009).

Juvana yang berumur di antara 14 tahun sehingga Juvana yang berumur di antara 14 tahun sehingga
21 tahun, biasanya untuk juvana yang sudah tamat 21 tahun, biasanya untuk juvana di zon
persekolahan. persekolahan sahaja.

Untuk banduan muda sabitan dari penjara dan Untuk pelajar sekolah yang menyalahi undang-
tahanan muda dari Pusat Pemulihan Akhlak undang jenayah.

Hanya satu gender juvana, sama ada wanita atau Hanya satu gender juvana, sama ada wanita atau
lelaki dibenarkan untuk setiap Sekolah. lelaki dibenarkan untuk setiap Sekolah.
Kelas
Pembelajaran

Program
Program Pembangunan
Pemulihan Insan

PROGRAM
PENDIDIKAN
JUVANA
KELAS PEMBELAJARAN
• Juvana yang telah mendaftar Peperiksaan Menengah Rendah dan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, iaitu mereka yang telah melebihi 21 tahun yang berada di Sekolah
Integriti, hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Pengurusan Banduan
untuk membolehkan banduan muda dan tahanan muda tersebut ditempatkan di kelas
pembelajaran atau blok penempatan juvana sehingga tamat peperiksaan yang dilalui
(Jabatan Penjara Malaysia 2009).
• Kelas Pembelajaran yang diwujudkan adalah lima buah, iaitu:
a) Kelas 3M (membaca, mengira, menulis)
b) Kelas Pra PMR (Penilaian Menengah Rendah)
c) Kelas PMR
d) Kelas Pra SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)
e) Kelas SPM.
• Seramai 11 orang guru ditempatkan di sekolah, iaitu lapan orang
guru mata pelajaran, seorang Guru Kaunseling, seorang Guru
Agama Islam dan seorang Guru Pemulihan.
• Sekolah penjara penting dalam menyediakan proses
pembelajaran kepada juvana yang tidak lagi bersekolah di aliran
perdana.
• Sekolah yang telah dibina tidaklah selengkap seperti sekolah
aliran perdana namun sekolah ini dapat memberi peluang kedua
dan harapan kepada juvana untuk membina masa hadapan.
KELAS PEMBANGUNAN INSAN

• Jabatan Penjara Malaysia juga telah melaksanakan pemulihan melalui


Program Pembangunan Insan bermula pada tahun 2004.
• Program ini mempunyai empat fasa iaitu Fasa Pembentukan Disiplin,
Fasa Pengukuhan Sahsiah, Fasa Kemahiran dan Fasa
Pemasyarakatan.
• Fasa Pengukuhan Sahsiah untuk juvana menggunakan Modul Putra.
Modul ini berasaskan pendidikan yang hampir sama dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kementerian Pelajaran
Malaysia (Jabatan Penjara Malaysia 2010).
PROGRAM PEMULIHAN

• Program pemulihan juvana adalah pendidikan melalui sistem persekolahan


dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2008.
• Pelaksanaan program ini menyokong UNESCO berkaitan dengan
‘Pendidikan Untuk Semua’ (UNESCO 2000). Timbalan Perdana Menteri juga
menyatakan, Malaysia menyokong pendekatan UNESCO berkaitan dengan
Pendidikan Untuk Semua (Muhyiddin 2012).
• Secara amnya, program pemulihan juvana di sekolah penjara bertujuan
untuk memberikan pendidikan formal serta memperbaiki nilai-nilai murni
penghuni supaya mereka dapat diterima semula oleh masyarakat.
• Sebenarnya, pemulihan juvana melalui modifikasi tingkah laku
merupakan objektif utama program pemulihan juvana.
• Dengan itu, pelbagai kaedah dan teknik baru diperkenalkan bagi
menyekat berkembangnya tingkah laku anti sosial yang boleh
membawa kepada masalah perundangan.

You might also like