You are on page 1of 1

Semua murid di Malaysia berhak menerima peluang pendidikan yang sama-rata di Malaysia termasuklah mereka yang

berkelainan upaya atau OKU. Berdasarkan Akta OKU 2008, setiap kanak-kanak berkeperluan Khas mempunyai hak yang
sama-rata dalam peluang pendidikan tanpa diskriminasi . Kesamarataan peluang pendidikan di Malaysia dapat dilihat
apabila Kerajaan telah mewujudkan Dasar Orang Kurang Upaya di mana salah satu strategi dasar ini adalah berkaitan
bidang pendidikan. Antara strategi tersebut ialah meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat
termasuk pendidikan sepanjang hayat.
Antara usaha pemupukan integrasi nasional di sekolah selari dengan kesamarataan peluang pendidikan ini ialah
Program Pendidikan Inklusif di mana murid-murid berkeperluan khas ini akan belajar bersama-sama murid biasa di dalam
kelas yang sama. Dengan ini, ia akan dapat mengurangkan jurang perbezaan diantara murid berkeperluan khas dan murid
biasa kerana dapat belajar dalam persekitaran yang sama.

Mastura binti Murad

You might also like