You are on page 1of 5

Kaedah pengajaran secara kelas.

Kaedah penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini bermakna guru

mengajar isi pelajaran yang sama, masa yang sama, serta memberi latihan atau kerja yang

sama kepada semua pelajar dalam kelas.

Biasanya, dalam kaedah pengajaran secara kelas ini, pelajar akan duduk mengikut

susunan meja-kerusi secara selari dan muka pelajar menghadap guru. Kaedah ini sangat

sesuai digunakan pada peringkat permulaan pengajaran (set induksi), perkembangan konsep

dan kemahiran atau membuat rumusan pada akhir pengajaran. Pada peringkat permulaan

pelajaran, pelajar duduk secara berbaris atau berkumpul di ruang pengajaran yang biasanya

terletak di hadapan kelas untuk mendengar arahan supaya menjalankan aktiviti atau

mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh guru. Pengajaran secara kelas juga mempunyai

beberapa kelebihan tersendiri seperti;

a. Menjimatkan masa dan tenaga. Iaitu dengan menjelaskan satu konsep atau kemahiran

baru, atau menghuraikan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah yang

dihadapi oleh hamper semua pelajar dalam kelas.

b. Pelajar suka belajar secara beramai-ramai missalnya suka membaca, menyanyi atau

mengambil bahagian dengan berpasukan terutamanya pendidikan jasmani. Ia juga

dapat memuaskan naluri sediaada pelajar yang suka secara beramai-ramai.

c. Pelajar dapat keseronokan ketika belajar bersama-sama berbanding belajar

bersendirian.

d. Dapat memupuk minat ketahap optimum.

e. Dapat melibatkan setiap pelajar dalam kelas menyertai aktiviti pembelajaran yang

sama.

f. Pelajar dapat berusaha bersama-sama menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh

guru. Semangat kerjasama juga dapat dipupuk dengan baik.


g. Dapat melatih pelajar yang lemah atau lambat mencontohi rakan-rakan yang cerdas.

h. Memberi kesempatan kepada pelajar mempunyai sifat bertanding di antara satu sama

lain. Dengan pertandingan yang positif, pelajar akan dapat meningkatkan prestasi

mereka.

2. Kaedah Pengajaran Secara Berkumpulan

Kaedah ini adalah berdasarkan kebolehan pelajar. Di bawah aktiviti pembelajaran

secara berkumpulan pelajar akan dapat mengusai kemahiran tertentu mengikut kadar

pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar.

Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, kaedah pengajaran secara berkumpulan boleh

dilaksanakan dalam dua cara. Iaitu membahagikan pelajar mengikut kebolehan dan

membahagikan pelajar dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

kecenderungan. Contohnya;

a. Kumpulan mengikut kebolehan

Kumpulan ini dibentuk adalah berdasarkan rasional bahawa terdapat perbezaan kebolehan

dalam penguasaan kemahiran dikalangan pelajar sesebuah kelas. Di samping itu, guru

juga dapat merancang aktiviti secara berperingkat, megikut kebolehan mereka.

Aktiviti membaca secara berperingkat

Kumpulan cerdas Kumpulan sederhana Kumpulan lambat

Diberikan bahan membaca Diberikan bahan membaca Diberikan bahan membaca


yang mencabar yang biasa yang mudah
b. Kumpulan pelbagai kebolehan

Kumpulan pelbagai kebolehan pula dibentuk dengan membahagikan pelajar kepada

beberapa kumpulan di mana pada setiap kumpulan terdapat pelajar yang cerdas, sederhana

dan lambat. Pengumpulan jenis ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti pembelajaran

seperti permainan, simulasi, perbincangan, ujikaji, projek dan aktiviti-aktiviti yang

memerlukan bimbingan daripada pelajar-pelajar cerdas.

Kumpulan A
Stesen P
Situasi 1

Kumpulan D Kumpulan B
Stesen S Stesen Q
Situasi 4 Situasi 2

Kumpulan C
Stesen R
Situasi 3

3. Kaedah Pengajaran Secara Individu

Sejenis kaedah pengajaran yang berlaku di antara seorang guru dan seorang pelajar.

Kaedah dilakukan adalah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalam pengajaran secara

kelas. Pelajar dalam setiap kelas lazimnya mempunyai kebolehan dan prestasi yang berbeza-

beza yang mana penggunaan kaedah kelas akan membawa faedah kepada sebilangan kecil

pelajar sahaja. Oleh yang demikian, pengajaran secara individu dirancang berdasarkan

kepada kebolehan dan prestasi individu. Ini akan dapat membantu setiap pelajar belajar

mengikut kebolehan dan prestasi mereka sendiri. Oleh itu, mereka akan dapat
mengembangkan potensi mereka dari segi intelik, rohani, social dan jasmani secara

menyeluruh dan seimbang. Untuk mencapai kaedah pengajaran individu ini, seorang guru

harus menggunakan teknik yang sesuai dan berkesan. Pemilihan teknik juga menjurus kepada

pemahaman guru terhadap kebolehan dan potensi setiap pelajarnya. Teknik yang sipilih juga

mestilah sesuai dengan masa dan keadaan semasa.

Untuk mendapatkah hasil yang berkesan, aktiviti pengajaran individu hendaklah

dirancang dengan teliti. Beberapa faktor harus diambil kira;

 Kebolehan dan pengalaman sedia ada pelajar.

 Punca masalah pelajar

 Strategi dan teknik mengajar

Faktor-faktor pengajaran  Isi pelajaran dan alat bantu mengajar

secara individu  Langkah-langkah yang mudah diikuti oleh pelajar

 Masa dan tempat pengajaran

 Aktiviti pengukuhan dan penilaian

 Aktiviti pembelajaran pelajar lain.


Cara perlaksanaan

 Selepas pengajaran secara kelas  Pengajaran Terancang atau Pukal


atau kumpulan. ( aktiviti Pembelajaran Sendiri (Rancangan
pemulihan) Dalton dan Winnetka)
 Semasa kelas membuat kerja
sendiri.

 Membantu pelajar yang  Pelajar diberi bahan mengikut


menghadapi masalah pembelajaran kebolehan dan kecenderungan.
semasa pengajaran secara kelas.  Pelajar belajar sendiri.
 Membantu pelajar mengatasi  Guru sebagai perancang, fasilitator,
kelemahan supaya mencapai pembimbing dan penilai.
peringkat yang setaraf dengan  Pelajar yang bermasalah boleh
pelajar lain merujuk pada pembimbing.
4. Kaedah Pengajaran Cara Bermain

Kaedah pengajaran cara bermain merupakan suatu kaedah dan teknik yang

memberi peluang pelajar melakukan aktiviti berpura-pura dalam keadaan terkawal. Ia

juga mampu mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial serta dapat

mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari.

“Saya sendiri mendapati sesuatu permainan bahasa yang baik merupakan cara

yang sangat berkesan untuk menghilangkan kebosanan membuat latihan congak

di bilik darjah, kerana ia membawa keseronokan dan mengurangkan

ketegangan”

Julia Dobson, (1970). Try one of my games.

Kaedah ini lazimnya dijalankan untuk aktiviti pengukuhan, pengayaan serta

pemulihan. Kaedah bermain ini juga adalah gabungan beberapa kaedah lain seperti kaedah

simulasi, main peranan dan sosiodrama, penyelesaian masalah dan tunjuk cara (demonstrasi).

Terdapat beberapa contoh aktiviti permain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan

kesihatan seperti permainan bahasa, teka-teki, silangkata, dan demonstrasi. Kebanyakan

aktiviti permainan dilakukan dalam berkumpulan.

Guru menerangkan cara barmain

Demonstrasi

Wakil pelajar dari kumpulan


tunjuk cara berdasarkan apa yang
dilihat.(seorang / kumpulan)
Langkah melaksanakan
aktiviti permainan- Demonstrasi
Semua pelajar jalankan aktiviti
Jill Hadfield (1984) dalam kumpulan masing-masing

Bimbingan guru dari kumpulan ke


kumpulan lain.
Rumusan oleh guru, pelajar
tentang aktiviti permainan.

You might also like