You are on page 1of 5

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

FACULTY OF EDUCATIONAL STUDIES


Rujukan Kami: UPM.FPP.500-7/4/11
Tarikh: 4 Oktober 2021

PELAJAR PROGRAM,
Bacelor Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dengan Kepujian (Tahun 1-4)
Bacelor Pendidikan TESL dengan Kepujian (Tahun 3-4)
Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling dengan Kepujian (Tahun 5)
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

Saudara/Saudari,

KEBENARAN PULANG KAMPUS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI AKTIVITI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER PERTAMA 2021/2022 (FASA 1)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil perhatian
akan kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai pelaksanaan kemasukan pelajar
secara fizikal ke kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) secara berperingkat sepertimana yang
diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Proses ini akan dijalankan secara berperingkat
bermula 15 Oktober 2021. Kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke IPT ini melibatkan semua
kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara di mana keutamaan diberikan kepada
pelajar berkeperluan.

3. Sehubungan itu, Senat menerusi mesyuaratnya yang ke-695, pada 13 September 2021 telah
bersetuju bahawa untuk Semester Pertama 2021/2022, semua pergerakan pelajar bacelor dan
pelajar pascasiswazah kembali ke kampus untuk menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dibuat secara berfasa bermula dengan Fasa 1 bermula 18 Oktober 2021.

4. Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus Universiti Putra
Malaysia, pihak pengurusan Fakulti Pengajian Pendidikan telah mengambil keputusan bahawa semua
proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar lama dan baharu perlu dipatuhi
sepenuhnya dan mengutamakan langkah keselamatan seperti mengisi borang deklarasi kesihatan,
MySejahtera, pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan
penjagaan kesihatan diri yang rapi. Turut dilampirkan Notis dan Tatacara Pentadbiran
Kemasukan Pelajar Ke Fakulti Pengajian Pendidikan dan Surat Akuan untuk ditandatangani
oleh pelajar. Mohon gunakan surat arahan ini untuk permohonan merentas daerah/negeri di Balai
Polis berhampiran sebelum bertolak ke kampus.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERILMU BERBAKTI”

Saya yang menjalankan amanah,

PROF. MADYA DR. SOAIB ASIMIRAN


Yang Menjalankan Tugas Dekan,
Fakulti Pengajian Pendidikan

s.k. Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni), FPP


NOTIS DAN TATACARA PENTADBIRAN KEMASUKAN PELAJAR KE FAKULTI
PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SEMESTER PERTAMA,
SESI 2021/2022

1.0 PENDAHULUAN
Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19, Fakulti Pengajian Pendidikan telah
mengambil keputusan bahawa semua proses dan prosedur berkaitan kemasukan dan
pendaftaran pelajar lama dan baharu hendaklah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan
seperti mengisi borang deklarasi kesihatan, MySejahtera, pemakaian pelitup muka, penjarakan
fizikal, penggunaan hand sanitizer dan penjagaan kesihatan diri yang rapi.

2.0 PELAJAR YANG DIBENARKAN MEMASUKI KAWASAN FAKULTI PENGAJIAN


PENDIDIKAN

2.1 Pelajar yang dibenarkan untuk memasuki FPP untuk meneruskan sesi PdP di kampus adalah
seperti berikut:

i. Pelajar dari program pengajian yang memerlukan praktikal, makmal, dan peralatan khas;

ii. Pelajar yang tidak mempunyai akses talian internet yang baik dan persekitaran yang
tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian;

iii. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom;

iv. Pelajar yang menjalani Latihan Industri (LI) dan Latihan Mengajar dan Intenship (LMI);

2.2 Pelajar yang telah diberi kebenaran oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan
Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Hal, Ehwal Pelajar dan Alumni) dan Dekan Fakulti
untuk menjalani PdP dalam kampus sahaja dibenarkan untuk datang ke Fakulti Pengajian
Pendidikan.

2.3 Pelajar yang berada dalam status Person Under Investigation (PUI) atau pelajar yang
diarahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk self-quarantine di rumah adalah sama sekali
tidak dibenarkan memasuki Fakulti Pengajian Pendidikan.

3.0 TATACARA SARINGAN DAN PENILAIAN RISIKO JANGKITAN COVID-19

3.1 Sebelum memasuki kawasan Fakulti Pengajian Pendidikan, pelajar DIWAJIBKAN membuat
Penilaian Risiko Jangkitan COVID-19 UPM (melalui alamat URL: ertcovid19.upm.edu.my) dan
menunjukkan paparan keputusan saringan kepada staf bertugas di kaunter foyer Blok A.
3.2 Pelajar juga DIWAJIBKAN mengisi Health Declaration Form (PKU UPM) dan
mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera di kaunter foyer Blok A sebelum memasuki Fakulti
Pengajian Pendidikan.
4.0 TATACARA PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR DI FAKULTI PENGAJIAN
PENDIDIKAN

4.1 Kemasukan pelajar ke fakulti hanya dihadkan melalui pintu masuk terkawal yang
telah ditetapkan sahaja bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

4.2 Kenderaan pelajar dinasihatkan diletakkan di kawasan yang dibenarkan sahaja untuk
mengelakkan kesesakan dan menghalang lalu lintas

4.3 Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar MySejahtera sebelum memasuki kawasan fakulti.


Waktu pendaftaran bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

4.4 Pelajar yang berurusan dengan staf bertugas fakulti ketika pendaftaran perlu
mengambil langkah-langkah seperti mengukur suhu badan, penjarakan fizikal (jarak 1 meter),
sentiasa memakai pelitup muka (face mask) dan mengamalkan kebersihan diri.

4.5 Pelajar perlu menjaga kesihatan diri masing-masing sepanjang berada di fakulti. Jika
ada pelajar yang demam dan bergejala, perlu dilaporkan kepada pihak fakulti atau Pusat
Kesihatan Universiti (PKU) dengan kadar segera. Penempatan pelajar sama ada di hospital
atau penempatan pelajar yang sakit di bilik pengasingan yang disediakan di kolej masing
masing akan bergantung kepada nasihat dan saranan pihak PKU.

4.6 Pelajar diminta untuk membawa semua peralatan keperluan peribadi yang mencukupi
dan perlu mematuhi notis-notis penting yang akan dipamerkan oleh pihak fakulti dari semasa
ke semasa.

5.0 PERKARA LAIN

5.1 Pelajar yang hadir ke Fakulti Pengajian Pendidikan adalah tertakluk kepada pematuhan
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dari semasa ke semasa;

5.2 Pelajar diminta memakai pelitup muka (face mask), menggunakan hand sanitizer dan
sentiasa mengamalkan aspek kebersihan diri sentiasa seperti kerap mencuci tangan dan mandi
serta menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada dalam kawasan fakulti;

5.3 Pelajar yang gagal mematuhi arahan seperti dinyatakan di atas dikira melanggar SOP yang
ditetapkan dan akan dikenakan tindakan TATATERTIB.
SURAT AKUAN
NOTIS DAN TATACARA PENTADBIRAN KEMASUKAN PELAJAR KE FAKULTI
PENGAJIAN PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SEMESTER PERTAMA,
SESI 2021/2022

Saya ……………………………………………………………..pelajar Program.....................................Fakulti


Pengajian Pendidikan, kohort …………………………….. dengan No. Matrik …………………………………
telah membaca dengan teliti, memahami dengan jelas dan akan patuhi NOTIS DAN
TATACARA PENTADBIRAN KEMASUKAN PELAJAR KE FAKULTI PENGAJIAN
PENDIDIKAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SEMESTER PERTAMA, SESI
2021/2021.

Saya bersetuju dikenakan tindakan TATATERTIB jika gagal mematuhi arahan seperti
dinyatakan di atas dan melanggar SOP yang ditetapkan bagi mencegah risiko penularan
pandemik COVID-19.

….…………………………………………….

Tandatangan pelajar

Nama:

Tarikh:

Disahkan oleh:

….………………………………………………

Tandatangan Penyelaras Program

Nama:

Tarikh:

You might also like