You are on page 1of 2

NOTIS PEJABAT

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
BIL.1/2022

MAKLUMAN AWAL KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS SECARA FIZIKAL BAGI


SEMESTER KEDUA 2021/2022 (A212)

Berdasarkan kepada Notis Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
yang dikeluarkan pada 31 Januari 2022, tempoh pengajaran bagi Semester Kedua Sesi
2021/2022 adalah mulai pada 27 Mac 2022 (Ahad) sehingga 7 Julai 2022 (Khamis) dan
kaedah pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) adalah secara hibrid.

Sehubungan itu, pihak universiti juga telah bersetuju bagi membenarkan semua pelajar UUM
untuk pulang ke kampus berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, berikut adalah makluman awal beberapa prosedur dan garis panduan
yang perlu diikuti oleh pelajar:

A. SYARAT PELAJAR:

i. Hanya pelajar yang telah lengkap dos vaksinasi sahaja dibenarkan kembali
ke kampus.

ii. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak


(booster) sebelum kembali ke kampus

iii. Pelajar yang tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi tidak
dibenarkan kembali ke kampus kecuali mendapat surat pengecualian
daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun begitu,
pelajar tersebut wajib menjalani ujian RTK Antigen setiap minggu di Pusat
Kesihatan Universiti (PKU) dengan kos yang ditanggung oleh universiti.

B. PROSES KEMASUKAN PELAJAR TEMPATAN:

i. Semua pelajar yang akan pulang ke kampus perlu mendaftar penginapan


dengan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) di portal masing-masing bermula
pada 13 Februari 2022 (Ahad) hingga 20 Februari 2022 (Ahad).

ii. Tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal adalah bermula pada 21
Mac 2022 (Isnin) hingga 27 Mac 2022 (Ahad) (tertakluk kepada sebarang
perubahan).

iii. Jadual dan prosedur lengkap kepulangan pelajar akan dimaklumkan dalam
tempoh terdekat.
C. PELAJAR ANTARABANGSA

i. Bagi pelajar antarabangsa pula, pelajar yang akan pulang ke kampus perlu
mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ii. Pelajar yang telah tamat tempoh visa perlu mendaftar melalui portal Education
Malaysia Global Services (EMGS) untuk masuk ke Malaysia dan perlu mendapat
kelulusan daripada Jabatan Imigresen Malaysia. Manakala bagi pelajar yang
masih mempunyai visa yang sah dan aktif dibenarkan masuk seperti biasa.

iii. Semua pelajar antarabangsa perlu memaklumkan kepulangan ke kampus melalui


Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).

iv. Semua pelajar antarabangsa perlu mendaftar penginapan dengan Pusat


Penginapan Pelajar (SAC) di portal masing-masing bermula pada 13 Februari
2022 (Ahad) hingga 20 Februari 2022 (Ahad).

v. Semua pelajar antarabangsa perlu mengikut tempoh dan mematuhi prosedur


kuarantin yang telah ditetapkan oleh KKM dan caj akan ditanggung oleh pelajar.

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang pertanyaan, pelajar boleh menghubungi talian utama
seperti dibawah.

TALIAN UTAMA:

PUSAT TANGGUNGJAWAB NO. TELEFON/ WAKTU OPERASI


ALAMAT EMEL
04-928 4150/ 4151/
4154/ 4184
Pusat Penginapan Pelajar (SAC)
Emel: sac@uum.edu.my
Ahad hingga Rabu: 8.00
pagi hingga 5.00 petang
04-928 4010
Pejabat Dekan HEP
Khamis:
04-928 4105/ 4129
8.00 pagi hingga 3.30
Pejabat Pusat Hal Ehwal dan petang
Kerjasama Antarabangsa (CIAC) Emel: ciac@uum.edu.my

Notis ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan arahan dan pekeliling yang akan
dikeluarkan oleh Kerajaan dan Universiti dari semasa ke semasa.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)


Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 31 Januari 2022

You might also like