You are on page 1of 4

 

   
   
   
MUHAMAD KHAIRUL BIN ABDUL KADAR
KAMPUNG SUNGAI BENANG
null  
94650, KABONG  
SARAWAK   No Matrik : 75800
   
Saudara/Saudari      
     
Tawaran Kemasukan Ke Universiti Malaysia Sarawak Semester 1 Sesi 2020/2021
     
Tahniah! Saudara/saudari adalah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian
peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam
program/Fakulti seperti berikut:
     
  Program :  Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian
Khidmat Sosial) - UW6762001
  Fakulti : Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
       
  Tempoh Pengajian : 6 Semester
     
Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di lampiran.
(Rujuk Syarat Tawaran Kemasukan).
 
Saudara/saudari dipohon untuk melaporkan diri bagi pendaftaran kolej kediaman
seperti ketetapan berikut:
     
  Tarikh   : 5 hingga 7 Oktober 2020
  Masa   : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
  Lokasi Pendaftaran dan Kolej Kediaman : Kolej Bunga Raya
  Yuran Semester 1
Sesi 2020/2021 : RM1,695.00
       
Nama Program
Pengajian
Kos yuran pengajian
keseluruhan ditanggung pelajar
Kos yuran setahun ditanggung pelajar
Kos yuran setahun ditanggung
kerajaan
Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kajian Khidmat Sosial) -
UW6762001 RM6,912.00 RM2,304.00 RM20,736.00
     
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
     
Haji Azlan Bin Ramli
Pendaftar
     
     
     
**Surat tawaran ini bukan merupakan surat tawaran rasmi dan hanya boleh digunakan
sebagai rujukan sahaja.
**Surat ini dijana oleh komputer, oleh itu tandatangan tidak diperlukan.
Cetakan pada: Fri Aug 21 20:17:55 MYT 2020
 

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK


SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU
SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2020/2021
     
Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
1.
Saudara/saudari dikehendaki:
Bil Perkara Tarikh
i.
Hebahan Keputusan di https://jpt.unimas.my (mulai jam 12 tengah hari)
*Semakan surat tawaran boleh dibuat mulai 19 Ogos 2020 (mulai jam 2.00 petang)

18 Ogos 2020
ii.
Pengesahan penerimaan tawaran secara atas talian
di www.unimas.my atau https://estudent.unimas.my/eDaftar

19 hingga 26 Ogos 2020


iii. Pembayaran yuran secara e-Payment UNIMAS.

Pelajar Baharu Sesi 2020/2021


Kaedah Capaian/Lokasi Tempoh Bayar Tempoh Pendaftaran Online
(eDaftar)
Online Payment https://payportal.unimas.my/epayment/  Mulai 24 Ogos hingga 9
Oktober 2020 Mulai 24 Ogos 2020 dan 30 minit selepas transaksi pembayaran
berjaya sehingga 9 Oktober 2020
iv. Pendaftaran pelajar secara atas talian di
https://estudent.unimas.my/eDaftar 1 September hingga 9 Oktober 2020
v. Pendaftaran kolej kediaman (berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan dalam
surat tawaran)
vi. Minggu Aluan Pelajar 9 hingga 11 Oktober 2020
vii. Perkuliahan Semester 1 Sesi 2020/2021 bermula 12 Oktober 2020

2.
TAWARAN AKAN TERBATAL dengan sendirinya jika saudara/saudari gagal melaksanakan
perkara berikut:
i.
tidak melengkapkan perkara 1(ii) selewat-lewatnya pada 26 Ogos 2020 (Rabu) dan ;
ii.
tidak melengkapkan perkara 1 (iii) bagi pelajar yang telah melaksanakan pengesahan
penerimaan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
iii.
gagal mendaftar diri di Kolej Kediaman selewat-lewatnya 8 Oktober 2020 tanpa
sebarang makluman

3.
Tawaran ini hanya sah untuk Kemasukan Semester 1 Sesi Akademik 2020/2021.
4.
Pemeriksaan Kesihatan:
  i. Pemeriksaan Kesihatan ke atas pelajar baharu akan dilaksanakan di Pusat
Kesihatan UNIMAS selepas tamat Minggu Aluan Pelajar. Tarikh pemeriksaan kesihatan
akan ditetapkan oleh Pusat Kesihatan UNIMAS dan hebahan akan dibuat melalui Fakulti
masing-masing.
  ii. Bagi pelajar baharu program Doktor Perubatan (WM00) dan Kejururawatan
(WM12), tambahan bayaran berjumlah RM100.00 akan dikenakan bagi pemeriksaan HIV,
Hepatitis B dan Hepatitis C. Tarikh pemeriksaan kesihatan akan ditentukan oleh
Pusat Kesihatan UNIMAS dan hebahan akan dibuat melalui Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan (FPSK).

5.
Sekiranya saudara/saudari menarik diri selepas pendaftaran, pembayaran balik yuran
adalah tertakluk kepada Perkara 20.2 Peraturan Akademik Ijazah Sarjana Muda UNIMAS
yang berkuatkuasa.

Perkara 20.2 memperuntukkan "Bagi pelajar yang telah diluluskan menarik diri dari
pengajian tetapi telah membayar yuran pengajian, yuran tersebut dikembalikan
tertakluk kepada kadar berikut;

Minggu Perkuliahan
Kadar dikembalikan
Minggu 1 hingga 2 75%
Minggu 3 hingga 10 50%
Selepas minggu 10 0%
Nota :
Pengiraan kadar bayaran balik yuran pengajian dikira bermula daripada tarikh
permohonan diterima daripada pelajar
Bagi pelajar baharu yang diluluskan untuk menarik diri sebelum minggu pertama,
yuran universiti kecuali Yuran Tidak Berulang akan dikembalikan (Pindaan Senat
Bil.02/2019 ke-178).

6.
Saudara/saudari dikehendaki menjelaskan yuran Semester 1 Sesi 2020/2021 seperti
yang telah ditetapkan oleh Universiti sebelum mendaftar diri sebagai pelajar.
     
7. Hanya dibenarkan seorang (1) sahaja dikalangan keluarga/penjaga untuk
menghantar saudara/saudari ke kampus semasa hari pendaftaran.

8.
Tawaran ini adalah MUKTAMAD dan sebarang pertukaran Fakulti atau Program adalah
tidak dibenarkan.

9.
UNIMAS berhak menarik balik tawaran kemasukan ini atau menamatkan pengajian
saudara/saudari dengan serta merta sekiranya saudara/saudari didapati memberi
maklumat palsu.

10.
Saudara/saudari dikehendaki membaca dan memahami Panduan Kemasukan Sesi 2020/2021,
mengisi borang-borang yang dilampirkan serta mengambil tindakan selanjutnya seperti
yang diarahkan.

11.
Saudara/saudari diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji Pelajar yang akan
diedarkan oleh Pusat Khidmat Pelajar pada Minggu Aluan Pelajar. Saudara-saudari
pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
(Pindaan 2012), Perlembagaan Universiti Malaysia Sarawak, Statut, Akta, Peraturan,
Pekeliling dan lain-lain peraturan serta pindaan yang berkuatkuasa dan diterima
pakai di Universiti Malaysia Sarawak.
   
   
   
**Surat tawaran ini bukan merupakan surat tawaran rasmi dan hanya boleh digunakan
sebagai rujukan sahaja.
**Surat ini dijana oleh komputer, oleh itu tandatangan tidak diperlukan.
Cetakan pada: Fri Aug 21 20:17:55 MYT 2020.
 

You might also like