You are on page 1of 25

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BUKU PANDUAN
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
SESI AKADEMIK 2018/2019

DITERBITKAN OLEH:

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR


PADA MASA BUKU INI DICETAK

1
ALUAN NAIB CANSELOR

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar
baharu yang telah berjaya menempah tempat untuk melanjutkan pengajian di Universiti
Utara Malaysia (UUM).

Sesungguhnya kejayaan anda memasuki Univesiti ini adalah satu peluang keemasan dan
amanah yang cukup bernilai terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Anda merupakan insan terpilih yang menjejakkan kaki ke Universiti dengan membawa
bersama kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Ianya
merupakan aset penting yang dapat menyatupadukan anda, memupuk rasa saling
memahami dan sikap toleransi yang boleh terarah kepada sumber kekuatan untuk
meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Di samping itu, saya bersama seluruh warga UUM berazam untuk menjadikan UUM sebagai
sebuah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia dan juga antarabangsa melalui
penawaran program-program yang berkualiti tinggi, penyelidikan yang hebat dan
mempunyai impak yang tinggi kepada negara, penerokaan ilmu-ilmu pengurusan baharu,
pengrekrutan pegawai-pegawai akademik yang berkaliber dan berkualiti tinggi (memiliki
PhD), pemantapan kurikulum dan kokurikulum, penganjuran seminar dan persidangan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menghasilkan penerbitan-penerbitan yang
berkualiti dan diiktiraf dunia.

Kami di UUM akan cuba memberikan khidmat terbaik kami bagi menjadikan kembara ilmu
anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam mengejar impian dan
cita-cita murni Negara.

Selamat datang ke Universiti Utara Malaysia.

Sekian, terima kasih.

“ILMU BUDI BAKTI”

PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK


Naib Canselor

2
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Panduan Pendaftaran 4

1.1 Tawaran Kemasukan Ke UUM

2.0 Syarat-syarat Tawaran Kemasukan Ke UUM 4

3.0 Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran 5

4.0 Tindakan Semasa Tiba Di UUM 6

5.0 Semasa Hari Pendaftaran 8

6.0 Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar dan


Program Suai Kenal 9

7.0 Peralatan/Keperluan Sepanjang Mengikuti Pengajian


Di Universiti Utara Malaysia 11

8.0 Tindakan Semasa Di Kaunter Pendaftaran 12

9.0 Maklumat Berkaitan Kewangan 13

9.1 Pembukaan Akaun Bank Islam


9.2 Kadar Yuran Pelajar Sarjana Muda
9.3 Kaedah Pembayaran Yuran
9.4 Peraturan Bayaran Balik Yuran Pelajar

10.0 Maklumat Umum 16

10.1 Maklumat Akademik


10.2 Unit Kebajikan Pelajar

11.0 Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut 17

11.1 Tawaran Kemasukan


11.2 Program Minggu Suai Kenal
11.3 Bahagian Khidmat Siswa
11.4 Unit Kebajikan
11.5 Bayaran Yuran Pelajar
11.6 Pusat KoKurikulum
11.7 Pusat Pengajian
11.8 Inapan Siswa
11.9 Senarai Wakil Pelajar yang boleh dihubungi

12.0 Lagu Universiti 21


13.0 Peringatan Penting 22
14.0 Laluan Pendaftaran Kemasukan di Inapan Siswa 23
15.0 Kalendar Akademik Sesi 2018/2019 24
16.0 Etika Pakaian Pelajar 25

3
1.0 PANDUAN PENDAFTARAN

1.1 TAWARAN KEMASUKAN KE UUM

Anda seharusnya menerima dokumen-dokumen seperti berikut:

a) Surat Tawaran Sementara Kemasukan ke UUM (cetakan dari laman sesawang)


b) Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2018/2019
c) Buku Panduan Kokurikulum Sesi 2018/2019
d) Senarai Kursus Kokurikulum Sesi 2018/2019
e) Buku Panduan Pemindahan Kredit (bagi pelajar lepasan diploma sahaja)
f) Borang Pemindahan Kredit (bagi pelajar lepasan diploma sahaja)
g) Surat Pengakuan (untuk calon lepasan diploma sahaja)
h) Buku Panduan Pengambilan Kursus
i) Borang Kebenaran Bius
j) Borang Takaful

Nota
 calon perlu merujuk/ mencetak perkara (a) hingga (j) dari laman web
http://www.uum.edu.my/kemasukan
 Surat Tawaran Rasmi akan dipos ke alamat surat-menyurat masing-masing

2.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UUM

Tawaran kemasukan ke UUM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

a) Pengesahan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Universiti Utara Malaysia. Anda dikehendaki
menjalani pemeriksaan kesihatan dan X-ray di Pusat Kesihatan Universiti sahaja.
(Pemeriksaan kesihatan akan diaturkan oleh pihak UUM)

b) Pihak universiti berhak menjalankan apa-apa ujian pengesanan dadah pada bila-bila masa
selama tempoh anda menjadi pelajar di universiti ini. Jika anda didapati positif dadah semasa
pemeriksaan, sama ada semasa pendaftaran atau semasa dalam pengajian, maka secara
automatik status anda sebagai pelajar universiti ini akan digugurkan.

c) Pihak universiti berhak menangguhkan kemasukan dan pengajian pelajar jika pelajar didapati
menghidap penyakit berjangkit semasa pendaftaran atau dalam tempoh pengajian.

d) Pengesahan oleh Senat Universiti.

e) Bahawa tiada kesilapan/penipuan yang telah berlaku tentang kelayakan minimum yang
diperoleh oleh anda untuk diterima masuk oleh universiti ini.

f) Bahawa tiada maklumat yang tidak benar diberikan atau dirahsiakan semasa membuat
permohonan masuk ke universiti ini.

g) Selama tempoh pengajian di universiti ini, anda wajib mematuhi:

(i) Undang-undang dan Perlembagaan Negara.


(ii) Akta Universiti dan Kolej (AUKU).
(iii)Statut Universiti.
(iv) Keputusan Lembaga Pengarah dan Senat Universiti serta keputusan Kolej yang
berkenaan dengan saudara-saudari.
(v) Peraturan Lalu Lintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (JPJ).
(vi) Kod Etika Pakaian Universiti.

4
h) Jika anda adalah seorang guru/kakitangan kerajaan, kebenaran dan pelepasan daripada
majikan hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

i) Surat kelulusan menarik diri dari Jabatan Hal Ehwal Akademik dan resit bayaran asal hendaklah
dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.

j) Jika anda menerima tawaran ini, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya
mendaftarkan diri pada 4 September 2018 di Inapan Siswa (INASIS) yang telah ditetapkan.

k) Anda diwajibkan menyertai Program Suai Kenal Sesi 2018/2019 yang bermula pada 4
September 2018. Pada minggu suai kenal tersebut anda diwajibkan menandatangani surat
“Aku Janji” yang akan diedarkan oleh pihak universiti.

l) Sekiranya anda tidak mendaftar seperti perkara (j) dan tidak menghubungi Jabatan Hal Ehwal
Akademik, UUM dengan alasan yang munasabah secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari
bermula dari tarikh pendaftaran, nama anda akan digugurkan daripada senarai nama pelajar
yang ditawarkan oleh universiti ini.

m) Jika anda menerima tawaran ini, anda tidak dibenarkan untuk menukar program yang
ditawarkan dan tawaran yang diberikan adalah muktamad.

n) Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menggugurkan anda sebagai pelajar
universiti ini, jika pada mana-mana peringkat pengajian anda didapati melanggar mana-
mana syarat seperti diperkara (a) hingga (m) di atas.

o) Jika anda menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik diri selepas anda mendaftar,
pemulangan balik yuran yang dibayar adalah tertakluk kepada peraturan kewangan
universiti.

3.0 PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini anda perlu mengambil tindakan
berikut:

(a) Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam laman web


http://www.uum.edu.my/kemasukan termasuk Borang Biodata Pelajar.

(b) Membuat bayaran yuran mengikut jumlah yuran seperti yang telah ditetapkan oleh Bendahari
UUM di atas Slip Pembayaran Bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Lihat contoh
gambarajah A di muka surat 14.

(c) Sila pastikan anda membawa:


i) SEMUA sijil akademik ASAL (SPM/ STPM/ STAM/ Diploma/ Transkrip/ MUET/ Lain-lain
yang berkaitan)
ii) salinan slip pembayaran yuran yang telah dicetak oleh pihak bank

(d) Anda dinasihatkan menyimpan salinan slip pembayaran yuran dengan baik sehingga tamat
pengajian.

Sekiranya anda kehilangan sijil akademik asal, anda perlu mendapatkan salinan yang
dikeluarkan oleh:
 Lembaga Peperiksaan Malaysia - sijil SPM/SPMV
 Majlis Peperiksaan Malaysia - sijil STPM/STAM dan MUET
 Institusi berkenaan - transkrip Diploma/Matrikulasi

5
4.0 TINDAKAN SEMASA TIBA DI UUM

a. Bagi anda yang tiba dengan penerbangan, anda boleh ke kampus Universiti Utara Malaysia
dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar,
Kedah.

b. Bagi anda yang datang dengan kereta api, anda boleh menaiki teksi dari Stesen Kereta Api Alor
Setar, Kedah atau Arau, Perlis ke Universiti Utara Malaysia.

c. Bagi anda yang datang menaiki bas ekspres, anda boleh memilih untuk berhenti di Stesen Bas
Shahab Perdana, Alor Setar atau Changlun dan meneruskan perjalanan dengan menaiki
pengangkutan awam ke kampus Universiti Utara Malaysia.

d. Peta laluan dari Changlun ke kampus UUM:

Laluan B

Laluan A dan C

Laluan D

6
e. Sekiranya anda sekeluarga memerlukan penginapan, sila hubungi:

i. University Inn
University Inn menawarkan penginapan yang tenang dan selesa yang terletak di dalam
kampus bagi kemudahan pengunjung dari luar. Lokasi hotel tersebut amat strategik
kerana terletak berhampiran Masjid dan Varsity Mall.
Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-924 4545
Faks: 04-923 2212.

ii. EDC-UUM
http://www.edc.uum.edu.my
EDC-UUM menawarkan kemudahan penginapan bertaraf hotel yang telah beroperasi
pada 1 Ogos 2008, menawarkan 88 bilik penginapan dengan kadar sewa mengikut
jenis bilik seperti berikut:
 Sri Cemara Suites
 Sri Meranti Suites
 Bilik Standard
Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-928 8888

iii. Penginapan Dalam Kampus


Setiap Inapan Siswa (INASIS) menyediakan penginapan dalam kampus. Maklumat
lanjut sila hubungi INASIS yang berkenaan rujukan muka surat 24.

iv. Taman Siswa UUM


Terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, iaitu kira-kira 35 km dari UUM. Penginapan yang
disediakan di Taman Siswa adalah berkonsepkan rumah tetamu tiga bilik.
Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-9199113/ 04-9199106

v. Hotel Di Luar Kampus


 Hotel Grand Crystal, Alor Setar 04-731 3333
 Hotel Seri Malaysia, Alor Setar 04-730 8737
http://www.serimalaysia.com.my/
 Hotel Holiday Villa, Alor Setar 04-734 9999
http://www.holidayvillahotelalorstar.com
 Hotel Sentosa Regency, Alor Setar 04-730 3999
http://sentosaregencyhotel.com.my
 Darulaman Suite, Jitra 04-917 2008
 Hotel PJ, Jitra 04-917 6288
 Golden Nashmir Hotel, Jitra 04-917 7775
 T-Hotel, Changlun 04-924 8888
 Hotel Changlun, Changlun 04-924 1530
 T-Hotel, Kuala Perlis 04-985 3888
 Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis 04-976 7755
http://www.putrapalace.com.my
 Hotel Bustani, Jitra 04-917 7777
http://bustanihotel.com
 Grand Alora Alor Setar 04-770 8888
 Putra Brasmana, Kuala Perlis 04-985 2773
 HD Hotel, Bandar Darulaman 04-918 3868
 TH Hotel, Alor Setar 04-740 3666

7
5.0 SEMASA HARI PENDAFTARAN

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR

Dokumen-dokumen Asal:

(a) Surat Tawaran Rasmi/ Sementara (cetakan dari laman sesawang)


http://www.uum.edu.my/kemasukan

(b) Kad Pengenalan

Nota:

Kegagalan untuk mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan menyebabkan anda tidak


dibenarkan mendaftar.

8
6.0 SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN PROGRAM SUAI KENAL

6.1 SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR

 Semasa datang mendaftar anda mestilah memakai pakaian formal yang kemas, bersih,
menutup aurat dan bersopan mengikut Kod Etika Pakaian Rasmi Universiti. Pakaian
melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UUM.

 Pakaian yang kemas dan sopan adalah lambang ketinggian ilmu individu. Setiap urusan
sama ada di bilik kuliah dan di pejabat adalah urusan rasmi, maka amalkan cara
berpakaian sopan dalam semua aktiviti dalam kampus.

6.2 SAHSIAH RUPA DIRI SISWA

 Berpakaian formal, bertali leher dan berseluar “slack”.


 Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak dibenarkan mencecah kolar baju.
 Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar.

6.3 SAHSIAH RUPA DIRI SISWI

 Semua jenis pakaian mestilah kemas dan sopan. Pakaian mestilah tidak menjolok mata
seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah dan mendedahkan mana-mana
bahagian badan seperti di bahagian lutut, dada dan perut.
 Tidak digalakkan memakai barangan kemas.
 Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.

6.4 PROGRAM SUAI KENAL

 Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi program suai kenal yang
telah diaturkan.
 Kegagalan pelajar menghadiri program suai kenal dengan sepenuhnya akan
menyebabkan pelajar dihalang untuk mengikuti pengajian di UUM.
 Sepanjang tempoh program suai kenal, pelajar akan dibantu oleh Pengetua Inapan
Siswa (INASIS), Penolong Pengetua INASIS dan Ahli Jawatankuasa Suai Kenal (AJKS).
 Penginapan, makan dan minum akan disediakan sepanjang tempoh program suai kenal.

6.5 SLOT BERSAMA WARIS

 Sempena kemasukan pelajar baharu, Slot bersama Waris akan diadakan seperti
berikut:

Tarikh: 4 September 2018 (Selasa)


Masa: 11.30 pagi
Tempat: Dewan Mu’adzam Shah, UUM

 Semua waris dijemput hadir ke taklimat tersebut dan kenderaan ke dewan akan
disediakan bagi memudahkan pergerakan waris.

9
6.6 KOD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG PROGRAM SUAI KENAL

Pelajar dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut:

i. Pakaian semasa Program Suai Kenal

Lelaki:
 Kemeja lengan panjang (berwarna cerah, bukan bercorak), seluar, slack
panjang hitam/gelap, bertali leher dan kasut kulit.

Perempuan:
 Baju kurung (bagi pelajar islam)
 Berpakaian sesuai, sopan dan mengikut etika pakaian (bagi pelajar bukan
islam).
 Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.
* Pakaian yang ketat dan menjolok mata adalah dilarang.

ii Pakaian semasa Program Majlis Ikrar

Lelaki:
 Kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar berwarna gelap dan bertali
leher
 Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar.

Perempuan:
 Baju kurung dan tudung berwarna putih (bagi pelajar islam).
 Berpakaian sesuai (berwarna putih atau cerah), sopan dan mengikut etika
pakaian (bagi pelajar bukan islam).
 Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.
* Pakaian yang ketat dan menjolok mata adalah dilarang.

10
7.0 PERALATAN/KEPERLUAN SEPANJANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI UNIVERSITI UTARA
MALAYSIA

7.1 KEPERLUAN PERIBADI

A. INAPAN SISWA (INASIS)

Untuk keselesaan pelajar baharu tinggal di INASIS, barangan-barangan berikut perlu


disediakan sendiri:

 Bantal
 1 helai selimut.
 1 set sarung bantal dan cadar saiz bujang
 Bekalan ubat-ubatan peribadi
 Barang-barang keperluan peribadi (baldi, tuala, sabun mandi dan lain- lain).
 Pakaian harian secukupnya

B. KEPERLUAN PEMBELAJARAN

Adalah dinasihatkan semua pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai
bekalan sepanjang pengajian.

 Pakaian formal ke kuliah. Jeans tidak dibenarkan


 Pakaian harian/ sukan/ riadah
 Baju Melayu
 Kasut kulit hitam/ kasut sukan

Semua keperluan peribadi dan harian boleh dibeli semasa hari pendaftaran atau dibeli di
kedai runcit di INASIS.

11
8.0 TINDAKAN SEMASA PENDAFTARAN

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Tarikh: 4 September 2018 (Selasa)


Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang
1. Pelajar dikehendaki Menunjukkan Kad Pengenalan dan Surat
Tawaran Rasmi/Cetakan komputer
KAUNTER
2. Pendaftaran (INASIS dan Akademik)
PENDAFTARAN INASIS
3. Cop “Mendaftar” di surat tawaran
4. Mengambil kunci bilik.
Tarikh: 4 September 2018 (Selasa)
Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
1. Mengemukakan semua sijil akademik ASAL
2. Mendapatkan fail pelajar
3. Melengkapkan dokumen yang telah disahkan dalam Fail Peribadi
Pelajar mengikut susunan berikut:
a. Salinan Surat Tawaran Rasmi atau cetakan dari laman sesawang.
SLOT BERSAMA b. Salinan slip pembayaran yuran pengajian yang dijelaskan
INASIS c. Borang Maklumat Pelajar bertampal gambar.
(WE LOVE UUM) d. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu bapa.
e. Salinan Sijil SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program).
f. Salinan Sijil STPM/setaraf (jika berkenaan).
g. Salinan Diploma dan Transkrip (jika berkenaan).
h. Salinan Sijil STAM (jika berkenaan).
i. Salinan Transkrip Matrikulasi (jika berkenaan).
j. Salinan Keputusan MUET.
k. Salinan sijil berhenti sekolah, salinan testimonial/kegiatan
kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri/negara dan PLKN
(sekiranya ada).
l. Perakuan Kebenaran Bius (Anestesia) dan Pembedahan
m. Borang Penamaan Takaful Kemalangan Diri

Semua salinan dokumen perkara (d) hingga sepuluh (k) perlulah mendapat pengesahan daripada
Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A)/Penghulu
Dokumen (l) dan (m) perlu mendapat kebenaran waris/penjaga.
Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan menyebabkan tawaran anda terbatal.
Tarikh: 5 September 2018 (Rabu)
Masa: 2.00 petang – 4.30 petang

1. Semakan dokumen asal dan salinan (pelajar lepasan diploma sahaja)


SLOT BERSAMA 2. Menyerahkan fail peribadi pelajar yang telah lengkap kepada Pusat
PUSAT PENGAJIAN Pengajian masing-masing

PENTING:
Nombor matrik adalah seperti yang tertera dalam surat tawaran.

12
9.0 MAKLUMAT BERKAITAN KEWANGAN

9.1 PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM

i) Akaun Bank Islam setiap pelajar adalah dibuka secara automatik di cawangan
Bank Islam UUM, Sintok.
ii) Semua pelajar diminta untuk mengaktifkan Kad Uni-Debit (Kad Pelajar) di Bank
Islam UUM, Sintok selepas hari pendaftaran pelajar baharu.
iii) Panduan selanjutnya akan dibekalkan semasa pendaftaran pelajar baharu.
iv) Pelajar adalah diwajibkan membayar yuran sebelum mendaftar sebagai pelajar Universti
Utara Malaysia.

9.2 KADAR YURAN PELAJAR SARJANA MUDA

Pelajar Tempatan
Teknologi Pengurusan Program-program
Maklumat/ Hospitaliti lain
Multimedia
YURAN

RM RM RM
Bayaran Sekali Sahaja
Pendaftaran 634 634 634
Pemeriksaan Kesihatan 80 80 80
714 714 714

Bayaran Setiap Semester


Pengajian 660 550 550
Makmal - 300 -
Perkhidmatan 393 393 393
Penginapan 476 476 476
1,529 1,719 1,419

Jumlah 2,243 2,433 2,133

Nota:
 Universiti berhak mengkaji semula kadar yuran di atas mengikut keperluan semasa.
 Program-program lain adalah program selain program Teknologi Maklumat/ Multimedia
dan Pengurusan Hospitaliti

13
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Yuran Penginapan
Kadar penginapan adalah seperti berikut:

Yuran Penginapan
Pelajar Tempatan (RM)
 Pelajar Sarjana Muda 476.00/semester
 250/bulan
 INASIS MAYBANK  Deposit – RM1,500.00 (tidak termasuk caj
elektrik)

9.3 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN

a. Pelajar yang menerima tawaran kemasukan hendaklah membuat pembayaran yuran sebelum
mendaftar.

b. Pembayaran yuran hendaklah dibuat menggunakan Slip Pembayaran Bil yang boleh diperolehi
di semua cawangan Bank Islam, selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh pendaftaran.
Pelajar hanya perlu mengisi maklumat berikut pada slip berkenaan dan serahkan di kaunter
cawangan BIMB beserta wang tunai yang secukupnya;

 Nama Pelajar
 No. Kad Pengenalan Pelajar
 Bayar Kepada: UUM
 Jumlah Bayaran (Jumlah yang perlu dibayar seperti di Buku Panduan Pendaftaran
Pelajar Baharu 2018/2019)

Gambarajah A: Contoh Slip Pembayaran

14
c. Pelajar perlu mendapatkan satu salinan slip pembayaran yuran dari bank selepas membuat
bayaran dan salinan tersebut perlu disimpan sebagai bukti bayaran dan perlu mengemukakan
salinan tersebut jika diminta berbuat demikian semasa pendaftaran.

Pelajar yang memperolehi tajaan seperti biasiswa, pinjaman dan sumbangan/bantuan kewangan
hendaklah membawa bersama surat tawaran tajaan yang asal semasa hari pendaftaran dan satu
salinan surat tawaran tajaan tersebut hendaklah diserahkan ke Jabatan Bendahari

9.4 PERATURAN BAYARAN BALIK YURAN PELAJAR

a. Pelajar yang menangguhkan pengajian/berhenti/menarik diri adalah layak mendapat bayaran


balik mengikut peratus tertakluk kepada syarat–syarat berikut;
 Pelajar memohon menangguh pengajian, berhenti dan menarik diri dan mendapat
surat kelulusan dari U-Assist
 Mengemukakan maklumat akaun bank ke Jabatan Bendahari untuk tujuan bayaran
balik.

b. Yuran dan peratus yang layak dibayar balik kepada pelajar adalah seperti di bawah:

Peratus Yang Layak Dibayar Balik

Tangguh/ Berhenti/ Menarik diri Menolak Tawaran/


Yuran Menarik Diri (Bayaran
Dalam Tempoh 30 Hari Selepas Tempoh 30 dibuat tetapi tidak
Dari Tarikh Pendaftaran Hari Dari Tarikh mendaftar)
Pendaftaran
Pendaftaran
Tiada Bayaran Balik
Takaful
Makmal Tiada bayaran balik
Pemeriksaan perubatan
Kebajikan pelajar
Komputer
Tiada Bayaran Balik
Penginapan
Kesihatan
100%
Pengajian
50%
Perpustakaan
Perkhidmatan pergigian
Sukan
Latihan peradaban
100%
eksekutif

15
10.0 MAKLUMAT UMUM

10.1 MAKLUMAT AKADEMIK

(a) Aktiviti Kokurikulum (Sila rujuk Buku Panduan Pemilihan dan Peraturan
Kokurikulum)
Pelajar diwajibkan mengumpul empat jam kredit bagi empat semester aktiviti
kokurikulum kecuali Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Kor
Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) selama enam jam kredit sebelum dapat
dianugerahkan ijazah.

(b) Pemindahan Kredit (Sila rujuk Buku Kriteria Pemindahan Kredit)


Hanya pelajar yang berkelulusan Diploma atau berpindah dari Universiti lain yang
diterima masuk ke UUM layak memohon pemindahan kredit.

(c) Maklumat akademik lain akan dimaklumkan semasa Program Taklimat oleh pihak
kolej.

10.2 UNIT PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR ANTARABANGSA

Unit Pekhidmatan dan Sokongan Pelajar Antarabangsa (ISSSU) adalah sebuah unit di bawah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan khidmat
nasihat dan sokongan profesional kepada pelajar antarabangsa yang datang bagi tujuan
i. Mendapatkan maklumat berkenaan bantuan dan sokongan akademik atau bukan
akademik sama ada yang disediakan oleh Universiti Utara Malaysia ataupun pihak lain.
ii. Khidmat nasihat mengenai sumber bantuan kewangan termasuk biasiswa dan pinjaman
kecemasaan sama ada daripada Universiti Utara Malaysia atau pihak lain terutamanya
dalam aspek kebajikan pelajar

16
11.0 PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran
kemasukan ini sila hubungi:

11.1 Tawaran Kemasukan 11.4 Unit Kebajikan dan Tatatertib Pelajar

Unit Kemasukan, Rekod dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar


Promosi Universiti Utara Malaysia
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia Tel.: 04 928 4082/4088/4085
Faks: 04 928 4016
Tel.: 04 928 3323/3324/3334 E-mel: hairil@uum.edu.my
Faks.: 04 928 3305
E-mel: heanet@uum.edu.my

11.2 Program Minggu Suai Kenal 11.5 Bayaran Yuran Pelajar

Bahagian Pembangunan Pelajar Unit Biasiswa


Jabatan Hal Ehwal Pelajar Jabatan Bendahari
Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia

Tel.: 04 928 4042/4043/4052 Tel.: 04-928 3258/3231/3208


Faks.: 04 928 4016 Faks.: 04 928 3299
E-mel: nabila@uum.edu.my E-mel: mazidah@uum.edu.my

11.3 Unit Pinjaman dan Biasiswa 11.6 Pusat KoKurikulum

Jabatan Hal Ehwal Pelajar Pusat KoKurikulum


Universiti Utara Malaysia Universiti Utara Malaysia

Tel.: 04 928 4083/4085 Tel.: 04-928 3507/3509/3511


Faks.: 04 928 4016 Faks.: 04 928 3502
E-mel: mohdilyas@uum.edu.my E-mel: m.azri@uum.edu.my

17
11.7 PUSAT PENGAJIAN

BIL PUSAT PENGAJIAN E-MEL NO. TEL. NO. FAKS


Azahari bin Azmi
1. Pengkomputeran 04-928 5058 04-928 5067
azahari@uum.edu.my
Zulkafri @ Zanariah Bt
2. Sains Kuantitatif Yaakob 04-928 6396 04-928 6309
zanariah@uum.edu.my
Muhammad Khairul
3. Teknologi Multimedia dan Komunikasi Munawwar Ismail 04-928 5809 04-928 5804
munawwar@uum.edu.my
Zairi Afandi Ishak
4. Pendidikan dan Bahasa Moden 04-928 5394 04-928 5382
zafandi@uum.edu.my
Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Abdul Shakur Abdullah
5. 04-928 5798 04-928 5757
Sosial shakur@uum.edu.my
Nurul Nadiah Rusle
6. Pengurusan Perniagaan 04-928 7420 04-928 7422
nurul.nadiah@uum.edu.my
Mohamad Fadzil Samiran
7. Perniagaan Islam 04-928 6662 04-928 6730
mfadzil@uum.edu.my
Perakaunan Tunku Puteri Intan Norimah Alias
8. 04-928 7213 04-928 7216
Safinaz norimah@uum.edu.my
Hasliza Hassan
9. Ekonomi, Kewangan dan Perbankan 04-928 6763 04-928 6752
hasliza@uum.edu.my
Anuar Mahayudin Mokhtar
10. Pengurusan Teknologi dan Logistik 04-928 7003 04-928 7070
anuarm@uum.edu.my
Mohammad Fadzil Din
11. Kerajaan 04-928 7909 04-928 7914
fadzildin@uum.edu.my
Haslida Ismail
12. Undang-Undang 04-928 8110 04-928 8107
halida@uum.edu.my
Abdul Razak Abdul Wahab
13. Pengajian Antarabangsa 04-928 8461 04-928 8470
razakwahab@uum.edu.my

Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti Yus Asma Yusoff


14. 04-928 8159 04-928 8163
dan Alam Sekitar yus1117@uum.edu.my

18
11.8 INAPAN SISWA

NAMA DAN E-MEL


BIL. INASIS NO. TEL. NO. FAKS
PEN.PENGURUS ASRAMA
Siti Aisyah bt. Yahya
1. BSN 04-928 4251 04-928 4259
aisyah@uum.edu.my
Irda Nurashikin Bt Abu Samah
2. MISC 04-928 4552 04-928 4520
irda@uum.edu.my
YAYASAN Rozana Mohamed Hanifa
3. 04-928 4581 04-928 4585
ALBUKHARY rozana@uum.edu.my
BANK Ana Hayati Salleh
4. 04-928 4451 04-928 4456
MUAMALAT ana@uum.edu.my
Tarmidi Mahamod
5. MAS 04-928 4312 04-928 4311
mtarmidi@uum.edu.my
Jafri Bin Ismail
6. TNB 04-928 4562 04-928 4566
jafri@uum.edu.my
Norhafiza bt. Abd. Hadi
7. TRADEWINDS 04-928 4488 04-928 4487
nhafiza@uum.edu.my
Nor Aliza Khalim
8. PETRONAS 04-928 4333 04-928 4332
aliza@uum.edu.my
Ruzaidi bin Saad
9. GRANTT 04-928 4281 04-928 4288
sruzaidi@uum.edu.my
Zakaria b Abd. Rashid
10. SIME DARBY 04-928 4544 04-928 4541
ar.zakaria@uum.edu.my
Muhammad Faizal Rosni
11. TM 04-928 4411 04-928 4412
faizalrosni@uum.edu.my
Mohd Nasiruddin Abu Ghani
12. PROTON 04-928 4363 04-928 4360
nasir.g@uum.edu.my

Mohd. Yusri bin Hanafi


13. BANK RAKYAT 04-928 4431 04-928 4435
yusri@uum.edu.my

Halimulihsan bin Mustaffa


14. SME BANK 04-928 4401 04-928 4404
ihsan@uum.edu.my

Nurul Hamiza bt. Hamzah


15. MAYBANK 04-928 4501 04-928 4503
hamiza@uum.edu.my

19
11.9 SENARAI WAKIL PELAJAR YANG BOLEH DIHUBUNGI

NEGERI NAMA WAKIL PELAJAR NO. TELEFON


Abdul Aziz Hanzalah Bin Mohd Zawawi 017-5912791
Perak
Musthaza Bin Mohammad 017-7004671
Norhisam Bin Nordin 017-3045054
Terengganu
Nur Husnina Afiqah Binti Mohd Apandi 014-5196733
Noor Khalida Binti Abdullah 019-5973566
Pahang
Muhammad Fakhrul Ikmal Bin Kastari 017-9774742
Mohammed Syazwan Bin Mohd Shokri 011-33439248
Johor
Muhammad Syahmi Bin Nor Ahmadi 011-27259647
Mohammad Syafiq Bin Samsudin 017-4411296
Sarawak
Nur Farihah bt Mohd Haris 012-2349031
Aida Amira Binti Rosli 017-4888070
Sabah
Muhammad Zairulfikri Bin Zailani 019-5069697
Balqis Binti Abdul Rahman 017-4293951
Kedah
Nur Hayatul Iska Binti Ahmad Fauzi 013-9715862
Selangor, Kuala Lumpur Nur Fifiana Binti Aris 013-6265438
& Wilayah Persekutuan Ahmad Akmal Humaidi Bin Mohamed Sa’at 017-3759895
Nuranis Alia Syafiqah Binti Shefrizal 011-14694200
Melaka
Muhammad Syahrulnizam Bin Salim 017-2448233
Noor Elida Shazmeen Binti Mohd Ishak 018-2303234
Negeri Sembilan
Hanie Maisarah Binti Ahmad Rasidi 011-10522640
Muhammad Faiz Aiman Bin Farizon 012-5205441
Kelantan Muhammad Azharruddin Su Bin Abdullah 010-8667955

Pulau Pinang Nur Safra Balqis Binti Mohamad Sarif 017-5506182


Anis Nazhirah Binti Mohd Zahari 017-4381805

20
12.0 LAGU UNIVERSITI

BIRU WARNA

Kami Anak Alam Insan Tuhan

Ngembara Langit Biru Mencari Ilmu

Berteman Kebudimanan

Bina Nusa Bina Dunia Sejahtera

UNIUTAMA Ibu Yang Tercinta

Kami Doa Lanjut Usia Bahagia

Kami Janji Hormati Pesanmu

ILMU BUDI DAN BAKTI

21
13.0 PERINGATAN PENTING

Pelajar yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat berkaitan dengan:

 Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak.


 Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan.

Akan diambil tindakan tegas dengan:

 Menarik balik surat tawaran tersebut.


 Dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran pelajar baharu.

SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, BAGI MENJAGA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, ANDA


DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK HADIR MENDAFTAR.

“AMARAN”

JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT


DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK
UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

22
14.0 LALUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN DI INAPAN SISWA

(a) Masa dan Laluan Tempat Pendaftaran

Tempat pendaftaran kemasukan pelajar adalah di Inapan Siswa (INASIS) seperti yang telah
ditetapkan dalam surat tawaran. Sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan di sepanjang
jalan berdasarkan pada warna pelekat kenderaan yang telah ditetapkan mengikut laluan seperti
berikut:

PENDAFTARAN SESI PAGI

KOD/WARNA LALUAN MASA


INAPAN SISWA (INASIS) PINTU MASUK
PINTU MASUK PENDAFTARAN
MAS
TRADEWINDS
PINTU UTAMA A 8.30 PG – 1:00 PTG
TNB
PROTON
GRANTT
TM
SIME DARBY PINTU BUKIT
B 8.30 PG – 1:00 PTG
BSN TANGGA
MISC
PETRONAS
YAYASAN AL-BUKHARY
PINTU UTAMA C 8.30 PG – 1:00 PTG
BANK MUAMALAT
SME BANK
BUKIT KACHI D 8.30 PG – 1:00 PTG
BANK RAKYAT

(b) Panduan Laluan Kenderaan

Sila lekatkan pelekat kenderaan pada cermin hadapan kenderaan sebelum memasuki kawasan
kampus. Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan dan tanda arah laluan yang telah ditetapkan.

Paparkan Pelekat Kenderaan ini di Paparkan Pelekat Kenderaan ini di Paparkan Pelekat Kenderaan ini di Paparkan Pelekat Kenderaan ini di
sebelah kiri cermin kenderaan anda. sebelah kiri cermin kenderaan anda. sebelah kiri cermin kenderaan anda. sebelah kiri cermin kenderaan anda.

INASIS MAS,TRADEWINDS,TNB & INASIS EON, TM,SIME DARBY, BSN, MISC INASIS INASIS
PROTON & PETRONAS YAYASAN AL-BUKHARY & BANK RAKYAT & SME BANK
BANK MUAMALAT

(c) Tempat Letak Kenderaan

Pelajar atau ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk mematuhi arahan Pengawal Keselamatan
berkenaan ruang tempat meletak kenderaan yang disediakan di sekitar laluan Inapan Siswa
Laluan A, B ,C dan D.

23
15.0 KALENDAR AKADEMIK SESI 2018/2019

SEMESTER PERTAMA

AKTIVITI TARIKH TEMPOH CATATAN


Pendaftaran Pelajar Baharu
& Minggu Suaikenal
 Pelajar antarabangsa Isnin, 03 September 2018 -
Jumaat, 07 September 2018

 Pelajar tempatan Selasa, 04 September 2018 -


Jumaat, 07 September 2018
Tempoh Pengajaran Ahad, 09 September 2018 - 5 minggu Awal Muharram, 11 September 2018
Khamis, 11 Oktober 2018 Hari Malaysia, 16 September 2018
Cuti Pertengahan Semester Jumaat, 12 Oktober 2018 - 1 minggu Hari Deepavali, 06 November 2018
Sabtu, 20 Oktober 2018
Tempoh Pengajaran Ahad, 21 Oktober 2018 - 9 minggu Maulidur Rasul, 20 November 2018
Khamis, 20 Disember 2018
Peperiksaan Sabtu, 22 Disember 2018 - 3 minggu Hari Krismas, 25 Disember 2018
Khamis, 10 Januari 2019
Cuti Antara Semester Jumaat, 11Januari 2019 - 4 minggu Tahun Baru Cina, 05 - 06 Februari 2019
Sabtu, 09 Februari 2019

SEMESTER KEDUA

AKTIVITI TARIKH TEMPOH CATATAN


Tempoh Pengajaran Ahad, 10 Februari 2019 - 7 minggu
Khamis, 28 Mac 2019
Cuti Antara Semester Jumaat, 29 Mac 2019 - 1 minggu
Sabtu, 06 April 2019
Tempoh Pengajaran Ahad, 07 April 2019 - 7 minggu
Khamis, 23 Mei 2019
Peperiksaan Sabtu, 25 Mei 2019 - 4 minggu Hari Raya Puasa, 05 - 06 Jun 2019
Ahad, 02 Jun 2019
Rabu, 12 Jun 2019 -
Khamis, 20 Jun 2019
Cuti Panjang Jumaat, 21 Jun 2019 - 10 minggu Hari Raya Qurban, 11 – 12 Ogos 2019
Sabtu, 31 Ogos 2019

 Awal Muharram - Selasa, 11 September 2018


 Hari Malaysia - Ahad, 16 September 2018
 Hari Deepavali - Selasa, 06 November 2018
 Maulidur Rasul - Selasa, 20 November 2018
 Hari Krismas - Selasa, 25 Disember 2018
 Hari Keputeraan Sultan Kedah - Ahad, 20 Januari 2019
 Tahun Baru Cina - Selasa, 05 Februari 2019 - Rabu, 06 Februari 2019
 Israk & Mikraj - Rabu, 03 April 2019
 Hari Wesak - (TBC) April @ Mei 2019
 Hari Pekerja - Rabu, 01 Mei 2019
 Hari Raya Puasa - Rabu, 05 Jun 2019 - Khamis, 06 Jun 2019
 Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - Sabtu, 27 Julai 2019
 Hari Raya Qurban – Ahad, 11 Ogos 2019 - Isnin, 12 Ogos 2019
 Hari Kebangsaan dan Awal Muharram - Sabtu, 31 Ogos 2019
* Tertakluk kepada pindaan

24
16.0 ETIKA PAKAIAN PELAJAR

25

You might also like