You are on page 1of 8

Rujukan Kami : TNB/YTN/15/13/7C

Tarikh : 5 Oktober 2020

SUVASHINNI A/P MURALI


133 PERSIARAN BUNTONG JAYA 7
TAMAN MAJU RIA
30100 IPOH
PERAK

Saudara / Saudari

TAWARAN BERSYARAT BAGI PROGRAM DERMASISWA MY BRIGHTER FUTURE (MyBF) YAYASAN


TENAGA NASIONAL (YTN) BAGI PENGAMBILAN OGOS 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan secara bersyarat Program Dermasiswa ‘My Brighter
Future’ (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional (YTN) untuk mengikuti pengajian seperti butiran berikut:-

PROGRAM PENGAJIAN : UC6523005 – IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI


KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (ELEKTRONIK INDUSTRI)
DENGAN KEPUJIAN
PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA
INSTITUSI PENGAJIAN : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
TEMPOH : 04 TAHUN
SEMESTER KEMASUKAN : SEMESTER 1 2020/2021

2.0 PENERIMAAN TAWARAN

2.1 Tawaran Bersyarat ini tertakluk kepada persetujuan anda untuk mematuhi semua terma dan
syarat tawaran seperti yang terkandung dalam Tawaran Bersyarat ini.

2.2 Sekiranya anda bersetuju dan menerima tawaran ini, Surat Tawaran Bersyarat, Borang
Pengesahan Kelayakan Program MyBF, Surat Jawapan Penerimaan Program MyBF dan
dokumen-dokumen sokongan lain yang telah lengkap perlu diserahkan kepada Institusi
Pengajian dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas mendaftar di Institusi.

2.3 Setiap helaian Surat Tawaran Bersyarat ini mestilah diparap/ditandatangan kecil.

2.4 Surat Tawaran Bersyarat Dermasiswa MyBF ini hendaklah dilekatkan setem hasil pada
halaman JAWAPAN PENERIMAAN DERMASISWA MyBF YAYASAN TENAGA NASIONAL dan
proses mematikan setem akan dilakukan oleh pihak Yayasan Tenaga Nasional.

2.5 Pihak Institusi Pengajian akan memberi sokongan kelayakan berdasarkan dokumen
sokongan yang telah dimajukan.

2.6 Tawaran Bersyarat ini akan menjadi sah selepas pihak YTN mengesahkan bahawa anda
telah memenuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan berdasarkan kepada
dokumen yang telah diterima oleh YTN melalui Institusi Pengajian .
1
3.0 SYARAT-SYARAT TAWARAN

3.1 Dengan penerimaan Tawaran Bersyarat ini, anda perlu mengikuti bidang pengajian yang
telah ditawarkan oleh Institusi Pengajian tersebut. Sekiranya anda menarik diri daripada
bidang pengajian tersebut atau bertukar Institusi Pengajian , Dermasiswa MyBF ini akan
ditamatkan serta merta.

3.2 Anda juga tidak dibenarkan untuk menerima sebarang bantuan pendidikan daripada mana-
mana penaja lain, sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan selepas Surat Jawapan
Penerimaan Program MyBF ini ditandatangani. Sekiranya anda menerima mana-mana
bantuan daripada mana-mana penaja lain, anda perlulah mengisytiharkan kepada Institusi
Pengajian dan YTN akan hal yang tersebut.

3.3 Tertakluk kepada klausa 5xii di dalam Tawaran Bersyarat ini, anda dikehendaki menamatkan
kursus pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya anda tidak dapat menamatkan
pengajian dalam tempoh tersebut, YTN tidak akan membiayai sebarang perbelanjaan yang
melebihi tempoh yang telah ditetapkan.

3.4 Tawaran ini diberikan setelah mendapati bahawa anda adalah daripada golongan keluarga
B40.

3.5 Tawaran Dermasiswa MyBF ini adalah terbatal dengan sendirinya jika didapati maklumat
yang dikemukakan kepada pihak Institusi Pengajian mempunyai percanggahan ketara dan
tidak munasabah sepertimana pengisytiharan yang dibuat di dalam pengkalan data Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

3.6 YTN berhak untuk menarik balik Dermasiswa MyBF ini dengan serta merta sekiranya anda
didapati memberi maklumat palsu atau mengemukakan dokumen sokongan yang tidak
sah/tidak benar dalam Borang Pengesahan Kelayakan Program MyBF, atau anda telah hilang
kelayakan untuk mendapat tawaran Program Dermasiswa MyBF.

3.7 Dermasiswa MyBF ini akan dihentikan sekiranya anda ditamatkan pengajian oleh pihak
Institusi Pengajian, dikenakan tindakan tatatertib oleh Institusi Pengajian dan YTN,
meninggal dunia, hilang upaya secara kekal, dihukum bankrap, diisytiharkan tidak siuman,
menarik diri dari tajaan MyBF atau menerima dua (2) tajaan berterusan pada masa yang
sama.

3.8 Dermasiswa MyBF ini akan ditamatkan secara serta merta sekiranya anda tidak mematuhi
Klausa 3.0 ini.

4.0 PEMBAYARAN

4.1 Kadar bayaran Program Dermasiswa MyBF yang akan dibayar oleh YTN kepada Institusi
Pengajian adalah seperti berikut :-

Program Kadar / Semester (RM)


Ijazah Sarjana Muda 5,000

2
4.2 Pembayaran Dermasiswa MyBF akan dibuat kepada pihak Institusi Pengajian pada setiap
semester, dan pihak Institusi Pengajian akan membuat potongan yuran-yuran yang
berkaitan tertakluk kepada Institusi Pengajian berkenaan. Bakinya akan dimasukkan ke
dalam akaun bank anda sebagai elaun sara hidup.

4.3 Pembayaran Dermasiswa MyBF untuk semester berikutnya bergantung kepada Purata Nilai
Gred Kumulatif (PNGK) atau Cumulative Grade Point Average (CGPA) bagi setiap semester.
Sekiranya anda mendapat PNGK atau CGPA kurang daripada 2.0 bagi dua (2) semester
berturut-turut , Dermasiswa MyBF akan ditamatkan secara serta-merta.

5.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Selepas menerima Tawaran Bersyarat ini, anda hendaklah mematuhi semua arahan/ peraturan
sepertimana berikut:-

i. Berkelakuan sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan dikehendaki mematuhi


semua arahan / peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Institusi Pengajian , Kementerian
Pendidikan Malaysia dan YTN.

ii. Menghadiri kesemua kelas dan meneruskan pengajian serta mengikuti kelas pembelajaran,
seminar, ceramah, tutorial, ujian, peperiksaan dan apa-apa program yang dijalankan
berkaitan dengan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Institusi Pengajian .

iii. Anda diwajibkan mengikuti program pengajian yang ditentukan oleh pihak Institusi
Pengajian dan YTN. Pertukaran institusi / program pengajian atau penarikan diri akan
menyebabkan Dermasiswa MyBF ini terbatal.

iv. Anda diwajibkan untuk menghadiri serta menyertai setiap program / aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak YTN dan pihak Institusi Pengajian sama ada program secara rasmi atau tidak
rasmi.

v. Tidak boleh terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan apa-apa perkara yang akan
mencemarkan nama baik negara, YTN, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak Institusi
Pengajian .

vi. Tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh YTN
tidak selaras dengan kepentingan pelajar atau kepentingan YTN, TNB dan pihak Institusi
Pengajian .

vii. Tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan, menjadi ahli atau mengambil bahagian
dalam apa-apa pertubuhan, badan atau menjadi kumpulan yang pada pendapat YTN boleh
ditafsirkan sebagai bercorak politik / militan / subversif.

viii. Anda bertanggungjawab untuk memastikan tahap pencapaian prestasi akademik anda tidak
kurang daripada PGNK / CGPA 2.0 bagi setiap semester.

3
ix. Anda hendaklah berpakaian sopan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
Institusi Pengajian dan semasa menghadiri kelas, ceramah atau perjumpaan yang
dianjurkan oleh pihak Institusi Pengajian atau YTN.

x. Anda dikehendaki mematuhi semua peraturan-peraturan tatatertib sebagai seorang pelajar


sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
(Akta 174) atau akta-akta yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa di Institusi Pengajian .

xi. Anda bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Institusi Pengajian sebarang


pertukaran alamat tempat tinggal dari masa ke semasa, sekiranya berkenaan.

xii. Anda dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sekiranya anda
memerlukan pelanjutan untuk menamatkan pengajian, anda perlu memohon kepada pihak
Institusi Pengajian secara bertulis, dan tertakluk kepada klausa 5 (xiv) di bawah.

xiii. Anda dikehendaki membuat tiga (3) cetakan Surat Tawaran. Cetakan asal perlu dimajukan
kepada YTN, satu (1) cetakan untuk Institusi Pengajian dan satu (1) cetakan untuk simpanan
sendiri sebagai rujukan pada masa akan datang.

xiv. Penambahan dan Penangguhan Semester


Penambahan semester hanya dibenarkan untuk dua (2) semester sahaja. Kelulusan untuk
penambahan semester adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengarah YTN. Permohonan
kepada pihak YTN perlu dibuat bagi setiap penambahan semester.

Bagi setiap penangguhan semester, permohonan perlu dimajukan kepada Pengarah YTN dan
YTN tidak akan membuat sebarang pembayaran sepanjang tempoh penangguhan. Sekiranya
pembayaran telah dibuat bagi semester yang ditangguhkan, maka pembayaran pada
semester akan datang tidak akan dilakukan.

Secara keseluruhan, penambahan dan penangguhan semester hanya dibenarkan maksimum


sebanyak dua (2) semester sahaja. Penajaan akan ditamatkan sekiranya penambahan dan
penangguhan semester melebihi tempoh tersebut.

xv. Pindaan Tempoh Pengajian


Sebarang pindaan terhadap tempoh pengajian yang disebabkan oleh pindaan kredit dan
penangguhan pengajian, perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Institusi
Pengajian dan dimaklumkan kepada pihak YTN melalui Institusi Pengajian secara bertulis.

xvi. Tamat Pengajian


Setelah tamat pengajian, anda adalah dikehendaki untuk memaklumkan kepada pihak
Institusi Pengajian status pekerjaan yang terkini, dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh
tamat pengajian. Anda dikehendaki melaporkan status pekerjaan terkini sekiranya berlaku
pertukaran pekerjaan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh tamat pengajian.

xvii. YTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang hutang (liabiliti) anda yang terdahulu
atau selepas penerimaan Tawaran Bersyarat ini, dengan mana-mana penaja lain.

6.0 PELANGGARAN SYARAT-SYARAT TAWARAN

4
Dermasiswa MyBF ini akan ditamatkan secara serta-merta sekiranya anda didapati melanggar
mana-mana syarat tawaran sepertimana yang telah dinyatakan di mana-mana klausa yang
terdapat di dalam Tawaran Bersyarat ini.

7.0 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN LAIN

7.1 YTN berhak meminda segala terma dan syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya
pada bila-bila masa sahaja dengan memberi notis bertulis tanpa memberikan sebarang
penjelasan bertulis kepada anda sebelum berkuatkuasanya notis itu dan anda adalah
tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.

7.2 Program Dermasiswa MyBF ini tidak boleh dianggap bahawa YTN terikat untuk menawarkan
sebarang pekerjaan dengan TNB atau mana-mana anak syarikat TNB kepada anda selepas
tamat pengajian kelak.

7.3 YTN adalah pada bila-bila masa dan tanpa memberikan apa-apa sebab baginya berhak untuk
menarik balik atau berhenti daripada memberi apa-apa pembayaran dan jumlah-jumlah
tambahan. Anda tidak mempunyai apa-apa tuntutan atau hak untuk membawa tindakan
tehadap YTN atau yang berkenaan dengan atau yang timbul daripada penarikan balik atau
pemberhentian itu.

8.0 PENGESAHAN TAWARAN

8.1 Anda dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa melaporkan diri di Institusi
Pengajian :-

a) Surat Tawaran Bersyarat


b) Salinan kad pengenalan pelajar yang disahkan
c) Salinan kad pengenalan bapa / penjaga yang disahkan
d) Salinan kad pengenalan ibu / penjaga yang disahkan
e) Salinan surat beranak pelajar yang disahkan
f) Borang pengesahan kelayakan yang lengkap –USP01
g) Salinan penyata gaji bapa dan ibu/ penjaga yang disahkan
h) Borang pengesahan pendapatan keluarga untuk ibu/bapa/penjaga yang tiada
penyata gaji –USP02
i) Salinan sijil kematian ibu / bapa yang disahkan – jika berkaitan
j) Salinan sijil penceraian ibu / bapa yang disahkan – jika berkaitan
k) Salinan muka depan buku / penyata akaun bank yang disahkan
Borang Jawapan Penerimaan Dermasiswa MyBF yang telah dilekatkan setem hasil
–USP03

Bagi tujuan pengesahan dokumen-dokumen berkaitan, sila rujuk Panduan Mengisi Borang
Pengesahan Kelayakan Program MyBF seperti di lampiran.

8.2 Tawaran Bersyarat ini akan terbatal dengan sendiri sekiranya anda tidak menghantar
dokumen sokongan yang lengkap kepada pihak Institusi Pengajian pada tarikh lapor diri.

9.0 PENGGUNAAN MAKLUMAT DAN SALINAN DOKUMEN PERIBADI

5
Dengan penerimaan tawaran Program Dermasiswa MyBF ini, secara rasminya anda telah
memberi persetujuan kepada YTN dan / atau agen-agennya untuk mengumpul, merekod,
memegang, menyimpan, berkongsi dan menzahirkan hal data peribadi anda yang berada di
dalam kawalan dan / atau simpanan YTN bagi tujuan melaksanakan Program Dermasiswa MyBF
ini atau mana-mana hal yang sah di sisi undang-undang.

10.0 PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan anda boleh merujuk kepada pegawai yang
bertanggungjawab untuk program MyBF di Institusi Pengajian masing-masing.

11.0 PENGHARGAAN

YTN mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda kerana telah berjaya terpilih sebagai
penerima Program Dermasiswa My Brighter Future (MyBF). Semoga anda tidak melepaskan
peluang keemasan yang ditawarkan ini untuk mencapai kejayaan akademik yang lebih
cemerlang pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“PENGGERAK KEMAJUAN NEGARA”


“BETTER. BRIGHTER”

PENGARAH
YAYASAN TENAGA NASIONAL

*Surat ini adalah cetakan komputer dan tandatangan tidak diperlukan

6
USP-03
SETEM
HASIL
(tidak perlu
dimatikan
setem)

TAWARAN DERMASISWA MY BRIGHTER FUTURE (MyBF) YAYASAN TENAGA NASIONAL

Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Bangunan BB
Universiti Tenaga Nasional
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan Tarikh :
(Tarikh diisi oleh pihak YTN)

Tuan,
JAWAPAN PENERIMAAN DERMASISWA MyBF YAYASAN TENAGA NASIONAL

Saya dengan ini mengaku bahawa saya daripada keluarga golongan B40 dan layak untuk menerima
Dermasiswa ini.

Saya *bersetuju / tidak bersetuju menerima tawaran Program Dermasiswa MyBF Yayasan Tenaga
Nasional untuk mengikuti kursus yang ditawarkan berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat yang
dinyatakan di dalam surat tuan bertarikh ……………………………. dengan rujukan TNB/YTN/15/13/7C yang
dibaca bersama-sama dengan penerimaan Jawapan Dermasiswa MyBF YTN ini.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Kursus Pengajian :
Nama IPTA/Lokasi :
No. Telefon Bimbit :
Alamat E-mel :

7
*(sila potong mana yang tidak berkenaan)

Ruangan ini boleh diisi oleh (Penghulu/Ketua Kampung, Guru Besar/Penolong Kanan, Pegawai Kerajaan dalam
kumpulan Pengurusan dan Professional, Pegawai/Eksekutif TNB, Pegawai Khas yang ditetapkan)

Disaksikan oleh:

…………………………………
Tandatangan

Nama :
No. Kad Pengenalan :
Jawatan :

UNTUK KEGUNAAN YTN SAHAJA

Disahkan oleh :

.................................
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM MY BRIGHTER FUTURE (MyBF)
(Cop Jawatan Hakiki)

You might also like