You are on page 1of 17

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PEDAS

SUMBER TENAGA MANUSIA

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAPAK PEMBINAAN


KLINIK KESIHATAN (JENIS 4) DI JEMPOL , NEGERI SEMBILAN.

1|architectural supervision
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN RUMAH TRADISIONAL PAHANG 3
2 LATAR BELAKANG PROJEK 4
3 LATAR BELAKANG SEJARAH BANGUNAN DAN TAPAK 5
4 SENIBINA BANGUNAN 6
5 KEADAAN BANGUNAN 7-11
6 KERJA-KERJA PEMULIHARAAN 12-14

7 KERJA-KERJA BAHARU 15

8 KESIMPULAN 16
9 RUJUKAN 17
10 LAMPIRAN 18

2|architectural supervision
MAKLUMAT PROJEK

3|architectural supervision
ABSTRAK

Lawatan sambal belajar ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan (JENIS 4) Jempol ,


Negeri Sembilan oleh pelajar Cadd Senibina , Ilp Pedas adalah bertujuan untuk belajar
tentang pengurusan di tapak pembinaan, mengenali permasalahan di tapak pembinaan
dan susun atur kerja serta bahan yang digunakan oleh kontraktor. Projek ini dijalankan
oleh NAZRINE MAJU SDN BHD yang diadakan kontrak terbuka dibawah
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 8 (KKM). Projek ini diselia oleh pejabat
jurutera daerah Jempol (JKR JEMPOL). Pembinaan tersebut bermula pada 25 April
2019. Setelah lawatan di tapak pembinaan diadakan , pelbagai pembelajaran tentang
sistem yang digunakan dan mengenalpasti dari segi jenis tanah di tapak pembinaan ,
jenis cerucuk yang digunakan serta reka bentuk asas (foundation). Pembelajaran yang
dapat dipelajari ketika lawatan ini amatlah berguna sekali bagi pengalaman ketika
menghadapi permasalahan ketika bekerja kelak nanti.

Abstract

A visit to the construction of the health clinic (type 4) at JEMPOL , Negeri Sembilan by
the CADD Senibina student, ILP Pedas , aims to learn about the management on the
site, to recognize problems on the construction site and the layout of the Grotto
Materials used by the contractor. The project is conducted by NAZRINE MAJU SDN
BHD which is held open contracts under the MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
(MOH). The construction was on 25 April 2019. After a visit to the site, a variety of
learning systems are on and used in identifying land in the type of construction, the site
of the piling type used Grotto design base (Basic). Learning that can be learned during
this visit is especially useful for the experience of having problems while working in the
future.

4|architectural supervision
BANGUNAN SEMENTARA

"Bangunan Sementara" termasuklah sesuatu bangunan yang dibina keseluruhan atau


sebahagiannya daripada bahan-bahan yang tidak dijaga secara istimewa, mungkin
cepat rosak, atau selainnya tidak sesuai untuk digunakan bagi pembinaan bangunan
kekal, dan boleh meliputi sesuatu rumah atau bangunan yang pembinaanya dibenarkan
di bawah lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi suatu tempoh
terhad yang akan ditetapkan dan apabila tamat tempoh itu bangunan tersebut
hendaklah dirobohkan. Berikut adalah maksud bangunan sementara mengikut undang
kecil bangunan seragam 1984.
Ketika lawatan dijalankan, kami mendapati bahawa terdapat beberapa bangunan
sementara yang didirikan untuk tujuan tertentu. Antara bangunan sementara yang
didirikan serta fungsi adalah seperti di jadual berikut :

BANGUNAN SEMENTARA FUNGSI


PEJABAT TAPAK PEJABAT TAPAK BERFUNGSI
SEBAGAI PEJABAT YANG BERTUJUAN
PENGURUSAN DI TAPAK PEMBINAAN.
DI DALAM PEJABAT PEMBINAAN
TERDAPAT 3 RUANG UTAMA IAITU
PEJABAT KONTRAKTOR , PEJABAT
JURUTERA DAN RUANG MESYUARAT.
RUMAH PEKERJA BERFUNGSI SEBAGAI KEDIAMAN
PEKERJA BURUH YANG DIAMBIL
OLEH PIHAK KONTRAKTOR.
KEDIAMAN TERSEBUT DIBINA
DARIPADA KONTENA.
TANDAS DIBINA UNTUK KEMUDAHAN PARA
PEKERJA UNTUK MEMBERSIHKAN
DIRI ATAU BERTUJUAN MEMBUANG
AIR.
STOR PERALATAN DAN BAHAN STOR INI BERFUNGSI UNTUK
BINAAN KEGUNAAN MENYIMPAN PERALATAN
KECIL ATAU BAHAN PEMBINAAN
DENGAN SELAMAT.

5|architectural supervision
CONTOH CONTOH BANGUNAN SEMENTARA

6|architectural supervision
7|architectural supervision
INFRASTRUKTUR YANG TERDAPAT DI TAPAK PEMBINAAN.

Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada superstruktur dan


substruktur bangunan, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk kerja
perkhidmatan dan infrastruktur. Setiap tapak pembinaan haruslah mempunyai
infrastruktur bagi membuatkan kerja kerja berjalan dengan lancar beserta teratur.
Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. Jika mutunya
tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya akan menjadi
sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap hasil projek dan juga
kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan pengawasan. Infrastruktur
projek bangunan merangkumi kerja-kerja saliran tanah, sistem perparitan, penanaman
rumput, jalan, saliran kekotoran dan retikulasi air.

Antara antara infrastruktur di tapak bina ialah, :

 Jalan-jalan sementara (access road).


 Pagar adangan (hoarding board).
 Papan tanda (keselamatan dan projek).
 Bekalan air dan bekalan elektrik.

CONTOH INFRASTRUKTUR DAN FUNGSINYA

INFRASTRUKTUR FUNGSI
JALAN-JALAN SEMENTARA (ACCESS JALAN-JALAN SEMENTARA
ROAD) HENDAKLAH DIBINA. LALUAN INI
DIBINA DIATAS TAPAK YANG TELAH
DIKENALPASTI SEBAGAI JALAN
UTAMA MENUJU KE BANGUNAN
TERSEBUT. JALAN SEMENTARA
DIPERLUKAN UNTUK MEMBAWA
MASUK ATAU KELUAR BAHAN-BAHAN.
SALING MENGHUBUNGKAN ANTARA
LALUAN KELUAR MASUK SEMPADAN
DAN AKTIVITI PEMBINAAN.
MEMPUNYAI KEUPAYAAN
MENGGALAS BEBAN KENDERAAN
YANG BERAT.
PAGAR ADANGAN SEMENTARA DIPASANG DI SEKELILING TAPAK

8|architectural supervision
(HOARDING BOARD) PEMBIINAAN TUJUAN KESELAMATAN
ORANG AWAM DAN ANCAMAN
BINATANG BUAS YANG DATANG
DARIPADA HUTAN.
PAPAN TANDA SEMENTARA PAPAN TANDA YANG DIPERLUKAN DI
TAPAK PEMBINAAN IALAH PAPAN
TANDA PROJEK DAN PAPAN TANDA
KESELAMATAN. TUJUAN PAPAN
TANDA INI ADALAH UNTUK MEMBERI
AMARAN DAN MENGELAKKAN
DARIPADA TERJADI KEMALANGAN DI
TAPAK PEMBINAAN.
BEKALAN AIR DAN BEKALAN TUJUAN BEKALAN AIR IALAH UNTUK
ELEKTRIK SEMENTARA MEMUDAHKAN URUSAN HARIAN
SEPERTI DIGUNAKAN UNTUK TANDAS
SERTA TAPAK PEMBINAAN.TUJUAN
BEKALAN ELEKTRIK DIPERLUKAN
IALAH UNTUK KERJA KERJA
PENGURUSAN DAN PENGGUNAAN
MESIN SEPERTI KOMPUTER, LAMPU ,
KIPAS DAN SEBAGAINYA.

CONTOH GAMBAR INFRASTRUKTUR

9|architectural supervision
10 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
PERMASALAHAN DI TAPAK PEMBINAAN

Permasalahan sering berlaku di situasi tempat kerja. Masalah biasanya dating dalam
pelbagai bentuk dari segi mental mahupun fizikal. Begitu juga di tapak pembinaan,
mempunyai masalah dalam pengaturan perancangan kerja pembinaan dengan baik.
Setelah lawatan sambal belajar ini diadakan, beberapa masalah telah dikenalpasti
untuk melakukan pembinaan secara efektif. Antara permasalahan yang berlaku ialah :

11 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
 Permasalahan dari segi tanah di tapak pembinaan.
 Permasalahan dari segi saiz cerucuk (piling work)

Permasalahan tanah

 Tanah ialah merupakan komponen utama untuk pembinaan. Kekuatan sesebuah


tanah bergantung kepada jenis tanah. Bagi menentukan kekuatan tanah, kerja
“PROBA JKR/MACHINTOSH” perlu dilakukan. Bacaan nya dipengaruhi oleh
kekuatan tanah. Antara faktor yang mempengaruhi kekuatan tanah ialah:

 KANDUNGAN UDARA
 KANDUNGAN LEMBAPAN
 TEKANAN AIR LIANG
 KANDUNGAN BAHAN ORGANIK
 TEKANAN SEL SEKELILING

 Tanah terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu tanah jeleket, tanah tidak jeleket dan
tanah organik. Tanah tanah itu mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan
tersebut bergantung kepada kumpulan tanah. Jadual berikut menunjukkan
kumpulan, jenis, saiz, dan contoh tanah.

KUMPULAN JENIS TANAH SAIZ TANAH (MM) CONTOH TANAH


BUTIR KASAR TANAH TAK 0.06-2.0  PASIR
JELEKET 2.0-6.0  KERIKIL

BUTIR HALUS TANAH JELEKET <0.002  TANAH LIAT


0.002-0.06  KELODAK

12 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
ORGANIK TANAH ORGANIK <0.002  TANAH GAMBUT

JENIS TANAH DI TAPAK PEMBINAAN

Setelah siasatan kajian telah dilakukan terdapat bahawa Kawasan asal bagi tapak
pembinaan tersebut ialah kawasan sebuah lading kelapa sawit. Berkemungkinan tanah
di tapak bina tersebut ialah sebuah tanah jeleket iaitu jenis tanah liat. Permasalahan ini
akan mempengaruhi kerja kerja substruktur yang lain kerana kekuatan tanah yang
kurang.

Tanah jeleket terdiri daripada zarah zarah halus berbentuk leper dan mempunyai daya
kejeleketan yang tinggi. Dalam keadaan basah , zarah tanah ini akan melekat antara
satu sama lain disebabkan daya kejeleketan tersebut. Namun apabila keadaan kering
tanah sebut menjadi lebih kuat daripada sebuah batu. Daya keplastikan tanah ini
amatlah tinggi. Lampiran 1 menunjukkan lakaran kekuatan tanah beserta substruktur.

PERMASALAHAN SAIZ CERUCUK (PILING WORK)

Permasalahan ini berpunca daripada keupayaan galas tanah yang sederhana dan
berbeza di setiap tempatnya. Daripada penyiasatan permasalahan yang telah
dilakukan, pihak kontraktor telah menerangkan bahawa terdapat 2 jenis saiz cerucuk
iaitu saiz 6 meter dan saiz 9 meter. Perbezaan ini adalah disebabkan kerja menanam
cerucuk pada kali pertamanya mengalami kegagalan dan selepas itu, pada kali
keduanya kerja menanam cerucuk berjaya selepas pihak JKR membuat rekabentuk
semula cerucuk tersebut. Pihak jurukur bahan telah menyarankan untuk pihak

13 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
kontraktor menggunakan saiz 9 meter disebabkan sebahagian tanah di tapak
pembinaan menerima kedalaman cerucuk sepanjang 7 meter dan sebahagian lagi
hanya 9 meter. Perbezaan ini adalah kecil namun dari segi kos ia mempunyai
perbezaan yang kasar.

Terdapat 2 jenis cerucuk yang digunakan iaitu :

 CERUCUK GESERAN
 CERUCUK GALAS HUJUNG

Dua jenis cerucuk ini mempunyai fungsi yang tersendiri. Penggunaan cerucuk ini
adalah bergantung kepada jenis bangunan yang akan dibina dan keupayaan galas
tanah. Jadual dibawah menunjukkan jenis cerucuk beserta fungsinya.

JENIS CERUCUK (TYPE OF PILING) FUNGSI


CERUCUK GESERAN Cerucuk geseran bergantung
sepenuhnya kepada geseran yang terjadi
di antar cerucuk dan tanah sekelilingnya.
Oleh itu, cerucuk geseran perlu
mempunyai permukaan yang kasar dan
tanah pula daripada tanah yang
bergeseran yang tinggi.
CERUCUK GALAS HUJUNG Cerucuk galas hujung pula memindahkan
beban bangunan terus kepada lapisan
kukuh yang terdapat dalam tanah. Oleh
itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau
dibina hingga ke lapisan tanah kukuhnya
di bawah itu.

Lampiran 2 menunjukkan lakaran bagi 2 jenis cerucuk.

KAEDAH PEMBINAAN DI TAPAK PEMBINAAN

Terdapat 2 jenis sistem pembinaan yang digunakan iaitu sistem konvensional dan
sistem pembinaan Industrialised Building System (IBS). Menurut kajian pembinaan
klinik kesihatan ini menggunakan 70% IBS dan 30% cuma penggunaan konvensional.
Penggunaan sistem pembinaan ibs ini lebih kepada sistem binaan yang terkini lebih
mudah dan cepat. Namun sistem tersebut tidak dapat digunakan atas alasan
pembentukan rekabentuk pada masa akan dating. Antara bangunan didalam tapak
pembinaan ini menggunakan sistem konvesional ialah rumah bekembar (100%), klinik

14 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
kesihatan (20%) , rumah pam (100%), pondok pengawal (100%) dan garaj ambulan.
Sistem ibs pula ialah pada klinik kesihatan (72%) dan rumah pangsa (100%).

CONTOH KAEDAH RUNDINGAN KONVENSIONAL

PERUNDING KONTRAKTOR

PERUNDING

CONTOH KAEDAH RUNDINGAN SISTEM IBS

PEMBEKAL SISTEM
KONTRAKTOR
IBS
KAEDAH KONVENSIONAL

❑ Sistem Konvensional merupakan satu sistem yang biasanya digunakan oleh


pihak pemilik, arkitek, perunding dan kontraktor dalam pembinaan rumah pangsa
kos rendah disebabkan kos yang rendah dan realistik.

❑ Konsep kaedah pembinaan lama yang masih menggunakan acuan papan dan
tupang untuk menahan tiang dan rasuk serta konkrit.

15 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
❑ Kaedah konvensional ini biasanya menggunakan jentera-jentera berat dalam
kerja pembinaan jalan. Di antara jentera-jentera yang digunakan di dalam
pembinaan jalan adalah seperti penurap, jentera pemadat, penggred, mesin
sapu berkuasa dan lori pengangkut. Kaedah ini juga amat terkenal di mana-
mana jua kerana pembinaannya tidak memerlukan masa penyiapan yang
panjang. Bahan pembinaan seperti batu goreng telah siap diadun di kuari.

KAEDAH SISTEM INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS)

❑ INDUSTRIAL building system (IBS) atau sistem binaan berindustri merupakan


satu sistem atau kaedah pembinaan yang mana komponennya dihasilkan di
dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang
dalam kerja-kerja pembinaan denagn penggunaan pekerja yang minimun di
tapak sesuatu projek. Seterusnya, dari sudut klasifikasi struktur, lima kluster
utama IBS yang biasa digunakan di malaysia adalah.

1) Sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang

(Precast Concrete Framing, Panel and Box System)

2) Sistem kerangka keluli (Steel Framing System)

3) Sistem kerangka kayu pasang siap (Fre-fabricated Timber Framing)

4) Sistem acuan keluli (Steel Formwork System)

5) Sistem blok pratuang (Blockwork System)

❑ Penggunaan kelima-lima sistem ini pastinya menjanjikan pelbagai kelebihan


seperti pengurangan penggunaan tenaga buruh di tapak binaan, pengurangan
pembaziran bahan binaan, pemeliharaan alam sekitar, tapak binaan yang lebih
bersih serta tempoh pembinaan yang lebih singkat.

❑ Dengan perlaksanaan kaedah IBS ini, matlamat Malaysia untuk membentuk


industri pembinaan yang lebih produktif dan berdaya saing dapat dipenuhi bagi
melengkapi Wawasan 2020.

16 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n
❑ Dengan penggunaan kaedah IBS membolehkan kualiti, produktiviti,
keberkasanan dari segi kos, keselamatan, ketetapan tarikh mencapai tahap yang
jauh lebih tinggi berbanding pembinaan secara konvensional.

❑ Masa pembinaan yang lebih pendek juga bermakna pulangan daripada


pelaburan (ROI) boleh dicapai dengan lebih pantas serta kerajaan boleh
menjimatkan wang berbilion ringgit dengan mengurangkan pergantungan kepada
pekerja asing dan pengaliran keluar mata wang ringgit ke negara luar.

PERBANDINGAN ANTARA IBS DAN KONVENSIONAL

IBS KONVENSIONAL
Struktur dihasilkan secara industry. Struktur dihasilkan secara manual melalui
pekerja buruh.
Menjimatkan masa untuk menyiapkan Memakan masa dan dipengaruhi oleh
suatu struktur. faktor cuaca untuk menyiapkan suatu
kerja.
Kurang memakan kos bagi pembinaan . Memakan kos yang tinggi dan
bergantung pada bahan yang digunakan.
Tidak boleh melakukan perubahan pada Boleh melakukan perubahan pada
struktur untuk kerja penambahan masa struktur untuk kerja penambahan masa
depan. depan.
Pencemaran alam sekitar yang kurang Penceemaran yang berleluasa dan kuat.
untuk suat pembinaan.

BAHAN BINAAN YANG DIGUNAKAN

Bahan binaan memainkan peranan yang penting dalam sebuah pembinaan. Bahan
yang berkualiti serta cara kerja mempengaruhi pengualitian sesebuah bangunan.
Antara bahan yang digunakan dalam kerja pembinaan ialah:

 KONKRIT
 KELULI
 BATA
 KAYU

17 | a r c h i t e c t u r a l s u p e r v i s i o n

You might also like