You are on page 1of 5

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIT PENGURUSAN MAKMAL UNIVERSITI


___________________________________________________________________
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
MAKMAL JALAN RAYA & LALULINTAS

Bil No. K/P Nama

Seksyen / Kursus

Pensyarah Makmal

Perkara Markah Markah Markah

Pengenalan 2

Objektif 5

Peralatan 25 5

Teori 5

Cara Kerja 8

Data / Jadual 10

Analisis Data / C.P. / Graf 35 15

Keputusan Ujikaji 10

Perbincangan 20

Kesimpulan 35 10

Cadangan / Komen / dsb. 5

Rujukan / Lampiran 5 5

Jumlah 100 100


UJIAN CINCIN & BOLA (RING & BALL TEST)

PENGENALAN
Titik kelembutan didefinisikan sebagai purata suhu di mana bahan bitumen
dilembutkan dan jatuh ke bawah pada jarak 25mm di bawah berat bola keluli. Secara
umumnya, dengan bahan jenis ini, kelembutan tidak berlaku pada masa yang tertentu.
Semakin suhu meningkat, bahan bitumen secara beransur akan berubah daripada rapuh
kepada lembut. Oleh sebab itu, penentuan titik kelembutan harus dibuat dengan kaedah tetap
dan tertutup jika keputusan hendak dibandingkan.
Kaedah ini dijalankan dengan membentuk satu spesimen di dalam cincin logam
dengan dimensi 15.875 mm diameter dalam dengan ketebalan sebanyak 2.38 mm dan 6.35
mm kedalaman. Cincin ini kemudiannya diletakkan di atas plat logam dalam air yang
dipanaskan dan keluli bola yang berdiameter 9.5 mm dan seberat 3.5 gram diletakkan di
tengah pusat spesimen. Titik lembut adalah dianggap sebagai suhu bendalir apabila bola
menembusi spesimen dan menyentuh plat di bawahnya.

TUJUAN
Untuk menentukan suhu kelembutan ( softening point) bitumen.

PERALATAN
 Thermometer
 Air
 Bikar
 Bola
 Cincin
 Asphalt softening point apparatus

TEORI
Apabila suhu bitumen meningkat keadaan pepejal bitumen akan bertukar kepada keadaan
cecair iaitu kekerasan bitumen akan bertukar menjadi lembut setelah bitumen di
panaskan.Sebelum bitumen di gaul dengan batu baur untuk di jadikan bahan turapan
jalanraya keadaan bitumen mestilah lembut supaya ianya senang di kendalikan dalam kerja-
kerja menurap. Cara yang paling mudah melembutkan bitumen ialah dengan
memanaskannya.
Keadaan kelembutan bitumen ialah paras suhu bitumen itu berada ketika ianya sedang di
uji di bawah pengaruh yang tertentu. Bagi bitumen, ujian yang lazim di jalankan ialah ujian
cincin dan bola.
Adalah di ketahui bahawa bitumen gred keras mempunyai paras suhu kelembutan yang
tinggi berbanding dengan bitumen jenis lembut.
CARA KERJA
1) Bitumen dituangkan ke dalam sepasang cincin dan kedua-dua cincin itu diletakkan di
atas tempat pemegangnya. Satu termometer juga diletakkan di bahagian tengah
pemegang cincin itu.
2) Kemudian alat kelengkapan itu dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air suling yang
telah disejukkan padasuhu 5˚C. Suhu ini dikekalkan selama 15minit.
3) Sebiji bola keluli diletakkan (garis pusat = 9.53 mm) di atas setiap cincin yang
mengandungi contoh bitumen dengan menggunakan alat pengepit.
4) Air yang berada di dalam bikar di paraskan dan kacau dengan perlahan-lahan.
Kenaikan suhu dan kelakunan kedua-dua biji bola itu diperhatikan sejurus bitumen
mula melembut. Suhu dicatat apabila setiap bola itu jatuh dari tempat permulaan
hingga ke paras plat pada jarak 2.5 cm.
5) Seterusnya, dua bacaan suhu di ambil apabila kedua-dua bola tersebut mula
menyentuh bahagian plat setinggi 2.5 cm dari tempat permulaan bola itu jatuh dan
purata suhu di kira kepada 0.2 ˚C yang terdekat.
6) Ujian ini hendaklah dijalankan semula jika perbezaan suhu antara kedua-dua bola
lebih daripada 1˚C.

Figure 1 Apparatus for ring and ball test


DATA UJIAN CINCIN DAN BOLA.

Bebola Suhu(˚C)
Bebola A
Bebola B
Purata

ANALISIS DATA
Contoh pengiraan Purata suhu =
= ˚C

KEPUTUSAN UJIKAJI :
Suhu kelembutan bitumen adalah pada ˚C.
Suhu ini akan diplotkan pada nomograph untuk mendapatkan penetration index (PI) untuk
bitumen yang diuji.
Ujian ini haruslah dijalankan bersama ujian penusukan bagi mendapatkan nilai PI bitumen
tersebut.

PERBINCANGAN

1. Apakah yang di maksudkan tentang keadaan kelembutan bahan bitumen?

2. Sebutkan beberapa kegunaan ujian cincin dan bola?

3. Apakah faktor-faktor yang menjejaskan perbezaan keputusan yang di perolehi dari


ujian cincin dan bola?

KESIMPULAN
CADANGAN DAN KOMEN
RUJUKAN
LAMPIRAN

You might also like