You are on page 1of 15

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan Dalam kajian ini, ujian ciri-ciri bitumen dijalankan terhadap bitumen asli dan

bitumen ubahsuai. Sebanyak lima jenis ujian ciri-ciri bitumen yang asli dan bitumen ubahsuai yang dilakukan. Ujian makmal yang terlibat untuk menentukan ciri-ciri bitumen asli dan bitumen ubahsuai merangkumi ujian-ujian seperti ujian penusukan, ujian penusukan selepas pemanasan, ujian titik lembut, ujian kehilangan akibat pemanasan serta ujian salutan dan tanggalan. Bagi bitumen ubahsuai, jermang besi digunakan sebagai bahan tambah dan masih lagi di peringkat awal kajian. Kesesuaian penggunaan jermang besi sebagai bahan tambah dalam bitumen diketahui setelah data diperolehi daripada ujikaji, direkod dan kemudian dianalisis. Secara ringkasnya, langkah-langkah atau peringkat perlaksanaan projek ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Di awal kajian, bitumen asli diuji dahulu dengan lima

25 jenis ujian ciri-ciri bitumen diikuti dengan bitumen ubahsuai. Kemudian daripada data awal yang diambil daripada bitumen asli dan bitumen ubahsuai, perbandingan dan analisis dibuat.

Pengenalpastian masalah

Latar belakang bahan campuran

Ujian Makmal Penyediaan sampel Ujikaji yang terlibat

Analisis keputusan ujikaji

Kesimpulan dan cadangan

Rajah 3.1 : Carta perlaksanaan projek

3.2

Bahan Tambah Ujikaji ke atas jermang besi sebagai bahan tambah ke dalam bitumen adalah

untuk mempelbagaikan lagi jenis bahan tambah. Selain membantu mempertingkatkan lagi kualiti bitumen. Rajah 3.2 menunjukkan contoh jermang besi dalam bentuk asal yang digunakan sebagai bahan tambah.

26

Rajah 3.2 : Jermang besi sebelum dihancurkan

3.2.1

Proses penyediaan jermang besi Jermang besi yang digunakan dalam ujikaji ini diambil dari Makmal Struktur

Awam, UTM. Sebelum jermang besi ini digunakan dalam kajian. Jermang besi dihancurkan untuk dijadikan dalam bentuk debu (melepasi saiz ayak 75m). Prosedur yang telah dilakukan: i) ii) Jermang besi dibersihkan dan kemudian dikeringkan dengan meletakkan di dalam ketuhar pada suhu 125C. Jermang besi yang telah dibersihkan akan dihancurkan dengan menggunakan alat Los Angeles Abrasion seperti ditunjukkan pada Rajah 3.3. Jermang besi dimasukkan ke dalam alat tersebut dan ditinggalkan selama 15 minit. iii) iv) v) Setelah 15 minit, jermang besi dikeluarkan. Alat penghancur (ACV) turut digunakan untuk menghancurkan jermang besi bagi mengelakkan bunyi bising. Jermang besi yang telah dihancurkan diasingkan dengan menggunakan ayak bersaiz 200 (75 m).

27 vi) Bentuk jermang besi yang melepasi ayak 200 (75 m) diasingkan seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.4 (berbentuk debu) manakala jermang besi yang tidak melepasi ayak tersebut akan dihancurkan sehingga melepasi ayak bersaiz 200 (75m) dan langkah (ii) dan (iv) akan diulang semula. vii) Jermang besi yang bersaiz kecil dihancurkan dengan menggunakan alat AIV.

Rajah 3.3 : Alat Los Angeles Abrasion

28

Rajah 3.4 : Jermang besi yang melepasi 75m

3.3

Ujian makmal Ujikaji makmal yang dilaksanakan adalah sebanyak empat ujikaji. Kandungan

jermang besi adalah berbeza iaitu 2%. 4%, 6%, 8% dan 10% dari berat asal bitumen. Penggunaan bahan tambah pada kadar yang berbeza penting untuk mendapatkan nisbah campuran yang menghasilkan keputusan ujikaji terbaik. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membuat perbandingan di antara sampel yang mengandungi kandungan agen penambah pada kadar berlainan. Jadual 3.1 menunjukkan bilangan sampel yang disediakan bagi setiap ujikaji yang dilakukan.

29 Jadual 3.1 : Bilangan sampel ujikaji Jenis Ujikaji Ujian Penusukan Ujian Titik Lembut Ujian Kehilangan Akibat Pemanasan Ujian Salutan dan Tanggalan Ujian Penusukan selepas pemanasan Jumlah sampel Bilangan sampel bitumen asli 3 2 3 2 2 10 Bilangan sampel bitumen ubahsuai 15 10 15 10 10 50

3.3.1

Penyediaan sampel untuk bitumen ubahsuai

Sampel untuk bitumen ubahsuai disediakan terlebih dahulu. Proses penyediaan sampel ubahsuai: i) ii) Timbang jisim bitumen asli dan jermang besi yang digunakan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Kuantiti serbuk jermang besi yang digunakan adalah berdasarkan kepada jisim bitumen asli yang digunakan iaitu sebanyak 2%, 4%, 6%, 8% dan 10% daripada jisimnya. iii) iv) Bitumen kemudiannya dimasukkan kedalam ketuhar untuk dicairkan pada suhu 140C. Sedikit demi sedikit jermang besi dimasukkan ke dalam bitumen tadi. Suhu campuran tidak melebihi 140C bagi mengelakkan bitumen hangus atau terbakar. v) Bitumen yang telah dicampurkan serbuk jermang besi tadi dikacau secara perlahan-lahan dengan menggunakan rod kaca.

30

3.3.2

Ujian Penusukan Ujian penusukan dilakukan untuk mendapatkan nilai penusukan bitumen sebagai

pengukuran konsistensi. Penusukan diukur sebagai jarak penusukan dalam unit 0.1mm di mana jarum piawai dapat menusuk masuk secara tegak ke dalam sampel di bawah keadaan beban, masa dan suhu yang telah ditetapkan. Ujian ini dapat menentukan kekerasan bitumen dan mengelaskan bitumen mengikut nilai penusukan. Nilai penusukan dapat mengkelaskan bitumen tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2 (Paul H. Wright, 1996).

Jadual 3.2 : Nilai Penusukan Cecair Separa pepejal Pepejal Nilai Penusukan 351 atau lebih 350 atau kurang 11 atau lebih 10 atau kurang Beban (g) 50 50 100 100 Tempoh(saat) 1 1 5 5 Suhu(C) 25 25 25 25

Nilai penusukan yang semakin tinggi menunjukkan sampel bitumen yang diuji semakin menuju ke arah gred yang lembut dan sekiranya nilai penusukan yang

31 diperolehi itu semakin rendah ia menunjukkan bahawa bitumen yang diuji semakin menuju gred yang lebih keras. Peralatan yang digunakan adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) Radas penusukan yang terdiri dari jarum berbeban 100 gram, tolok penusukan dan alat kawalan masa. Bekas sampel yang diperbuat daripada logam atau kaca berdiameter 55mm berkedalaman 35mm. Air rendaman Termometer Prosedur ujikaji bagi ujian penusukan berdasarkan kaedah ASTM D 5 mengikut spesifikasi JKR, 1988. Rajah 3.5 menunjukkan alat penetrometer dan juga mangkuk pemindahan untuk tujuan penusukan. Sampel yang telah direndam diletakkan ke dalam mangkuk pemindahan untuk memastikan suhu sentiasa kekal 25C. Jarum piawai dilepaskan dan dibiarkan selama 5 saat sebelum bacaan tolok dial dicatat.

Rajah 3.5 : Alat Penetrometer

32 Rajah 3.6 menunjukkan sampel bitumen yang disediakan untuk ujian penusukan. Sampel bitumen ini disejukkan pada suhu udara sekeliling selama 1 hingga 1.5 jam sebelum dimasukkan dalam tab rendaman untuk mengekalkan suhu pada 25C.

Rajah 3.6 : Sampel bitumen untuk ujian penusukan

3.3.3

Ujian Titik Lembut Ujian ini bertujuan menentukan suhu kelembutan (titik lembut) sesuatu bitumen

dengan menggunakan kaedah cincin dan bebola. Titik lembut ialah suhu di mana sesuatu bahan mencapai darjah kelembutan tertentu di bawah keadaan-keadaan tertentu semasa ujian. Apabila suhu meningkat, bitumen akan bertukar dari keadaan pepejal kepada cecair iaitu kekerasan bitumen berkurangan. Bitumen bergred keras mempunyai paras suhu kelembutan yang tinggi berbanding dengan bitumen bergred lembut. Untuk menentukan suhu kelembutan bitumen, kaedah yang lazim digunakan ialah dengan ujian cincin dan bebola. Peralatan yang digunakan untuk ujian cincin dan bebola adalah seperti berikut:

33 i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Bebola keluli berdiameter 9.53mm. Cincin loyang nipis Alat pemusat bebola Pemegang cincin Plat dasar Termometer Air rendaman dalam bikar Prosedur bagi ujikaji titik lembut berdasarkan kaedah ASTM D 36 mengikut spesifikasi JKR, 1988. Rajah 3.7 menunjukkan secara terperinci kedudukan sampel pada alat pemegang yang telah diletakkan di atas plat pemanas. Kelihatan bebola keluli diletakkan di bahagian atas cincin. Termometer dimasukkan dan diletakkan di tengahtengah bikar bagi mendapatkan suhu air ketika bebola keluli mula menyentuh plat dibawahnya.

AIR BEBOLA KELULI PEMEGANG

Rajah 3.7 : Radas ujian titik lembut

34 3.3.4 Ujian Kehilangan Akibat Pemanasan Ujian ini digunakan untuk menentukan kehilangan jisim bitumen akibat pemanasan. Sampel bitumen yang diuji akan dipanaskan dengan julat suhu 162C hingga 164C selama 5 jam di dalam ketuhar khas dengan kadar kelajuan 5 hingga 6 rpm. Melalui ujian ini kita akan dapat mengetahui samada bitumen yang diuji dicemari oleh bahan asing seperti bahan pelarut ataupun bitumen tersebut tidak mengalami sebarang pencemaran. Peralatan yang digunakan: i) ii) iii) iv) Ketuhar: disetkan pada suhu 162C ke 164C dengan kelajuan putaran 5 hingga 6 rpm. Bekas sampel (container): bekas berbentuk silinder leper dengan berdiameter 55mm, kedalaman 35mm. Termometer: untuk memastikan suhu di dalam ketuhar kekal pada suhu ujian Alat Penimbang Bertutup: untuk menyukat jisim sampel sebelum dan selepas pemanasan. Prosedur bagi ujikaji kehilangan akibat pemanasan berdasarkan kaedah ASTM D 6 mengikut spesifikasi JKR, 1988. Bekas sampel yang berisi bitumen ditimbang dengan menggunakan alat penimbang bertutup seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.8.

35

Rajah 3.8 : Bitumen yang ditimbang dengan alat penimbang bertutup

Rajah 3.9 menunjukkan ketuhar yang digunakan untuk mengekalkan suhu pada 162C ke 164C dengan kadar pusingan pemegang bekas sampel adalah kelajuan 5 hingga 6 rpm.

Rajah 3.10

Ketuhar Pemanas

Rajah 3.9 : Ketuhar Pemanas

36

3.3.5

Ujian Salutan dan Tanggalan Ujian ini bertujuan untuk menentukan lekatan lapisan bahan pelekat pada

permukaan agregat dengan kehadiran air. Peralatan yang digunakan: i) ii) iii) iv) v) Bikar Agregat (100g) telus ayak 9.3 mm dan tertahan pada 6.3mm Air suling Bitumen 5.5g Ketuhar yang telah ditetapkan pada suhu 135C Prosedur bagi ujikaji kehilangan akibat pemanasan berdasarkan kaedah ASTM D 1664.

3.3.6

Ujian penusukan selepas pemanasan Bitumen bagi ujian ini diambil daripada ujian kehilangan akibat pemanasan

untuk dijadikan sebagai sampel. Bitumen asli dan bitumen ubahsuai yang telah melalui prosedur ujian kehilangan akibat pemanasan dicairkan. Selepas dicairkan, bitumen tersebut dipindahkan ke dalam bekas sampel yang diperbuat daripada logam atau kaca berdiameter 55mm berkedalaman 35mm. Prosedur seterusnya bagi ujikaji penusukan selepas pemanasan berdasarkan kaedah ASTM D 6/D 5 mengikut spesifikasi JKR, 1988.

37

3.4

Spesifikasi untuk bahan berbitumen. Nilai spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap negara adalah bergantung kepada

ksesesuaian negara masing-masing. Namun begitu, ada juga sesetengah negara yang lain menggunakan piawai dari negara yang lebih maju . Nilai spesifikasi ini ditetapkan supaya turapan berbitumen yang terhasil bermutu tinggi dan terkawal. Jadual 3.3 menunjukkan spesifikasi untuk bahan berbitumen (JKR, 1988).

Jadual 3.3 : Spesifikasi untuk bahan berbitumen Ciri-ciri Kaedah Ujian ASTM 60-80 Penusukan pada 25C (0.01 cm) Kehilangan selepas pemanasan (%) Penurunan penusukan selepas pemanasan Keboleh larutan dalam Karbon Disulfida (%) Titik kilat(C) Kemuluran 25C (cm) Titik Lembut(C) D5 D6 D6/D5 D2042 D92 D113 D36 60-80 Tidak lebih 0.2 Tidak lebih 20 Tidak kurang 99 Tidak kurang 250 Tidak kurang 100 Tidak kurang 48 Dan tidak lebih 56 80-100 Tidak lebih 0.5 Tidak lebih 20 Tidak kurang 99 Tidak kurang 225 Tidak kurang 100 Tidak kurang 48 Dan tidak lebih 52 80-100 Penusukan

3.4

Penutup

38 Bab berikutnya, analisis dan perbincangan dibuat daripada data yang diperolehi semasa ujikaji makmal dilakukan. Kesesuaian jermang besi sebagai bahan tambah dikenalpasti melalui data dan analisis.

You might also like