You are on page 1of 12

Ujian simen – masa membeku 1

Simen
Simen yang hendak digunakan hendaklah simen Portland dari pembuat yang diluluskan.
Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawai Malaysia M.S 7.13.
Perakuan Ujian oleh pembuat, secara amnya boleh diterima sebagai bukti keutuhan bahan
tersebut tetapi memerlukan ujian-ujian tambahan dilakukan keatas mana-mana simen
yang disyaki rosak disebabkan oleh usianya, kerosakan pada kampit, penyimpanan yang
tidak sempurna atau lain-lain sebab pihak berkuasa boleh tanpa melakukan sebarang
ujian tambahan, mengarahkan mana-mana kampit simen, yang mana sebahagian
daripadanya isinya telah keras atau didapati cacat dalam apa juga bentukanya,
dikeluarkan dari tapak binaan dengan serta merta. Kontraktor boleh memilih untuk
menggunakan sama ada simen Portland Jenis Biasa atau ‘Simen Portlang Jenis Cepat
Keras’ tetapi tiada bayaran tambahan akan dibuat sekiranya simen yang lebih mahal
digunakan. Simen hendaklah dihantar ke tapak bina di dalam kenderaan yang bertutup
untuk melindunginya dari air secukupnya. Simen hendaklah disimpan di dalam setor
yang diluluskan supaya selamat dari gangguan cuaca dan hendaklah dikeluarkan untuk
digunakan mengikut giliran penghantaran ke dalam setor. Bekalan simen pukal
hendaklah disimpan di dalam silo yang di luluskan.

Pengkaran Campuran Konkrit


Campuran konkrit hendaklah sepertimana yang di tujukkan di dalam langkah-langkah.
Campuran konkrit hendaklah di kadarkan mengikut nisbah, iaitu campuran di rekabentuk.
Nisbah air/simen, ‘upya kerja konkrit’ dan kekuatan campuran, apabila diuji mengikut
Piawai British B.S 1881 hendaklah mematuhi kehendak-kehendak seperti yang ditentuka
terkemudian daripada ini.

Ujian Awal Bancuhan Percubahan


Selepas milik tapak Kontraktor hendaklah secepat mungkin, sebelum konkrit dituang,
menyediakan satu siri bancuhan percubahan berjumlah tidak melebihi 4 meter padu
konkrit, ujian kiub akan dibuat dari sampil-sampil bancuhan percubaan ini, diawet dan
diuji mangikut Kod Amalan C.P 114 untuk menentukan kekuatan kiub pada hari ke 7 dan
ke 28 selepas dituang, Kekuatan awal kiub yang diperolehi hendaklah sekurang-
kurangnya menyamai kekuatan yang ditentukan di bawah ini. Nisbah campuran yang
ditentukan sebelum daripada ini boleh diubahsuai jika perlu berdasarkan kepada ujian-
ujian ini tanpa perbelanjaan tambahan kepada kerajaan.

Teori
Menurut MS 522 : 1977 ( M.S 7.13 ) sesuatu perekat simen itu dikatakan mempunyai
darjah konsisten piawai bila pelocok radas Vikat (jarum G), di bawah tindakkan beratnya
sendiri dapat menelusi perekat siman. Penggunaan alat Vikat adalah untuk menguji masa
membeku awal dan akhir hanya di lakukan apabila bancuhan telah mempunyai
konsistensi yang piawai(kandungan airnya antara 30% - 35%).

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 2

Bancuhan simen dikatakan mempunyai konsistensi yang piawai apabila jarak antara
hujung pelocok (berdiameter 10 mm) dengan dasar bekas adalah 5 mm +_ 1 mm. Masa
membeku awal tercapai tidak kurang dari 45 minit dan masa membeku akhir tidak
melebihi 10 jam. Ketelusan ini bergantung kepada sifat kepekatan tersebut yang secara
langsung bergantung kepada kandungan air yang dicampurkan.

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 3

Radas Vikat 1unit Alat penimbang 1unit

Silinder penyukat 250 ml

Sudip 1unit

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 4

Jam randik 1 unit

Plat pembancuh 1 unit

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 5

Air

Simen Portland Biasa 400g

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 6

A. Menentukan kandungan air bagi mendapatkan konsistensi piawai bagi bancuhan


simen.
a. 400 gram simen ditimbang.
b. Sebanyak 26% nisbah air simen di bancuhkan. Jam randik dimulakan
apabila air mula dituangkan keatas simen dengan proses bancuhan dibuat
dengan sudip atau tangan selama 4 minit.
c. Bancuhan tadi dimasukkan ke dalam mangkuk alat Vikat dan
permukaannya di araskan dengan mengunakan sudip (jangan padatkan).
d. Jarum pelocok No.1 dipasangkan (berdiameter 10 mm) pada alat Vikat.
e. Pelocok di turunkan secara perlahan-lahan sehingga permukaan bawahnya
menyentuh permukaan atas bancuhan simen. Pelocok dilepaskan supaya
terbenam ke dalam bancuhan.
f. Jarak dari dasar bekas ke hujung pelocok di rekodkan. Jarak ini boleh di
baca dengan mencatatkan bacaan yang ditunjukkan jarum penanda yang
terdapat pada alat Vikat seterusnya catatkan di dalam jadual.
g. Langkah-langkah 1-6 diulang dengan mengubah peratus kandungan air
(28%,30%,32%dan 34%). Konsistensi telah tercapai apabila jarak hujung
jarum pelocok dan dasar bekas adalah 5mm +_ 1mm.
B. Menentukan masa membeku awal bagi simen.
a. 400 gram simen di timbang
b. Sebanyak % kandungan air digunakan yang didapati dari konsistensi
piawai bagi simen.
c. Pelocok No. 1 ditukar kepada jarum pelocok No. 2 untuk menguji masa
membeku awal bagi simen.
d. Selepas 45 minit dari masa simen dibancuh, lepaskan jarum kepermukaan
bancuhan. Masa menbeku awal telah tercapai apabila jarak dari dasar
bekas dengan hujung jarum adalah tidak melebihi 5 mm +_ 1 mm. Ulangi
langkah ini beberapa kali di lain-lain tempat permukaan bancuhan.
C. Menentukan masa membeku akhir bagi simen.
a. Membeku akhir masa yang menentukan dengan menggunakan jarum No.
3 yang disimpan dalam udara lembab. Ujian dijalankan dengan
meletakkan jarum tersebut dipermukaan bancuhan simen. Apabila masa
membeku akhir telah tercapai, hujung jarum akan memberi tanda pada
permukaan bancuhan tanpa bibir permotongan pada alat Vikat menyentuh
permukaan bancuhan simen. Langkah ini dilakukan kira-kira 10 jam
selepas simen dibancuh.

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 7

Ujikaji A

% 26% 28% 30% 32% 34%


Kandungan
Air
Jarak dari
hujung
jarum ke
dasar bekas
(mm)

Ujikaji B

Kandungan air ntuk bancuhan Konsistensi Piawai : 28.................%


: 112...............ml

Ujikaji C

Masa membeku awal simen : 45.....................minit

Masa membeku akhir simen : 10....................jam

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 8

1. Berapakah kandungan air yang diperlukan untuk menghasilkan bancuhan simen


yang ketal piawai ?.

Bancuhan yang di perlukan untuk mendapatkan bancuhan simen piawai yang


kental ialah 28% iaitu 112ml air digunakan untu membancuh simen 400g.

2. Nyatakan kepentingan-kepentingan menetapkan masa membeku awal dan akhir bagi


simen.

Masa membeku awal dan akhir simen penting untuk diketahui kerana kita boleh
memperolehi masa yang tepat bagi suatu bancuhan simen untuk membeku melalui
campuran antara simen dengan air. Campuran yang tepat akan membeku dalam masa
yang ditetapkan.

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 9

Teori yang di berikan adalah bertepatan dan bersesuaian dengan ujikaji yang
dijalankan simen membeku pada masa yang sepatutnya. Bancuhan yang tepat akan
menghasilkan simen yang keras dan kukuh. Jika keadaan di udara dan cuaca juga
memepengaruhi masa untuk simen membeku. Oleh itu ujikaji dijalankan didalam suatu
bilik yang tertutup. Simen yang mempunyai campuran yang tepat akan membeku dengan
baik.

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 10

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 11

1. Sumber rujukan saya adalah dari buku Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-kerja
Binaan Bangunan.
2. Tan Boon Tong, 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI


Ujian simen – masa membeku 12

RAJA SITI KHADIJAH BINTI RAJA BADRI

You might also like