You are on page 1of 36

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan Penyiasatan Tapak

Penyiasatan tapak merupakan satu proses pengumpulan maklumat


berkenaan kawasan projek pembinaan yang dicadangkan. Penyiasatan tapak
dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya bagi melakukan
kerja rekabentuk dan pembinaan asas yang stabil dan selamat. ( Nurly 2007).
Penyiasatan tapak dijalankan sebelum sesuatu projek dilaksanakan adalah
untuk mmendapatkan hasil rekabentuk yang selamat dan ekonomi.

Maklumat yang dikaji dan diperolehi dalam sesuatu penyiasatan tapak


adalah berbeza mengikut keperluan, jenis dan saiz projek serta peringkat

penyiasatan. Antara maklumat yang perlu diperolehi dan diperlukan semasa


kerja-kerja penyiasatan tapak adalah seperti berikut :
a) Mengetahui keadaan strata dikawasan tersebut samada terdapat
rekahan, enapan, lembah, sungai, tempat perlombongan, sistem aliran
dan ketinggian dari paras laut.
b) Maklumat tentang kemudahan-kemudahan yang tertanam di kawasan
tersebut seperti talian elektrik, telekom, paip air, paip pembentungan
dan perkara-perkara lain yang terdapat dikawasan tersebut.
c) Ciri-ciri dan sifat permukaan tanah serta bahan yang terdapat didalam
tanah.
d) Rekod yang lengkap berkaitan jenis dan lapisan tanah di kawassan
tersebut.

2.1.1

Kepentingan Penyiasastan Tapak

Tujuan utama penyiasatan tapak dijalankan adalah untuk :


a) Memperolehi profil tanah seperti urutan ketebalan dan keluasan
tapak projek dan aras batuan dasar.
b) Memeriksa kesesuaian tapak bagi sesuatu projek pembinaan.
c) Membolehkan penyediaan rekabentuk yang ekonomi, praktikal dan
selamat.
d) Memperolehi sempel tanah dan batuan ditapak binaan bagi tujuan
analisa dan pengkelasan untuk digunakan dalam ujian makmal bagi
menggredkan parameter tanah yang terdapat di kawasan tersebut.
e) Menentukan kemungkinan kemungkinan yang bakal terjadi semasa
kerja pembinaan disebabkan keadaan fizikal disesuatu kawasan.

Tanpa penyiasatan tapak beberapa kemungkinan akan berlaku :

a) Pembinaan yang dijalankan akan berisiko tinggi untuk mengalami


kegagalan disebabkan

salah tanggapan terhadap keadaan ditapak

terutama bagi projek yang melibatkan pembinaan yang besar seperti


pembinaan jambatan dan bangunan tinggi.
b) Kegagalan kepada struktur yang dibina disebabkan tanah dan juga
batuan tidak dapat menanggung beban yang dikenakan.
c) Jangkamasa dan juga kos meningkat disebabkan rekabentuk perlu
dikaji semula.
2.1.2

Pensampelan, Ujian di-situ dan Ujian Makmal


Setelah penyiasatan tapak diselesaikan, sampel tanah yang

diperolehi akan dibawa ke makmal untuk diuji. Sampel tanah dibahagikan


kepada dua kategori, iaitu sampel tanah tak terganggu dan sampel tanah
terganggu. Sampel tanah tidak terganggu diperlukan untuk menentukan
kekuatan ricih dan pengukuhan tanah dengan menggunakan teknik tertentu.
Sampel tanah terganggu pula merupakan sampel yang mempunyai agihan
saiz zarah yang sama seperti tanah di kawasan tapak ujian tetapi struktur
tanahnya telah terganggu atau rosak. Selain itu, sampel tanah terganggu juga
digunakan untuk tujuan pengelasan dan penggredan serta ujian mampatan
dimana sampel tanah terganggu diambil setiap kali pertukaran lapisan tanah.
Manakala bagi tanah tidak terganggu sampel tanah diambil menggunakan
tiub pensempelan yang pelbagai ukuran garis pusat seperti 37.5mm, 50mm,
75mm, dan 100mm.
Antara ujian ujian di-situ (ditapak) dan ujian makmal yang biasa
dilaksanakan adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)

Ujian Penusukkan Piawai (Standard Penetration Test,SPT)


Ujian Ricih Bilah
Ujian Penusukkan Kon (Cone Penetration Test, CPT)
Pressumeter
Ujian Plat Galas (Plate Bearing Test)
Ujian Kebolehtelapan Turus Tetap (Simple Permeability Test)
Proba Mackintosh
Ujian Siesmik

Ujian penusukkan piawai merupakan ujian yang selalu dijalankan di


dalam projek pembinaan. Ujian ini digunakan untuk menentukan keupayaan
galas tanah, pasir dan batu kelikir. Ujian ini dijalankan dengan pensempelan
pisah yang bergarispusat 50mm dan juga bergaris pusat 30mm beserta
panjang 650mm yang bersambung pada hujung rod penggerudian. Ujian
selalunya dilakukan pada sela di antara 0.75m sehingga 1.5m sehingga
kepada kedalaman yang sekurang-kurangnya sama dengan lebar (B) asas.
Sekiranya ujian dilakukan di kawasan tanah yang berkelikir, kasut pemacu
perlu ditukarkan kepada kon padat 60 untuk memperolehi keputusan yang
lebih tepat dan baik. Pengelasan tanah dapat dibuat mengikut nilai N yang
diperolehi.

2.1.3

Penyiasatan Air Bumi

Penentuan paras air bumi dan sebarang tekanan di dalam stratum di


kenali sebagai penyiasatan air bumi. Perubahan aras atau tekanan di dalam
sesuatu tempoh yang tertentu perlu ditentukan. Cerapan air bumi lebih
banyak diperlukan sekiranya pengorekkan yang dalam dijalankan.

Kedalaman permukaan air diukur bagi mendapatkan paras air bumi


dalam lubang jara. Masa yang lama unuk paras air bumi menjadi stabil
bergantung kepada kebolehtelapan tanah di kawasan tersebut. Oleh yang
demikian, pengukuran harus diambil pada sela masa yang teratur sehingga
aras air menjadi tetap. Sekiranya lubang jara didalamkan lagi, stratum tanah
yang dibawah tekanan akan ditembusi dan akan menghasilkan paras air di
dalam lubang jara menjadi lebih tinggi daripada paras air bumi. Stratum
yang mempunyai kebolehtelapan yang rendah dibawah paras air hendaklah
tidak menembusi sebelum aras air ditentukan. lubang jara haruslah
diselongsongkan sekiranya air tenggek wujud untuk menentukan aras air
bumi dengan tepat.

Piezometer digunakan bagi memperolehi tekanan air di dalam


sesuatu stratum. Dua jenis piezometer iaitu casagrande dan hidraulik. Bagi
tanah yang kebolehtelapan rendah, piezometer hidraulik yang mempunyai
masa sambutan yang pendek digunakan kerana piezometer casagrande
mempunyai masa yang panjang dan sesuai digunakan untuk tanah yang
kebolehtelapan yang tinggi.

Sampel air bumi perlu dianalisa untuk memastikan air tersebut tidak
mengandungi bahan kimia yang boleh menyerang konkrit dan menyebabkan
kerosakan kepada konkrit apabila kerja-kerja cerucuk dijalankan dan boleh
menyebabkan kegagalan kepada bangunan yang dibina.

2.1.4

Parameter-Parameter Yang Di Kaji

Antara parameter yang dikaji dalam ujian makmal adalah untuk :

a) Mengetahui mineral yang terkandung di dalam tanah


b) Menganalisa profil tanah dengan teliti termasuk rekod strata tanah,
batuan dan aras air bumi yang boleh mempengaruhi keupayaan galas
tanah
c) Mengetahui sifat tanah dan juga batuan di tapak yang boleh
mempengaruhi rekabentuk asas dan kerja pembinaan.
d) Menganalisa kimia yang terdapat ke atas tanah dan air bumi bagi
memastikan unsur yang boleh menjejaskan struktur yang akan dibina
kelak.

2.2

Pengenalan Kepada Cerucuk

Asas cerucuk diperlukan untuk memindahkan beban asas melalui


strata tanah yang mempunyai keupayaan galas yang rendah kepada strata
tanah atau batu-batuan yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi. Asas
cerucuk juga digunakan di dalam keadaan tanah normal untuk menahan daya
angkat naik atau dalam keadaan tanah lembut untuk menahan beban ufuk
secara lenturan. Asas cerucuk juga sesuai digunakan untuk kerja pembinaan
di atas air seperti jeti dan tambangan jambatan (Tomlinson, 1980).

Ia digunakan apabila lapisan galas tanah yang kukuh terletak jauh


didalam tanah melebihi tiga meter ( Abdul Hakim Mohammed, 2000 )
seterusnya penggunaan asas pad, rakit atau jalur adalah tidak ekonomi
sekiranya melebihi tiga meter. Oleh yang demikian asas cerucuk dipilih
kerana lebih ekonomi dan diperlukan untuk pembinaan bangunan yang terlalu
besar dan juga tinggi untuk menahan daya tolakan angin dan juga beban
bangunan itu sendiri serta beban yang lain.

Kebanyakan jurutera menggunakan cerucuk bagi tujuan sebagai asas


samada dikawasan daratan iaitu permkaan bumi atau laut untuk menyokong
pelbagai struktur.Cerucuk diperbuat daripada pelbagai bahan dan diameter
yang berbeza dengan panjang yang sesuai mengikut keperluan dan juga
permintaan yang berlainan. (Donald, 2001)

2.2.1

Kriteria Rekabentuk dan Pemilihan Jenis Asas Cerucuk

Sebelum sesebuah rekabentuk atau memilih jenis cerucuk


dijalankan, keadaan tanah, tindakbalas tanah terhadap pelbagai jenis cerucuk,
kesesuaian cerucuk untuk menanggung beban dan jenis pembinaan yang

akan dijalankan serta kesan akan dihadapi perlulah dikaji selidik dengan
terliti terlebih dahulu.
Terdapat kriteria yang digunakan untuk melakukan pemilihan dan
juga merekabentuk cerucuk adalah seperti berikut :

a) Enapan yang berlaku apabila cerucuk dibebani dengan beban kerja


iaitu jumlah enapan dan perbezaan

enapan supaya

tidak

mempengaruhi semasa penggunaan struktur tersebut.


b) Mempunyai

faktor

keselamatan

yang

bersesuaian

terhadap

kegagalan struktur cerucuk dan juga tanah yang menyokong sistem


cerucuk tersebut.

c) Semasa pembinaan, keselamatan dan kestabilan bangunan yang


berhampiran

harus

dijaga

seperti

meletakkan

penghadang

keselamatan dikawasan kerja.

d) Apabila lapisan atas tanah itu lembut ,mudah mampat dan kurang
kekuatan untuk menerima beban, maka cerucuk digunakan untuk
memindahkan beban ke permukaan batuan, sebagaimana yang
ditunjukkan di dalam(Rajah 2.1a).
e) Sekiranya

permukaan

batuan

terlalu

dalam

dan

cerucuk

memindahkan bebannya ke dalam tanah di sekililingnya. Dalam


keadaan ini, beban ditanggung oleh daya geseran antara permukaan
cerucuk dengan tanah ( rajah 2.1b ).
f) Kegunaan cerucuk dalam struktur tembok penahan tanah ialah untuk
menahan daya mendatar yang mungkin terhasil oleh lenturan.
Begitu juga dengan bangunan-bangunan tinggi yang mengalami
beban angin yang kuat dan juga daya daripada gempa bumi yang
mungkin berlaku. Cerucuk meningkatkan kestabilan bangunanbangunan tersebut.

g) Kadangkala terdapat tanah yang mengecut di kawasan

tapak

cadangan. Sekiranya asas cetek yang digunakan, struktur akan


mengalami kerosakan yang teruk. Untuk mengelakkan berlakunya
perkara yang sedemikian, cerucuk digunakan untuk memindahkan
beban kepada tanah yang lebih stabil atau mengecut tadi.
(Rajah2.1c).
h) Membuat pengiraan dan pemilihan cerucuk dengan tepat untuk
meminimumkan kos pembinaan.
Secara amnya asas cerucuk digunakan untuk menanggung struktur
bangunan apabila paras asas lebih dalam daripada tiga meter di bawah
formations levels atau apabila asas cetek tidak sesuai digunakan. Di
samping berfungsi memindahkan beban ke stratum yang lebih kuat, asas
cerucuk juga mempunyai keupayaan untuk:

i)

Membawa daya-daya ufuk.

ii)

Membawa daya-daya angkat naik (daya apung).

iii)

Memadatkan pasir longgar.

iv)

Menambah kestabilan bangunan-bangunan tinggi.

Pemilihan sistem cerucuk pula dibuat apabila tanah bahagian atas


tidak sesuai untuk menjadi lapisan penggalas dan kemungkinan disebabkan
oleh perkara-perkara berikut:

i)

Tidak cukup tekanan galas.


ii)

Mendapan terlalu besar.

iii) Paras air bawah tanah yang tidak

menggalakkan.

iv)

Ada beban serong atau sisi (lateral loading).

v)

Wujud beban-beban cabutan (up lift forces).

Selain itu, cerucuk juga sesuai digunakan apabila beban bangunan


tidak seragam. Oleh itu, bahagian yang menggalas beban yang lebih besar
perlu disokong dengan menggunakan bilangan cerucuk yang lebih banyak
untuk meluaskan permukaannya.

Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan bahan digunakan untuk asas


cerucuk dan pemilihan adalah bergantung kepada situasi yang spesifik.
Adalah penting untuk mengenal pasti perbezaan di antara pelbagai jenis
keadaan di mana asas cerucuk digunakan bersesuaian dan juga menepati
kriteria serta keadaan bangunan yang direkabentuk.

Rajah 2.1 : Jenis cerucuk (Ibrahim, 1999)

2.3

Klasifikasi Cerucuk Berdasarkan Pemindahan Beban

Cerucuk memindahkan beban dari bangunan ke lapisan tanah melalui dua


cara, iaitu dengan cara geseran dan galas hujung atau galas titik. Oleh itu,
cerucuk dibahagikan kepada dua jenis sekiranya mengikut cara pemindahan
beban iaitu cerucuk geseran dan cerucuk galas hujung atau galas titik bagi
menghantar beban kerja seterusnya dipindahkan ke lapisan yag keras (hard
layer).

2.3.1

Cerucuk Galas Hujung

Cerucuk jenis ini bergantung kepada lapisan galas tanah. Jika keupayaan
galas strata untuk asas cerucuk adalah tinggi dan keadaan bahan yang tidak boleh
ditembusi seperti batu atau pasir dan batu kerikil yang sangat padat, cerucuk
memperoleh seluruh keupayaan yang digalasnya daripada rintangan strata pada
bahagian hujung kaki cerucuk tersebut. Cerucuk jenis ini bertindak sebagai tiang
penghalang sisi dimana beban akan dipindahkan ke hujung kaki cerucuk dan akan
ditentang oleh keupayaan galas tanah. Namun demikian, sejumlah kecil geseran

mungkin berlaku di antara permukaan cerucuk dengan lapisan tanah sebelah atas.
Cerucuk jenis ini digunakan apabila terdapat lapisan kukuh seperti batu (bed rock).
Cerucuk akan ditanam sehingga mencapai set mengikut kedalaman yang telah
ditetapkan. set bermaksud cerucuk sudah mencapai ke lapisan yang keras dan
berada didalam lapisan keras tersebut dan mampu menanggung beban yang akan
dipindahkan kelapisan tesebut.

2.3.2

Cerucuk Geseran

Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya kepada geseran yang berlaku di


antara permukaan cerucuk dengan tanah di sekelilingnya. Oleh itu, kedua-duanya
perlu mempunyai permukaan yang menghasilkan geseran. Sekiranya cerucuk tidak
mencapai ke lapisan strata dan tidak dapat ditembusi tetapi telah dipacu jauh ke
dalam tanah, keupayaan yang digalas diperolehi sebahagiannya daripada hujung
galas dan sebahagiannya lagi diperolehi daripada geseran kulit permukaan cerucuk
yang ditanam dan sekitar tanah di sekelilingnya.

Beban yang dipindahkan ke tanah melalui lekatan atau geseran yang wujud
di sepanjang batang cerucuk tersebut. Cerucuk jenis ini sesuai digunakan pada
tanah yang lembut serta tanah yang kurang jelekitan, seperti pasir yang mempunyai
ketumpatan rendah, cerucuk geseran sering digunakan untuk meningkatkan
ketumpatan dan

juga kekuatan ricih. Jenis-jenis cerucuk adalah seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 2.2.

2.3.3

Gabungan Cerucuk Galas Hujung dan Cerucuk Geseran

Cerucuk jenis ini digunakan apabila tanah disekitar cerucuk terdapat


gabungan tanah lapisan kukuh berserta tanah yang akan menghasilkan geseran

pada permukaan cerucuk. Ini merupakan sistem pengkelasan yang selalu


digunakan seperti yang diberi oleh Piawai British, BS 8004 (1986).

i)

Cerucuk Tanpa Anjakan (Non-Displacement Pile)


Contohnya : Cerucuk tergerek, cerucuk mikro

ii)

Cerucuk Anjakan Kecil (Small Displacement Pile)


Contohnya :Cerucuk keluli H, cerucuk kepingan, cerucuk paip,
cerucuk konkrit spun

iii)

Cerucuk Anjakan Besar (Large Displacement Pile)


Contohnya : Cerucuk konkrit, cerucuk bakau

i.

Cerucuk Anjakan

Cerucuk jenis ini menyebabkan anjakan pada tanah apabila cerucuk


dimasukkan atau dihentak/ditekan ke dalam tanah (Tomlinson, 1980). Ini akan
menimbulkan kerosakan pada bangunan berhampiran. Jenis-jenis cerucuk yang
berada di bawah klasifikasi ini adalah seperti berikut :

a)

Cerucuk terpacu
Unit-unit cerucuk ini selalunya dalam bentuk kayu balak,
konkrit atau keluli dimasukkan ke dalam tanah melalui
hentakan tukul.

b)

Cerucuk tuang di situ terpacu


Dibentuk melalui memasukkan tiub dengan hujung tertutup ke
dalam tanah dan diisi dengan konkrit.Tiub boleh dikeluarkan
semula atau dibiarkan.

c)

Cerucuk jek/tekan
Unit-unit keluli atau konkrit ditekan ke dalam tanah.

Cerucuk Tanpa Anjakan

ii.

Semua dalam bentuk cerucuk tergerek dan sesetengah dalam bentuk


cerucuk komposit, tanah dikeluarkan dahulu semasa menggerudi, penjajaran, atau
pancutan air yang kemudian akan diisi dengan bahan lain seperti konkrit atau
pelbagai jenis konkrit pratuang atau lain-lain unit akan dimasukkan (Tomlinson,
1980).

a)

Cerucuk terjara tuang di situ

Cerucuk dibentuk dengan cara menggerek atau mengeluarkan


tiang tanah dan mengisinya dengan besi tetulang dan konkrit.
Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di
antara 400-1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan
menanggung beban adalah antara 60-1000 tan. Cerucuk terjara
yang bersaiz melebihi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara
bergaris pusat besar.

b)

komposit Cerucuk

Gabungan dua atau lebih jenis cerucuk yang digunakan bagi


pembinaan sesuatu projek atau gabungan bahan-bahan yang
berasingan dalam jenis cerucuk yang sama. Cerucuk komposit
digunakan dalam keadaan tanah di mana cerucuk-cerucuk yang
lain tidak lagi sesuai dan ekonomi digunakan.

c)

Cerucuk mikro

Dalam kaedah ini, lubang dengan garis pusat 70-300 mm


digerek menerusi fabrik bangunan. Geseran dibuat dengan
menggunakan gerudi putar. Lubang ini digerek sehingga 30 m
ke dalam tanah. Kemudian tetulang dimasukkan ke dalam
lubang tersebut dan diturap. Tetulang tersebut mungkin dalam
bentuk sebatang atau beberapa batang siap disusun seperti
sangkar.

iii.

Cerucuk anjakan kecil

Anjakan yang berlaku adalah kecil dan boleh diabaikan. Cerucuk jenis
ini terdiri daripada cerucuk keluli seksyen H, tiub keluli hujung
tertutup, cerucuk konkrit spun.
Ini merupakan gambarajah cerucuk yang sering digunakan serta proses
cerucuk itu berfungsi keatas tanah dan batuan.

Rajah 2.2 : Jenis-jenis cerucuk (Saran, 1996)

2.4

Pemilihan Jenis Cerucuk

Sebelum melakukan proses merekabentuk sesuatu asas pemilihan


jenis curucuk perlu diambilkira. Faktor-faktor penting yang perlu diambil
perhatian apabila menentukan jenis cerucuk yang akan digunakan ialah
(Tomlinson, 1980):

2.4.1

Lokasi dan jenis struktur

Struktur di atas tanah memberikan pilihan yang

meluas terhadap

pemilihan jenis-jenis cerucuk dan cerucuk terpacu tuang di situ selalunya


yang paling murah untuk beban yang sederhana dan keadaan tapak yang
tidak dihadang. Walaubagaimanapun, sekiranya berhampiran dengan
bangunan yang berdekatan pemilihan cerucuk boleh dipacu tanpa

mengakibatkan goncangan dan getaran ke pada tanah tersebut dan juga


bangunan di sekitarnya, sebagai contoh cerucuk terjara dan tuang di situ.
Cerucuk jek jack in pile sesuai untuk menopang atau menongkat strukturstruktur yang wujud. Cerucuk terjara berdiameter besar biasanya yang paling
ekonomi untuk struktur-struktur yang sangat berat terutamanya dalam tanah
yang boleh digerudi dengan power augers.

2.5

Cerucuk Konkrit

Secara umumnya, cerucuk konkrit boleh dibahagikan kepada dua


kategori asas iaitu:

a)

Cerucuk konkrit pratuang

b)

Cerucuk konkrit tuang di situ

Cerucuk konkrit pratuang yang akan dibincangkan dalam kajian ini


secara kebiasaannya terdiri daripada dua jenis iaitu bertetulang dan
prategasan. Manakala untuk cerucuk konkrit tuang di situ pula, cerucuk
terjara yang akan dibincangkan.

2.5.1

Cerucuk Konkrit Pratuang

Cerucuk ini digunakan dengan meluas untuk struktur-struktur seperti


dermaga atau jeti dimana cerucuk diperlukan untuk menanggung di atas aras tanah
dalam bentuk tiang struktur. Ia juga digunakan untuk keadaan tanah yang tidak
menguntungkan untuk penggunaan cerucuk tuang di situ dan dalam keadaan
dimana rintangan yang tinggi untuk daya sisi diperlukan sebagai contoh, dalam

asas untuk menyokong kren yang bergerak atau mesin berat yang bergerak
berulang alik atau sebagai anchor piles untuk mengikat tembok penahan.

Biasanya ia dibuat dalam bentuk keratan segiempat, segienam atau bulat.


Jika keadaan tanah memerlukan kawasan keratan rentas yang besar, tiub konkrit
pratuang digunakan. Ia dimasukkan dalam bentuk berongga untuk menyimpan berat
semasa pengawalan dan boleh diisi dengan konkrit selepas ditanam. Untuk
mengelakkan kebengkokan yang melampau semasa mengawal dan pemacuan,
panjang maksimum yang direkabentuk yang boleh diterima untuk pelbagai jenis
saiz cerucuk segiempat adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.1:

Saiz cerucuk (mm )

Panjang maksimum (m)

250

12

300

15

350

18

400

21

450

25

Jadual 2.1 : Panjang maksimum untuk pelbagai saiz cerucuk (Tomlinson,


1980)

Cerucuk ini berkeupayaan menanggung beban di antara 300-1200kN/pile.


Cerucuk ini merupakan asas yang lebih sesuai digunakan di kawasan daratan dan
berstrata seragam sahaja. Rekabentuk cerucuk ini adalah mengikut MS 1314 (1993).
Cerucuk konkrit ini perlu direka, dibuat dan dikawal dengan cermat untuk
mengelakkan keretakan berlaku.

2.5.2

Cerucuk Konkrit Prategasan

Cerucuk konkrit prategasan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
cerucuk padu bersegiempat dan cerucuk geronggang prategasan. Contoh jenis
cerucuk geronggang prategasan ini direkabentuk atau dibuat dengan menggunakan
kabel keluli yang berkeupayaan tegangan tinggi. Kekuatan kabel keluli ini adalah
2

lebih kurang 1800 MN/m . Semasa pembinaan cerucuk ini, kabel ini dimasukkan
ke dalam acuan cerucuk dan kemudian ditegangkan dan diprategasan sehingga 900
- 1300 MN/m2. Konkrit akan dituangkan mengelilingi acuan tersebut. Apabila
konkrit tersebut dipotong dan kekuatan tegangan ini akan diagihkan kepada
cerucuk tersebut.

Saiz bagi cerucuk ini adalah sama seperti cerucuk konkrit pratuang dengan
keupayaan menanggung beban maksimum adalah berbeza iaitu sehingga 1600 kN.
Kekuatan cerucuk ini adalah seragam dan lebih besar daripada cerucuk konkrit
pratuang. Cerucuk konkrit prategasan ini berupaya untuk mengurangkan tegangan
keretakan ketika dalam penghantaran ketapak disebabkan cerucuk ini telah
diprategasan oleh kabel keluli. Di samping itu, cerucuk ini berupaya untuk bertindak
sebagai rintangan kelenturan yang baik dan boleh menahan tegangan yang lebih
besar. Selain itu, cerucuk ini juga berupaya menghalang tegasan tegangan semasa
pemacuan untuk mengurangkan keretakan.

Cerucuk konkrit prategasan adalah lebih sesuai digunakan dalam


pembangunan di mana paras air buminya adalah tinggi seperti di kawasan marin. Di
samping itu, cerucuk ini juga digunakan untuk menanggung beban kerja yang lebih
besar dan untuk pemacuan keras.

2.6

Cerucuk Terjara

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan kemudian mengisikan


lubang dengan tetulang dan konkrit untuk menghasilkan kebolehkerjaan yang
tinggi. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan menanggung beban adalah
sehingga 60 - 1000 tan. Cerucuk terjara yang bersaiz melebihi 600 mm dikenali
sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar. Terdapat dua jenis cerucuk terjara
berdasarkan kaedah atau teknik pengorekan lubang dalam penempatan konkrit
bertetulang yang dilakukan di tapak pembinaan iaitu sama ada pengorekan lubang
terjara dengan menggunakan tangan atau alat mekanik. Untuk kaedah pengorekan
lubang dengan menggunakan tangan, lubang terjara tersebut akan digali dan
dikorek dengan menggunakan alat pengorek sehingga sampai kepada kedalaman
yang diperlukan. Tetulang tidak digunakan dalam kaedah ini kecuali dalam
keadaan tetulang ini diperlukan untuk menanggung momen lenturan dan daya sisi.
Cerucuk ini adalah sesuai digunakan untuk beban yang ringan sahaja seperti
sebagai asas untuk pembinaan rumah dan tiang untuk rumah teres. Di samping itu,
cerucuk ini juga hanya sesuai digunakan dalam kawasan tanah yang keras dan
tegas sahaja. Saiz diameter untuk cerucuk jenis ini tidak melebihi 350 mm dengan
kedalaman sebanyak empat meter.

Untuk cerucuk terjara yang berdiameter sangat besar dengan kedalaman


yang melebihi empat meter adalah sesuai menggunakan alat pengorek mekanikal.
Alat pengorek mekanikal ini mempunyai kecekapan yang tinggi dalam menggerudi

lubang. Di samping itu, ia juga boleh menggerudi lubang pada kawasan yang
berbatu lembut dan tanah yang berlainan jenis. Cerucuk terjara yang dibuat dengan
kaedah ini adalah sangat sesuai digunakan dalam pembinaan bangunan yang
menanggung beban yang besar seperti pembinaan bangunan KLCC di Kuala
Lumpur. Di samping itu, cerucuk terjara ini juga banyak digunakan terutamanya di
kawasan hamparan berbatu kapur.

2.6.1

Kaedah pembinaan Cerucuk Terjara

Kaedah pebinaan cerucuk terjara adalah seperti berikut :


a. Kerja-kerja setting out atau kedudukan cerucuk dilakukan.
b. Posisi cerucuk ditandakan mengikut lukisan pembinaan dan jarak yang
telah ditetapkan.
c. Kerja korekan dijalankan sehingga mencapai lapisan yang keras dengan
menggunakan mesin gerimit.
d. Mesin dialihkan dan kelongsong akan dimasukkan kedalam lubang yang
telah dikorek dan selongsong akan digetar sehingga mencapai lapisan
yang keras.
e. Kerja menjara diteruskan sehingga mencapai kedalaman batuan yang
telah ditetapkan.
f. Setelah selesai kerja pembersihan lubang jara dijalankan dan lubang jara
diukur untuk menentukan kedalamannya.
g. Besi cerucuk diturunkan ke dalam lubang jara dan paip tremie diturunkan
sehingga ke dasar dan kerja kerja konkrit dijalankan.
h. Setelah selesai kerja konkrit, kelongsong akan ditarik semula dan akan
i.

berlakunya penurunan konkrit sebanyak 15 peratus.


Konkrit akan ditambah semula sehingga menyamai paras yang di
tetapkan.

Rajah 2.3: Cara pengorekan dan konkrit untuk kerja cerucuk terjera ( image google)

2.7

Jenis Cerucuk Yang Lazim Digunakan Di Dalam Tanah Bermasalah

2.7.1

Cerucuk Terpacu

Balak .

Sesuai untuk beban yang ringan atau untuk kerja-kerja

sementara. Tidak sesuai untuk beban yang berat. Boleh reput disebabkan oleh
paras air bawah tanah yang sentiasa berubah-ubah. Boleh merekah sekiranya
dipacu dengan kuat.

Konkrit.

Sesuai untuk semua beban. Konkrit boleh direkabentuk

untuk menyesuaikan dengan keadaan tanah yang mengakis. Sesuai untuk saiz
dan bentuk yang pelbagai. Namun begitu, tetulang tambahan diperlukan untuk
tegangan semasa pengendalian (handling) dan pemacuan, cerucuk boleh rosak
semasa pemacuan yang kuat, penangguhan masa di antara pemasangan
selongsong dengan pemacuan.

Keluli.

Sesuai untuk semua beban. Senang untuk dipotong dan

disambung. Bahagian yang dipotong boleh digunakan untuk penyambungan


cerucuk yang lain. Boleh dipacu dengan kuat tanpa berlaku kerosakan.
Cerucuk yang panjang boleh dipacu dengan mengimpal bahagian sambungan.
Sesetengah jenis cerucuk ini mempunyai anjakan yang kecil. Struktur keluli
boleh diperkuatkan dengan kimpalan atau bolt. Namun begitu, cerucuk ini
boleh terkakis dalam struktur marin dan memerlukan rawatan yang rapi dan
teliti seperti menyalut lapisan cat dan cerucuk yang panjang dan langsing boleh
terpesong semasa pemacuan.

2.7.2

Cerucuk Terpacu dan Tuang Di Situ

Menurut Tomlinson (1980), lazimnya tiub yang ditarik semula adalah lebih
murah berbanding daripada tiub konkrit atau keluli yang ditinggalkan di dalam
tanah dan kemudiannya diisi dengan konkrit. Walaubagaimanapun, jenis cerucuk
yang dapat mengeluarkan air (squeezing) dalam tanah atau galas air dalam pasir
adalah diperlukan.

2.7.3

Cerucuk Tergerek dan Tuang Di Situ

Pemasangan yang paling murah ialah dengan menggunakan alat gerimit


mekanikal tanpa menggunakan kelongsong. Cara ini hanya sesuai untuk tanah
berbutir yang kukuh. Kos akan bertambah dua kali ganda apabila kelongsong perlu
dipasang dan ditarik balik dan ini lazimnya memerlukan kaedah penggerekan yang
perlahan.

Dasar cerucuk yang dibesarkan mempunyai kebaikan untuk cerucuk yang


pendek. Pembesaran dasar bagi cerucuk tergerek dalam tanah pasir dan batu

kerikil adalah tidak sesuai. Penggerudian di bawah menggunakan (bentonite slurry)


boleh mengatasi banyak masalah yang berhubung dengan air bawah tanah dan
kelonggaran tanah berbutir.

Rajah 2.4 : Pengkelasan sistem cerucuk mengikut BS 8004 (Ibrahim, 1999)

2.8

Keupayaan Galas Cerucuk


Keupayaan galas cerucuk dapat diafsirkan sebagai tekanan yang dikenakan

keatas tanah.Keupayaan galas yang dibenarkan (Qall) ditafsirkan sebagai tekanan


maksimum yang mungkin dikenakan ke atas tanah. Keupayaan galas muktamad (Q ult)
sebagai tekanan minimum yang akan menyebabkan kegagalan ricih tanah.
Keupayaan galas cerucuk dapat dibahagikan kepada dua iaitu keupayaan
galas hujung dan keupayaan geseran kulit. Beban muktamad (Q ult) dapat ditanggung
oleh cerucuk adalah bersamaaan dengan jumlah rintangan dasar dan rintangan kulit
tetapi ditolak oleh berat cerucuk. (Tomlinson, 1995)

Keupayaan galas cerucuk :


a) Rintangan geseran kulit :

Qs = fs . As

(2.1)

b) Rintangan galas hujung :

Qb = fb . Ab

(2.2)

Pelbagai kaedah dan rumus untuk mendapat keupayaan galas muktamad cerucuk.
Antara kaedah yang digunakan untuk mengira beban muktamad (Q ult) yang dibawa
oleh cerucuk adalah seperti :
A. Kaedah Mayerhof 1976
Qs

= k1x Nav x As

(2.3)

Qs(1) = Qs(1) + Qs(i+1)

(2.4)

Nav(i) = (N(i)+N(i+1) / 2Qs

(2.5)

Qb

= k2 x Nb Ab

(2.6)

Qult = Qs + Qb

(2.7)

Qall

(Qs / fs ) + (Qb / fb )

(2.8)

Dimana
Qs

= Rintangan kulit cerucuk , kN

Qb

= Rintangan galas hujung cerucuk , kN

Qult

= Keupayaan beban muktamad cerucuk , kN

Qall = Beban yang dibenarkan , kN


Nav

= Nilai purata ujian penusukan piawai (SPT)


disepanjang permukaan cerucuk

Nb

= Nilai purata penusukan piawai (SPT) diaras tapak cerucuk

As

= Luas permukaan cerucuk , m2

Ab

= Luas tapak cerucuk , m2

B. Kaedah Cerucuk Muktamad Menggunakan SPT-N

Rintangan Geseran Kulit


Qs = pLfs

( 2.9 )

Dimana,
P = perimeter cerucuk
L = panjang cerucuk yang terbenam
Fs = N anjakan rendah atau tiada anjakan
Fs = 2N atau lebih untuk anjakan yang tinggi

Rintangan Galas Hujung


Qb = 40N L / D Ab 400Ab

(2.10)

Dimana,
L = panjang cerucuk yang terbenam
D = diameter atau lebar cerucuk
Ab = keratan rentas bahagian bawah hujung cerucuk
N = SPT-N

Beban Galas Muktamad


Qult = Qs + Qb

(2.11)

Dimana,
Qs = Rintangan Geseran Kulit
Qb = Rintangan Galas Hujung

Beban Galas Diizin


Qall = Qult / F.O.S

(2.12)

Dimana,
Qult

= Beban Galas Muktamad

F.O.S = Faktor keselamatan antara dua atau tiga

C. Kaedah Tomlinson ( 1995 )

Qu = 1.2cNc + 0.7BN + batuanDNq

(2.13)

Dimana,
C = kekuatan tak bersalir
B = diameter cerucuk
D = panjang kedalaman cerucuk dibenam masuk dalam
batuan

Berat Unit Batu

Nc , N , Nq Faktor Keupayaan Galas

2.9

Rekabentuk Cerucuk Berdasarkan Kaedah Meyerhof (Total Stress)

Kaedah rekabentuk ini juga dikenali sebagai kaedah sebagai total


stress.Selain itu, juga dikenali sebagai kaedah Meyerhof (1976).Ini kerana kaedah
ini mempertimbangkan nilai N daripada Ujian Penusukan Piawai (SPT). Melalui
kaedah ini, beberapa pengkelasan telah dibuat mengikut jenis tanah yang terdapat
dalam lapisan tanah yang diuji. Persamaan-persamaan rekabentuk sebagai mana yang
ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Meyerhof

(1976)

mengambil

kira

takrifan-takrifan

berikut

untuk

memulakan analisis.

Faktor rekatan

Cu

Kekuatan ricih tak salir

Nilai SPT

Ab

Luas hujung dasar cerucuk

As

Ukur lilit aci cerucuk

Jadual 2.2 : Pengkelasan persamaan mengikut jenis tanah untuk pengiraan


keupayaan muktamad (Mirasa, 2001)
Jenis Tanah

Rintangan Aci, Qs(kN)

Rintangan Dasar, Qb(kN)

Tanah liat (Clay)

.Cu.As

100.Nb.Ab

Tanah kelodak (Silt)

1.7.N.As

250.Nb.Ab

Tanah pasir (Sand)

2.0.N.As

400.Nb.Ab

(N/50).10.As

400.Nb.Ab

SPT = 50

400.Nb.Ab

Batu kapur (Limestone)


Batuan (Rock)

2.10

Keadaan Batuan

Keadaan batuan yang digorek dan dan diuji serta untuk cerucuk berada
didalam batu sering dikawal oleh kualiti batuan yang wujud ditapak. Secara
umumnya, parameter seperti penetapan kualiti batu RQD , nisbah pemulihan teras
CRR , kekuatan mampatan tak terkurung , UCS quc , dan ujian penusukan piawai
SPT menyumbang kepada penentuan nilai rekabentuk geseran batu dan kedalaman
sesuatu cerucuk duduk socket didalam batu melaui hubungkait yang tertentu.
Hubungan bagi setiap parameter seperti di jadual 2.3 dan 2.4 dibawah.
RQD
< 0.25
0.25 0.50
0.50 0.75
0.75 0.90
> 0.90

KUALITI BATU
Sangat Lemah
Lemah
Sederhana Lemah
Kuat
Sangat Kuat

Ef/Elab
0.15
0.20
0.25
1.30 0.70
0.70 1.0

Jadual 2.3 : Penialaian Terhadap Kualiti Batu ( Bowles, 1984)

RQD ( % )
0 70
70 - 100

Qc
0.33qc
0.33 0.8qc

C
0.1qc
0.2qc

300
300 - 600

Jadual 2.4 : Nilai Jisim Batu Yang Berpandukan Nilai Kekuatan Tak Terkurung
Batuan (quc) dan Nilai RQD ( Kulhway dan Goodman 1987 )
Selain itu, keadaan batuan juga dapat ditaksirkan secara kasar melalui
tekanan hidraulik dalam aci berputar dan kadar penusukan aci gerudi. Ia dapat
ditunjukkan seperti jadual 2.5 di bawah.
TEKANAN
(PSI)
< 300
300 500
500 750
750 1000
>1000

(kN/m2)
< 2068.5
2068.5 3447.5
3447.5 5171.3
5171.3 6895.0
>6895.0

Kadar Penusukan

RQD

( minit / meter )
< 10
10 - 15
10 15
10 - 25
> 25

< 20
20 - 50
50 - 70
70 - 90
> 90

Jadual 2.5 : Hubungkait Antara RQD Dengan Tekanan Hidraulik Dan Kadar
Penusukan (Neoh 1998)
Terdapat pelbagai kaedah dan rumus untuk mendapat kedalaman geseran kulit
muktamad seterus panjang ikatan di dalam batu bagi sesuatu cerucuk. Antara kaedah
yang digunakan adalah seperti berikut :

A. Kaedah Braja M. Das

qp = qu ( N + 1 )

(2.14)

dimana,
N = tan2 ( 45 + /2 )

qu = Kekuatan Mampatan Tak Terkurung Batuan


= Sudut geseran bersalir

B. Kaedah Tomlinson

Fs = x x quc

Dimana,

quc = Kekuatan Mampatan Tak Terkurung Batuan


= Faktor Pengurangan Soket Batuan

= Faktor Pembetulan Soket Batuan

(2.15)

C. Penentuan Kedalaman Soket Di Dalam Batuan

Qs = quc Nj Nd Ap + quc D Is

(2.16)

Dimana,

2.11

quc

= Kekuatan Mampatan Tak Terkurung Batuan

Nd

= Faktor Kedalaman ( 0.8 + 0.21 / D ) Limit to 2

Ap

= Keratan Rentas cerucuk

= Diameter cerucuk

Is

= Kedalaman Soket Di Dalam Batuan

= Faktor Pengurangan Soket Batuan

= Faktor Pembetulan Soket Batuan

Nj

= Faktor Ketakselanjaran Batuan

Keupayaan Galas Cerucuk Tergerek Tunggal Dalam Mampatan

2.11.1 Keupayaan Struktur Dalam Mampatan

Tekanan kerja konkrit yang digunakan adalah dihadkan kepada 7 N/mm

dimana kurang sedikit daripada 25 % kekuatan konkrit. Gred konkrit yang


2

digunakan mempunyai kekuatan 30 N/mm untuk 28 hari. Jadual 2.6 di bawah


menunjukkan beban struktur yang selamat digunakan untuk cerucuk tergerek.

Diameter Cerucuk (mm)

Beban Struktur Yang Selamat (tan)

800

350

1000

550

1100

665

1200

800

1420

1100

1500

1250

1600

1407

Jadual 2.6 : Beban struktur yang selamat untuk cerucuk tergerek dalam mampatan
(Chan, 1990).

Bagi beban mampatan, secara teorinya tiada tetulang besi yang diperlukan
tetapi kedudukan garisan bujur tetulang setara dengan 0.5 % luas keratan rentas
minimum bagi cerucuk telah digunakan. Penyusunan bagi tetulang ditunjukkan
dalam Rajah dibawah :

Rajah 2.5: Tetulang untuk cerucuk yang berdiameter 1.2m(Chan, 1990).

2.13

Ujikaji cerucuk

Keupayaan cerucuk yang telah siap ditanam hendaklah dipastikan


kekuatannya dengan menjalankan ujian terhadap cerucuk tersebut. Ujian dijalankan
dengan memilih beberapa cerucuk yang memberi keputusan yang membimbangkan
serta keadaan cerucuk itu sendiri semasa kerja pengorekan atau hentaman mengalami
kesendengan dan penembusan akan diuji.

Kedudukan cerucuk haruslah berada dikawasan berhampiran borelog


dimana keadaan tanah dapat diketahui dan cerucuk akan dijadikan sebahagian asas
yang utama. Cerucuk bagi kawasan batu kapur kebiasaannya diuji secara beban
tunggal atau berkumpulan. Ujian beban berkumpulan lebih digemari. Sebelum
menjalankan ujian beban makluman perlu diberikan kepada pihak yang
bertanggungjawab kerana prosesujikaji mengambil masa selama dua hari serta bagi
memastikan perjalanan projek tidak terganggu akibat daripada ujian tersebut.

2.13.1 Fungsi Fungsi Ujian Cerucuk

Menurut Bujung K.Huat et.al (1991) fungsi ujian cerucuk adalah


seperti berikut untuk :

a) Membuktikan dan memastikan bahawa cerucuk tidak akan gagal ketika


menanggung beban kerja yang dikenakan.
b) Menentukan keupayaan galas muktamad tanah dimana cerucuk yang
dipacu dan menggunakannya sebagai ujian untuk menyemak pengiraan
dan juga rekabentuk
c) Menentukan kaitan antara pemendapan cerucuk dan beban yang
ditanggung.
d) Menyemak dan memastikan mutu kerja cerucuk dan perlaksaan
dijalankan mengikut piawaian yang ditetapkan.
e) Memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari segi sudut
sktruktur.
f) Menentukan keupayaan tanggungan maksimum yang diperolehi tidak
melebihi keupayaan yang dapat ditanggung oleh cerucuk.

Kebiasaanya pihak JKR menjalankan ujian cerucuk konkrit atau cerucuk keluli H
adalah menggunakan kaedah beban dipertahankan.

2.13.2 Jenis Jenis Ujikaji Cerucuk


Cerucuk dapat dibahagi kepada dua kategori yang utama iaitu :

a. Ujian Beban Statik


Ujian Beban Dipertahankan ( Maintained Load Test ) ( MLT )

Ujian dijalankan untuk mendapatkan hubungan antara beban yang


dikenakan berbanding enapan yang berlaku. Dalam ujian yang dijalankan ini, beban

akan bertambah dalam 8 peringkat sehingga mencapai dua kali ganda beban kerja
( working load ) dan akan dikekalkan selama 24 jam. Beban akan dikurangkan
kepada empat peringkat dan bacaan pemendapan akan direkodkan setiap 15 minit
sepanjang tempoh ujian dijalankan. Setiap dua jam beban akan dinaikkan dan setiap
satu jam beban akan diturunkan secara berperingkat.

Bacaan setiap ujian hendaklah diisi dalam borang rekodnya yang akan
digunakan untuk penyediaan graf dua graf yang penting iaitu graf beban melawan
pemendapan dan graf masa melawan pemendapan. Graf digunakan dalam penafsiran
status ujian beban tersebut.

Ujian Penusukan Kadar Tetap ( Constant Rate Of Penetration ) ( CRP )

Ujian cerucuk dijet ke dalam tanah. Beban dikenakan akan


diselaraskan bagi memberi satu pergerakan ke bawah dengan kadar yang telah tetap
pada cerucuk. Perkara ini diteruskan sehingga titik kegagalan dicapai. Kegagalan
dididfinisikan samada pergerakkan cerucuk kebawah tanpa penambahan beban atau
penembusan mencapai satu nilai yang sama dengan 1/10 daripada diameter cerucuk
pada bahagian asasnya. Penembusan dengan kadar 0.8mm/min sesuai dengan
cerucuk geseran dalam tanah liat dimana jumlah penembusan mencapai kegagalan
adalah kurang daripada 25mm. Pertimbangan untuk pergerakkan yang lebih besar
sebanyak 1/10 daripada diameter diperlukan untuk cerucuk galas tanggung hujung
dan kadar jet 1.5 mm/min adalah bersesuaian.
Ujian CRP adalah ujian yang dijalankan dalam tempog masa yang
singkat. Ujian ini amat berguna bagi cerucuk ujian cerucuk pada peringkat permulaan
apabila beban kegagalan tidak diketahui dan rekabentuk adalah berdasarkan kepada
factor keselamatan terhadap kegagalan muktamad. Kelemahan ujian ini dimana
keputusan yang terhasil tidak memberi enapan elastic dibawah tndakan beban kerja
yang dikenakan. Enapan elastic diperlukan bagi memastikan sama ada terdapat
plastic yield dalam tanah semasa beban kerja dikenakan.

b. Ujian Beban Dinamik


Ujian Analisis Dinamik Cerucuk ( Pile Driving Analyzer ) ( PDA )

Ujian ini adalah salah satu jenis ujian beban dinamik dimana
teknologi computer digunakan untuk mengambil dan merekodkan data. Kaedah ang
dijalankan dalah melibatkan hentaman pemukul terhadap tukup cerucuk untuk
mendapatkan data ukuran dinamik ( tenaga ) yang terhasil. Dua pasang tolok tekanan
dan accelerometer akan dispasangkan disisi bertentangan pada cerucuk.kemudiaan
tolok akan disambungkan dengan alat analisis pemacuan cerucuk ( Pile driving
Analyzer, PDA ) untuk merekodkan pergerakan dinamik cerucuk dan menilai kualiti
data rintangan dan kelakuan cerucuk.

Sewaktu ujikaji dilaksanakan, segala maklumat dan penukul


direkodkan oleh PDA. Semakan akan dilakukan untuk menilai samaada tolok
berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Pengukuran dinamik cerucuk dimulakan
dengan jatuhan bebas penukul pada ketinggian tertentu. Selepas penukul dijatuhkan
secara bebas dan mengenai cerucuk data hentakan akan dipamerkan dalam alat PDA.
Data yang telah direkodkan akan terus dianalisa dengan menggunakan perisian
CAPWAP. Kelebihan ujian ini adalah ujian dapat dijalankan dengan cepat dan
menjimatkan masa serta mudah untuk dilaksanakan.

You might also like