You are on page 1of 23

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 2 DTP SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

KOD/KURSUS DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II

1.0 STRUCTURE
2.0 ARCHITECTURE AND BUILDING (A&B)
KOMPETENSI
3.0 TEMPORARY WORK
4.0 MECHANICAL AND ELECTRICAL (M&E)

2.1 Flooring and walling


2.2 Anti Termite
KANDUNGAN 2.3 Sanitary fitting and fixtures
2.4 Door and Window

TUJUAN The course is designed to provide students with supervision


knowledge on structural work, architectural work and mechanical
and electrical works during super structure construction phase.

NO KOD DCA 2312 / K 01 / NK 02-04


MUKA : 01 / 23
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 2 drp : 23

1.0 Lantai dan dinding Flooring and walling (wall)

Definisi dinding
Dinding merupakan tembok yang dibina menegak untuk membahagikan ruang-
ruang.

Fungsi dinding
1. Untuk memberi perlindungan daripada kesan cuaca.
2.Untuk memberi perlindungan keselamatan dari pencerobohan.
3. Sebagai sempadan pembahagian ruang dan bilik.

Jenis dinding
Dinding terbahagi kepada dua jenis utama iaitu :

1. Dinding Galas Beban


Dinding merupakan struktur yang menerima beban dari atas dan mengagihkan
ke struktur di bawah.

2. Dinding Tak Galas Beban


Dinding yang hanya berfungsi sebagai pembahagi ruang dan tidak menyokong
sebarang beban.

Bahan binaan untuk dinding


Bata
Konkrit
Keluli
Kaca

Faktor pemilihan bagi dinding

1. Kestabilan – Pembinaan dinding mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh.
2. Kekuatan – Dinding mestilah berupaya menanggung beban, menahan daya
mampatan dan tegangan.
3. Tahan cuaca - Dinding mestilah berupaya menahan suhu yang terlalu sejuk
dan panas serta dapat merintangi air hujan daripada masuk ke dalam.
4. Rintangan kebakaran – Dinding perlu berupaya merintangi kebakaran.
5. Rintangan ke pada pengaliran dan penyerapan bunyi -
Kebisingan dari luar akan mengganggu keselesaan dan ketenteraman penghuni
di dalam bangunan.

2.0 Anti Termite

Anti Termite ialah bahan campuran kimia dan air yang juga digunakan di tapak
projek.Ianya berfungsi sebagai anti kepada serangga seperti anai-anai, semut, lipas
dan sebagainya. Contoh anti termite ialah Crackdown dan Termifos.Pada
kebiasaanya untuk lantai rumah akan menggunakan termifos. Crackdown pula untuk
bengkel, car porch dan sebagainya. Untuk 1 M persegi lantai, sebanyak 4.795 liter air
digunakan dan 0.025 bahan kimia dicampur.Bermakna 1 M persegi lantai rumah
memerlukan semburan sebanyak 5 liter campuran antara air dan bahan kimia.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 3 drp : 23

Anai-Anai
Anai-anai merupakan serangga perosak yang amat penting dari segi ekonomi. Anai-
anai makan segala kayu dan bahan yang berasaskan celulose. Anai-anai boleh
dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu, anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering
dan anai-anai kayu basah. Anai-anai bawah tanah banyak mendatangkan kerosakan
kepada harta benda manusia.

Ada pelbagai cara bagi merawat kawasan yang terlibat dengan serangan serangga
anai-anai.

Antara kaedah yang digunakan adalah :


 Soil Treatment (Rawatan Tanah) - bagi bangunan yang belum dibina
 Corrective Soil Treatment (Rawatan Pemulihan Tanah) – bagi bangunan yang
telah siap dibina
 Baiting System (Sistem Pengumpanan)

Proses Soil Treatment


Proses ini dijalankan sebelum pembinaan. Ia juga dikenali sebagai rawatan tanah.
Bancuhan racun akan mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Peralatan seperti
mesin pam (Power Sprayer) akan digunakan untuk semburan.

Kaedah semburan ini juga akan dibuat samada di dalam dan di luar bangunan yang
terlibat dengan kesan serangan anai-anai. Peralatan tambahan seperti Gun Sprayer
juga diperlukan untuk kerja-kerja semburan.

Corrective Soil Treatment


Corrective Soil Treatment dilakukan dengan menyuntik racun ke dalam tanah.
Kaedah suntikan adalah salah satu kaedah rawatan tanah yang paling berkesan bagi
mengawal pembiakan anai-anai daripada terus merebak. Ia menjadi pilihan yang
paling sesuai kerana bahan kimia anti anai-anai yang disuntik mampu bertahan
dengan lebih lama dibawah lantai sesebuah bangunan. Jangka masa bahan anti
anai-anai yang disuntik dapat bertahan lebih lama di antara 3 hingga 5 tahun.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 4 drp : 23

Kaedah pencegahan anai-anai ini melalui suntikan racun ke dalam tanah sekeliling
kediaman. Lubang di gerudi sedalam 1 kaki, jarak antara lubang-lubang dengan
dinding lebih kurang 3 – 6 inci manakala jarak dari lubang ke lubang yang lain sekitar
18 inci. Peralatan untuk menyuntik bahan kimia anti anai-anai dikenali dengan nama
injector. Peralatan ini wajib diperlukan untuk semua kerja-kerja suntikan. Sebanyak 5
liter racun akan disuntik ke dalam lubang untuk menyebarkan bancuhan racun terus
kedalam tanah. Setelah disuntik, lubang akan di tampal mengikut warna simen asal.
Dengan kaedah ini, laluan dan habitat koloni anai-anai akan musnah sama sekali.
Kaedah rawatan kawalan anai-anai dengan cara suntikan ini perlu dilakukan ke setiap
lubang-lubang yang dibuat. Biasanya lubang-lubang akan dibuat dengan
menggunakan mesin gerudi (hammer drill) yang berkuasa.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 5 drp : 23

Selain daripada kos yang diperlukan lebih murah daripada sistem


kaedah pengumpanan anai-anai, ramai yang memilih kaedah suntikan sebagai pilihan
terakhir untuk mereka.

Sistem kawalan anai-anai dengan kaedah suntikan juga menyediakan jaminan


selepas rawatan selesai dilakukan. Tiada kos tambahan diperlukan berbanding
dengan sistem kaedah pengumpanan anai-anai. Kos rawatan yang diperlukan hanya
sekali sahaja dan jika dalam tempoh jaminan (waranti) masih terdapat serangan baru,
rawatan percuma akan diberikan tanpa melibatkan kos dan caj tambahan.

Walaupun kaedah suntikan memberikan kesan yang lebih baik dari sistem
pengumpanan namun keburukannya pula terdapat beberapa kecacatan kekal pada
lantai sesebuah bangunan. Tetapi pengguna tidak bimbang kerana terdapat beberapa
peralatan tambahan yang masih boleh digunakan untuk mengelakan kecacatan pada
bahagian lantai yang ditebuk.

Skill dan kemahiran menggunakan peralatan tambahan ini juga diperlukan untuk
memastikan lantai yang ditebuk tidak kelihatan rosak dan cacat. Kemahiran
menampal dan menutup semula lubang-lubang yang telah ditebuk dan disuntik juga
perlu dilakukan dengan lebih teliti.

Sistem Pengumpanan
Kaedah terkini ialah kaedah pengumpanan. Pengguna boleh melakukannya sendiri di
rumah dengan belanja yang berpatutan. Caranya mudah sahaja, cuma tampalkan
kotak umpan Termites DIY di sepanjang 'lumpur terowong atau jalan anai-anai
(terowong anai anai) atau tempat anai-anai berkumpul (biasanya di bawah kotak,
kayu dan lain-lain).

Anai-anai menyukai umpan ini, mereka akan bawa balik ke sarang, biar anai-anai
makan dan berbagi racun umpan kepada semua anai-anai dalam sarangnya. Setelah
21 hari, didapati lebih banyak bahagian umpan yang telah dimakan, dan tidak ada
anai-anai di dalam kotak, itu berarti sarang anai-anai sudah berjaya dihapuskan.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 6 drp : 23

3.0 Pemasangan sanitari dan kelengkapan (Sanitary fitting and fixtures)

Sistem Sanitari
Ialah suatu system pengaliran air basuhan dan bahan-bahan kotoran dari bangunan
untuk tujuan penghapusan.

Kelengkapan Sanitasi
Kelengkapan sanitasi termasuklah kelengkapan untuk kemudahan membuang air
besar serta air kecil di tandas, kelengkapan untuk kemudahan membasuh sarta
mandi dan sebagainya.

Alat-alat kelangkapan ini biasanya dilengkapkan perangkap yang mengandungi


adang air untuk menyekat udara kotor daripada masuk ke dalam bangunan.

Ketika membuat pemilihan barangan kelengkapan sanitasi, perkara-perkara ini perlu


diambil kira bagi menjamin kesinambungan sesuatu system sanitasi:

I. Kemudahan pembersih : Mempunyai permukaan yang licin, tidak mudah


menyerap air, tidak mudah karat dan senang dibersihkan.
II. Tahan lasak : Keras dan tidak mudah pecah.
III. Rupabentuk mudah dan senang dipasang
IV. Mudah diperolehi
V. Ekonomi dari segi kerja-kerja pemasangan dan perbelanjaan
penyelenggaraan
V I. Elok dipandang / estetika
VII. Selesa digunakan

Kelengkapan-kelengkapan sanitasi boleh didapati dalam berbagai-bagai jenis dan


pilihan. Kelngkapan ini diperbuat daripada tanah liat (seremik), logam atau plastic.

Sistem Saliran

Prinsip Saliran Bawah Tanah


Pembuangan air kotor dan air permukaan yang baik dari sesuatu bangunan sangat
penting bagi kesihatan awam dan merupakan perkara yang penting dalam binaan
sesuatu bangunan. Jika saliran tidak kemas dan bocor, air yang terlepas dapat
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 7 drp : 23

mencemarkan bekalan air atau udara. Air yang terlepas juga boleh memusnahkan
tanah di bawah tapak asas dan boleh menyebabkan pemendapan bahagian
bangunan. Peraturan Bangunan 1985 menyentuh tentang saliran bawah tanah dan
pelajar dinasihati supaya membiasakan diri dengan berbagai-bagai keperluan ini.

Takrifan Dan Istilah Dalam Sistem Saliran


Takrif mengikut Akta Kesihatan Awam
Takrif-takrif yang berikut diperturunkan oleh seksyen 343 Akta Kesihatan Awam 1936:

Saliran
Bermaksud saliran yang digunakan untuk penyaliran sesuatu bangunan, atau
sebarang bangunan atau halaman, atau apa-apa yang berkaitan dengan bangunan
tersebut.

Betung
Tidak termasuk saliran seperti yang ditakrifkan dalam bahagian ini tetapi untuk
sementara waktu ia termasuk semua betung dan saliran yang digunakan untuk
penyaliran bangunan dan halaman bagi bangunan.

Betung persendirian
Bermaksud bentung yang bukan betung awam.

Dalam istilah am, saliran, betung dan betung persendirian boleh diterangkan seperti
yang berikut:

Saliran
Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran satu atau lebih bangunan dalam
sempadan pesendirian. Pemilik bangunan, atau bangunan-bangunan,
bertanggungjawab bagi penyenggaraan saliran.

Betung persendirian
Sistem paip yang digunakan bagi penyaliran dua atau lebih bangunan yang dimiliki
oleh pemilik yang berlainan. Paip berada dalam sempadan persendirian dan
penyenggaraannya dikongsi bersama oleh pemilik bangunan yang berlainan.

Betung awam
Sistem paip yang dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan dan disenggara oleh pihak
berkuasa itu. Paip tersebut berada di luar sempadan persendirian yang selalunya di
bawah laluan jalan. Ia menjadi tanggungjawab setiap pihak berkuasa tempatan untuk
mengadakan betung awam dan kemudahan-kemudahannya, dengan kaedah kerja
pembuangan pembetung, bagi pembuangan yang berkesan terhadap kandungan
bentung awam.

Sistem Saliran
Jenis sistem yang digunakan bergantung pada peraturan pihak berkuasa tempatan.
Terdapat 3 jenis sistem saliran yang utama seperti yang ditunjukkan di bawah.

Sistem Berasingan
Air kotor diluahkan dari mangkuk tandas besen, sink tempat mandi, dan lain-lain,
disalur keluar oleh saliran air kotor ke betung air kotor, atau loji pembuangan
kumbahan persendirian. Air hujan atau air permukaan dari bumbung dan kawasan
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 8 drp : 23

turap disalurkan oleh saliran air permukaan ke betung air pemukaan awam atau
penyerap.

Sistem Gabungan
Air kotor dari alat pembersihan dan air permukaan dari bumbung atau kawasan turap
disalurkan oleh saliran tunggal ke betung gabungan. Sistem ini menjimatkan kos
penyaliran, tetapi kos pembuangan kumbahan meningkat.

Sistem separa berasingan


Sebahagian besar air permukaan disalur oleh saliran air permukaan ke betung air
permukaan atau penyerap tetapi sebahagian air hujan disambung kepada saliran air
kotor. Ini dilakukan apabila air hujan dapat disambungkan kepada saliran air kotor
dengan mudah, yang selalunya pada bahagian belakang bangunan.

Prinsip-prinsip rekabentuk sistem saliran untuk rumah kediaman.


Perkara-perkara yang berikut mestilah dipertimbangkan dalam mereka bentuk sistem
saliran:
1. Bentangan sistem mestilah seringkas dan setepat yang mungkin dan
bilangan bengkokan, perangkap dan lurang mestilah minimum.
2. Paip hendaklah diletakkan dalam keadaaan lurus dari satu titik ke satu
titik yang lain.
3. Paip hendaklah tidak menyerap, tahan lasak, licin pada jaranya dan
cukup kuat.
4. Paip mestilah disokong secukupnya tanpa menghadkan gerakannya.
5. Saliran air kotor mestilah teralih udara dengan baik, untuk mengelakkan
penumpuan gas kotor dan turun naik tekanan udara dalam paip yang
boleh menyebabkan gegeluk tidak mengedap atau mangkuk tandas
tersumbat.
6. Semua bahagian sistem saliran mestilah mudah dimasuki bagi tujuan
pemeriksaan dan pembersihan.
7. Paip hendaklah tidak melalui bawah bangunan kecuali jika betul-betul
terpaksa dan paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan tapak
bangunan.
8. Paip tidak boleh diletakkan berdekatan dengan pokok kerana paip
mungkin akan dirosakkan oleh akar pokok.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 9 drp : 23
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 10 drp : 23
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 11 drp : 23
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 12 drp : 23
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 13 drp : 23

4.0 Door and Window

Definisi Pintu
Pintu ialah suatu bukaan pada tembok/dinding bagi membolehkan laluan keluar dan
masuk ke dalam sebuah bangunan atau di antara bilik-bilik di dalam bangunan.
Bahagian Pintu
Pintu terdiri daripada dua bahagian utama iaitu :
1) Kerangka pintu / bingkai / jenang
2) Daun pintu

Daun
Pintu
Kerangka
Pintu

Jenis-jenis pintu
Penjenisan pintu biasanya bergantung pada jenis binaan daun pintunya. Pintu yang
biasa digunakan untuk bangunan boleh dikategorikan kepada tiga iaitu :
1) Pintu Beroti
2) Pintu Rata
3) Pintu Panel

Pintu Beroti
Dibina menggunakan papan-papan beroti yang dicantumkan dan diikat pada
kepingan-kepingan kayu belebas yang diletakkan secara melintang. Papan beroti
yang digunakan biasanya bersaiz 100-175mm lebar dan 20-32mm tebal.
Terdapat beberapa rekabentuk pintu beroti antaranya :
1) Pintu beroti biasa
2) Pintu beroti dan berembat
3) Pintu beroti berbingkai
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 14 drp : 23

Pintu Rata
Jenis pintu paling popular khususnya bagi projek perumahan. Pintu rata boleh
dikelaskan kepada dua jenis iaitu :
1) Pintu rata padu
2) Pintu rata berbingkai
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 15 drp : 23

Pintu Panel
Binaan pintu ini terdiri daripada bingkai dan panel. Jumlah panel bergantung kepada
rekabentuk. Pintu panel cantik dan lebih mahal. Sesuai digunakan sebagai pintu
utama.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 16 drp : 23

Pintu Kaca
Pintu kaca biasanya dikategorikan sebagai pintu rata atau pintu panel. Pintu kaca
banyak digunakan di kedai atau tempat pameran. Ini bagi memudahkan orang ramai
melihat terus ke bahagian dalam bangunan. Pintu kaca kurang selamat kerana
mudah pecah. Namun kini terdapat kaca yang telah diperkukuhkan.

Pintu rintangan api


1. Pintu rintangan api dikategorikan sebagai pintu khas.
2. Pintu ini boleh melambatkan rebakan api ketika kebakaran.
3. Penepatan tempoh rintangan api dibuat oleh pihak bomba.
4. Tempoh rintangan api adalah dari ¼ jam hingga 2 jam.
Kebiasanya pintu rintangan api berwarna merah. Pada pintu ada ditulis amaran
daripada pihak bomba. Pintu rintangan api hendaklah sentiasa tertutup.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 17 drp : 23

Pintu perintang api perlu menjalani ujian ketahanan api di makmal khas.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 18 drp : 23

Kerangka pintu
Kerangka pintu terdiri daripada dua komponen iaitu :
1) Tiang-tiang jenang
2) Ambang atas @ kepala pintu
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 19 drp : 23

Engsel
Terdapat berbagai jenis engsel untuk pemasangan pintu. Kebiasaannya engsel
diperbuat daripada logam keluli, tembaga, loyang, aluminium, dll.
Saiz dan bilangan engsel bergantung kepada berat daun pintu.

Kunci dan selak


Pintu biasanya akan disertakan dengan kunci atau selak atau kedua-duanya.

Definisi tingkap
Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding.

Binaan tingkap
Tingkap dibina semasa pembinaan dinding. Kerangka tingkap dipasang dan
diletakkan di ruang yang dikosongkan pada dinding. Tambatan keluli digunakan bagi
mengukuhkan kedudukan tingkap pada dinding.
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 20 drp : 23

Fungsi Tingkap
Fungsi tingkap ialah untuk:
1) Membolehkan kemasukan cahaya semulajadi
2) Mengadakan peredaran udara semulajadi.
3) Menebat haba dan bunyi
4) Menghalang angin dan hujan.

Pencahayaan Semulajadi
Perudaraan keluasan tingkap yang boleh ditembusi cahaya semulajadi menurut
undang-undang kecil bangunan seragam adalah seperti berikut :
i) Bangunan kediaman - Luas tingkap yang membolehkan cahaya semulajadi
masuk mestilah sekurang-kurangnya 10% daripada keluasan lantai.
ii) Bangunan Hospital : 15% daripada keluasan lantai.
iii) Bangunan Sekolah : 20% daripada keluasan lantai.

Pengudaraan Semulajadi
Peratusan keluasan tingkap yang boleh dibuka bagi tujuan pengudaraan menurut
undang-undang kecil bangunan seragam adalah seperti berikut :
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 21 drp : 23

i) Bangunan kediaman : Luas tingkap yang boleh dibuka bagi membolehkan udara
semulajai masuk mestilah sekurang-kurangnya 5% daripada keluasan lantai.
ii) Bangunan Hospital : 7.5% daripada keluasan lantai.
iii) Bangunan Sekolah : 10% daripada keluasan lantai.

Jenis-jenis tingkap
Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun
tingkap dipasang.
Terdapat empat jenis tingkap yang biasa digunakan iaitu :
a) Tingkap berengsel tepi (Hinged window edge)

b) Tingkap gelungsur (sliding window)

Tingkap gelungsur mengufuk (kiri), tingkap gelunsur menegak (kanan)

c) Tingkap daun berpangsi (Pivoted window)


DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 22 drp : 23

d) Tingkap ram kaca boleh laras (tingkap nako/ louve window)

Stained Glass Window


-berfungsi sebagai hiasan
-banyak digunakan di tempat ibadat seperti masjid dan gereja
DCA 2312 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 23 drp : 23

RUJUKAN
1. Nota kursus : MUHAMMAD KAMAL AHMAD K-Builders Training & Consulting
2. Nota kursus : Zulkifli Tahir ILP KualaTerengganu
3. Buku Pengurusan Projek Pembinaan : Mohd Saidin Misnan UTM, Johor.
4. TanBoonTong(2007).TeknologiBinaanBangunan.KualaLumpur:DewanBahasadan
Pustaka.
5. JahimanBadron(2011).TeknologiBinaanBangunan.KualaLumpur:IbsBuku.

You might also like