You are on page 1of 19

KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

KEROSAKAN STRUKTUR

TOPIK

8
OBJEKTIF AM

Mengenalpasti kerosakan pada struktur utama bangunan,


punca kecacatan pada struktur bangunan dan
penyiasatan dan pemantauan bangunan pada struktur
bangunan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

 Mengenal pasti kecacatan bahan dan komponen.

 Mengetahui analisis kecacatan pada bangunan.

 Menjelaskan penyiasatan dan pemantauan


bangunan.

137
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

INPUT

1.0 PENGENALAN

Bangunan merupakan aset yang sangat bernilai. Ia berfungsi sebagai


tempat berteduh, kemudahan untuk bekerja dan beristirehat kepada
manusia.
Bangunan mempunyai nilai dari sudut kewangan ia juga merupakan
sebahagian daripada warisan yang perlu di pelihara untuk generasi akan
datang. Kepentingan penyenggaraan bangunan mewakili 40% daripada
industri binaan.
Pengurusan penyenggaraan amat penting di mana ianya memerlukan
pelbagai kemahiran, pengetahuan teknikal dan pengalaman ditapak bina
bagi memenuhi kehendak penyenggaraan bangunan.
Majoriti kini bangunan di bina mengikut kehendak serta penggunaan
manusia dan aplikasi sistem pengurusan dan penyenggaraan ditentukan
oleh manusia.

1.1 KEROSAKAN PADA LANTAI BANGUNAN

Kerosakan yang biasa berlaku pada lantai merupakan resapan air


dan juga kegagalan saluran air berfungsi sebaiknya. Keadaan ini
menyebabkan lantai dipenuhi air, kelembapan yang ketara pada
permukaan lantai dan menyebabkan lantai menjadi licin. Ini berlaku

138
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

disebabkan oleh pemasangan sistem sanitari bilik air yang tidak


betul dan lapisan kalis lembap tidak mengikut spesifikasi (Rajah 1).

Rajah 1: Kerosakan kelengkapan sanitari.

Keretakan lantai konkrit boleh berlaku disebabkan serangan sulfat


yang berterusan pada lantai. Kalsium aluminat yang banyak
terdapat pada simen Portland bertindak balas dengan sulfat akan
menyebabkan pengembangan berskala besar dan mengakibatkan
keretakan.
Selain dari itu, keretakan lantai konkrit berpunca dari lapisan lantai
padu / hardcore pada tanah yang kurang padat. Hardcore yang
kurang padat ini akan mendap dan memadat secara semulajadi
apabila beban dikenakan ke atasnya.
Menurut Ransom (1981), serangan sulfat pada lantai konkrit yang
berasal dari lapisan hardcore atau dari tanah akan kelihatan lebih
jelas melalui lantai yang terangkat dan pada kerangka pintu.
Keadaan yang berlanjutan akan menimbulkan kesan lengkungan

139
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

pada lantai yang terangkat boleh menyebabkan permukaan lantai


konkrit meretak dan seterusnya berlaku pergerakan pada dinding
luar.

1.2 KEROSAKAN DINDING

Kerosakan dinding adalah disebabkan penembusan air pada


dinding luar bangunan seperti retak, sambungan pada permukaan
dinding, lubang halus/ honey comb, sambungan permukaan
dinding yang tidak betul, sambungan pada kemasan jubin yang
tidak betul, jubin rosak, pemasangan pelapisan logam kemasan
dinding yang tidak mengikut spesifikasi dan kelemahan bahan
lepaan dinding (Rajah 2).

Rajah 2: Kerosakan pada dinding luar bangunan.

140
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

1.3 KLASIFIKASI KEROSAKAN DAN KECACATAN BANGUNAN

Secara umumnya, kecacatan fizikal yang bersifat berulang adalah


kecacatan seperti kekotoran dan kelembapan manakala kecacatan
tersembunyi hanya muncul pada peringkat di mana bangunan
tersebut telah didiami. Apabila sesebuah bangunan dihuni, akses
ke dalam bangunan untuk mendapatkan maklumat berkenaan
sesuatu kecacatan bangunan akan menjadi sukar. Kekurangan
pada reka bentuk bangunan merupakan salah satu penyumbang
utama kepada kecacatan tersembunyi dan ianya boleh dielakkan
dengan meningkatkan kualiti semasa proses reka bentuk.
Antara jenis kecacatan yang biasa pada bangunan meliputi
kecacatan pada struktur akibat dari retakan atau runtuh, kerosakan
pendawaian elektrik dan komponen, perpaipan bocor atau rosak,
sistem perparitan dan saliran tidak mencukupi dan lain-lain. Ada
juga kerosakan disebabkan semula jadi seperti reput kayu, kulat,
anai-anai dan kayu reput kering.

1.3.1 REKAHAN

Retak atau rekahan bangunan boleh dikategorikan kepada tahap


seperti retak estetik dan kestabilan. Pelbagai bentuk retak
diantaranya menegak, menyerong atau rawak mendatar, retak
lebar, retak halus dan retak besar. Lokasi berlakunya retak akan
memberi petunjuk kepada tahap sesuatu retakan (Rajah 3).
Retak dijangka terhasil daripada pengembangan dan pengecutan
bahan-bahan binaan yang disebabkan oleh perubahan dalam
kandungan kelembapan, suhu persekitaran dan faktor usia
bangunan. Retak sederhana besar yang terdapat pada bangunan

141
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

asal hanya berlaku pada dinding parapet. Biasanya retak seperti ini
berlaku disebabkan oleh reka bentuk struktur asas, dinding parapet
dan pemendapan semula jadi atau penyelesaian akibat tekanan
tanah yang dikenakan beban hidup dan beban mati.
Retak sederhana pula biasanya berlaku akibat dari kerja
pengubahsuaian pada bangunan.
Retak kecil atau permukaan biasanya ditemui pada panjang lebar
lantai, berlaku disebabkan oleh proses pengawetan konkrit yang
tidak memadai. Retak sendi berlaku pada sendi unsur-unsur
struktur yang berbeza seperti ruang dinding bata dan rasuk dinding.
Punca keretakan tersebut dikenal pasti disebabkan oleh ketebalan
dan kualiti melepa dinding. Selain itu elemen ikatan bata dan
struktur yang tidak mencukupi untuk memegang bata kepada ruang
atau rasuk.
Terdapat juga rekahan yang biasa dilihat dan mudah diperbaiki
seperti rekahan pada bahagian bukaan seperti pintu dan tingkap.
Kaedah membaiki rekahan ini dengan menggunakan bahan seperti
mortar dan bahan dempol (retak kurang dari 3 mm) serta jaringan
dawai bagi retak melebihi 3 mm.

Rajah 3: Kesan retak pada dinding.

142
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

1.3.2 RESAPAN AIR

Resapan air ke dalam konkrit biasanya mengambil masa yang


lama dan panjang dari tempoh liabiliti kecacatan. Resapan air ini
dikenali sebagai kecacatan terpendam. Sumber-sumber utama
seperti hujan, kawasan basah dan lembap (seperti tandas dan bilik
air) dalam keadaan tertentu kelembapan terperangkap dalam
konkrit semasa pembinaan (Rajah 4).
Resapan air boleh dielakkan dengan cara pemadatan lebih pada
konkrit, pengawetan konkrit yang betul dan teknik yang lebih baik
seperti meletakkan lapisan membrane kalis air diantara lantai
kering dan basah bagi mengelakkan kelembapan berlaku di dalam
bangunan.

Rajah 4: Permukaan dinding disebabkan oleh resapan air.

143
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

1.3.3 KEMEREKAHAN

Kemerekahan adalah hasil daripada bahan kimia simen khas


(grouting) yang bertindak balas dengan persekitaran dan
menghasilkan mendakan putih atau dikenali sebagai oksida
kalsium. Kemerekahan menghasilkan bahan putih Kristal atau
serbuk sering kembang atau kabur pada permukaan bahan-bahan
batu seperti konkrit, bata, jubin tanah liat dan lain-lain. Air larut
garam di dalam objek mengalir melalui bahan dan menyejat,
meninggalkan garam pada permukaan. Kehadiran garam tersebut
menyebabkan kemerekahan berlaku. Kemerekahan dapat
dielakkan dengan cara mengawal kelembapan, reka bentuk
bangunan atau elemen yang lebih baik, mutu kerja pembinaan dan
bahan binaan yang sesuai.

1.3.4 KEBOCORAN BUMBUNG

Kebocoran air yang berlaku pada bumbung boleh mengakibatkan


masalah yang ketara kepada bangunan (Rajah 5). Antara punca
yang berlaku adalah kecacatan atau ketidakserasian papak
bumbung (bumbung rata), peruntukan tidak mencukupi bagi tujuan
pergerakan sendi (fitting), lapisan kalis air dan penindihan antara
muka penutup bumbung atau atap adalah disebabkan oleh laluan
paip dan sendi. Paip gegeluk (gully) tidak mengepam air pada
tahap permukaan lantai dan lantai tidak kedap air membawa
kepada kebocoran air pada bumbung. Terdapat juga kebocoran
berlaku disebabkan oleh tumbuhan liar pada permukaan bumbung
dan saluran air hujan.

144
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

Rajah 5: Kerja membaiki kebocoran bumbung.

Kerosakan bumbung secara kesimpulannya berkaitan dengan


kebocoran pada bumbung dan antara yang kerap berlaku
keadaan seperti berikut;-
 Kebocoran melalui genting / atap.
 Kebocoran melalui penutup sambungan / pertemuan
dinding dan bumbung (flashing).
 Kebocoran melalui pertemuan dua cerun bumbung.
 Talang atau alur air limpah tersumbat.

1.3.5 LAPISAN KONKRIT TERBUKA DAN KERETAKAN

Spalling atau keretakan konkrit (Rajah 6) disebabkan


pengkarbonan adalah penting, terutamanya bagi bangunan yang
lama. Poros, konkrit telap akibat daripada konkrit yang rendah dan
ketebalan penutup konkrit tidak mencukupi boleh menyumbang

145
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

kepada pengkarbonan yang pesat. Resapan air melalui sendi,


laluan dan retak teruk meningkatkan tahap kecacatan tersebut.
Kualtiti konkrit boleh mengakibatkan tindak balas karbonat pada
penutup konkrit yang rendah mempunyai ketebalan 25 mm dalam
tempoh kurang daripada 10 tahun. Penutup konkrit yang berkualiti
rendah dan tidak mencukupi boleh mengakibatkan pengkarbonan
merebak ke besi tetulang dan menyebabkan hakisan serta karat
pada besi tetulang tersebut.

Rajah 6: Keretakan pada struktur konkrit.

1.3.6 JUBIN TERCABUT

Prehydaration simen serta kekuatan yang tidak mencukupi adalah


salah satu punca keretakan jubin. Nyah-ikatan lapisan kalis air juga
didapati sebagai antara punca keretakan dan keretakan halus
jubin. Permukaan benda kerja bagi pemasangan jubin yang

146
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

dicemari bahan bendasing serta tidak mengikut spesifikasi


mengakibatkan kelemahan pada ikatan lapisan kalis air dan jubin.
(Rajah 7).

Rajah 7: Jubin tertanggal/ tercabut.

Kemasan jubin boleh tertanggal apabila daya lekatan antara


dinding atau lantai dengan jubin tiada. Antara faktor berlaku
keadaan ini :-
 Penyediaan permukaan jubin menjadi basah /
lembap.
 Pengembangan jubin boleh mengakibatkan
permukaan kemasan tersebut mengelembung.
 Lapisan permukaan lantai / dinding tidak dicakarkan
(menghasilkan permukaan menggerutu) terlebih
dahulu

147
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

2.0 ANALISIS KECACATAN BANGUNAN MELALUI PUNCA

Sesetengah kecacatan adalah disebabkan oleh pereka bentuk bangunan,


kontraktor pembinaan bangunan. Selain itu kecacatan disebabkan oleh
haus dan lusuh serta kurang penyelenggaraan.
Faktor pereka bentuk dan kontraktor pembinaan merupakan kecacatan
yang berlaku pada bangunan yang baru disiapkan.
Kecacatan terhasil dari reka bentuk awam, reka bentuk seni bina,
kecacatan disebabkan firma dan perunding, kecacatan disebabkan
lukisan bangunan, pentadbiran kontraktor, kecacatan oleh bahan binaan
serta peralatan pembinaan dan juga tidak mengikut spesifikasi. Terdapat
EMPAT mekanisme utama yang terjadi punca kecacatan pada bangunan:

 Reka Bentuk: Kecacatan disebabkan oleh keputusan yang tidak


tepat dalam reka bentuk. Keputusan pereka bentuk termasuk
spesifikasi bahan, susun atur dan integrasi antara bahan-bahan
yang berbeza dan juga sistem.
 Mutu Hasil Kerja: Kecacatan yang disebabkan oleh kaedah
pemasangan yang salah, pencampuran bahan-bahan yang tidak
mengikut spesifikasi, kelemahan kendalian pengendalian bahan,
perancangan yang lemah oleh kontraktor, kegagalan untuk
menyediakan sendi yang betul dan tidak menggunakan bahan yang
berkualiti.
 Bahan: Kecacatan yang disebabkan oleh bahan yang tidak
berkualiti. Bahan-bahan yang hanya dijangka untuk melaksanakan
sehingga piawaian yang diperlukan dan dianggap memenuhi
piawaian yang sepatutnya. Apabila berlaku kerosakan dan
kecacatan, ianya ditujukan pada pereka bentuk atau kualiti kerja.

148
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

 Penyenggaraan: Kecacatan sama ada disebabkan oleh bahan-


bahan atau sistem yang tidak dikekalkan dengan betul atau
penyenggaraan yang tidak teratur atau tidak wujud pada peringkat
pemilik menduduki bangunan.

3.0 PENYIASATAN DAN PEMANTAUAN BANGUNAN

Kebanyakan pemilik bangunan sama ada bangunan awam atau pusat


membeli belah mempunyai kaedah penyelenggaraan bangunannya
sendiri.
Kesesuaian penyelenggaraan berdasarkan kepada pekerja yang
menjalankan kerja penyenggaraan dilihat dari 2 aspek:-

 Jenis binaan dan jangka hayat- Perbezaan jenis / kaedah


bangunan itu dibina memberi perbezaan kaedah ia diselenggara.
Contoh: Bangunan dibina secara konvensional VS bangunan dibina
secara pasang-siap (IBS). Bagi bangunan yang berusia, kaedah
penyenggaraan dilakukan secara khusus dan cermat.
 Persekitaran dan penggunaan maksimum bangunan- Faktor
semula jadi seperti cuaca, suhu, udara dan angin memberi impak
pada bangunan dan menyebabkan kerosakan pada bangunan
berlaku dengan cepat dan berterusan jika tiada langkah
penyenggaraan tidak diambil. Manakala faktor disebabkan
kecuaian manusia boleh mengakibatkan kerosakan pada bangunan
seperti contoh bangunan sekolah yang mengalami kerosakan pada
pintu dan tingkap akibat pelajar membuka atau menutupnya.

Rajah 8 menunjukkan beberapa jenis peralatan yang diperlukan dalam


kerja penyiasatan kerosakan dan pemantauan bangunan.

149
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

Rajah 8: Peralatan khusus untuk kerja penyiasatan dan pemantauan bangunan.

150
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

Dalam melaksanakan kerja penyiasatan ini, terdapat 2 perkara yang perlu


dilakukan iaitu mengumpul atau merekod maklumat dan menyiasat
punca kecacatan struktur bangunan.

3.1 MENGUMPUL MAKLUMAT

Secara amnya terdapat 4 perkara yang perlu dilakukan:-

 Perbincangan awal dengan pengguna atau orang yang


mengetahui tentang bangunan tersebut.
 Mengumpulkan dan merekodkan semua maklumat asas.
 Memeriksa bangunan bersama pengguna.
 Mengenalpasti kedudukan atau posisi bangunan.

Dalam perbincangan awal dengan pengguna, penyiasat kerosakan


tidak perlu terburu-buru dan sentiasa dalam keadaan tenang
semasa menyiasat. Siasatan kerosakan memerlukan penumpuan
dan fokus yang tinggi. Perlu mendapatkan kerjasama dari
pengguna semasa siasatan kerosakan yang sedang berlangsung
atau berlaku. Pengumpulan dan merekod maklumat pula perlu
mendapatkan perkara berikut:
a) Nama pengguna / pemilik bangunan.
b) Tarikh bangunan didirikan.
c) Tarikh pengguna menyewa bangunan.
d) Kadar sewa bangunan.
e) Sebarang laporan kerosakan yang pernah berlaku
f) Kandungan perjanjian sewa antara pemilik dengan
pengguna.

151
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

g) Spesifikasi yang berkaitan dengan peralatan atau


kelengkapan yang terdapat dalam bangunan.
h) Lukisan atau pelan bangunan.

Antara maklumat fizikal dan teknikal yang perlu diperolehi adalah


seperti berikut:

a) Rekabentuk bumbung (curam atau rata).


b) Jenis atau bahan atap.
c) Bahan bagi dinding luar.
d) Jenis dan kerangka tingkap.
e) Jenis dan kerangka pintu.
f) Jumlah tingkat bangunan.
g) Jenis premis bangunan.
h) Jumlah bilik atau ruang beserta saiz.
i) Kaedah agihan bekalan air panas dan sejuk.
j) Lain-lain kelengkapan mekanikal dan elektrikal.

3.2 MENYIASAT PUNCA KECACATAN

Peraturan menjalankan penyiasatan bangunan sangat


menekankan kaedah yang betul, teratur, berhati-hati dan
menentukan tiada ruang yang tidak diperiksa. Berikut merupakan
3 kaedah pemeriksaan yang dijalankan:-
 Kaedah pemeriksaan bangunan
 Kaedah pemeriksaan bilik am
 Kaedah pemeriksaan bilik khas

152
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

Antara langkah yang disarankan dalam menjalankan pemeriksaan


bangunan:-
a) Mulakan siasatan pada bahagian paling atas bangunan,
bermula dari bumbung hingga ke bilik-bilik dalam bangunan.
b) Bagi setiap bilik, periksa semua perkara atau elemen dalam
bilik berkenaan.
c) Pemeriksaan dilakukan mengikut arah pusaingan jam dari
bahagian pintu masuk utama.
d) Periksa bahagian-bahagian lain bangunan seperti anjung,
ram dan tangga bangunan.
e) Teruskan siasatan hingga ke tingkat paling bawah sekali
termasuk sub basement.

153
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

AKTIVITI 8

1. Bagaimanakah keretakan lantai konkrit boleh berlaku?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Terangkan kebocoran pada bumbung yang kerap berlaku pada bangunan?

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Nyatakan dua (2) perkara yang diperlukan dalam melaksanakan kerja


penyiasatan kerosakan struktur bangunan.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

154
KEROSAKAN STRUKTUR DRD1083

Tahniah !

Anda telah berjaya menyelesaikan


semua soalan dalam Aktiviti 8 ini.
Sila semak jawapan anda untuk
memastikan jawapan anda betul.

RINGKASAN TOPIK:

 Di dalam topik ini membincangkan kerosakan pada struktur utama


bangunan seperti lantai, dinding, bumbung dan lain-lain.
 Topik ini menjelaskan analisis kecacatan pada bangunan struktur
bangunan.
 Topik ini juga menjelaskan penyiasatan dan pemantauan bangunan pada
struktur bangunan

155

You might also like