You are on page 1of 15

Condition

Appraisal
Equipment Description : Keretakan Dinding
Dan Struktur
No. Rujukan: PMSB/HSA/CA/FEMS/C-0003/2011 Facility
Tarikh: 17 Februari 2011 Engineering
Asset Number : - Maintenance
Lokasi : LND Services
Hospital: Sultanah Aminah, Johor Bahru,
Johor
Kandungan

1. Pengenalan............................................................................................................................3
2. Tujuan Laporan Penilaian.......................................................................................................5
3. Butiran Aset............................................................................................................................5
4. Penilaian Keadaan Semasa...................................................................................................6
5. Punca Keadan Semasa………………………………………………………………………..…..7
6. Cadangan & Kesimpulan…………………………………………………………………………..8
7. Rujukan & Lampiran………………………………………………………………………………..9

Condition Appraisal FEMS Page 2 of 15


1. Pengenalan

Konkrit merupakan di antara bahan bina yang sering digunakan di dalam projek

kejuruteraan awam di Malaysia. Walaubagaimanapun, konkrit mengalami beberapa

kerosakan dan kemerosotan sepanjang hayatnya kerana kekurangan pengetahuan sifat dan

kelakuannya. Data-data utama yang diperolehi daripada JKR Malaysia, Pusat Penyelidikan

IKRAM, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi yang lain yang berkaitan telah

membuat kajian punca utama kepada kerosakan konkrit adalah :-

No. Punca Kerosakan / Masalah Peratus (%)

1 Masalah bahan 39 %

2 Masalah geoteknik 19 %

3 Kesilapan semasa pembinaan 17 %

4 Masalah yang tidak dapat diramalkan 13 %

5 Kesilapan rekabentuk 12 %

6 Pengkarbonatan 85 %

7 Serangan ion klorida 9%

8 Serangan sulfat 3%

9 Serangan alkali 3%

Condition Appraisal FEMS Page 3 of 15


Bangunan Induk ini mula dibina pada tahun 1938 telah siap dibina pada tahun 1941. Maka,

usia bangunan ini telah menjangkau 70 tahun. Namun, pada tahun 2005 bangunan

tambahan bersebelahan bangunan induk telah dibina dengan fasad dan bahan-bahan yang

digunakan hampir sama sepenuhnya bagi mengekalkan ciri-ciri rekabentuk yang seragam

dan menarik bagi menempatkan bangunan LND.

Gambar Bangunan Induk

Pandangan Hadapan Bangunan L&D (Berhadapan Selat Johor)

Condition Appraisal FEMS Page 4 of 15


2. Tujuan Laporan Penilaian

Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk menyediakan satu penilaian ke atas keadaan struktur

dan mengenalpasti serta memahami dengan lebih jelas tentang factor-faktor yang

membawa kerosakan struktur yang melibatkan sub-struktur , super struktur dan kekemasan

arkitektural terutamanya di bahagian dinding di bangunan LND, Hospital Sultanah Aminah

Johor Bahru.

Laporan ini disediakan selaras dengan keperluan dan kehendak yang terdapat di dalam

‘Master Agreed Procedures, FES 004’ yang telah termaktub di dalam ‘Concession

Agreement’, iaitu untuk menilai keadaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital

dan mencadangkan supaya ianya dinaiktarafkan ataupun penggantian secara

keseluruhannya.

3. Butiran Aset

Hospital Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Asset Number N/A

Description Dinding Bangunan

Model N/A

Brand N/A

Make N/A

Condition Appraisal FEMS Page 5 of 15


Serial No. N/A

Software Version N/A

User Department LND

Location Bangunan Induk

Purchase Date 2005 Asset Age 5 years

Purchase Cost (RM) N/A

Supplier N/A

Accumulated Maintenance N/A


Cost (RM)

4. Penilaian Keadaan Semasa

Suatu struktur itu dikatakan mengalami kerosakan atau kegagalan apabila ia gagal

menjalankan fungsinya pada suatu jangka hayat yang diharapkan. Secara amnya,

kerosakan struktur berlaku akibat daripada rangkaian kesilapan, kelalaian, kesalahfahaman

dan juga ketidakjujuran dalam melaksanakan kerja. Kerosakan-kerosakan struktur yang

berlaku boleh dikategorikan berdasarkan mekanisma kegagalan yang berlaku. Secara

amnya, kerosakan yang sering dilihat berlaku pada struktur konkrit adalah seperti berikut :-

1. Keretakan
2. Kegagalan pada sambungan
3. Kebocoran
4. Pengaratan tetulang keluli
5. Mendapan
6. Honeycombed
7. Peluruhan konkrit

Konkrit adalah semulajadinya sebagai bahan yang tahan lasak. Jika ia direkabentuk

dengan baik untuk menangani sesuatu keadaan persekitaran dan dihasilkan dengan

Condition Appraisal FEMS Page 6 of 15


mengawal kualitinya, konkrit dapat bebas daripada pembaikpulihan untuk satu jangka

masa yang amat panjang. Konkrit boleh terdedah kepada bahaya dalam persekitaran yang

berlainan melainkan langkah berjaga-jaga diambil. Kerosakan konkrit boleh juga

disebabkan oleh salah satu daripada tiga komponen major iaitu simen, batu-baur dan

tetulang keluli dan boleh juga diakibatkan oleh tindakan fizikal atau tindakan kimia.

Kebiasaannya, projek pembinaan akan melalui empat fasa asas yang mana kecacatan

atau kerosakan mungkin akan berlaku pada salah satu daripada fasa ini, ia akan turut

mempengaruhi keseluruhan projek pembinaan tersebut. Empat fasa tersebut adalah :-

1. Konsep dan kebolehlaksanaan

2. Rekabentuk, perincian dan spesifikasi

3. Mutu, kawalan kerja, pengawasan dan pemeriksaan daripada penyelia

4. Pemilikan dan penggunaan

Dari pemerhatian yang dibuat, keadaan terdapat kesan keretakan dan ‘bulging’ berpunca

daripada gegaran hentakan cerucuk pada projek bersebelahan. Selain itu juga, mutu,

kawalan kerja, pengawasan dan pemeriksaan oleh penyelia semasa pembinaan

dilaksanakan menjadi factor kepada permasalahan ini. Contohnya, tiada dibuat ‘starter bar’

di antara tiang dan dinding batu-bata bagi menguatkan ikatan perlekatan dinding tersebut.

Condition Appraisal FEMS Page 7 of 15


5. Punca Keadaan Semasa

Punca berlakunya masalah dan keretakan pada struktur bangunan ini dikenalpasti

berkaitan :

 Masalah geoteknik di mana kegagalan asas boleh dikategorikan seperti kesan

gegaran, masalah rekabentuk, masalah pembinaan dan sebagainya.

 Faktor alam sekitar, seperti pergerakan tanah, pasang-surut laut, cuaca dan

sebagainya.

 Faktor gegaran akibat daripada projek pembangunan yang berhampiran

menyebabkan berlakunya keretakan pada struktur bangunan.

 Kesilapan semasa pembinaan

Tindakan Dan Langkah Pembaikan Yang Pernah Dilakukan Adalah :-

 Membuat pemeriksaan, pembaikan dan penyelenggaraan pada kawasan yang

retak dengan membuat ‘patching’ menggunakan simen khas pembaikan konkrit

pelbagai jenama ie Sika, Sto, Dykerhoff dan sebagainya.

Condition Appraisal FEMS Page 8 of 15


6. Cadangan & Kesimpulan

Berdasarkan penilaian keadaan yang dilakukan dan justifikasi adalah dicadangkan kerja-

kerja pembaikanpulihan dilakukan dengan seberapa segera sebelum keretakan menjadi

lebih besar dan perkara buruk berlaku.

7. Rujukan & Lampiran

No Document Name
1 Uniform Building by Law 1984
2 Teknologi Binaan Bangunan – Tan Boon Tong
3 Internet

Prepared by: Approved by:

Name: Hafizal Bin Mohamad Name: Osman Bin Hj. Awang


Designation: Reimbursable Designation: Customer Service Manager
Date: 17 Februari 2011 Date: 17 Februari 2011

Condition Appraisal FEMS Page 9 of 15


Gambar

Foto 1 : Kesan keretakan di sepanjang rasuk di balkoni tingkat 1

Foto 2 : Kesan keretakan di sepanjang rasuk di balkoni tingkat 2

Condition Appraisal FEMS Page 10 of 15


Foto 3 : Kesan keretakan di sepanjang rasuk di balkoni tingkat 3 (gaps <25mm)

Foto 4 : Kesan keretakan di sepanjang rasuk di laluan.

Condition Appraisal FEMS Page 11 of 15


Foto 5 : Kesan keretakan di laluan tangga (hairline crack)

Foto 6 : Kesan keretakan di bawah rasuk.

Condition Appraisal FEMS Page 12 of 15


Foto 7 : Kesan keretakan di antara tiang dan dinding batu-bata

Foto 8 : Kesan keretakan di antara tiang dan dinding batu-bata

Condition Appraisal FEMS Page 13 of 15


Foto 9 : Kesan ‘bulging’ di dinding batu-bata

Foto 10 : Kesan keretakan di pada tiang batu-bata

Condition Appraisal FEMS Page 14 of 15


Foto 11 : Kesan keretakan pada struktur konkrit ‘window sill’

Condition Appraisal FEMS Page 15 of 15

You might also like