You are on page 1of 33

NO.

KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 1 drp : 33


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 1022 INTRODUCTION OF CONCRETE WORK

KOMPETENSI
02. PERFORM CONCRETE MIXING
STANDARD

1. Identify residential building concrete works requirement


KOMPETENSI UNIT
2. Perform concrete mixing

Trainee must be able to:

KOMPETENSI  Identify residential building concrete works requirement


PEMBELAJARAN
 Perform concrete mixing

WTP 1022/K 02/NK 01-02


NO KOD
EDISI 1/JAN 2018
MUKA : 01 DARIPADA 33
NO KOD JPK BC-030-3;2013-C04
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 2 drp : 33

TAJUK : MELAKSANAKAN BANCUHAN KONKRIT

TUJUAN :
Pelajar yang kompeten dalam kerja konkrit untuk bangunan kediaman akan dapat
mengenal pasti keperluan kerja konkrit bangunan kediaman, melakukan bancuhan
konkrit, melaksanakan kerja-kerja menuang konkrit, mengawal proses pengawetan dan
menyelaraskan pemeriksaan kerja konkrit. Hasil untuk kompetensi ini adalah untuk
kerja konkrit berkualiti tinggi untuk memastikan integriti struktur utuh mengikut lukisan
spesifikasi pembinaan yang diluluskan.

1.0 PENDAHULUAN

Konkrit merupakan bahan binaan yang terhasil melalui campuran simen, batu
baur halus (pasir) dan batu baur kasar serta air mengikut nisbah tertentu.
Konkrit meluas di gunakan di dalam kerja-kerja pembinaan terutama kerja-kerja
struktur yang memerlukan kekuatan dan ketahanan yang tinggi seperti
tiang,rasuk,asas dan lain komponen bangunan.
Keupayaannya menyokong tegasan adalah amat berkesan bagaimanapun ia
juga bergantung kepada pemilihan jenis-jenis dan kualiti bancuhan konkrit.
Kualiti konkrit pula bergantung kepada faktor berikut :
a. Kualiti bahan bancuhan yang di gunakan.
b. Nisbah campuran yang betul.
c. Kaedah menggaul dan mengangkat.
d. Kualiti acuan bagi menempatkan konkrit.
e. Pemadatan konkrit secukupnya.
f. Pengawetan
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 3 drp : 33

2.0 BAHAN-BAHAN KONKRIT


Pemilihan Bahan-Bahan Campuran
2.1 Simen Portland
Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen
yang hendak di gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-
buku atau berketul.
Simen yang telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul
menunjukkan simen tersebut telah menyerap lembapan dan jika di
gunakan akan mempengaruhi kekuatan konkrit. Sekiranya buku-buku
tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih boleh di
gunakan.

Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:


i. Simen Portland Biasa/Ordinary
Cement
ii. Simen Portland Cepat Mengeras
/rapid hardening
iii. Simen Portland Putih dan
Berwarna
iv. Simen Portland Blast Furnace
v. Simen Portland kalis air
/Waterproof cement
vi. Simen Portland Penahan Sulfat
/Sulphate –resisting
vii. Simen Portland Extra Rapid Hardening

Diantara simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat


mengeras dan simen lebih alumina adalah sesuai dan sering digunakan untuk
menghasilkan bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang
disebatikan antara kapur dan tanah liat. simen jenis ini menepati Piawaian M.S
522
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 4 drp : 33

2.2 Batu Baur


Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit.
Kandungannya meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim
konkrit.
Bahan yang biasa digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari,
batu gravel, pecahan batu, sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan
sebagainya. Batu-batu baur hendaklah daripada jenis yang keras, tahan
lasak dan bersih.
Bentuk dan tekstur pada permukaan batu baur juga akan mempengaruhi
kualiti konkrit. Batu baur yang berbentuk kasar dan tidak sekata akan
menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat, daripada
batu baur yang berbentuk bulat dan licin.

2.2.1 Ciri-ciri penting Batu baur


i. Agihan partikel
Agihan yang baik penting untuk mempastikan konkrit yang terhasil
adalah padat. Longgokan agregat yang tidak baik agihan saiz
partikelnya (gap-graded distribution) boleh menghasilkan konkrit
yang berongga dan memberi kesan kepada kekuatan. Agihan
partikel juga memberi kesan keapa kebolehkerjaan konkrit.
ii. Kekuatan agregat.
Kekuatan agregat memberi kesan yang banyak kepada ciri-ciri
konkrit seperti kekuatan konkrit, ubahbentuk, ketahanlasakan,
perubahan isipadu, graviti tentu, ketelusan dan tindakbalas kimia.
Biasanya kekuatan agregat ialah lebih tinggi dari kekuatan konkrit
yang hendak di rekabentuk. kekuatan agregat dalam lingkungan
80-350MPa berbanding kekuatan konkrit selalunya berada di
sekitar 30-50MPa
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 5 drp : 33

iii. Ketelusan (Porosity)


Ketelusan agregat mempengaruhi kandungan lembapan yang
terdapat dalam agregat.Ketelusan diukur dengan kadar serapan air
(absorption) oleh agregat.
iv. Graviti tentu
Graviti tentu sesuatu bahan adalah nisbah unit berat bahan
tersebut berbanding dengan unit berat air
v. Rintangan kepada hakisan
Penting untuk binaan yang terdedah kepada hakisan seperti lantai
konkrit di kilang-kilang atau jalanraya/jambatan konkrit.
vi. Bentuk partikel dan keadaan permukaan
Bentuk secara umumnya mempengaruhi kepadatan dan juga
ikatan dalam konkrit.

Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :


i. Batu Baur Halus
ii. Batu Baur Kasar

2.2.2 Batu Baur Halus


 Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula
jadi atau pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu
kasar di kuari. Batu baur halus adalah batu yang lebih kecil daripada
5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir lombong adalah sumber asli
batu baur halus yang selalu digunakan. Walau bagaimanapun pecahan-
pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan sumber
utama batu baur halus.
 Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai.
Walau bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai
di gunakan untuk kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang
tinggi dan boleh merosakkan kualiti konkrit.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 6 drp : 33

 Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan
bahan-bahan organic. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari
mengikat zarah-zarah pasir yang akan mengakibatkan konkrit menjadi
lemah.

Pasir kasar dengan partikel


yang agak besar biasa
diguna untuk bancuhan
konkrit

Tujuan menggunakan Batu baur Halus :


i. Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat
menggabungkan antara bahan-bahan dan menghasilkan kemasan
yang seragam.
ii. Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang
wujud dalam konkrit.
iii. Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.

Jenis –jenis batu baur halus


i. Pasir Lombong
ii. Pasir Sungai
iii. Pasir laut

a) Pasir Lombong
Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan
penggunaannya cukup sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai
warna seperti merah, merah tua,kuning/kelabu dan
keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir
Bersih dan Pasir mengandungi tanah liat.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 7 drp : 33

Pasir lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat


pekat,lembut dan liat.Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai
digunakan untuk kerja-kerja konkrit. Bentuknya bulat dan lemah
pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan yang sama
seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih
yang boleh digunakan .

b) Pasir Sungai
 Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari
kotoran kimia. Bentuk butir pasirnya seakan –akan bulat
 mutunya baik jika tidak mengandungi kekotoran. Bancuhan mortar
atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah dikerjakan.
Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun
(plasticizer) kadang-kadang digunakan untuk menambahkan
kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar atau konkrit itu.
 Jika bahan ini tidak digunakan, bancuhan mortar akan memerlukan
lebih banyak simen untuk mendapatkan kesenangan kerja yang
sama
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 8 drp : 33

c) Pasir pantai
Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini
dikorek dan diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini
tidak boleh digunakan kerana mengandungi kadar garam yang tinggi.
Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan syarat dibasuh untuk
menyingkirkkan kandungan garam terlebih dahulu
Cara membasuh air Laut
i. Pasir laut dimasuk ke dalam guni dan diikat
ii. Bawa guni berisi pasir ini ke sungai atau ditempat yang terdapat
air yang mengalir.
iii. Letakkan guni tersebut ke dalam air mengalir .
iv. Selepas seminggu terendam guni berkenaan dikeluarkan dan
sedia untuk digunakan.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 9 drp : 33

2.2.3 Ujian bagi Pasir

Kekotoran dalam pasir akan mempengaruhi kekuatan konkrit atau mortar


yang menggunakannya. Oleh itu, dua jenis ujian hendaklah dilakukan
iaitu:
a.Ujian keladak – untuk menentukan jumlah kandungan Lumpur dan
bahan- bahan asing.
b.Ujian warna – untuk menentukan ada atau tidak bahan-bahan kimia
yang merbahaya dalam pasir itu.

Ujian keladak
i. Ujian ini adalah untuk menyiasat kehadiran bahan-bahan asing
yang halus seperti Lumpur. Keladak dan sebagainya dalam
kandungan pasir. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan satu
botol biasa seperti botol jem.

ii. Pasir yang hendak diuji itu dimasukkan


sebanyak 50 mm ke dalam botol. Kemudian
diisikan air besih sehingga ¾ penuh dan
botol itu digoncangkan selama satu minit.
iii. selepas digoncang, botol tersebut dibiarkan
selama satu jam untuk membolehkan
kandungan keladak mendap menjadi satu
lapisan yang terasing di atas pasir.Tebal
lapisan ini diukur. Jika lapisan keladak itu
melebihi 3mm bermakna pasir yang diuji itu terlampau kotor.
iv.pasir ini adalah tidak sesuai untuk bancuhan konkrit dan perlu
dibesihkan sebelum digunakan.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 10 drp : 33

Ujian warna

i. Ujian warna ini dilakukan untuk menyiasat kehadiran bahan kimia


yang merosakkan pasir. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan
satu botol 500 ml yang berlabel dengan ukuran.
ii. Isikan botol ini sehingga 200 ml dengan pasir yang hendak diuji itu.
Masukkan larutan 3% soda api dan botol itu ditutup dengan
penutup getah.
iii. Selepas larutan natrium hidroksida dicampurkan dengan pasir,
botol itu digoncang dan dibiarkan selama 24 jam. Warna coklat
atau warna gelap menunjukkan pasir itu mengandungi bahan-
bahan kimia yang mungkin boleh merosakkan bancuhan.
iv. Pasir itu tidak sesuai digunakan kecuali selepas dibersihkan
dengan air

2.2.4 Bentuk Butir batu baur- MS 7.5 1971 menyenaraikan pengelasan bentuk
butiran batu baur seperti berikut;
i. Bentuk Bulat :
Batu baur berbentuk bulat boleh didapati daripada sungai ,tepi pantai
atau padang pasir.
ii. Bentuk tak Sekata
Batu baur terbentuk darpada proses hakisan laga (attrition)
iii. Bentuk bersegi-segi
Bentuk bersegi tajam terhasil dari pecahan
iv. Bentuk berkeping (flaky)
Batu yang berlapis dan nipis. Ukuran tebal kurang dari ukuran panjang
dan lebar
v. Bentuk memanjang:
Biasanya bersegi-segi dengan ukuran panjangnya lebih besar
daripada ukuran lebar dan tebal.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 11 drp : 33

vi. Bentuk berkeping panjang


Butir batu yang ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya dan
ukuran lebarnya melebihi daripada ukuran tebalnya.

2.2.5 Tekstur batu baur


i. Permukaan berkaca
ii. Licin
iii. Berbiji
iv. Kasar
v. Berhablur
vi. Berongga
 Bentuk permukaan berkaca dan licin boleh memberi kebolehkerjaan yang
baik tetapi menghasilkan ikatan yang lemah.
 Tektur berpemukaan kasar dan berlubang menghasilkan kebolehkerjaan
yang rendah tetapi memberikan kekuatan ikatan yang tinggi diantara
simen dengan batu baur .
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 12 drp : 33

2.2.6 Batu Baur Kasar


Batu baur kasar ialah batu-batu kelikir sama ada terbentuk secara semulajadi
atau dihasilkan dari pecahan batu-batu kasar yang dijalankan di kuari.
Bahan –bahan buatan seperti batu hangus dan tahi leburan besi boleh juga
digunakan, walau bagaimana pun ianya sesuai untuk pembinaan konkrit ringan.
Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih besar daripada 5mm tetapi tidak
melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah batu-batu yang telah
dipecahkan di kuari-kuari batu.
Jenis batu yang paling banyak didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.
Penentuan saiz maksima batu baur kasar yang patut digunakan dalam
campuran konkrit adalah bergantung kepada kegunaan konkrit itu sendiri.
Contohnya untuk kegunaan konkrit tetulang saiz batu baur kasar yang
harus digunakan ialah tidak lebih dari 20mm, sementara untuk kerja-kerja
konkrit biasa batu baur yang bersaiz sehingga 40mm masih boleh
digunakan.

Gravel Balast = Pasir +


crush stone = batu kasar + gravel
Batu kasar/gravel

Bentuk angular batu baur kasar crush stone


NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 13 drp : 33

2.2.7 Air
Air campuran konkrit mempunyai dua fungsi :
i. Dapat menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
ii. Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk
menghasilkan satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat
batu-batu baur untuk menghasilkan konkrit.
iii. Air menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit
yang dibancuh itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan
untuk membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau
bahan-bahan sampingan yang berlebihan boleh member kesan negative
kepada konkrit yang dihasilkan.

3.0 NISBAH BANCUHAN


Nisbah bancuhan ialah campuran simen + batu baur halus+batu baur kasar
& air. Konkrit perlu dibancuh mengikut nisbah tertentu supaya mendapat
kekuatan yang diperlukan.Terdapat beberapa nisbah bancuhan konkrit yang
biasa digunakan seperti 1;2;4, 1;3;6, 1:½: 3, 1:1:2 dan 1:5:10

4.0 MEMBANCUH KONKRIT MENGIKUT RATIO BANCUHAN

4.1 Ratio bancuhan dalam kerja konkrit


i. Bancuhan 1:2:4 memperincikan 1 bahagian simen : 2 bahagian pasir :
4 bahagian batu baur. Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang
biasa digunakan untuk segala kerja struktur konkrit bertetulang dan
juga kerja konkrit tuang dulu. ( pre-cast concrete)
ii. Bancuhan 1:3:6 memperincikan 1 bahagian simen : 3 bahagian pasir :
6 bahagian batu baurkasar . Campuran ini digunakan dalam kerja
konkrit yang banyak seperti papak lantai konkrit.
iii. Bancuhan 1:1½: 3 memperincikan 1 bahagian simen : 1½
bahagian pasir: 3 bahagian batu baur kasar.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 14 drp : 33

iv. Bancuhan 1:1:2 memperincikan 1 bahagian simen: 1 bahagian pasir:2


bahagian batu baur kasar.
v. Bancuhan 1:5:10 memperincikan 1 bahagian simen: 5
bahagian pasir:10 bahagian batu baur kasar .Sesuai untuk binaan
tapak konkrit di bawah lantai gantung.
Nota: Kadar air tidak dinyata dalam ratio bancuhan kerana ia mempunyai
pengukuran dan pertimbangan sendiri bagi menentukan berapa banyak
air diperlukan untuk sesuatu bacuhan.

4.2 Kadar Campuran Air


Campuran air dan simen akan menghasilkan sifat plastik pada bancuhan
konkrit. Banyaknya air yang dicampur perlu seimbang bagi menghasilkan konkrit
bermutu tinggi. Kadar banyak air dan simen yang dicampur untuk bancuhan
seimbang dikenali sebagai nisbah air- simen. Ia di tafsir sebagai:

Hubungan antara kadar air dan simen yang disukat mengikut berat, atau
isipadu dicampur dengan kadar seimbang supaya menghasilkan kekuatan ,
ketahanan,bersifat kalis air dan kebolehkerjaan bila pengkonkritan
dijalankan
Bagi bancuhan tangan, nisbah air-simen adalah kira-kira 0.5 memberikan
konkrit yang kuat dan kebolehkerjaan yang baik. Pengiraannya dilakukan dengan
menggunakan formula berikut : Nisbah air simen = Berat air
Berat Simen
Semakin tinggi nilai nisbah air-simen akan menghasilkan kebolehkerjaan yang
lebih baik tetapi akan mengurangkan kekuatan dan semakin rendah nilai nisbah
air-simen akan mengurangkan kebolehkerjaan tetapi kekuatannya
meningkat.Secara dasarnya ia bermakna semakin banyak kandungan air
digunakan untuk bancuhan konkrit semakin lemah bancuhan tersebut. Semakin
kurang air digunakan dalam bancuhan konkrit kekuatanya bertambah
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 15 drp : 33

4.3 Nisbah Bancuhan dan Kesesuaiannya mengikut Jenis Struktur


Kekuatan
Mampatan

Nisbah /Gred Bancuhan Pada hari ke 28 Jenis Struktur


(N/mm²)
1:3:6 (Gred 15) Lantai tanpa tetulang dan konkrit
15.0
jisim

1:2:4 (Gred 20) 21.0 Konkrit bertetulang –tiang &rasuk


1:1½:3 (Gred 25) 25.5 Konkrit bertetulang - Tangki air atau
takungan air
1:1:2 (Gred 30) 30.0 Konkrit prategasan

4.4 Cara menyukat nisbah Bancuhan:

Terdapat 2 Cara menyukat nisbah Bancuhan konkrit iaitu


i) Kaedah Reka bentuk bancuhan – bagi konkrit siap bancuh
ii) Kaedah Nominal – terbahagi kepada 2 jenis
 Kaedah Isipadu- Menyukat isipadu konkrit
 Kaedah Berat - Menggunakan timbangan berat bahan yang
diguna untuk bancuhan konkrit

4.5 NIsbah bancuhan terbahagi kepada 2 kategori

Nisbah Bancuhan Keterangan


Nisbah bancuhan Konkrit Nominal  Nisbah bancuhan- 1:2:4 & 1:3:6
 Pengukuran/Sukatan –Isipadu atau
berat
 Bancuhan cara tangan atau mesin
 Bancuhan di tapak pembinaan

Nisbah bancuhan konkrit direkabentuk  Nisbah bancuhan – gred 15,20 & 25


Con. Mix design  Dikienali sebagai konrit siap
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 16 drp : 33

Bancuh (ready mixed).


 Bancuhan dibuat di loji khas
 Sesuai untuk projek pembinaan
konkrit- jambtan,jalan raya atau
lantai

5.0 KAEDAH MEMBANCUH KONKRIT


Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara iaitu :-
i. Membancuh secara manual menggunakan penyodok.
ii. Membancuh menggunakan mesin penggaul (mixer)
iii. Konkrit bancuhan siap dari kilang (Ready Mixed)

5.1 Bancuhan secara manual/bancuhan tangan


biasanya untuk kerja – kerja yang memerlukan kuantiti konkrit yang sedikit
Sukatan simen perlu ditambah 10% lagi untuk memudahkan kerja - kerja
membancuh. Bahan campuran akan digaul kering dahulu sebelum
air dicampurkan. Air dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatannya
mencukupi.Kerja menggaul dilakukan sehingga bahan campuran menjadi
sekata.

Kaedah bancuhan tangan


i. Campurkan bahan dan bancuh secara kering
ii. Tuangkan air kedalam bancuhan kering
iii. Bancuh konkrit separuh kering
iv. Tambahkan air ke dalam bancuhan
v. Bancuh konkrit sehingga sebati
vi. Bancuhan konkrit siap dengan Kesebatian yang baik
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 17 drp : 33

5.2 Bancuhan menggunakan mesin penggaul


sesuai bagi keperluan kerja yang sederhana besar atau besar, cepat dan
bancuhan dapat di sebatikan dengan baik

5.3 Konkrit bancuhan siap


adalah sesuai bagi kerja -kerja berskala besar,.Konkrit ini boleh didapati
daripada pembekal konkrit siap tuang yang mendapat pengiktirafan serta
menepati nisbah bancuhan yang dikehendaki bagi menghasilkan konkrit
yang berkualiti.Konkrit dibancuh di loji dan dihantar ke tapak bina
menggunakan lori berdram.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 18 drp : 33

6.0 ALAT-ALAT UNTUK KERJA BANCUHAN KONKRIT


Membancuh secara manual
i. Skop/penyodok
ii. Shovel
iii. Sudip/steel trowel
iv. Baldi
v. Kereta sorong
vi. Cangkul/cangkul konkrit

NO KOD / CODE NO: WTP 1012/KP/(2K)-K2 Muka: 18 / 32

Bancuhan Mesin
i. Mesin Pembancuh
ii. Kereta Sorong
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 19 drp : 33

vii. Bancuhan siap dari kilang

Loji membancuh konkrit

Lori dengan dram


pembancuh untuk
mengangkut konkrit dari
kilang

7.0 PROSES DALAM KERJA KONKRIT


Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
i. Membancuh konkrit (Mixing concrete)
ii. Mengangkut Konkrti (Transporting concrete)
iii. Menempat/menuang konkrit (Placing concrete)
iv. Memadat konkrit (Compacting concrete)
v. Pengawetan Konkrit (Curing concrete)

8.0 MENEMPAT/MENUANG KONKRIT


Menempat/menuang konkrit adalah peringkat proses kerja paling penting yang
menentukan hasil kerja kerana pada peringkat ini beberapa prosedur perlu
dipatuhi. Prosedur yang perlu diikut menyatakan;
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 20 drp : 33

a) Konkrit hendaklah dituang sebaik sahaja siap dibancuh.


b) Ia perlu dituang berperingkat-peringkat sehinggalah memenuhi kotak
acuan. Setiap peringkat tuangan hendaklah dimampatkan.Kaedah ini
adalah perlu kerana ia dapat membantu memadatkan konkrit secara
keseluruhan dari bawah ke atas. Penuangan yang serentak
menyebabkan pemadatan konkrit dibahagian bawahnya tidak dapat
dilakukan. Keadaan ini adalah tidak baik bagi penghasilan struktur
berkualiti.
c) Segala kekotoran seperti abuk kayu pada kerjabentuk hendaklah
dibuang sebelum tuangan konkrit dibuat.
d) Kerjabentuk/kotak acuan perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi
memastikan kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh
kayu yang kering
e) Permukaan dalam kotak acuan hendaklah disapu dengan minyak
hitam atau air sabun atau kapur supaya konkrit tidak melekat pada
permukaan tersebut.Minyak hitam hendaklah disapu terlebih dahulu
sebelum tetulang diletak di dalam kerjabentuk. Ia bagi mengelakkan
minyak hitam terkena pada besi tetulang. Konkrit tidak akan melekat
pada permukaan besi tetulang yang berminyak. Akibatnya kekukuhan
gabungan antara tetulang dan konkrit terjejas.
f) Jika permukaan konkrit akan dilepa,permukaan dalam kerjabentuk
tidak boleh disapu minyak hitam kerana lapisan lepa tidak akan
melekat pada permukaan yang berminyak.
Selain dari itu terdapat beberapa kaedah yang perlu diberi perhatian
semasa kerja-kerja penempatan dan penuangan konkrit berdasarkan
keadaan kerja-kerja konkrit yang perlu dilakukan.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 21 drp : 33

i. Kerja konkrit Menegak


ii. Kerja Konkrit Mendatar
 Tuangan dilakukan bagi struktur lantai bawah padu dan lantai atas
 Konkrit perlu dituang terus menerus hingga selesai memenuhi ruang
yang ditetapkan.
 Konkrit perlu diratakan dan tidak dibiarkan berlonggok-longgok hingga
melebihi ketebalan kerjabentuk.
 Tuangan konkrit dilakukan berlapis-lapis dan setiap lapisan dipadatkan.
Sewaktu menuang konkrit untuk lapisan atas,.lapisan dibawahnya
hendaklah masih basah

8.1 Persediaan sebelum Menuang Konkrit


 Lantai Bawah Padu
i. Tapak kerja disediakan dengan baik dan bersesuaian.
ii. Tapak tanah hendaklah dipadatkan dengan mesin pemadat atau
menggunakan rammer.
iii. Tapak tanah hendaklah disiram air supaya mendapan mudah
berlaku dan membantu pemadatan tapak
iv. Jika kerja konkrit perlu dilapiskan,permukaan terdahulu perlu bebas
dari bahan-bahan yang boleh melemahkan ikatan konkrit seperti
minyak,cat habuk dan sebagainya.

8.2 Kaedah Menuang Konkrit


Penuangan konkrit boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Kaedah Mesin
b) kaedah Insani

9.0 PEMADATAN KONKRIT


i. Pemadatan konkrit bertujuan mengeluarkan udara yang terperangkap dalam konkrit.
ii. Kandungan udara boleh menyebabkan :
 Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terjejas
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 22 drp : 33

Kandungan udara akan mengurangkan kekuatan konkrit. Bagi setiap 1% udara yang
teperangkap,kekuatan konkrit akan menurun sekitar antara 5% - 7%.Bermakna
konkrit mengandungi 5% kandungan udara yang disebabkan ketidaksempurnaan
pemadatan boleh menghilangkan sebanyak 1/3 daripada kekuatannya.
 Mengurangkan sifat ketelapan konkrit.
Jika konkrit tidak tumpat dan tidak telap,ia akan menjadikan konkrit tidak tahan
air,menyebabkannya tidak mampu terdedah dengan cecair secara
aggresif.Permukaan yang terdedah akan terjejas teruk dengan cuaca. Kelembapan
dan udara akan dapat menyerap sehingga kepada besi tetulang dan boleh
menyebabkan karat.
 Daya pegangan antara konkrit dan besi tetulang lemah.
Kandungan udara menyebabkan pegangan antara konkrit dan tetulang menjadi
lemah. Ikatan yang diperlukan tidak akan tercapai dan anggota tetulang tidak sekuat
sepertimana sepatutnya.
 Terjadi lubang seni dan sarang labah-labah.
Kandungan udara menyebabkan kecacatan pada permukaan contohnya lubang seni
dan sarang labah-labah.
9.1 Kaedah Pemadatan Konkrit
Pemadatan konkrit dilakukan dengan 2 kaedah iaitu cara tangan melalui cucukan
dan cara mesin melalui getaran mesin. Kedua-dua kaedah ini akan dapat
membantu membebaskan udara dalam konkrit dan seterus menghapuskan
kesan yang disebabkan oleh kewujudan udara dalam konkrit.

9.1.1 Menggunakan Tangan


a) Sesuai untuk kerja kecil dan tidak komplek
b) Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat.
c) Mengetuk kotak acuan dengan tukul besi
d) Menggunakan rammer (untuk lantai konkrit)
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 23 drp : 33

9.1.2 Menggunakan Mesin Pengetar


Mesin yang digunakan dipanggil “Mesin Getar Dalam”
Ia mempunyai motor dan satu selinder keluli yang disambung dengan
kabel kepada motornya. Digerakkan dengan kuasa letrik.
Apabila motor dihidupkan,selindernya akan bergetar. Getaran dari
selinder ini membolehkan konkrit dipadatkan dengan berkesan.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan selinder yang
bergetar ke dalam konkrit pada setiap peringkat penuangan
konkrit.Kedudukan selinder hendaklah tegak dan digerakkan ke arah
yang betul.
Penggunaan mesin getar lazimnya sesuai untuk kerja bersekala besar
kerana kemampuannya memadatkan konkrit dengan cepat.
Operasi mesin getar yang membolehkan penyebaran konkrit ke bahagian
lain berlaku dengan mudah menghasilkan pemadatan konkrit yang
seragam dan seterusnya menghasilkan keputusan yang memuaskan.

Tempoh masa yang diambil bagi operasi getaran memadatkan konkrit


sepenuhnya bergantung kepada;
i. Kebolehkerjaan konkrit- semakin kurang kebolehkerjaan bancuhan,semakin
lama ia perlu digetarkan.
ii. Tenaga yang dibekalkan pada pengetar- pengetar yang lebih besar
melakukan kerja dengan lebih cepat.
iii. Kedalaman konkrit.Seksyen yang lebih tebal mengambil masa yang lebih
lama.

9.3 Peraturan dan Teknik Memadatkan Konkrit


Penggunaan alat getar (poker vibrator) perlu dimenfaat sepenuhnya.
Pemadatan dengan alat getar perlu dilakukan dengan cara yang betul
kerana kecuaian boleh menyebabkan konkrit tidak terpadat sepenuhnya .
9.4 Kelebihan jenis alat getar Dalam ialah :
 Alat ini menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi
 tahan lasak
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 24 drp : 33

 Ia mudah dibawa dan dipindahkan kerana saiz enjinnya kecil Ia


mempunyai beberapa saiz pin getaran yang mudah ditukar untuk
menyesuaikan jenis kerja : tembok, rasuk, tiang, asas dan lain-lain lagi.

10.0 KEKUATAN KONKRIT.


 Kekuatan konkrit amat bergantung kepada reaksi hidrasi .Air memainkan
peranan kritikal terutama kandungan yang digunakan. Kekuatan konkkrit
meningkat apabila kurang air digunakan untuk membancuh konkrit.
 Reaksi hidrasi konkrit menggunakan jumlah kandungan air tertentu.
Konkrit sebenarnya dicampur dengan air yang banyak melebihi dari apa
yang diperlukan untuk reaksi hidrasi. Yang baik Air tambahan ini di
tambah bagi memberi konkrit kebolehkerjaan secukupnya. Aliran konkrit
diperlukan bagi mengcapai pengisian dan komposisi kerjabentuk.
 Air yang tidak digunakan dalam reaksi hidrasi akan tertinggal dalam liang
mikrostruktur. Liang-liang ini menjadikan konkrit lemah disebabkan
berkurangnya pembentukan kekuatan ikatan hidrat kalsium silicate. Ada
diantara liang-liang masih tertinggal tidak kira sebaik mana konkrit
dipadatkan.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 25 drp : 33

11.0 PENGAWETAN KONKRIT


 Pengawetan ialah proses pengawalan kehilangan kandungan air dari
konkrit pada awal umur konkrit melalui proses penyejatan dan cuaca yang
panas.
 Ia bagi memastikan konkrit berada dalam keadaan lembab Ini adalah
untuk memsekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari selepas ia mula
membeku. Dengan cara ini semua air yang terkandung dalam konkrit
dapat digunakan sepenuhnya untuk simen bertindakbalas di dalam konkrit

11.1 TUJUAN PENGAWETAN KONKRIT


Tujuan pengawetan konkrit adalah untuk;
 mengawal kandungan lembapan dan suhu konkrit selepas
proses penempatan selesai dilaksanakan. Ia bagi memastikan
konkrit muda berada dalam keadaan lembab seberapa lama
yang boleh supaya proses pengerasan berlaku secara
sederhana.
 meminimumkan pengeringan dan tegasan haba di dalam konkrit
muda yang boleh mengakibatkan keretakan permukaan selepas
konkrit mengeras yang digelar keretakan plastik.
 Dapat membenarkan konkrit membina dan mencapai kekuatan
maksimum. Pengawetan biasanya mengambil masa yang agak
lama kerana penghidratan simen berlaku dalam kadar yang
perlahan iaitu dalam tempoh 28 hari. Bagi 1 hari hingga 14 hari
yang pertama, adalah penting pengawetan yang sewajarnya
diambil perhatian bagi memastikan pembentukan kekuatan
mampatan konkrit yang dikehendaki boleh tercapai. Oleh itu,
ujian mampatan kiub bagi 3 hari dan 7 hari yang pertama
adalah penting dan keputusannya dapat meramalkan kekuatan
konkrit yang boleh dicapai pada usia konkrit 28 hari.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 26 drp : 33

11.2 KESAN-KESAN YANG MUNGKIN BERLAKU JIKA PENGAWETAN


TIDAK DILAKUKAN
 Kandungan air dalam konkrit akan cepat mengering dan
menyebabkan konkrit mengalami proses pengerasan yang
cepat. Keadaan ini tidak baik bagi konkrit muda kerana
keretakan akan mudah berlaku.
 Pengeringan kandungan air di dalam konkrit dengan cepat akan
menyebabkan konkrit tidak dapat menjalani proses pengerasan
dengan sempurna. Akibatnya kekuatan konkrit akan terjejas
atau berkurangan
 Senang mengalami kerosakan disebabkan cuaca sejuk.

11.3 KAEDAH PENGAWITAN KONKRIT


Menggunakan kaedah curing/ rendaman (curing test)

12.0 PROSES PENGERASAN KONKRIT


i. Simen akan mengeras secara perlahan setelah dicampur air.
ii. Antara 30 minit hingga 1 jam pertama selepas dicampur air,simen tidak lagi
bersifat plastic kerana proses pengerasan bermula.
iii. Lebih kurang 10 jam kemudian, simen bersama campuran bahan lain
menjadi pejal dan terus mengeras sehingga 7 hari
iv. Ia kemudiannya bertukar menjadi bungkah pejal.

12.1 Berikut adalah anggaran peratus kekuatan bagi konkrit yang dicapai
dalam jangkamasa tertentu.
 3 hari – 20%
 7 hari – 45%
 28 hari – 60%
 3 bulan – 85%
 6 bulan – 95%
 1 tahun – 100%
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 27 drp : 33

13.0 MELAKUKAN UJIAN KONKRIT

Mutu konkrit hendaklah sentiasa dikawal dan dijaga supaya struktur konkrit yang
dibina terjamin dari segi kekuatan dan keutuhannya. Kekuatan konkrit
bergantung kepada kesempurnaan bancuhannya dan kesesuaian untuk struktur
yang hendak dibina. Oleh itu bancuhan konkrit perlu diuji bagi menentukan kualiti
dan mengukur kebolehkerjaan (workability)

13.1 UJIAN KONKRIT


Dua ujian yang biasa diaplikasi adalah :
13.1.1 Ujian Penurunan/runtuhan (Slump Test)
13.1.2 Ujian mampatan/Ujian Kiub (Compression test / Cube test)

13.1.1 Ujian Penurunan/runtuhan (Slump Test)


Melibatkan konkrit baru siap bancuh serta masih basah. Dilakukan
ditapak bina bagi tujuan menguji tahap runtuh konkrit. Tahap
kejatuhan konkrit akan menentukan kebolehkerjaan konkrit
berkenaan

i. Menentukan kebolehkerjaan
Ujian dilakukan di tempat kerja bagi menguji konkrit yang baru
siap dibancuh. Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai sejauh mana
konkrit mudah dibancuh, diangkut, dituang / ditempatkan dan
dimampat. Secara dasarnya ia boleh dijelaskan sebagai

 Konsistensi
sejauh mana ia mudah mengalir (menggunakan cara pam
konkrit / gelungsor untuk menempat atau menuang konkrit)
 Ketekalan
Mengukur kebasahan dan kebendaliran konkrit
 Mobiliti
sejauh mana ia mudah dialirkan dan memenuhi kotak bentuk
 Kebolehpadatan
 Sejauh mana konkrit yang dibancuh boleh dimampat bagi
menyingkirkan udara yang terperangkap
 Mencapai ketumpatan maksimum yang mungkin
 Meningkatkan kekuatan mampatan dengan peningkatan
ketumpatan.

Penilaian dibuat berdasarkan keadaan atau kadar penurunan


konkrit secara fizikal melibatkan tiga jenis penurunan iaitu;
 Penurunan Sebenar
 Penurunan Ricih
 Penurunan Runtuh
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 28 drp : 33

Penurunan Sebenar;
Konkrit berkualiti tinggi dengan
kejelekitan dan campuran yang
baik.

Penurunan Runtuh:
Konkrit bermutu rendah dengan
nisbah air simen yang berlebihan

Penurunan Ricih :
Campuran yang mengandungi
kurang simen dan tidak jelekitan

13.2 Peralatan Bagi Ujian Penurunan/Runtuh

i) Ferastrum
ii) Rod Pemadat / Tamping Rod
iii) Plat tapak
iv) Pembaris Keluli
v) Sudip

Ferastrum Plat Tapak Sudip


Funnel/corong
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 29 drp : 33

Laporan Keputusan:
Penurunan konkrit semasa ujian dilakukan hendaklah direkodkan dalam mm.
Sebarang penurunan spesimen, yang berlaku secara runtuhan, memberikan
keputusan yang kurang tepat. Jika ini berlaku, ujian ulangan perlu dilakukan.
Dalam ujian ulangan ini, penurunan ricih yang berlaku hendaklah diukur dan
direkodkan.

13.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Ujian Penurunan /


Runtuh :
i. Nisbah air simen
ii. Masa yang diambil untuk ujian selepas konkrit dibancuh. Bahan perlu
segera diuji bagi mengelakkan air terhidrat.
iii. Alat yang diguna - berkeadaan baik, bersih dan kering

i. Nisbah air-simen
 Kekuatan konkrit pada suatu umur tertentu dan diawet dalam
keadaan tertentu adalah bergantung kepada beberapa faktor yang
antaranya ialah nisbah air-simen dan tahap pemadatan.
 Nisbah air-simen ialah nisbah berat air (iaitu berat air yang
dicampurkan dan berat air bebas di permukaan batu baur) dengan
berat simen yang digunakan dalam satu bancuhan konkrit.
 Walaupun campuran yang kering boleh menghasilkan kekuatan
yang tinggi, namun untuk pemadatan yang sempurna
dilaksanakan, akan berlaku kesukaran kerana kandungan air
yang rendah menyebabkan komposisi konkrit tidak dapat
bercampur dengan sekata.
 Sebaliknya, bagi konkrit yang terlalu basah, pengasingan dan
lelehan air akan berlaku sehingga menjejaskan mutu konkrit
dan seterusnya mengurangkan kekuatannya.

 Pengertian Kadar Nisbah Air Simen


 Bermaksud kuantiti air dalam bancuhan konkrit berbanding
dengan kuantiti simen.
 Nisbah air Simen yang biasa adalah antara 0.45 hingga
0.65
 Formula: Nisbah air simen = Berat air
Berat Simen

 Perbandingan Nisbah air simen dengan kesannya ke atas


konkrit
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 30 drp : 33

Nisbah Air - Simen Keterangan Terhadap


Kesan
 Konkrit sukar dikerjakan
Nisbah  Kebolehkerjaan rendah
air-simen kurang  Konkrit sukar dipadat

 Kebolehkerjaan tinggi
Nisbah air-simen  Pengasingan berlaku
berlebihan  Kekuatan & ketumpatan
berkurangan.
 Konkrit akan retak apabila
mengecut.
 Kekuatan konkrit rendah

13.4 Penurunan Yang dibenarkan Mengikut Jenis Struktur

PENURUNAN
JENIS BINAAN PENURUNAN
BIL MAKSIMUM
MINIMUM (MM)
(MM)
1 Papak/slab, rasuk, tembok & tiang 50 100
2. Tembok penahan 75 125
3 basement,tapak bangunan,tapak 20 80
tetulang.
4 Geladak jambatan 20 50
5 Binaan jisim berat/konkrit biasa 23 50
tidak bertetulang
6 Kerja jalan dan lantai 25 100

13.5 Konsistensi konkrit

Konsistensi Penurunan - Runtuhan


Terlalu kering 0
Sangat keras 0 – 12.7
Keras 12.7 – 25.4
Plastik keras 25.4 – 50.8
Plastik 50.8 – 101.6
Cair 101.6 – 152.4
Sangat cair 152.4 – 203.2
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 31 drp : 33

14.0 UJIAN MAMPATAN/KIUB

 konkrit yang mengeras akan membentuk struktur yang seharusnya berupaya


menanggung beban terutama tegasan tekanan. Bagi memastikannya
keupayaannya ia perlulah sentiasa diuji khususnya melalui ujian mampatan.
Ujian ini bertujuan bagi mengetahui dan memastikan sejauh mana
bancuhan yang digunakan akan sentiasa berupaya menerima tegasan
tekanan yang diperlukan apabila mencapai kekerasan dan kekuatannya.
 Ujian ini dibuat setiap hari kerja konkrit dilaksanakan. Pada amnya, enam kiub
ujian hendaklah disediakan. Ujian kekuatan pecahan sebanyak tiga kiub
hendaklah diuji pada hari ke 7 dan tiga kiub yang lain pada hari ke 28. Boleh
juga dilakukan pada hari ke 3 dan 14. Keputusan dari ujian-ujian ini akan
memberi gambaran bahawa campuran itu adalah betul. Ia juga akan
memberikan gambaran yang jelas kepada kekuatan konkrit yang telah dibuat.

14.1 Kriteria ujian mampatan adalah seperti berikut;


 Ujian melibatkan konkrit terkeras.
 Dilakukan dengan menggunakan beberapa kiub konkrit
berukuran 150mm x 150mm x 150mm atau 100 x 100x
100mm daripada bancuhan konkrit yang mahu diuji.
 Menggunakan mesin ujian mampatan
 Unit bacaan P kN
 Kekuatan mampatan( kekuatan tahan hancur)
 diuji setelah kiub mencapai ke hari 28 .
 Formula : Kekuatan Mampatan (N/mm²)= P/A
P= Beban yang dikenakan
A= Luas permukaan tembok

14.2 Peralatan Ujian Mampatan


 Acuan kiub / Cube Mould
 Sudip
 Rod Pemadat / Tamping rod
 Spanar
 Mesin Pemampat
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 32 drp : 33

14.3 Kaedah ujian

Setiap ujian yang dilakukan perlu diambil bacaannya. Jika 3 kiub diuji,
dapatkan purata bacaannya. Contoh di bawah menunjukkan Jadual
catatan keputusan ujian mampatan bagi bancuhan konkrit 1:2:4 yang
telah dibuat ujian penurunan dengan penurunan 50mm.
Kekuatan Tekanan (N/mm²)
Jenis Simen bancuhan 3 hari 7 hari 28 hari 3 bulan 1 tahun
Simen 8.6 17.5 27.3 33.6 45.5
Portland biasa
1:2:4 17.5 24.5 35.0 38.5 49.0
Simen Cepat
mengeras 49.0 51.1 56.0

Alumina

Kesimpulan :
Bacaan menunjukkan kekuatan konkrit tersebut semakin lama semakin
bertambah tetapi kadar penambahan di antara hari-hari yang dijadualkan
(perbezaan kenaikan mengikut hari) semakin lama semakin berkurangan.
NO. KOD WTP 1022/K 02/NK 01-02 Muka : 33 drp : 33

SUMBER RUJUKAN

1. Tang Boon Tong, 2000. Teknologi Binaan Bangunan. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. R. Barry Ariba,1985 Kursus Seni Bina Jilid 1 (edisi


B.Malaysia) International Book service

3. How to Operate a Concrete Compression Machine: 20 Steps

www.wikihow.com
4. Placing and Compacting Concrete

www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-
Concrete

You might also like