You are on page 1of 10

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 1

SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 3032 KERJA MENGECAT

KOMPETENSI 01. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT

1. Contract documents
2. Content of contract documents
KOMPETENSI
3. Approve Construction drawing
UNIT
4. Types of finishes

Trainee must be able to:

Obtain approved construction drawing.


KOMPETENSI
Interpret approved construction drawing
PEMBELAJARA
Finalise approved construction drawing details
N
Determine information regarding building residential building finishes work

WTP 3032/K 01/NK 01-02


NO KOD
EDISI JULAI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 09
NO KOD JPK BC-030-3:2013-C08
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 2 drp : 10

TAJUK : MENGENAL PASTI KEPERLUAN KERJA KEMASAN (IDENTIFY


RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORKS REQUIREMENT)

Dokumen Kontrak

Contoh Dokumen Tender


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 3 drp : 10
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 4 drp : 10

Contoh Bill & Quantities


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 5 drp : 10

Contoh Pelan Arkitek


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 6 drp : 10

1.0 PENGENALAN

Kemasan merupakan kerja penghabisan dalam proses pembinaan bangunan dimana ia


membentuk kecantikan sesebuah bangunan tersebut. Beberapa jenis kemasan boleh
digunakan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan, keadaan persekitaran, serta kos.
Kemasan bagi sesebuah bangunan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

a. Kemasan lantai

b. Kemasan dinding

c. Kemasan siling

2.0 KEMASAN LANTAI

Lantai ialah permukaan dasar rumah yang menerima segala aktiviti penghuni dan beban
yang lain. Ia juga merupakan satu elemen yang menyerikan sesuatu ruang dimana
pembinaannya hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni. Rekaan bahan
kemasan lantai yang lebih cantik dan selesa menyebabkan simen yang digunakan hanya
berfungsi sebagai medium untuk pemasangan bahan kemasan lain yang lebih menarik di
permukaannya.

Berdasarkan pada ciri-ciri yang dikehendaki, pelbagai jenis kemasan lantai boleh digunakan
dalam pembinaan. Kemasan lantai bertujuan untuk mengelakkan struktur lantai daripada
mengalami kehausan dan berlapuk. Hal ini akan mewujudkan keselamatan dan memberi
keselesaan kepada penghuni disamping ia juga dapat memberikan satu permukaan yang
menarik terhadap bangunan.

Pemilihan kemasan lantai adalah bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 7 drp : 10

1) Rupa - Pemilihan dalam rupa bentuk bahan seperti warna, jalinan permukaan dan bentuk
adalah penting bagi mencantikkan sesuatu kawasan.

2) Kelasakan (tahan lama) - Kelasakan boleh ditakrifkan sebagai tahan lama terhadap suhu,
pertukaran kelembapan, pereputan dan perlekatan pada asas yang baik.

3) Keselesaan dan keselamatan - Ini ditakrifkan pada lantai yang menyerap bunyi, rata, tidak
licin, dan penebat haba pengaliran.

4) Penyerapan bunyi - Kemasan lantai mestilah mempunyai sifat berikut supaya ia tidak
mengeluarkan bunyi yang bising yang boleh mengganggu pengguna-pengguna di suatu
kawasan. contoh, kemasan yang kurang mengeluarkan bunyi ialah jubin gabus, permaidani
dan getah.

5) Rintangan api - Ia merupakan bahan yang tidak terbakar seperti konkrit,jubin seramaik,
dan jubin bata.

6) Kebersihan - Kemasan hendaklah tidak menyerap kotoran dan senang dicuci. kerja
pencucian tidak memerlukan bahan-bahan kimia yang mahal contoh bahan kemasan seperti
ini ilah jubin seramik dan terrazo.

7) Harga - Kemasan yang dipilih hendaklah bahan yang tidak mahal harganya dan sesuai
pada semua tempat.

2.1 JENIS KEMASAN LANTAI

Pelbagai jenis kemasan lantai yang boleh digunakan dalam pembinaan tempatan antaranya
adalah jejalur kayu, mozek, terazo dan sebagainya. Didalam projek pembinaan
kebiasaannya dua jenis kemasan lantai sahaja yang digunakan iaitu;

a) Kemasan lantai daripada lepaan simen

b) Kemasan lantai daripada jubin

a. Kemasan lantai daripada lepaan simen

Kemasan jenis ini digunakan pada pembinaan perumahan kos rendah. Lepaan simen terdiri
daripada campuran simen, pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah bancuhan yang
digunakan ialah 1:3. Terdapat dua lapisan turapan iaitu lapisan pertama menggunakan
mortar dan lapisan kedua menggunakan simen minyak (slurry cement).

Bagi lapisan pertama, air yang digunakan untuk membancuh mortar adalah dalam kuantiti
yang sedikit. Ini bagi memudahkan kerja-kerja turapan. Lepaan simen dibuat secara tuang
dan diratakan dengan menggunakan kayu perata pada kecuraman permukaan yang sesuai
pada ketebalan 50mm.

Setelah lapisan pertama siap, permukaannya akan dilicinkan dengan menggunakan slurry
cement setebal 0.7mm. Alat yang digunakan untuk melicinkan permukaan adalah pemaras
keluli.

b. Kemasan lantai daripada jubin seramik


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 8 drp : 10

Kemasan lantai jenis ini digunakan untuk ruang tamu


dan ruang makan, bilik mandi, tandas serta dapur.
Sebelum pemasangan jubin seramik, ia hendaklah
diturap terlebih dahulu dengan mortar. Setelah ianya
selesai, pemasangan jubin seramik dimulakan.
Terdapat dua jenis jubin yang digunakan iaitu jubin
gilap (permukaan licin) dan jubin separuh gilap
(permukaan sedikit kesat dan kusam).

Jubin gilap akan dipasang pada ruang tamu dan


ruang makan serta dapur. Manakala jubin separuh
gilap dipasang pada bilik mandi dan tandas. Jubin-jubin dipasang dengan mengatur di atas
lapisan asas mortar setebal 20mm dan diturapkan dengan bancuhan simen dan air.

Setelah selesai pemasangan jubin, celahan sambungan diantara jubin akan diisi simen putih.
Kemasan ini mempunyai kualiti halus yang bagus dan tidak boleh dirosakkan oleh minyak.

c. Jejalur kayu

Kemasan ini terdiri daripada papan jalur sama


ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam
pada lapisan konkrit ataupun pada gelegar
kayu. Papan jalur yang digunakan mestilah
bertanggam lidah dan lurah ataupun
bertanggam lekap. Sebaik-baiknya lebar papan
jalur mestilah tidak melebihi 100mm kerana
papan yang terlalu lebar akan mengecut
berlebihan ketika proses pengeringannya.

Papan jalur selebar 75mm biasanya boleh didapati dalam pasaran tempatan. Lantai jalur
kayu boleh dikemaskan dengan sampang atau lekar. Kebiasaannya jenis kayu keras seperti
kayu jati, cengal, dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi.

d. MOZEK

Mozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan seperti campuran seramik,
kaca, dan marmar melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun
dengan pelbagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar
300 x 300mm. Bentuknya adalah segi empat sama, segi empat tepat dan juga segi enam.

Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen pasir 1:3 untuk meletakkan
mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan antara mozek-mozek ini diisikan dengan
bancuhan simen dan pasir halus. Jubin mozek digunakan pada ruang-ruang dapur, tangga,
dan tandas.

e. TERAZO
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 9 drp : 10

Biasanya dibuat dikilang-kilang dalam bentuk kepingan yang berukuran 200mm x 200mm,
225mm x 225mm, 300mm x 300mm sehingga 500mm x 500mm. Jubin-jubin terazo ini
dipasangkan di atas simen pasir 1:3, tebal jubin terazo lebih kurang 25mm. Sambungan di
antara jubin-jubin terazo ini dikemaskan dengan simen putih. Jubin-jubin terazo yang
dipasangkan pada satu ruang hendaklah rata dan dilicinkan dengan mesin pencalar. Bagi
ruang bersempadan lantai denagn dinding kambi, terazo dibina. Kambi-kambi tersebut dibina
pada ketinggian 100mm dan ketebalan 20mm. Bahagian atas kambi ini dibentuk separuh
bulat.

2.2 KEMASAN DINDING

Kemasan dinding mempunyai fungsi khas dalam sesebuah bangunan. Fungsinya adalah
untuk mendapatkan kesan kecantikan dan meninggikan daya ketahanan sesuatu dinding.
Selain itu, ia juga menutupi permukaan dinding yang tidak rata dan memberikan permukaan
rata. Kemasan dinding terbahagi kepada dua jenis iaitu;

a. Kemasan lepa

b. Kemasan Jubin

2.2.1 KEMASAN MELEPA

Melepa merupakan salah satu kerja kemasan untuk dinding atau tembok. Kerja melepa
dinding dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip air dan elektrik siap dilakukan. Di
dalam kerja melepa bahan pelekat yang
digunakan ialah mortar. Mortar adalah
hasil campuran simen penampal
(walcrate), pasir halus dan air. Simen
penampal berbeza dari simen Portland
biasa. Ini kerana simen penampal
mengandungi kapur dan simen.
Manakala pasir yang digunakan untuk
melepa lebih halus dari pasir yang
digunakan dalam bancuhan mortar
mengikat bata. Dengan itu, campuran
simen penampal, pasir halus, dan air
adalah khusus untuk tujuan melepa. Nisbah campuran yang digunakan untuk menghasilkan
mortar ialah 1:3(simen:pasir).

Mortar yang digunakan dibancuh di tapak dengan menggunakan mesin penggaul konkrit
(concrete mixer). Kualiti mortar perlu dikawal dengan baik supaya menghasilkan mortar yang
berkualiti. Dalam kerja melepa, lapisan base coat dilepa pada dinding bata yang telah siap
diikat. Lapisan ini adalah penting kerana ia akan menyerap air daripada lapisan finish coat
yang akan dilepa kemudiannya agar dinding tidak kelihatan lembap. Selain itu, lapisan ini
juga bertujuan untuk meratakan ikatan dinding bata yang kurang rata.

Lapisan finish coat akan dilepa kemudiannya pada ketebalan hingga 1 bergantung
kepada kerataan dinding menggunakan sudip. Seterusnya, lapisan plaster ini akan dilepa
dengan satu lapisan minyak yang dikenali sebagai slurry cement.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 10 drp : 10

Bancuhan ini terdiri daripada simen penampal dan air. Lapisan inilah yang akan menonjolkan
ciri estetika bangunan yang dibina. Selepas lapisan simen slurry dilepa, ia akan disapu
dengan air menggunakan berus cat supaya garisan halus terhasil pada dinding untuk
mengekalkan kelembapan pada lepaan. Ini perlu supaya cat yang dicat dapat melekat pada
dinding.

Bagi dinding luar, lepaan yang dibuat hanya melibatkan dua lapisan iaitu basecoat dan
finish coat. Lepaan yang dibuat bagi dinding di luar rumah adalah lebih kasar yang
menampakkan tekstur pasir. Selepas lapisan finish coat, dinding akan disapu dengan air
menggunakan span. Ia bertujuan untuk menampakkan permukaan dinding lebih kasar.

Terdapat pelbagai jenis kemasan yang boleh dilakukan pada bangunan, namun pada modul
ini kita akan lebih memfokuskan kepada kemasan mengecat.

You might also like