You are on page 1of 13

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU

BEG BERKUNCI NO.4


89009 KENINGAU
SABAH

KERJA PAGAR
NAMA:
SHAREZAN BIN MURAID
NO K/P:
980812-12-5877
KURSUS:
TEKNOLOGI PEMBINAAN
NAMA PENSYARAH:
EN.BRIGET MALIBIND
EN.JOHN TUNGIN
SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

KESIMPULAN

LAMPIRAN

RUJUKAN
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Kolej Vokasional


Keningau iaitu, Puan Siti Aisa Hj Maidin kerana telah memberi kami semangat yang tak
terhingga untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini. Ucapan terima kasih juga saya
tujukan kepada Pensyarah Matapelajaran ini iaitu, En.Briget Malibin dan En.John Tungin
yang memberi kami bimbingan dan dorongan sewaktu berada dikelas beliau. Ucapan
terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya yang sentiasa memberi
saya sokongan dan dorongan sehingga tugasan ini selesai. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada rakan-rakan saya yang membantu saya dalam mencari maklumat dan bahan-
bahan rujukan sehingga tugasan ini selesai.
PENGENALAN

Pagar adalah struktur tegak yang dirancang untuk membatasi atau mencegah gerakan
yang melintasi batas yang telah siap dibina. Pagar pada umumnya dibezakan dengan
dinding, menurut kukuhan kontruksinya: dinding merupakan pembatas yang diperbuat
daripada batu bata atau beton, ia bukan sahaja membatasi gerakan, melainkan juga
pandangan (walaupun definisi ini kadang saling tumpang tindih).

Pagar mempunyai beberapa kegunaan,antaranya, pagar pertanian untuk melindungi


haiwan ternak dari pemangsa; pagar privasi untuk memberikan privasi; pagar sementara
untuk memberikan keselamatan dan keamanan masyarakat . pagar pengaman untuk
menghindari pelanggar batas atau pencuri dan mencegah anak-anak dan haiwan
peliharaan untuk lari; serta pagar hias, untuk mempercantikan pandangan rumah, taman,
atau sebaginya.
ISI KANDUNGAN

 BAHAN,ALATAN DAN KELENGKAPAN UNTUK KERJA PAGAR

 Bahan

 Pagar kayu - Digunakan untuk menghalang daripada binatang liar memasuki


kawasan yang dibina.

 Pagar dawai - Digunakan untuk menghalang binatang daripada memasuki kawasan


yang dibina serta mencantikkan pemandangan disekililingnya.

 Tiang besi - Digunakan untuk mendirikan pagar serta mengukuhkan kedudukan


pagar yang dibina.Ia digunakan bersama dengan pagar dawai(chain link).

 Dawai pengikat - Digunakan untuk mengikat pagar dengan tiang besi.

 Alatan dan kelengkapan

 Mesin penggali tanah - Digunakan untuk menggali lubang supaya memudahkan kerja
pemasangan tiang besi.

 Skop - Digunakan secara manual untuk menyedok bahan ditapak bina


seperti,pasir,batu dan lain-lain.

 Pita ukur - Digunakan untuk mengukur jarak dan kedudukan tiang yang akan dibina.

 Benang - Digunakan untuk menandakan kedudukan tiang, supaya selari dengan tiang
yang lain.

 Cangkul - Digunakan secara manual untuk menggali lubang.


 BAHAN,ALATAN DAN KELENGKAPAN UNTUK KERJA MEMBINA
PAGAR DAWAI DAN TIANG PINTU PAGAR DARIPADA JENIS KELULI
LEMBUT

 Bahan

 Dawai pengikat - Digunakan untuk mengikat pagar dengan tiang besi.

 Konkrit - Digunakan untuk menutup lubang yang telah digali,serta mengukuhkan


kedudukan tiang pintu pagar yang didirikan.

 Alat dan kelengkapan

 Alat aras spirit - Digunakan untuk mengukur kedudukan dan ketegakan tiang pintu
pagar.

 Skop - Digunakan untuk membancuh konkrit secara manual dan menyedok bahan
ditapak bina.

 Baldi jurubina - Digunakan untuk membawa bahan.Contohnya,membawa konkrit


dan menempatkannya didalam lubang yang telah digali.

 Mesin gerudi - Digunakan untuk membuat lubang pada permukaan tiang pintu
pagar,supaya memudahkan kerja mengikat dawai dijalankan.

 Rod besi - Digunakan untuk memadatkan konkrit yang telah dituang kedalam lubang
tiang pintu pagar.
 BAHAN,ALATAN DAN KELENGKAPAN UNTUK MEMBINA TIANG
PINTU PAGAR DENGAN KERJA BATA ATAU BATU

 Bahan

 Konkrit - Digunakan untuk mengukuhkan tetulang yang didirikan.

 Mortar - Digunakan untuk memudahkan kerja bata dijalankan.

 Tetulang - Digunakan untuk mengukuhkan tiang pintu pagar.

 Bata/batu - Digunakan untuk membina tiang pintu pagar.

 Alat dan kelengkapan

 Sudip - Digunakan untuk mengikat bata.

 Alat aras spirit - Digunakan untuk mengukur ketegakan tetulang serta ketegakan
bata.

 Sesiku bangunan - Digunakan untuk persediaan awal bagi menguji kepersegian bata
yang disusun.
JENIS-JENIS PAGAR

 Pagar kayu : bahan pagar yang biasa digunakan kerana kemampuan dan
ketahanannya. Gunakan softwoods untuk tiang pagar kerana iaadalah lebih tahan
reput. Kayu juga boleh dirawat terhadap reput , serangga, anai-anai, dan unsur-
unsur supaya ia akan bertahan lebih lama. Pagar kayu boleh dirawat dengan cara
dicat berwarna. Gaya pagar termasuk piket, ram , panel , dan lapped pagar kayu .

 Pagar PVC : ia bebas dari berkarat- percuma, cat bebas dan alternatif pagar tahan
lama , walaupun pagar ini mahal.Ia mempunyai kekuatan yang tahan lama dan
tidak mudah reput.
 Pagar steel: pagar keluli atau aluminium adalah ringan dan kuat. Jenis biasa
aluminium ialah besi pagar piket termasuk keluli, COLORBOND , pagar keluli
berbentuk tiub , pagar panel besar, atau ram . Steel / aluminium pagar boleh
didapati dalam pelbagai warna, ia biasanya serbuk bersalut.

 Bata / pagar simen: pilihan yang sangat popular untuk rumah-rumah


moden.walaupun ia adalah mahal daripada kayu, Tetapi ia memiliki kekuatan
yang kukuh. Bata dan simen pagar perlu dibina di footings yang stabil.
 Pagar Vinyl : ia adalah penyelenggaraan yang sangat rendah - sekali dipasang ia
tidak akan perlu dicat . Dari jauh, pagar vinil kelihatan seperti pagar kayu
standard. Pagar ini telah direka sebagai alternatif kepada pagar kayu dan tiada
serpihan.
KESIMPULAN

Kesimpulannya,kita haruslah mengetahui jenis-jenis pagar yang sesuai untuk kita


bina.Bahan,alatan dan kelengkapan juga perlu kita tahu kegunaannya,Kerana ini sangat
membantu kita dalam kerja membina pagar dan tiang pintu pagar.Keselamatan juga
haruslah diutamakan.Dengan cara ini, kita sentiasa dalam keadaan yang terselamat.Akhir
sekali,pekara yang paling penting ialah kos keseluruhan pembinaan kerja pagar yang
perlu dititik beratkan.Jika perkara ini tidak diambil peduli ia akan menyebabkan kerugian
terhadap diri sendiri.
LAMPIRAN

Pagar dawai(chain link)


RUJUKAN

 INTERNET

 BUKU RUJUKAN - teknologi pembinaan dan konkrit

You might also like