You are on page 1of 48

NO.

KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 1 drp : 47

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 3013 SISTEM PEMASANGAN BUMBUNG

KOMPETENSI 03 MENJALANKAN PEMASANGAN SISTEM BUMBUNG

1. Mengenal pasti keperluan system pemasangan bumbung pada bangunan kediaman


KOMPETESI UNIT
2. Melaksanakan kerja penetapan pemasangan bumbung
3. Menjalankan kerja penetepan pemasangan bumbung
4. Menyelaras system pemeriksaan bumbung
Upon the competency unit, trainee will be able to:

1. Mengenal pasti keperluan system pemasangan bumbung pada bangunan kediaman


KOMPETENSI 2. Melaksanakan kerja penetapan pemasangan bumbung
PEMBELAJARAN
3. Menjalankan kerja penetepan pemasangan bumbung
4. Menyelaras system pemeriksaan bumbung

NO KOD WTP 3013/K 03/NK03-04

BC-030-3;2013 MUKA : 01 DARIPADA 45


NO KOD JPK
BC-030-3:2013-C07

1
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 2 drp : 47

TAJUK : MENJALANKAN PEMASANGAN SISTEM BUMBUNG

1.0 Pengenalan

Bumbung adalah merupakan satu daripada bahagian-bahagian yang terpenting bagi satu-satu bahagian bangunan kerana ia
digunakan untuk melindungi penghuninya daripada hujan, panas dan cahaya matahari. Untuk bangunan tropika, bumbung
mestilah dibina dengan mengambil kira iklim serantau untuk mendapatkan bangunan yang selesa diduduki.
Pemilihan jenis bumbung adalah berdasarkan ciri-cirinya yang berikutnya.

1. Rekabentuk
2. Kekuatan
3. Ketahanan
4. Bahan penetap
5. Perintang api
6. Perintang cuaca

Jenis bumbung

Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung curam. Bumbung
rata biasanya merujukkan kepada bumbung yang mempunyai kecerunan kurang daripada 10º. Kerangka bumbung rata terdiri
daripada kayu, besi, rasuk konkrit atau papak konkrit dan ditutup dengan bahan yang kalis air seperti kepingan asbestos, zink,
besi bergalvani, aspaft, kuprum dan sebagainya. kasaunya merentang antar tembok, rasuk ataupun kekuda dengan jarak 2-4 meter
dari tengah ke tengah untuk menyokong gulung-gulung.

Kaedah Pengiraan Panjang Kasau

Panjang kasau boleh diperoleh dengan menggunakan cara


 Jadual kasau
 Lukisan berskala
 Kiraan hisab

Kaedah pengiraan bagi menentukan curam bagi pembinaan bumbung adalah seperti di bawah :

𝑵𝒂𝒊𝒌
𝑪𝒖𝒓𝒂𝒎 =
𝑳𝒂𝒓𝒊𝒂𝒏

Contoh :

Rentang = 6000mm
Naik = 1500mm

Hitungkan kecuraman.
1
Larian = rentang = 3000mm
2

2
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 3 drp : 47

Naik 1500
Curam = =
Larian 3000

1
=
2

Contoh pengiraan mencari panjang kasau menggunakan kiraan.

Rentang = 8000mm
Naik = 3000mm
Dengan menggunakan teorem phytogoras.
1 1
Larian = rentang = (8000)
2 2
= 4000mm

C² =A²+B²
= 3000 ² + 4000 ²
C = √9 000 000 + 16 000 000
= √25 000 000
= 5000mm
Panjang kasau = 5000mm

3
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 4 drp : 47

Nama – nama bahagian dalam kerangka bumbung.

4
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 5 drp : 47

Istilah-istilah binaan bumbung

1. Penutup bumbung (atap)


Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang berfungsi sebagai pelitup, pelindung, penebat dan bahan
kalis air.Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah seperti papan cam, genting rata, genting lengkung S, berkait panca,
kepingan logam, kepingan-kepingan bergelugur dan sebagainya.

JenisPenutupBumbung Kadar Curam minumum Sudut Curam Minimum


Kepingantembagadanaspal 1/160 3/4˚
Timahhitamdanzink 1/160 3/4˚
Felaspaldan asbestos bergelugur 1/20 5 3/4˚
Papan cam (besar) 1/5 21 3/4˚
Papan cam (sederhana) 1/4 26 1/2˚
Papan cam (kecil) 1/3 33 1/2˚
Genting rata dana tap daun 1/2 45˚
Genting berkaitpanca 23/80 30˚

2. Kasau betina
Bahagian yang seakan-akan gelegar tetapi diletak kancondong.Ia direntangkan di antara tulang bumbung pada bahagian
atas dengan plat tembok di bahagian bawah. Bahagian yang di sebelah atas dinamakan kepala, sementara bahagian bawah
dinamakan ekor.

3. Rentang
Rentang bangunan ialah jarak mengufuk sebelah dalam di antara dua tembok yang direntangi oleh setiap set kasau dalam
sesuatu binaan bumbung. Larian kasau ialah jarak mengufuk yang dilalui oleh setiap kasau.

4. Naik
Naik ialah ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok dengan bahagian yang tertinggi sekali yang dilalui oleh
sesuatu kasau.

5. Plat tembok/plat dinding


Plat tembok ialah alas yang diperbuat daripada beroti panjang yang diletakkan di atas tembok. Selain daripada berfungsi
sebagai tapak untuk memasang kaki-kaki kasau, ia juga berfungsi sebagai pengagih beban keatas tembok dengan sama
rata.

6. Cucur bumbung
Cucur bumbung merupakan bahagian bawah binaan bumbung yang menganjur di sepanjang tepi sebelah luar bangunan.

7. Curam bumbung
Curam bumbung merupakan kecerunan atau kecondongan sesuatu binaan bumbung yang diukur dari garis mengufuk.
Kecuraman sesuatu binaan bumbung bergantung padaf aktor-faktor seperti jenis penutup bumbung yang akan digunakan,
aspek kecantikan, saiz bangunan dan juga kesesuaiannya dengan bangunan yang dibina.

8. Tulang bumbung
Tulang bumbung merupakan sekeping kayu atau papan yang dipasang di sepanjang puncak binaan bumbung di mana
bahagian atas kasau-kasau betina dipasang.Dengan kewuju dan tulang bumbung ini, pemasangan kepala-kepala kasau
dapat dilakukan dengan mudah di sampingdapa tmenghasilkan suatu puncak yang lurus.

9. Garisan limas
Garisan limas merupakan suatu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan bumbung yang mencuram berlain
anarah bertemu dan menghasilkan satu sudut luar lebih daripada 180˚.Pada bahagian ini, dipasang dengan kasau yang
dinamakan kasau limas.

10. Lurah bumbung


Lurah bumbung terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan suatu sudut luar yang kurang
daripada 180˚.Pada bahagian ini, dipasang dengan kasau yang dinamakan kasau lurah.

5
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 6 drp : 47

11. Kasau pendek


Kasau-kasau ini lebih pendek daripada kasau-kasau betina yang terdapat dalam binaan bumbung yang sama. Kasau
pendek limas ialah kasau yang bahagian kakinya terletak pada plat tembok sementara bahagian atasnya dipasang pada
kasau limas. Kasau pendek lurah pula ialah kasau yang bahagian bawahnya dipasang pada kasau lurah, sementara
bahagian atasnya dipasang pada tulang bumbung.

12. Kekuda bumbung


Kekuda bumbung merupakan suatu kerangka bumbung yang siap terpasang.Bahagian-bahagiannya terdiri daripada
sepasang kasau, galang pengikat dan topang-topang yang dirangkaikan menjadi satu kerangka bumbung yang kukuh.

2. JENIS DAN FUNGSI KELENGKAPAN PEMASANGAN BUMBUNG.

2.1 Bahan kerangka bumbung

i. C chanel

C Chanel merupakan anggota utama struktur kekuda. Ia mempunyai pelbagai saiz dan ditempa mengikut panjang yang
dikehendaki. Kekuatan bahan bahan : keluli gred 550MPa dan ketabalan Coating: Min. 220g/m². Saiz kerataan antara 75mm –
150mm ( 3” – 6”). Ketebalan adalah antara 0.8mm – 2.5mm. Panjang piawai adalah 6m/12m

ii. Batten

Merupakan anggota kerangka bumbung yang digunakan untuk batten dan Bracing. Mempunyai kekuatan bahan : keluli Gred
550MPa. Ketebalan Coating: min 220 g / m². Saiz keratan adalah 35mm,45mm,60mm dan Ketebalan adalah 0.48mm – 0.6mm.
Panjang standard adalah 6 meter.

6
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 7 drp : 47

iii. Trojen Batten

Merupakan anggota batten paling bawah pada pemasangan kerangka bumbung. Kekuatan bahan: keluli gred 550MPa. Saiz
kerataan : 50-60mm dan ketebalan : 0.48mm-0.6mm. Panjang standard – 3.6m/6m

iv. Kayu beroti

Digunakan sebagai kasau, gulung-gulung dan juga kayu rentang dalam kerangka bumbung kayu. Boleh didapati dalam pelbagai
saiz. Saiz kayu yang biasa digunakan dalam kerja binaan bumbung adalah 25mm x 50mm, 50mm x 75mm, 50mm x 100mm,
50mm x 125mm dan sebagainya mengikut saiz yang dilukis dalam lukisan bumbung.

2.2 Penutup bumbung

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang kalis air. Bahan-bahan yang digunakan adalah mengikut jenis dan
kecerunan bumbung. Pada dasarnya penutup bumbung dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bumbung rata dan bumbung
curam.

Bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menutup bumbung rata ialah lapisan bitumen, kepingan logam yang terdiri
daripada kupram, plumbum, tembaga, zink dan aluminium, kepingan asbestos, plastik dan papak konkrit. Bahan-bahan tradisi
yang digunakan bagi penutup bumbung curam ialah genting tanah liat, kepingan batu (slat) dan kepingan papan. Kini genting
konkrit dan bahan-bahan ciptaan baru banyak digunakan. Kegunaan bahan-bahan ini membolehkan rekaan bentuk bumbung
diperluaskan disamping mengawal ekonomi pembinaannya.

Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting biasa, genting roman, genting roman kembar,
genting manca S, genting manca rata dan sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati dalam
beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam yang secukupnya untuk mencegah kebocoran
apabila hujan lebat. Kecerunan yang minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis genting tetapi
kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi aliran air hujan yang lebih berkesan.

7
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 8 drp : 47

Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang tertentu mengikut jenis genting yang digunakan.
Tolok ialah jarak beloti diantara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-

Panjang genting - lekap


2

Butir-butir pemasangan genting ini adalah ditunjukkan dalam rajah .

8
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 9 drp : 47

i. Penutup bumbung jenis logam

Kepingan bumbung Keluli biasanya diperbuat daripada zink (zincalume), aluminium atau campuran kedua-duanya. Penutup
bumbung jenis ini sangat ringan, fleksibel dan terdapat pelbagai profil serta warna pilihan. Penutup bumbung jenis ini sangat
meluas digunakan kerana cara pemasangannya lebih mudah berbanding dengan penutup bumbung jenis genting.

ii. Penutup bumbung jenis Genting


a. konkrit.

a) Genting konkrit diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen-pigmen tambahan seperti pewarna.
b) Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar 60 ⁰.
c) Ia sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari sahaja selepas dikeringkan.

b. Genting tanah liat.

Genting tanah liat telah lama digunakan sebagai penutup bumbung rumah. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan
dikeringkan melalui proses pembakaran. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat tahan lama dan
kurang kerja penyelenggaraan

iii. Penutup bumbung jenis kayu

Penggunaan kayu sebagai penutup bumbung semakin berkurangan pada masa kini. Ini disebabkan oleh bekalan kayu yang sesuai
semakin berkurangan. Hanya kayu yang keras dan tahan lama boleh dijadikan sebagai penutup bumbung.

9
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 10 drp : 47

iv. Penutup bumbung asbestos.

Contoh kepingan asbestos

Di antara kepingan asbestos bergelugur merupakan jenis penutup bumbung yang banyak digunakan terutamanya untuk membina
rumah kediaman kos rendah, gudang dan bangunan-bangunan perindustrian.Kepingan asbestos boleh didapati dalam berbagai-
bagai saiz, umpamanya 1.2 m, 1.5 m, 1.8 m, 2.1 m, 2.4 m, 2.7 m, 3.0 m hingga 3.3 m. Tebalnya ialah 5mm bagi kepingan yang

10
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 11 drp : 47

bergelugur kecil dan 6mm bagi kepingan yang bergelugur besar. Kepingan ini hendaklah dipasangkan dengan kecerunan 25
darjah keatas dan lekap hujungnya 150mm.

2.3 Saluran air hujan

Saluran air hujan dipasang untuk tujuan mengalirkan air hujan yang turun dari penutup bumbung ke longkang. Ia boleh diperbuat
daripada logam dan juga plastik. Saluran air hujan selalunya berbentuk separuh bulat dan juga berbentuk separuh empat segi.
Namun pada masa sekarang terdapat bentuk lain yang digunakan untuk saluran air hujan.

2.4 Bahan yang digunakan untuk pemasangan penebat

i. Bahan penebat

Keupayaan sesuatu bumbung sebagai bahan penebat hendaklah dikaji apabila merekabentuk sesuatu bumbung. Ia hendaklah
berkemamapuan menahan haba yang berlebihan daripada menembusi kebahagian dalam bangunan. Tetapi sebaliknya ia
hendaklah berupaya mengekalkan bahan yang normal untuk memberi keselesaan udara didalam bangunan.

Haba dalam sesebuah bangunan boleh dikawal dengan pembinaan bumbung yang sesuai. Beberapa jenis bahan yang biasa
digunakan untuk mengurangkan haba masuk ke dalam bangunan seperti Rock Wool, Fibrewool dan Aluminium foil. Jaring
( chicken net ) digunakan untuk menyokong pemasangan bahan penebat haba seperti aluminium foil, rock wool dan fibrewool
supaya sentiasa tegang apabila dipasang.

11
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 12 drp : 47

2.5 Bahan penutup tumpu kasau dan perabung.

Penutup tumpu kasau digunakan untuk menutup hujung kasau supaya kelihatan lebih cantik dan memudahkan pemasangan
saluran air hujan. Penutup tumpu kasau ini tidak terhad kepada penggunaan jenis kayu sahaja tetapi juga boleh menggunakan
penutup jenis Steel fascia dan fascia Cement.

12
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 13 drp : 47

i. Perabung

a. Ridge Capping / Tile

Digunakan untuk menutup sambungan pada bahagian atas bumbung. Perabung diperbuat daripada logam, asbestos, plastic
dan tanah liat dan sebagainya. Penutup perabung juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut jenis penutup bumbung yang
digunakan. Contoh perabung yang biasa digunakan dalam kerja pembinaan bumbung adalah seperti gambar rajah di bawah.

b. Hip Capping / Flashing

13
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 14 drp : 47

c. Edge Tile / Flashing

Digunakan untk menutup bahagian tepi bumbung. Kebiasaannya dibuat daripada logam.

d. Wall Flashing

Berfungsi untuk menutup sambungan pada dinding bangunan.

14
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 15 drp : 47

2.6 Kelengkapan lain yang digunakan dalam kerja bumbung

i. Paku payung

Pembinaan bumbung yang menggunakan struktur kayu biasanya menggunakan paku payung sebagai bahan mengikat penutup
bumbung pada gulung-gulung.

ii. Wall plug

Wall plug ini digunakan untuk mengikat L brackit pada rasuk bumbung.

iii. Skru

15
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 16 drp : 47

16
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 17 drp : 47

2.7 Bahan penyambung kekuda bumbung bagi struktur yang menggunakan kayu.

2.8 Simen

Simen digunakan untuk menutup ruangan pada sambungan perabung dengan penutup bumbung khasnya penutup bumbung yang
menggunakan genting.

Contoh simen yang digunakan dalam kerja bumbung.

17
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 18 drp : 47

3. JENIS DAN FUGSI PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMASANGAN BUMBUNG

Mesin dan peralatan digunakan dalam kerja membina bumbung agar mudah dan cepat melaksanakan kerja. Penggunaan
peralatan dan kelengkapan yang betul mempercepatkan proses kerja pembinaan bumbung. Namun aspek keselamatan harus
diambil kira apabila menggunakannya. Terdapat beberapa jenis mesin dan peralatan yang digunakan dalam pemasangan
bumbung.

i. Misen gerudi
Digunakan untuk menggerudi Skru dan juga menebuk lubang pada konkrit. Harus menggunakan pakaian Keselamatan: PPE
apabila menggunakaknya. Cara untuk mengerudi adalah mesin mesti dalam kedudukan tegak (90°) dan memulakan gerudi
dengan perlahan-lahan.

ii. Wheel cutter


Digunakn untuk memotong Channel/Batten Mengikut Saiz Lukisan. Perlu memakai pakaian keselamatan apabila
menggunakannya. Kaedah memotong adalah posisi di kiri/kanan mata pemotong

iii. Hand Grander


Digunakan untuk Trim/Notching Channel atau Baten Yang Terlebih.

iv. Genset
Digunakan sebagai bekalan elektrik Alternatif

18
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 19 drp : 47

v. Tukul kuku kambing


Digunakan untuk menukul paku terutama sekali dalam kerja bumbung kayu.

vi. Spanner
Digunakan untuk memngetatkan bolt dan nat semasa kerja pemasangan wallplug dan juga boleh digunakan semasa kerja
memutar skru dalam pemasangan penutup bumbung terutama sekali dalam kerja bumbung keluli.

vii. Benang
Benang tukang digunakan untuk kerja merancang tanda pembinaan dan juga digunakan semasa memasang penutup bumbung.

viii. Marker pen


Digunakan untuk menanda dan membuat garisan terutama sekali apabila menggunakan bahan struktur keluli.

ix. Pensil tukang


Digunakan untuk menanda garisan.

x. Kren
Digunakan untuk mengangkat kekduda ke bahagian atas untuk dipasangkan.

xi. Perancah
Digunakan sebagai tempat untuk melakukan kerja dalam pemasangan bumbung.

xii. Extention wire


Digunakan untuk tujuan mendapatkan bekalan elektrik daripada punca kuasa di tempat yang tinggi.

xiii. Gunting
Digunakan untuk memotong bahan penebat

xiv. Gergaji
Digunakan untuk memotong kayu

Peralatan Keselamatan

Peralatan keselamatan sangat perlu apabila kita membuat sesuatu kerja. Pemilihan pakaian dan alat keselamatan adalah
bergantung kepaada jenis kerja yang dilakukan. Bukan semua alat keselamatan dipakai dalam semua jenis kerja. Penggunaan
peralatan atau pemakaian keselamatan yang salah akan menyebabkan bahaya kepada pengguna. Peralatan keselamatan yang
digunakan dalam kerja bumbung adalah seperti pelindung mata, topi keselamatan, kasut keselamatan dan tali pinggang
keselamatan.

Contoh pemakaian alat keselamatan dalam kerja bumbung

19
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 20 drp : 47

4. PROSUDER SISTEM PEMASANGAN BUMBUNG.

i. Membersihkan kawasan kerja

Sebelum kerja pemasangan bumbung dilaksanakan, kerja pembersihan perlu dilakukan bertujuan memudahkan kerja pemasangan
bumbung dilakukan dan juga mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

ii. Mengukur dan menanda


a. Kerja mengukur dan menanda perlu dilakukan dengan teliti agar tidak berlaku kesilapan semasa kerja pemasangan
bumbung.
b. Kerja mengukur harus lah berdasarkan kepada ukuran yang terdapat dalam lukisan.
c. Kepersegian, jarak antara kasau,ketinggian dan kerataan harus dititikberatkan ketika kerja pemasangan bumbung dilakukan.
Kesilapan dalam kerja merancang tanda akan menyebabkan kerugian.

iii. Memasang Kekuda Bumbung


a. Setelah kerja mengikat bata selesai, pemasangan bumbung akan dilakukan. Kerja-kerja ini dilakukan oleh pekerja yang mahir dan terlatih.
b. Kekuda boleh dibina sama ada ditempat kekuda itu dipasang atau dibina secara pasang siap kemudian diangkat ke atas untuk dipasangkan.
c. Kekuda bumbung adalah berbentuk segitiga iaitu hasil gabungan anggota bumbung seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupangdan sebagainya.
d. Kekuda bumbung boleh dibina menggunakan besi keluli atau kayu yang dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan.
e. Sekiranya pembinaan menggunakan keluli, ia akan disambung menggunakan fabricate.
f. Jika menggunakan kayu, ia akan disambung menggunakan paku.
g. Tegakkan kekuda dengan menggunakan alat yang sesuai.
h. Buat penjajaran kepada kekuda.
i. Pastikan kekuda mempunyai aras yang sama rata.

iv.Pemasangan kerangka bumbung


a. Kerangka bumbung akan dibina setelah pembinaan kekuda siap.
b. Kerangka kayu boleh dibuat menggunakan kayu atau keluli.
c. Bagi kerangka menggunakan keluli, sebelum kekuda dipasang, dinding akan diletakkan dengan skru pengikat untuk mengikat kekuda tersebut
terlebih dahulu.
d. Jarak antara kekuda adalah 3m atau 4m di antara satu sama lain.
e. Kemudian besi keluli yang lain akan dipasang di atas kekuda pada arah melintang sahaja yang dikenali sebagai purlin.
f. Jarak dari satu beroti adalah bergantung kepada saiz atap genting yang digunakan kebiasaannya.
g. Bagi kerangka yang diperbuat daripada kayu, kerangka akan dibuat selepas pembinaan tiang atas.
h. Plat tembok akan diletakkan di atas rasuk bumbung dan akan dipakukan.
i. Kemudian tetulang perabung akan diletakkan di atas tiang dan dipakukan.
j. Selepas itu, perantara antara tiang atas ke tiang atas yang lain akan dipasangkan kekuda.
k. Jarak antara kekuda masing-masing adalah 2 sahaja. Disebabkan jarak antara kekuda terlalu dekat, maka kerangka yang dibina terdiri daripada
kasau ( rafter ) dan beroti ( purlin ).
l. Jarak antara gulung ke gulung menggunakan kayu adalah hampir sama dengan j arak purlin menggunakan keluli.
m. Gulung-gulung dan kasau dibina di mana kedudukan hujungnya berlebihan daripada paras dinding. Di hujungnya dipakukan papan muka ( fascia
board ) untuk pembinaan tumpu kusau.

v. Pemasangan penutup bumbung

a. Sebelum kerja pemasangan penutup bumbung dilakukan, jaring dipasang diatas gulung-gulung atau purlin untuk
membolehkan aluminium foil didipasang diatasnya.
b. Jarring perlu dipasang dengan tegang agar aluminium foil yang akan dipasang tidak akan melendut.
c. Selepas jarring dan bahan penebat dipasang, pemasangan penutup bumbung akan dilakukan.

20
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 21 drp : 47

vi. Pemasangan tumpu kasau

a. Kerja pemasangan tumpu kasau perlu dilakukan sebelum kerja pemasangan saluran air hujan dilakukan.
b. Pemasangan tumpu kasau dilakukan sebelum atau selepas kerja pemasangan penutup bumbung.
c. Tumpu kasau dipasang bukan sahaja menggunakan kayu tetapi boleh juga menggunakan Steel fascia dan fascia Cement
mengikut kesesuaian dan kehendak.

vii. Pemasangan saluran air hujan.

a. Pemasngan saluran air hujan dilakuakn selepas kerja pemasangan penutup bumbung dilakukan.
b. Kecerunan saluran air hujan adalah perkara yang sangat penting bagi memudahkan aliran air.
c. Arah aliran air perlu ditentukan sebelum kerja pemasangan saluran ini.
d. Jika arah aliran air terlalu panjang, kecondongan perlu dimulakan daripada tengah menghalah ke hujung. Ini bertujuan
mengelakkan daripada saluran menanggung beban air sebelum disalurkan ke longkang.

PEMBINAAN CUCUR ATAP

Cucur atap ialah hujung bumbung yang terunjur keluar dari sisi tembok. Di kawasan tropika, cucur atap mempunyai unjuran yang
lebih panjang kerana ia boleh mengelakkan air hujan daripada masuk ke dalam bangunan melalui tingkap dan pintu. Tambahan
pula ia juga melindungi tembok daripada sinaran matahari dari menjaga keselesaan bahagian dalam bangunan.

Fungsi Cucur Atap

1. Memberi perlindungan kepada tembok yang menyokongnya di samping menambahkan kecantikan kepada bentuk
bumbung

Jenis-jenis Cucur Atap

1. Cucur atap terbuka


 Bahagian unjuran bumbung tidak ditutup dan
kerangka bumbung dapat dilihat dari
bahagian bawah sisi bangunan. Untuk
menghalang angin bertiup ke dalam
bumbung, bata kabus diikat di antara kasau.

2. Cucur atap tertutup


 Bahagian unjuran bawah bumbung ditutup
untuk melindungi kerangka bumbung.

21
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 22 drp : 47

3. Cucur atap rata


 Bahagian hujung kasau tidak diunjurkan
keluar dari bahagian ini separas dengan muka
luar tembok.

Butiran Pada Cucur Atap

22
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 23 drp : 47

Jenis Tampang Bawah Bagi Cucur Atap Tertutup

23
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 24 drp : 47

Jenis Tampang Bawah Bagi Cucur Atap Rata

 Bahagian atas tembok cucur atap terdapat kepala tembok yang berfungsi sebagai kemasan kepada tembok, mencegah air
hujan daripada mencemar permukaan tembok di bawahnya
 Jika tidak, air hujan akan bertakung di atas tembok menyebabkan muka tembok berlumut dan kotor
 Kepala tembok boleh dibina daripada bata, batu dan konkrit
 Bahagian bawah kepala tembok terdapat lurah hujan supaya air hujan yang mengalir ke bawah akan jatuh dan tidak
mengalir sampai ke permukaan tembok
 Persimpangan tembok cucur atap dan bumbung konkrit dipasangkan kambi sebagai kalis air seperti asphalt, kepingan
logam dan genting, ia khas direka supaya air tidak terserap ke dalam

24
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 25 drp : 47

25
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 26 drp : 47

4.1 PEMASANGAN STRUKTUR BUMBUNG KELULI

i. TOP CHORD – Anggota perentas atas yang menghasilkan bentuk bumbung yang dikehendaki

ii. BOTTOM CHORD – Anggota perentas bawah yang bertindak sebagai penahan kepada Top Chord

iii. WEB – Anggota tambahan untuk mengagihkan beban dan menguatkan struktur kekuda

iv. STUMP – Anggota pengukuh yang dipasang pada bahagian sokongan/rasuk

v. DIAGONAL BRACING – Anggota perembat condong yang dipasang pada Web

vi. LATERAL BRACING – Anggota perembat lurus yang dipasang pada Bottom Chor

Datel sambungan piawai

26
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 27 drp : 47

27
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 28 drp : 47

Jarak antar dua Web adalah maksimum 15mm dari tepi Cord. Begitu juga dengan pamasangan web dengan anggota kekuda
adalah jarak maximum ialah 15mm.

- Jarak minimum antar skru dengan tepi anggota ialah 10-15 mm


- Tidak dibenarkan skru dipasang secara berderet.

28
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 29 drp : 47

29
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 30 drp : 47

30
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 31 drp : 47

Pemasangan bracket

Pastikan kedudukan L-Braket mengikut kedudukan dan ukuran seperti dalam lukisan. Pastikan kedudukan L braket berada
pada kedudukan yang betul. Buang lebihan konkrit yang terdapat pada rasuk untuk mendapatkan aras yang sama semasa
pemasangan kekuda.

31
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 32 drp : 47

Tebuk lubang pada rasuk untuk pemasangan L- braket

Letakkan L braket pada kedudukan yang dilubangkan dan pasangkan dengan menggunakan wall plug. Ketuk wall plug dengan
menggunakan tukul agar wall plug masuk lebih dalam kedalam rasuk. Ketatkan wall plug dengan menggunakan spanar.

Contoh pemasangan L braket yang siap dipasang pada rasuk.

Mengangkat kekuda.

Kekuda keluli boleh dibina terus pada bahagian pemasangan bumbung atau dibina dahulu kemudian barulah
diangkat untuk dipasang. Kekuda bumbung perlu dilakukan dengan betul agar kekuda tidak mengalami kerosakan.
Kekuda telah siap dibina diangkat keatas dengan dua kaedah iaitu:

Kaedah 1
Menggunakan kaedah manusia

32
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 33 drp : 47

Kaedah ini juga hanya sesuai untuk bangunan yang tidak melebihi dua tingkat. Kekuda diangkat menggunakan tenaga manusia
dengan menggunakan tali. Kerja ini mungkin berat dilakukan sekiranya kekuda yang siap dibina itu bersaiz besar. Walaubagai
manapun kaedah ini adalah lebih murah berbanding dengan menggunakan jentera.

Kaedah 2. Menggunakan Jentera

Kaedah ini sesuai untuk bangunan yang melebihi dua tingkat dan mempunyai saiz yang besar. Ia diangkat menggunakan kren.

Jangan mengangkat kekuda seperti ini kerana ia boleh menyebabkan ketidakstabilan pada kekuda semasa diangkat.

Kaedah menggantungkan kekuda yang mempunyai rentang tidak melebihi 10 meter.

Kaedah menggantungkan kekuda yang mempunyai rentang melebihi 10 meter. Kekuda bumbung perlu diCara yang betul
menaikkan kekuda bumbung.

33
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 34 drp : 47

Menyusun dan menegakkan kekuda.

Letakkan kekuda pada kedudukan dan ukuran yang telah ditanda. Pastikan kedudukan kekuda yang dinaikkan diletakkan pada
kedudukan yang betul untuk memudahkan proses menegakkan kekuda. Sekiranya pemasangan untuk kerja bumbung adalah
rendah, kekuda boleh ditegakkan dengan cara menolak dengan kayu panjang dari bawah. Bagi bangunan yang rendah dan tidak
ada rasuk tengah, kekuda didirikan secara manual dan kekuda hanya diikat pada beberapa point sahaja.

Kekuda utama ditegakkan dan dipasangkan batten sementara untuk mendapatkan aras yang sama dan betul. Batten ini akan
dibuka setelah kekuda suda berada pada kedudukan yang tegak dan aras yang sama.

Kekuda seterusnya ditegakkan mengikut tanda yang telah dibuat. Batten sementera diletakkan pada puncak kekuda sebagai
penentu kelurusan bumbung bangunan.

34
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 35 drp : 47

Mengaras dan menjajar kekuda.

Kerja mengaras dan menjajar kekuda perlu dilakukan secara teratur agar kekuda yang dipasang berada dalam aras ketinggian
yang sama disetiap kekuda. Pastikan jarak diantara kedua-dua belah bumbung( cucur atap ) sama di setiap kekuda. Pastikan
penjajaran kedudukan kekuda seimbang.

Kerja-kerja pengarasan dan penjajaran hanya memerlukan :

i. Batten sementara yang dipasang pada kekuda.

Batten semantara perlu dipasang pada kekuda untuk mengikat kekuda sebelum kekuda dipasang sepenuhnya. Betten sementara
juga digunakan untuk memastikan kekuda yang dipasang berada pada aras yang sama.

ii. Kekuda tidak perlu diskru pada L-Braket

Pastikan jarak diantara kedua-dua belah bumbung ( ukuran susur atap ) sama di setiap kekuda. Kekuda yang diletakkan tidak di
skru pada L-Braket sehingga aras kekuda berada dalam kedudukan yang sama.

Kekuda akan di skru pada L-braket selepas penjajaran siap dilakukan.

35
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 36 drp : 47

Sekiranya terdapat kekuda yang tidak menyentuh pada L-braket semasa pemasangan dilakukan , stump perlu dipasang untuk
menstabilkan stuktur kekuda tersebut.

Memasang perimeter batten

Perimeter batten merupakan batten paling bawah / hujung yang perlu dipasang dengan betul agar pemasangan bumbung berada
dalam keadaan yang kemas. Perimeter batten perlu di setting dengan betul agar:
a. Memastikan bumbung selari dengan dinding bangunan
b. Mendapatkan overhang bumbung yang sama jarak.
c. Menentukan curahan air hujan dari bumbung masuk ke gutter / longkang bangunan

Membina Mould Batten

Mould batten merupakan alat pengukur yang digunakan untuk memudahkan pemasangan batten pada kekuda. Ia juga digunakan
untuk menentukan jarak antara batten adalah sama. kebiasaannya dua mould yang akan digunakan secara serentak dalam
pemasangan ini.

36
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 37 drp : 47

Pemasangan skru pada arah bawah adalah bertujuan untuk memudahkan kerja pemasangan batten.

Memasang bracing

Bracing dipasang untuk tujuan mengukuhkan struktur bumbung. Pemasangan lateral bracing biasanya mengikut lukisan atau
jarak minima adalah 3000mm dari pusat ke pusat. Kuantiai lateral bracing diletakkan bergantung kepada saiz kekuda tersebut.

Memasang bahan penebat

Sebelum kerja pemasangan aluminium foil atau bahan lain untuk digunakan sebagai bahan penebat, jejaring terlebih dahulu
dipasang. Bahan penabat bumbung biasanya dipasang diatas gulung-gulung atau batten tetapi ada juga bahan penebat ini
dipasang diatas kasau di bawah gulung-gulung atau batten.

37
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 38 drp : 47

i. Atap jenis metal

- Arah pemasangan selari dengan metal roofing.


- Bahan penebat dipasang di atas batten selepas jarring / chiken net dipasang.

i. Atap jenis konkrit

- Arah pemasangan adalah selari dengan batten / gulung-gulung


- Penabat dipasang di bahagian bawah batten/ gulung-gulung

38
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 39 drp : 47

Pemasangan saluran air hujan

Saluran air hujan digunakan untuk mengalirkan air hujan dan mengalirkan jauh daripada bangunan. Ia juga membantu
mencegah lumut pada bangunan dan kerosakan permukaan tanah.

Sebelum kerja pemasangan saluran air hujan, arah aliran perlu ditentukan agar pemasangan lebih mudah dilaksanakan.
Harus diingatkan bahawa jika panjang pemasangan saluran air hujan melebihi dari 40 kaki ( 12 m ), saluran air hujan perlu
dicondongkan bermula dari tengah ke kedua-dua hujung agar air hujan senang mengalir.

Memasang penutup bumbung.

Kecerunan yang kurang daripada 25 darjah boleh dilakukan dengan menambahkan lekap hujungnya ke 300mm. Bagi pembinaan
di kawasan yang selalu mengalami cuaca buruk, lekap ini perlu ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak meresap ke
dalam. Kepingan asbestos ini dipasangkan pada gulung-gulung dan disokong oleh kasau-kasau.

39
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 40 drp : 47

Jarak antara gulung-gulung

Jenis asbestos Jarak maksimum antara gulung-gulung


Kepingan kecil 0.90 m
Kepingan besar 1.35 m
Kepingan berombak sudut 1.35 m

Pemasangan kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung dilapikkan dengan sesendal mamah untuk
mencegah resapan air hujan. Skru bumbung juga digunakan. Apabila kasau dan gulung-gulungnya terdiri daripada keluli, bolt
cangkuk adalah diperlukan dalam pemasangannya.

Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting biasa, genting roman, genting roman
kembar, genting manca S, genting manca rata dan sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati
dalam beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam yang secukupnya untuk mencegah
kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis
genting tetapi kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi aliran air hujan yang lebih berkesan.

Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang tertentu mengikut jenis genting yang digunakan.
Tolok ialah jarak purlin diantara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-

Panjang genting - lekap


2

Butir-butir pemasangan genting ini adalah ditunjukkan dalam rajah .

40
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 41 drp : 47

4.2 PROSES PEMASANGAN BUMBUNG KAYU

Proses pemasangan bumbung kayu adalah hampir sama dengan proses pemasangan bumbung kerangka keluli. Kekuda boleh
dibina terus diatas rasuk bumbung atau dibuat secara pasang siap dan diangkat untuk dipasangkan.

Pembinaan dan pemasangan kekuda bumbung.

Langkah kerja :

1. Menyediakan kayu mengikut senarai potongan


2. Menyediakan papan tatahtanda
3. Menanda kasau, topang dan alang
4. Memotong kasau, topang dan alang
5. Menanda gaset papan lapis 4mm untuk penyambungan struktur
6. Memotong papan lapis
7. Menanda kedudukan bolt dan nat
8. Menebuk lubang dengan gerudi
9. Mencantum struktur menggunakan bolt dan nat dan gaset papan lapis 4mm
10. Menguji ketepatan ukuran

41
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 42 drp : 47

Contoh kerja pemasangan kekuda

Proses pemasangan kekuda bumbung menggunakan kayu juga sama dengan cara pemasangan kekuda keluli. Kasau boleh dibina
siap kemudian diangkat keatas menggunakan tenaga manusia atau menggunakan jentera. Kekuda ditegakkan dengan
menggunakan alat seperti timbang air atau dengan menggunakan batu ladung. Kekuda yang dipaasngkan haruslah berada dalam
keadaan yang sama rata agar proses kerja seterusnya dapat dilakukan dengan mudah.

42
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 43 drp : 47

Pemasangan Gulung-Gulung

Pemasangan gulung-gulung adalah bergantung kepada jenis penutup bumbung yang digunakan. Jarak antara gulung-gulung
adalah lebih rapat jika menggunakan penutup bumbung jenis genting. Pemasangan gulung-gulung tidak sesuai jika dipasang
dengan jarak yang melebihi 1.2meter.

Pemasangan tumpu kasau.

Pemasanagn papan tumpu kasau dilakukan selepas kerja pemasangan gulung-gulung siap dipasang. Pemasangan papan tumpu
kasau adalah dengan memaku paapn tumpu kasau terus kepada hujung kekuda dan gulung-gulung. Pemasangannya adalah lebih
udah berbanding dengan pemasangan tumpu kasau menggunakan steal atau simen

Pemasangan penabat haba

Pemasangan penabat haba adalah sama dengan kaedah pemasangan penabat haba menggunakan struktur keluli. Jarring perlu
dipasang terlebih dahulu sebelum kerja pemasangan bahan penebat dilakukan.

Pemasangan penutup bumbung.

43
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 44 drp : 47

Kecerunan yang kurang daripada 25 darjah boleh dilakukan dengan menambahkan lekap hujungnya ke 300mm. Bagi pembinaan
di kawasan yang selalu mengalami cuaca buruk, lekap ini perlu ditutup dengan mamah (mastic) supaya air tidak meresap ke
dalam. Kepingan asbestos ini dipasangkan pada gulung-gulung dan disokong oleh kasau-kasau.

Jarak antara gulung-gulung

Jenis asbestos Jarak maksimum antara gulung-gulung


Kepingan kecil 0.90 m
Kepingan besar 1.35 m
Kepingan berombak sudut 1.35 m

Pemasangan kepingan asbestos biasanya dilakukan dengan paku payung dilapikkan dengan sesendal mamah untuk
mencegah resapan air hujan. Skru bumbung juga digunakan. Apabila kasau dan gulung-gulungnya terdiri daripada keluli, bolt
cangkuk adalah diperlukan dalam pemasangannya.

Bahan-bahan tradisi yang digunakan bagi penutup bumbung curam ialah genting tanah liat, kepingan batu (slat) dan
kepingan papan. Kini genting konkrit dan bahan-bahan ciptaan baru banyak digunakan. Kegunaan bahan-bahan ini membolehkan
rekaan bentuk bumbung diperluaskan disamping mengawal ekonomi pembinaannya.

Antara jenis genting yang biasa digunakan ialah genting manca curam, genting biasa, genting roman, genting roman
kembar, genting manca S, genting manca rata dan sebagainya. Genting ini jika menghasilkan daripada konkrit boleh didapati
dalam beraneka warna dan alat tambah. Genting ini hendaklah dipasang dengan curam yang secukupnya untuk mencegah
kebocoran apabila hujan lebat. Kecerunan yang minimum berbeza-beza dari 30 darjah dan 45 darjah bergantung kepada jenis
genting tetapi kecerunan 50 darjah 55 darjah biasa digunakan kerana ia memberi aliran air hujan yang lebih berkesan.

Genting ini hendaklah dipasangkan pada bahagian atas beroti dengan tolok yang tertentu mengikut jenis genting yang digunakan.
Tolok ialah jarak beloti diantara tetengah dengan tetengah yang bersamaan dengan:-

Panjang genting - lekap


2

Butir-butir pemasangan genting ini adalah ditunjukkan dalam rajah .

44
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 45 drp : 47

Kerja pemasangan penutup bumbung jenis logam adalah lebih mudah berbanding dengan pemasangan pentutp bumbung jenis
genting dan asbestos. Masa yang diambil untuk memasang penutup bumbung jenis logam ini juga lebih cepat berbanding dengan
pemasangan penutup bumbung jenis genting.

4.3 PEMASANGAN BUMBUNG KONKRIT

Seperti yang digambarkan dalam lukisan, pastikan bumbung konkrit tetulang dibina sebagaimana dikehendaki. Bumbung rata
perlu dikemaskan dengan simen kalis air setebal 37mm dengan kecerunan yang tepat. Pasangkan semua keperluan bumbung rata
seperti ‘flashing’, saluran air ke parit, dan ‘outlets’ berdasarkan arahan dan kelulusan arkitek.

Binaan bumung rata konkrit bertetulang adalah seperti berikut :

 Bumbung rata konkrit bertetulang biasanya digunakan pada rentang yang kecil antara dua dinding atau tembok.
 Lapisan kalis air diletakkan antara lapisan papak konkrit dengan lepaan. Lapisan ini juga diletakkan di atas permukaan lepa.
 Bumbung jenis ini juga boleh digunakan sebagai tempat meletak tangka air
 Beban yang ditanggung oleh bumbung biasanya kurang berbanding lantai. Oleh itu, ketebalannya kurang daripada ketebalan
lantai.
 Kecuraman bumbung dibentuk dengan satu lapisan lepa 20mm hingga 25mm bertujuan untuk larian air.

45
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 46 drp : 47

46
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 47 drp : 47

47
NO. KOD WTP 3013/K 03/NK 03-04 Muka : 48 drp : 47

48

You might also like