You are on page 1of 12

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2

SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN / SVM

KOD/KURSUS WTP 3032 KERJA MENGECAT

KOMPETENSI 02. CARRY OUT PAINTING WORKS

1. Type and size of surface to be painted


2. Painting materials, tools and equipment
KOMPETENSI 3. Technique of undercoat, primer coat and antirust coating
UNIT 4. Technique of finish coat application
5. Method of painting

Trainee must be able to:

Determine type and size of surface to be painted


Prepare materials, tools and equipment
KOMPETENSI Apply undercoat, primer coat and antirust coating
PEMBELAJARA Apply finish coat
N Carry out housekeeping and 3R (Reduce, Reuse and Recycle) activities
Adhere to safety requirement
Wear propper PPE

WTP 3032/K 02/NK 02-02


NO KOD
EDISI JULAI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 12
NO KOD JPK BC-030-3:2013-C08
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 2 drp : 12

TAJUK : MELAKUKAN KERJA MENGECAT (CARRY OUT PAINTING


WORKS)

PENERANGAN
Dalam proses pembinaan bangunan, kemasan merupakan kerja penghabisan yang
menentukan kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh dilakukann pada sesebuah
bangunan berdasar kepada bahan-bahan yang digunakan dan juga pertimbangan kosnya.

Secara am, kebanyakan bangunan bata dan konkrit dikemaskan dengan cat yang terdiri
daripada:

a. Cat minyak
b. Cat air
c. Cat distemper(kapur)
d. Cat kegunaan khas.
e. Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Varnish, Lilin
dan Lekar.

CAT

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalamm perusahan untuk memberi lapisan
perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa, konkrit, batu bata dan lain-lain lagi.

FUNGSI-FUNGSI CAT

a. Melindungi bahan-bahan perusahan seperti yang tersebut di atas daripada kerosakan-


kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan
sebagainya.

b. Mencantikkan permandangan.

c. Memudahkan proses pembersihan permukaan.

Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri
daripada oksida besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi.

Cecair cat pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan
pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi
sifat kalisan dan kelicinan.

Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa
mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentine dan spirit putih.

Mutu cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan


pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus,
tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 3 drp : 12

JENIS-JENIS CAT

a. Cat minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui
proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.

Dalam proses mengecat, biasanya dilakukan dengan tiga lapisan:

a) Lapisan asas

Merupakan lapisan pertama.


Mengandungi minyak pigmen senang kering.
Dapat melekat pada bahan dan menerima lapisan seterusnya serta menembusi
permukaan kayu dan plaster untuk dicat seterusnya.
Mencegah karat.
Bahan paling sesuai ialah plumbum putih dicampur dengan minyak linseed.

b) Lapisan alas

Menutup lapisan primer dan menambah ketebalan lapisan


Menahan kemasan akhir daripada meresapi bahan yang dicat dan menyebabkan kehilangan
cat
Lapisan alas mesti kering dahulu sebelum disapukan cat kemasan akhir.

c) Lapisan kemasan

Lapisan akhir yang melindungi permukaan bahan daripada cuaca buruk, kimia dan kerosakan.
Menentukan jalinan dan warna kesan terakhir permukaan bahan.

Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

b. Cat air atau cat emulsi

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan
air untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan
dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.

Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat
permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya
ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus.
Digelek dengan penggelek(roller) ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi
kerja baru.

c. Cat Distemper(kapur)

Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan
dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih.

Jenis ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 4 drp : 12

tembok bata dan tembok konkrit.

d. Cat Kegunaan khas

Banyak jenis cat digunakan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a) Cat aluminium

Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering. Cat ini
digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam
sepeprti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b) Cat bitumen

Cat ini mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen dan ia memberi perlindungan
yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi. Ia cuma digunakan
pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan. Cat ini berkos murah.

c) Cat kalis kulat

Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaanya sangat berkesan
dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.

d) Cat tahan api:

Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan
terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahan pembinaan.

e. Syelek:

Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang
dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis
pokok yang terdapat di Asia Tengara.

Resin syelek larut di dalam alcohol methylated spirit. Sylek digunakan untuk mengilat
kayu. Cara mengilat kayu dengan syelek dinamakan French polishing.

Syelek boleh juga digunakan secara sembur atau sapu dengan berus.
Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alcohol(Spirit) untuk
digunakan, ataupun secara bancuh siap.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika disimpan di
dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

f. Varnish
Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan
(phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed) dan dicairkan dengan pelarut
seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12
hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai
digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 5 drp : 12

g. Kemasan lilin:

Ada tiga jenis lilin iaitu

a) Lilin keras (carnauba dan ceresi ne)

b) Sederhana (lilin lebah)

c) Lembut (paraflin)

Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke

permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu

dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna di larutkan di

dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk pewarna dalam

cecair lilin.Segala kerja hendaklah dibuat jauh daripada api, oleh sebab turpentine digunakan

sebagai pelarut dan turpentine ini sangat mudah terbakar.

h. Lekar

Lekar yang biasanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia

merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh

disapu ataupun disembur.

KEGUNAAN KEMASAN

Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu

kemasan yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang

tertentu. Jadual yang berikut memberi sebahagian bahan-bahan yang biasa digunakan dan

jenis kemasan yang sesuai kepadanya.


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 6 drp : 12

JENIS BAHAN & JENIS KEMASAN YANG SESUAI

Kayu Cat minyak, Syelek, Varnish, Lekar, Lilin

Keluli Cat minyak, Cat bitumen, Lekar

Batu Bata/Konkrit Cat distemper(kapur), Cat air/cat emulsi, Cat minyak

PERALATAN MENGECAT

KELENGKAPAN SEBELUM MENGECAT

1. Masking Tape
Melindungi kawasan tepi yang ingin dicat.
Menanda kawasan yang ingin dicat.

2. Kertas las/pasir.
Meratakan permukaan yang kasar.

3. Penutup
Kain atau lembar plastik untuk melindungi
perabot dan lantai dari cat.

4. Bahan penutup/putty/filler.
Menutup retak rambut atau lubang di dinding.

5. Alat pengikis/Scraper
Menghilangkan cat lama atau cat yang terkupas.

PERALATAN SEMASA MENGECAT

6. Berus cat & Roller cat


Mengecat jendela, pintu, bingkai dan
tepian. Roller membantu untuk mengecat
area yang luas secara cepat dan mudah.

7. Batang/besi Penyambung
Penyambung roller untuk mengecat
kawasan yang tinggi.

8. Bekas Cat
Untuk menampung cat dan melapisi cat
pada roller secara rata.

9. Tangga
Untuk menjangkau kawasan yang tinggi.

10. Pakaian yang selesa


Melindungi tubuh dari percikan cat.

11. Pelindung
Sarung tangan, kacamata pelindung, topi dan baju pelindung.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 7 drp : 12

PERALATAN SELEPAS MENGECAT

12. Kain
Mengelap percikan cat dan membersihkan
berus cat.

13. Baldi
Merendam berus cat, roller, dll.

14. Thinner
Membersihkan berus cat.

LANGKAH-LANGKAH KERJA MENGECAT

Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:

1. Persediaan Permukaan

Ini merupakan langkah utama untuk menjamin kejayaan mengecat. Persediaan ini
menentukan permukaan yang akan dicat itu licin, bersih, kering dan stabil.

2. Bancuhan cat
Kebanyakan cat yang telah lama disimpan mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh
digunakan. Perhatian hendaklah diambil untuk mengeluarkan lapisan atas yang telah keras
sebelum dikacau supaya bahagian yang telah keras tidak bercampur dengan cat. Jika cat itu
kotor, ia boleh ditapis dengan kain nipis.

3. Melarut
Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu
atau disembur.

4. Keadaan yang sesuai untuk mengecat

5.Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

6. Mengecat lapisan asas


Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu lapisan yang kuat untuk
menerima lapisan-lapisan selanjutnya.

6. Penutup
Lubang paku, retak dan tanda-tanda lain hendaklah ditutup selepas cat lapisan asas kerana
lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-bahan penutup (putty)

7. Mengecat lapisan alas


Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan kemasan.

8. Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan Memberi lapisan yang berkilat dan
licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar,
manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang
pemantulan cahaya.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 8 drp : 12

Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

1) Disapu dengan berus.


2) Menggunakan penggelek atau roller
3) Dengan menggunakan alat sembur(spray gun) yang dibantu oleh mesin(air compressor),
tekanan udara, tangki atau bekas sembur dan hos getah.

MENGECAT PERMUKAAN KONKRIT, LEPA DAN BATA

Permukaan konkrit dan lepa bersifat alkali apabila baru dibuat kerana kandungan simen atau
kapur di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali ini akan bertindak balas dengan cat dan
menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui
sejatan mengambil masa yang agak lama. Oleh sebab itu, demi mencapai kemasan cat yang
bermutu, keadaan-keadaan yang berikut mestilah di atasi.

a. Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepaan yang berliang, terutamanya
penyerapan yang tidak sekata Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu
lapisan cat asas dengan menggunakan cat distemper(kapur) ataupun cat emulsi di cairkan
dengan air.

b. Permukaan yang tidak rata Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan
lekuk-lekuk ditampalkan dengan lepaan.

c. Tumbuhan kulat dan sebagainya Kejadian seperti ini mungkin disebabkan oleh
kelembapan yang berterusan. Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca
kelembapannya, mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan
tembok dengan cara membasuh menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan
sehingga kering sebelum dicat semula.

d. Pemeluwapan Pemeluwapan berlaku pada permukaan tembok yang keras dan tidak
menyerap. Permukaan tembok boleh dibasuh dengan larutan asid cair ataupun larutan
campuran 5 bahagian turpentine dengan 1 bahagian minyak linseed.

Kesimpulannya, keadaan permukaan yang sempurna untuk mengecat ialah:

kering, stabil, bersih tanpa cemaran gris, minyak dan habuk.


NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 9 drp : 12

KEMASAN BAHAN LUTSINAR(KAYU)

Proses mengemas permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut


langkah-langkah berikut.

1. Persedian Permukaan Pembersihan permukaan merupakan satu langkah yang penting


yang mesti dilakukan dengan sempurna. Pada dasarnya, permukaan mestilah bersih, licin,
tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh dihilangkah
d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan kertas
pasir ataupun diketam dan ditutup dengan dempul atau kayu plastic.

2. Rawatan pada permukaan Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan paa


permukaan kayu mengikut jenis kayu dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya,
langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

a) Pelunturan (bleaching) Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika perlu
untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok bekas glu, karat
dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis yang khas untuk
kegunaan pada kayu.

i) Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair kedua ialah
hydrogen peroksida pekat.
b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua sebelum
kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian digosok dengan
kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

ii) Pelumuran (staining) Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk
mendapatkan warna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang digunakan
hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya. Pelumur yang
digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur minyak.

3) Penutup Untuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu dengan
dempul(putty) supaya menghasilkan permukaan yang rata di samping mengurangkan
resapan bahan kemasan paa kayu.

4) Mengemaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar Kaedah kemasan


berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan lutsinar terdiri draipada
syelek, lilin, sempang, lekar.

Tiap-tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun
menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan beberapa lapisan yang tipis.

Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh dikemaskan.
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 10 drp : 12

CARA-CARA MENGECAT

1. Mengecat bahagian tepi/sudut

Mengecat dahulu bahagian tepi, sudut atau


hujung.

2. Sapuan Cat

Pastikan sapuan cat dilakukan tanpa putus-


putus ketika mengerjakan salah satu
kawasan. Lakukan gerakan overlap
(tumpang tindih) ketika pengerjaan dan di
teruskan ke kawasan yang lain.

3. Pilih arah mengecat dan lakukan secara


konsisten.

Lakukan kerja mengecat searah dari atas-


bawah atau kanan-kiri, dan teruskan arah cat
yang sama untuk seluruh bahagian. Jika
menggunakan berus, sapukan arah bawah
dengan satu tarikan yang halus dan rata.

4. Selalu mengecat sebanyak 2 lapisan atau


lebih

Selesaikan pengecatan satu lapis dan biar


kering dan teruskan ke lapisan selanjutnya.

5. Urutan langkah mengecat


Mulai kerja mengecat dari bahagian atas, biasanya
dari bahagian siling.
Hal ini untuk mencegah titisan cat mengenai tembok
dengan cat yang baru.
Urutan kerja mengecatan :

1. Siling
2. Dinding
3. Pintu dan jendela
4. Lantai

6. Persiapan sebelum mengecat

Persiapan permukaan mempengaruhi penentuan


hasil cat yang baik dan buruk. Ada beberapa hal yang
wajib dilakukan sebelum mengecat. Jika permukaan
tidak rata, ratakan permukaan dengan kertas
las/pasir. Ratakan juga bahagian permukaan yang
kasar.Terakhir, lap bersih dengan kain basah dan
biarkan permukaan kering.
7. Mengecat bahagian atas/siling
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 11 drp : 12

Ketika mengecat bahagian atas/siling, tidak perlu


khuatir mengenai sudut antara siling dan dinding.
Anda dapat merapikan bahagian sudut tersebut
apabila pengecatan bahagian dinding dimulakan.
Disarankan untuk mulai pengecatan pada hujung
sudut yang terdekat dengan jendela, sehingga
dapat memantau kawasan yang telah dilapisi
dengan cat.

7. Mengecat bahagian dinding

Mulai mengecat pada bahagian tengah antara


dinding dan siling. Pastikan tidak ada percikan cat
yang mengenai bahagian siling.
Ketika mengecat dinding, pastikan sapuan cat tidak
terputus. Lakukan sapuan tumpang tindih ketika
kerja mengecat diteruskan ke bahagian yang lain.

8. Pintu dan jendela

Lekatkan masking tape pada bahagian yang tidak


ingin dicat seperti engsel, bingkai, tombol dan lain-
lain. Untuk bahagian pintu, cat dengan urutan
berikut: Permukaan bermotif, panel, segmen
horizontal, segmen vertikal dan bagian sudut.
Untuk bahagian jendela, cat mulai dari bingkai
bahagian dalam dan mengarah keluar.

9. Pembersihan

Setelah selesai kerja mengecat, kikis sisa cat ke dalam bekas/tin cat.
Segera bersihkan berus dan roller dengan air. Untuk cat solvent-based (oil- based) gunakan
thinner untuk bersihkan berus.
Simpan berus dalam posisi pegangan mendatar. Simpan roller dengan posisi digantung agar
roller tidak rosak.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
NO. KOD WTP 3032/K 02/NK 01-03 Muka : 12 drp : 12

Langkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana


kebanyakan bahan-bahan kemasan bersifat mudah terbakar dan beracun.

Perkara-perkara yang berikut harus diambil perhatian:

a. Bahan-bahan seperti cat, turpentine, spirit, lekar dan lain-lain mestilah disimpan ditempat
yang jauh dari punca api.

b. Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api.

c. Di dalam kawasan kerja dilarang merokok.

d. Tempat kerja mesti mempuyai pengaliran udara yang baik sebab banyak terdapat wasap
dari bahan-bahan kemasan beracun.

e.Jika bekerja di dalam kawasan yang tertutup, kesan buruk mungkin berlaku kepada
pekerja.

f. Jangan sengaja menghisap wasap bahan-bahan kemasan.

You might also like