You are on page 1of 38

MELAKSANAKAN KERJA PENETAPAN

PEMASANGAN BUMBUNG
CIKGU AZIZ
STRUKTUR BUMBUNG

Struktur bumbung mengandungi 3 bahagian utama


1. Kekuda bumbung

2. Kerangka bumbung

3. Penutup bumbung
KERANGKA BUMBUNG
Kasau betina
 Kasau ini diunjurkan dari perabungnya ke tutup tiang. Ia berfungsi
menyokong penutup bumbung, beroti dan gulung-gulung (bagi penutup
kepingan berombak seperti asbestos, zink)
Kasau limas
 Ia merentang di antara papan perabung pada bahagian atas dengan
tutup tiang di bahagian bawah menyokong persilangan dua landaian
limas
Kasau lurah
 Kasau ini dipasang dilurah bumbung, tempat pertemuan dua bumbung
di bahagian dalamnya
Kasau pendek
 Kasau pendek ini didapati pada 3 tempat iaitu:

1. Kasau pendek limas - terletak pada tutup tiang di bahagian bawah dan kasau limas di bahagian
atas
2. Kasau pendek lurah – dipasangkan di antara kasau lurah dengan tutup tiang
3. Kasau cripple – dipasangkan di antara kasau limas dengan kasau lurah
ISTILAH – ISTILAH BUMBUNG
1. Penutup Bumbung
 Bahagian yang paling atas dalam sesuatu binaan bumbung yang bertugas sebagai pelindung,
penebat dan bahan kalis air

2. Rentang
 Rentang bangunan ialah jarak mengufuk yang direntangi oleh kasau antara dua tembok dalam
sesuatu binaan bumbung.

3. Naik
 Naik ialah ukuran pugak yang dikira dari paras plat tembok dengan bahagian yang tertinggi sekali
yang dilalui oleh sesuatu kasau
4. Plat tembok
 Ialah alas yang diperbuat daripada beroti Panjang yang diletakkan di atas tembok. Ia berfungsi sebagai tapak
untuk memaku kaki-kaki kasau dan pengagih beban ke atas tembok dengan sama rata

5. Bira hias atau cucur atap / bumbung


 Cucur atap merupakan bahagian bawah bumbung yang mengunjur disepanjang tepi
sebelah luar bangunan
3 cara pembinaan birai:
a) Birai hias terbuka
b) Birai hias tertutup
c) Birai hias kekotak
6. Curam bumbung
 Curam bumbung merupakan kecerunan atau kecondongan sesuatu binaan bumbung yang diukur
dari garis mengufuk
 Kecerunan bergantung kepada

a) Jenis penutup bumbung yang digunakan


b) Kecantikan
c) Saiz bangunan
d) Kesesuaian bangunan
7. Lurah bumbung
 Ini terjadi apabila dua permukaan bumbung bertemu dan menghasilkan satu sudut luar yang kurang
dari 180

8. Garisan limas
 Ialah satu garisan condong yang terjadi apabila dua permukaan bumbung mencuram berlainan arah
bertemu

9. Tulang bumbung/perabung
 Tulang bumbung atau perabung merupakan sekeping papan atau kayu yang dipasang disepanjang
puncak bumbung dimana bahagian atas kasau-kasau betina dipasang.
10. Kekuda bumbung
 Merupakan suatu kerangka bumbung yang siap dipasang terdiri dari sepasang kasau, galang
pengikat dan tupang yang dirangkaikan menjadi satu kerangka bumbung yang kukuh
11. Perabung
Komponen yang berada pada posisi puncak bumbung dipertemuan antar kedua kepala kasau yang bersebelahan.
Bertujuan memegang dan mengikat kepala kasau

12. Beroti
Komponen dibina melintang kasau betina bagi menyangkut atau memgang penutup bumbung genting

13. Alang pengikat/ gelegar siling


 Dibina melintang rentang antara kaki kasau yang bertentangan.
 Bagi mengikat memegang dan mengikat kaki kasau
 Komponen sokongan bagu memegang kerangka siling.
14. Topang
Komponen menyerong menongkat dari alang pengikat kekuda kasau. Tujuannya menyokong kasau
supaya tidak melenduk

15. Gulung-Gulung
Komponen dibina melintang kasau. Ia berada pada posisi dibawah kasau untuk menyokong kasau dan
di atas bagi menyokong penutup bumbung gelugur.
 https://youtu.be/wyjAAy8nKL4
TUJUAN MERANCANG SISTEM BUMBUNG

 Merancang sistem bumbung sangat penting dilakukan agar


bumbung yang dibina kukuh, kuat dah mematuhi piawaian yang
ditetapkan.
OLEH ITU SEBELUM MEMULAKAN KERJA – KERJA
PEMASANGAN BUMBUNG, BEBERAPA LANGKAH AWAL PERLU
DIKETAHUI

i. Fahami prosedur pemasangan bumbung

ii. Pertimbangkan Penampilan estetika dan praktikal

iii. Merekabentuk struktur bumbung

 Pelan dan rekabentuk disediakan oleh jurutera dan arkitek kerana ia

melibatkan pemilihan dimensi dan bahan penutup bumbung yang


akan menentukan keupayaan galas komponen kerangka
iv. Bagi pekerja yang akan membina bumbung , ia perlu tahu
mentafsir pelan

v. Mentafsir pelan adalah proses mendapatkan maklumat berkaitan


rekabentuk bumbung.
vi. Berdasarkan pelan, penentuan dilakukan dengan menetapkan jenis
bumbung, susunatur kasau ,komponen kekuda, spesifikasi lengkap dan semua
yang berkaitan

vii. Kecerunan bumbung curam ditentukan berdasarkan penggunaan jenis


penutup bumbung. Penggunaan atap genting memerlukan cerun bumbung
bertambah
Sebelum membina kekuda bumbung kerja yang perlu
dilakukan terlebih dahulu adalah merancang tanda bagi
menentukan panjang kasau betina. Beberapa kaedah boleh
dilakukan itu

a) Pengiraan -dilakukan dengan menggunakan formula .

b) Menggunakan jadual Kasau

c) Lukisan Berskala
a) Pengiraan
FORMULA
1. CURAM = NAIK
RENTANG
2. teorem pythagoras A ² = B² + C²
Dengan bantuan sesiku Keluli, anda boleh dapatkan panjang kasau
serta potongan palam pada kepala kasau dan sepak paruh burung
b) Jadual Kasau
 Jadual khusus yang terdapat pada sesiku pemidang. Diguna
untuk mendapat ukuran tepat dalam proses merancang tanda
kasau.
 Gambarajah dibawah menunjukkan sebahagian jadual pada
sesiku Pemidang.

Jadual kasau adalah dalam ukuran inci. Untuk menukarkan ukuran


kepada mm,kalikan dengan 25.4
 Jadual disebelah
menunjukkan nilai panjang
kasau dalam 1 kaki larian
yang tercatat pada sesiku
pemidang bumbung.
Speed square

 Dipindah dan ditulis dalam


bentuk kolum
 Contoh pengiraan:

 Tentukan panjang sebenar kasau betina per kaki larian sebuah bumbung

dengan Rentang 3000mm dan Naik 1500mm .


 Penyelesaian: NAIK
CURAM = RENTANG

= 1500 = 1
3000 2
Dengan kecuraman ½ bermakna bacaan pada skala adalah pada kolum #

12" daripada 24 " pada barisan pertama.


 # 12 = 16.97 x 25.4 = 431mm bagi setiap 300mm larian

 Larian Bumbung = 3000 = 1500mm

 Ukuran garisan Kasau (Panjang sebenar kasau betina) = 431 x Larian

tidak termasuk panjang cucur atap 300

= 431 x 1500 = 2,155mm

300
c) Teorem pythagoras
PENJAJARAN SISTEM BUMBUNG

 Ialah ketegakan dan kerataan sistem bumbung


KAEDAH PENJAJARAN SISTEM BUMBUNG

 Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan penjajaran sistem bumbung.


 Laser
 String/ plumbob
 Alat aras
 Sesiku L
 Measuring tape/ pita pengukur
LASER
 Digunakan untuk mendapatkan

aras ketegakan dan


kerataan.Ia juga diguna untuk
mengukur jarak panjang, tinggi
dan lebar
STRING / PLUMBOB
 Digunakan untuk mendapatkan
ketegakan secara pugak
SPIRIT LEVEL/ ALAT ARAS

 Alat yang digunakan bagi menguji

ketegakan dan kerataan


SESIKU L (L ANGLE)
 Digunakan untuk mendapatkan

atau mengukur ketepatan


sudut 90°
MEASURING TAPE/ PITA PENGUKUR

Digunakan untuk tujuan


pengukuran panjang.

 Unit yang digunakan ialah


imperial (inci dan kaki) dan juga
metrik (sentimeter dan meter).
SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) struktur utama bumbung

2. Berikan dua (2) kaedah penjajaran bumbung.

3. Apakah tujuan membuat rancang tanda?

You might also like