You are on page 1of 20

BAB 4

BESI TETULANG

4.1 Pengenalan

Tetulang memainkan peranan penting untuk memastikan kekuatan sesuatu


struktur yang dibina. Ia merupakan bahan utama yang digunakan dalam industri
pembinaan yang melibatkan kerja-kerja penuangan konkrit pada sesuatu struktur.
Bar tetulang bukanlah logam asli kerana keluli lembut biasanya mengandungi 90 %
besi dan 10 % terdiri daripada setengah bahagian mangan, suku bahagian karbon
dan selebihnya ialah silikon, sulfur dan fosforus. Karbon merupakan bahan yang

74

paling penting. Tetulang yang digunakan di dalam pembinaan bangunan adalah


daripada besi alah tinggi bagi tetulang utama dan alah sederhana bagi tetulang
pengikat (link). Di bahagian hujung tetulang utama dibengkokkan mengikut panjang
yang telah ditetapkan di dalam pelan bagi memberi kuasa cengkaman yang lebih
pada konkrit.

Biasanya penggunaan tetulang adalah untuk menanggung beban mampatan


dan beban tegangan serta untuk mengelakkan daripada berlakunya daya ricihan
daripada struktur konkrit yang dibina.

4.2

Jenis Bar Tetulang

4.2.1

Tetulang Keluli Lembut ( Mild Steel )

i.

Bar tetulang jenis ini berbentuk bar atau silinder sama dengan tetulang
tegasan tinggi.

ii.

Disimbolkan R dalam pelan dan saiznya adalah dikira mengikut diameter.

iii.

Ia mengandungi karbon yang rendah dan dibuat dengan cara hot roll mild
steel di mana tetulang jenis ini agak lembut dan mudah untuk dibengkokkan.

iv.

Permukaan tetulang ini adalah licin dan tidak berbunga.

v.

Dalam industri pembinaan ia digunakan sebagai links iaitu untuk diikat pada
tetulang utama di antara satu sama lain untuk memastikan bar tetulang
utama kukuh dan tidak bergerak pada setiap keadaan.

75

Gambar 4.2.1.1 : Tetulang keluli lembut (di buat sebagai besi link )

4.2.2 Tetulang Tegasan Tinggi ( High Tensile / High Yeild Steel )

i.

Bar tetulang jenis ini ialah adalah berbentuk bar atau silinder.

ii.

Disimbolkan Y atau T dalam pelan dan terdapat pelbagai saiz mengikut


beban yang ditanggung.

iii.

Ia mengandungi karbon yang tinggi dan dibuat dengan cara cold working di
mana ia lebih baik dan kuat.

iv.

Biasanya permukaan tetulang jenis ini berbunga dan ia digunakan sebagai


tetulang utama dalam struktur pembinaan ini.

76

Gambar 4.2.2.1 : Tetulang tegasan tinggi (dibuat tetulang rasuk )

4.3

Jenis-Jenis Tetulang

4.3.1 Tetulang Dalam Bentuk Bar

Tetulang jenis ini sangat popular dalam industri pembinaan masa kini.
Terdapat tiga jenis tetulang dalam bentuk bar iaitu :

a) Bar Keluli Lembut


i.

Dibuat dengan menggunakan haba yang panas menurut BS 449 pada tahun
1974.

ii.

Dibentuk dalam keadaan permukaan yang licin dan berpintal.

iii.

Mempunyai kekuatan tegasan 250 N / mm.

iv.

Pemanjangan yang dibenarkan ialah 22 % dan ia mudah dibengkokkan.

77

Gambar 4.3.1.1 : Bar keluli lembut

b) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Berpintal


i.

Dibuat daripada pancalogam BS 4449 pada tahun 1978.

ii.

Dibentuk dalam keadaan permukaan yang berpintal.

iii.

Mempunyai kekuatan tegasan 460 N / mm.

iv.

Pemanjangan yang dibenarkan minima sekurang-kurangnya 12 % kecuali


tetulang yang lebih besar daripada 16 mm di mana kekuatan tegasannya
ialah 425 N / mm dengan pemanjangan 14 %.

Gambar 4.3.1.2 : Bar tetulang tegasan tinggi berpintal

78

c) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk


i.

Merupakan keluli lembut yang dipintal menurut BS 4461 pada tahun 1978.

ii.

Kekuatan tegasan ialah 460 N / mm dengan pemanjangan yang dibenarkan


12 % tetapi bagi tetulang yang besar, kekuatan tegasannya ialah 425 N /
mm dengan pemanjangan yang dibenarkan 14 %.

iii.

Bar tetulang ini diperbuat dalam saiz metrik seperti 6, 8, 10, 12, 16, 20, 25,
32 dan 40 mm.

Gambar 4.3.1.3 : Bar tetulang tegasan tinggi buatan sejuk

4.4

Tetulang Dalam Bentuk Jaring

Sejenis kawat yang dibuat dalam pelbagai saiz. Jejaring ini biasanya
mengandungi dawai-dawai halus dan dikimpal sebagai satu jaring. Jejaring ini
senang digunakan dan jika perlu senang untuk dibengkokkan terutama di sudutsudut tajam. Tetulang dalam bentuk jejaring digunakan sebagai satu rangkai yang
mudah untuk memberi bentuk dan juga menyokong konkrit. Terdapat tiga jenis
tetulang bentuk jejaring iaitu :
a) Tetulang Jejaring Dawai Hexaganol
i.

Jejaring ini adalah yang mudah dikenali dan termurah sekali. Ia juga di
kenali sebagai chicken wire mesh dan dawai yang biasa digunakan adalah
bersaiz antara 10 mm hingga 25 mm diameter.

79

Gambar 4.4.1 : Tetulang jejaring dawai hexaganol

b) Tetulang Jejaring Dawai Terkimpal


i.

Jejaring ini dibuat daripada keluli yang berkekuatan kecil dan sederhana.

ii.

Dawai ini boleh kuat dan teguh daripada dawai jenis tetulang hexaganol.

iii.

Boleh dibentuk kepada bentuk lengkuk struktur.

iv.

Keburukkannya ialah merupakan kelemahan sambungan dua dawai kerana


kimpalan sering tidak dibuat dengan baik pada masa membuat jejaring ini.

Gambar 4.4.2 : Tetulang jejaring dawai terkimpal

c) Tetulang Rangka
i.

Penggunaannya adalah untuk rangka sruktur yang merupakan lapisan


jejaring diikat.

80

ii.

Tetulang rangka diletakkan dengan jarak jauh sebanyak 30 cm empat


persegi.

iii.

Saiz garis pusat tetulang 4.20 mm dan 6.25 mm adalah yang paling biasa
digunakan dalam pembinaan.

Gambar 4.4.3 : Tetulang rangka

4.5

Sifat-Sifat Tetulang

i.

Kekuatan

ii.

Keanjalan

iii.

Kemuluran

iv.

Rintangan kakisan

v.

Rintangan kebakaran

vi.

Pengembangan dan pengecutan

4.6

Jenis Bahan Dan Peralatan yang Digunakan

81

Bahan
1. Besi tetulang bersaiz Y12, Y16, Y20, Y25 dan R10 .
2. Dawai untuk mengikat besi.
Peralatan
1. Mesin memotong besi.
2. Mesin membengkok besi.
3. Alat mengikat besi.
4. Pita pengukur.

4.7 Cara Pengendalian Peralatan Semasa Latihan

Terdapat beberapa cara untuk memastikan besi atau tetulang berada pada
tahap yang terbaik.
a. Memastikan bahan yang digunakan adalah bermutu.
b. Penyelia tapak projek hendaklah sentiasa membuat pemantauan terhadap
kerja memotong, membengkok dan mengikat besi.
c. Saiz tetulang besi yang digunakan hendaklah mengikut seperti dalam pelan
yang telah ditetapkan.
d. Memastikan pekerja meletakkan besi yang sudah siap di ikat mengikut pelan
yang telah ditetapkan oleh jurutera.
e. Kuantiti tetulang hendaklah mencukupi dan mengikut kehendak pelan.
f.

Peraturan keselamatan pekerja perlu dititikberatkan agar kerja berjalan


dengan lancar.

82

g. Pekerja atau tukang yang melakukan kerja memotong, membengkok dan


mengikat perlulah mahir agar tidak berlaku sebarang masalah.

4.8 Kaedah Memotong Dan Membengkok Tetulang

i.

Tetulang yang hendak digunakan atau dimasukan ke dalam acuan


hendaklah dipotong dan kemudian dibengkokkan mengikut saiz sesuatu
struktur yang berpandukan kepada pelan stuktur.

ii.

Tetulang dipotong dengan menggunakan mesin pemotong besi (bar


cutter).

iii.

Jenis dan saiz tetulang yang akan dipotong berpandukan kepada pelan.

iv.Kerja-kerja membengkokkan bar tetulang dijalankan setelah selesai kerja-kerja


pemotongan.
v.Pembengkokkan dilakukan dengan menggunakan alat membengkok besi (bar
bender).
vi.Meja mestilah cukup panjang untuk meletakkan bar tetulang yang panjang.
vii.Kerja penandaan dilakukan untuk menetapkan kawasan tetulang yang hendak
dibengkokkan.
viii.Penandaan itu dibuat dengan menggunakan paku atau kapur.
ix.Pembengkokkan bar dilakukan dengan perlahan supaya tidak berlaku retak
rerambut.
x.Pembengkokkan yang dibuat haruslah bersudut tepat bagi tetulang yang
berpenjuru.
xi.Untuk membengkokkan link, ia dilakukan secara manual.
xii.Bar besi dipotong mengikut kepada panjang yang sesuai.
xiii.Link akan dibentuk oleh tukang besi dengan menggunakan peralatan seperti
spanar pembengkok dan meja kerja.

83

xiv.Meja kerja ini mempunyai paku atau besi yang telah dipasang mengikut jenis
link dan saiz yang bersesuaian.
xv.Ianya telah dipasakkan pada meja kerja mengikut panjang yang sebenar link.

Gambar 4.8.1 : Mesin membengkok besi

Gambar 4.8.2 : Mesin pemotong besi

84

Gambar 4.8.3 : Kerja-kerja membengkok link

4.9 Kerja-Kerja Pemasangan Tetulang

Sebelum kerja-kerja pembinaan formwork, besi tetulang mestilah diikat


terlebih dahulu. Besi yang biasa digunakan adalah daripada jenis high tensile
steel. Ini adalah untuk menguatkan lagi struktur bangunan tersebut. Dalam
pembinaan bangunan untuk Projek Pembinaan Sekolah Pendidikan Khas Sg.
Petani ini, jenis besi yang digunakan untuk menguatkan lagi struktur bangunan ini
adalah daripada jenis R10, Y12, Y16, Y20 dan Y25.

Selain besi tetulang jenis high tensile steel satu lagi besi yang digunakan
ialah besi yang dikenali sebagai mild steel. Dalam projek ini jenis besi yang
digunakan ialah R6, R10 dan R12. Semua kerja-kerja mengikat besi tetulang
mestilah mengikut pelan.

4.9.1

Pemasangan Tetulang Untuk Asas Pad

85

i.

Pemasangan tetulang hendaklah mengikut lukisan kejuruteraan yang


disertakan untuk binaan tersebut.

ii.

Projek ini menggunakan asas pad serta asas Pile Cap untuk asasnya.

iii.

Pemasangan tetulang untuk asas pad menggunakan besi T20 & T25.

iv.

Pemasangan tetulang untuk pile cap pula menggunakan jenis besi Y10 dan
Y16.

v.

Bilangan besi yang diperlukan dalam satu-satu asas bergantung kepada


jenis-jenis asas serta saiz bangunan itu tersendiri. Semakin besar bangunan
itu semakin banyak dan besar saiz tetulang.

vi.

Besi tetulang diikat dengan dawai mengikut bentuk asas seperti dalam pelan
pembinaan.

Gambar 4.9.1.1 : Tetulang untuk asas

4.9.2 Pemasangan Tetulang Untuk Rasuk

86

i.

Bilangan dan jenis besi yang digunakan untuk rasuk tanah dengan rasuk
papak atas adalah berbeza.

ii.

Jenis tetulang tegasan yang digunakan adalah dari jenis tetulang tegasan
tinggi (Y) yang bersaiz 16, 20 dan 25 mm manakala bagi link pula ialah
jenis R10.

iii.

Besi tetulang disusun dan diikat dengan menggunakan dawai untuk


membentuk seperti besi beam yang ditunjukkan dalam pelan pembinaan.

iv.

Pemasangan tetulang bagi kedua-dua rasuk ini mestilah dilakukan dengan


berhati-hati dan mengikut pelan kerana kalau terdapat kesilapan dalam
pemasangan tetulang tersebut, ia akan menjejaskan struktur bangunan yang
dibina.

Gambar 4.9.2.1 : Tetulang diletakkan di atas kotak bentuk untuk diikat

87

Gambar 4.9.2.2 : Kerja-kerja mengikat besi beam

Gambar 4.9.2.3 : Tetulang yang siap diikat

88

Gambar 4.9.2.4 : Tetulang yang telah siap diikat dan diletakkan di dalam acuan
rasuk

4.9.3

i.

Pemasangan Tetulang Untuk Lantai

Untuk lantai, projek ini menggunakan fabrik keluli atau BRC (bar
reinforcement concrete) yang bersaiz A6, A8, A9 dan A10.

ii.

Saiz-saiz yang digunakan berpandukan kepada pelan pembinaan


yang ditentukan.

iii.

BRC yang akan diguna perlulah dipotong terlebih dahulu


mengikut saiz papak lantai.

89

Gambar 4.9.3.1 : BRC (bar reinforcement concrete)

4.9.4

Pemasangan Tetulang untuk Tiang

Pemasangan tetulang untuk tiang adalah kerja yang paling mudah. Ia tidak
menggunakan banyak tetulang untuk satu-satu tiang. Bilangan tetulang yang
digunakan dalam satu-satu tiang adalah bergantung kepada saiz bangunan yang
akan dibina. Saiz tetulang yang digunakan ialah Y16 dan Y25 manakala bagi link
pula ialah Y10. Besi-besi tetulang dan link akan diikat dengan menggunakan
dawai untuk mengukuhkan lagi saiz besi tiang.

90

Gambar 4.9.4.1 : Tetulang untuk tiang.

Gambar 4.9.4.2 : Tetulang untuk tiang telah ditutup dengan kotak acuan

4.9.5 Pemasangan Tetulang Pada Kotak Bentuk

Kerja-kerja pemasangan tetulang adalah mengikut jenis dan struktur binaan


serta mengikut pelan tetulang yang telah diluluskan. Tetulang yang dipasang akan
dilapik dengan penutup konkrit dan dibiarkan ada ruang di antara konkrit pemarasan
dengan tetulang. Ini kerana tetulang haruslah berada di tengah-tengah struktur
supaya konkrit yang akan dituang dapat membaluti seluruh permukaan tetulang itu.
Tetulang akan dibengkokkan pada hujungnya untuk menambahkan cengkaman
tetulang terhadap konkrit.

91

Gambar 4.9.5.1 : tetulang yang telah diikat dengan link dan dimasukkan kedalam
kotak bentuk.

Tetulang yang akan dipasang akan diikat dengan links pada sekelilingnya
dengan menggunakan keluli lembut mengikut saiz yang telah ditentukan. Tetulang
dan links diikat dengan menggunakan dawai. Tujuan tetulang diikat adalah untuk
menguatkan dan memudahkan bagi meletakkan rangkaian tetulang ke dalam kotak
bentuk serta mengukuhkan lagi struktur tetulang untuk kerja-kerja konkrit dijalankan.

4.10

Penyimpanan Tetulang

Adalah amat penting untuk memastikan tetulang disimpan dengan baik.


Kebiasaannya, di tapak bina tetulang diletakkan di tempat tukang besi melakukan
kerja-kerja mereka dan ditutup menggunakan plastik biru (Damp Proof Membrane /
DPM). Keluli ini diikat dengan besi pengikat untuk menstabilkan dan juga untuk
memudahkan penyimpanan tetulang. Tetulang yang sampai mestilah diikatkan
mengikut saiz yang digunakan. Ia perlulah disusun mengikut jenis tetulang, panjang
tetulang & saiz tetulang. Sekiranya tetulang berkarat, ianya haruslah dibuang dan
digantikan semula. Tetulang hendaklah sentiasa bersih, bebas daripada kotoran

92

berminyak, karat, tanah serta bahan-bahan lain yang boleh melemahkan sifat yang
sedia ada pada tetulang.

4.11

Kesimpulan

Kerja-kerja tetulang besi adalah amat penting. Tetulang besi diibaratkan


sebagai tulang belakang di dalam pembinaan sesebuah bangunan terutamanya
dalam pembinaan struktur kerangka. Struktur bangunan memerlukan struktur
tetulang untuk menguatkan struktur dan mengelakkan kegagalan struktur. Proses
pembinaan struktur bangunan dan pemasangan tetulang besi adalah berdasarkan
kepada pelan struktur yang telah disediakan oleh pihak jurutera perunding. Saiz,
panjang dan lain-lain maklumat yang diperlukan mengenai tetulang yang akan
digunakan turut terdapat pada pelan struktur yang telah disediakan.

Proses memotongan dan membengkok tetulang mestilah dilakukan dengan


betul dan tepat supaya tetulang yang dipotong dan dibengkokkan itu mengikut
seperti dalam pelan pembinaan. Jenis dan saiz tetulang juga mestilah dipasang
mengikut pelan supaya tidak berlaku kesilapan. Oleh itu, kerja-kerja pemasangan
besi tetulang untuk pile cap, rasuk, lantai serta tiang perlulah dilakukan oleh
pekerja yang mahir supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.

93

You might also like