You are on page 1of 42

4

BAB II




KAJIAN LITERATUR




2.1 Pengenalan


Kerosakan pada struktur bangunan merupakan satu Ienomena yang seringkali
berlaku dan jika ianya dibiarkan tanpa tindakan membaikpulih mungkin akan
membawa akibat yang lebih serius kepada struktur bangunan disamping boleh
mengancam keselamatan pengguna.


Lazimnya kerosakan pada struktur bangunan boleh berlaku di dalam dua
keadaan. Pertamanya kerosakan pada peringkat awal atau dalam jangkamasa yang
singkat selepas pembinaan dan yang kedua ialah kerosakan yang berlaku pada
jangkamasa panjang atau secara beransur-ansur akibat kerosakan Iizikal semasa hayat
anggota.


Bab ini membincangkan mengenai jenis kerosakan struktur yang lazim
berlaku serta punca kerosakan. Turut dibincangkan ialah teknik pembaikpulihan
struktur yang mengalami kerosakan.

5
2.2 Jenis-Jenis Kerosakan Struktur


Kerosakan struktur diklasiIikasikan kepada dua kategori umum iaitu
kerosakan yang timbul dalam jangkamasa pendek dan kerosakan yang timbul akibat
daripada peredaran masa. Antara kerosakan struktur yang dibincangkan dalam bab ini
ialah keretakan, pengaratan tetulang, penyerpihan dan penyepaian, indung madu,
penutup yang tidak memadai, lubang hembus dan kerosakan akibat tindakan tekanan
dan perubahan saiz.




2.2.1 Keretakan


Keretakan dalam struktur merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi
oleh mana-mana industri pembinaan di seluruh dunia. Terdapat banyak kajian telah
dan sedang dijalankan bagi mengenalpasti Iaktor-Iaktor terjadinya keretakan. Kajian
mengenai kesimpulan yang tersilap atau terpesong yang dibuat oleh para penyelidik
yang terdahulu juga turut dikaji pada masa sekarang dalam memantapkan pemahaman
dalam isu keretakan ini yang sering terjadi pada masa kini (Charnecki, et.al, 2000).


Namun begitu, Ienomena ini masih tidak dapat dielakkan tetapi hanya dapat
diminimakan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh mutu perincian atau kualiti di
tapak pembinaan tidak baik. Selain daripada itu, siIat komposisi pada struktur konkrit
bertetulang seperti batu baur, simen, pasir dan air yang saling bertindak boleh juga
mengakibatkan keretakan. Keretakan juga boleh diklasiIikasikan kepada dua kategori
iaitu:

a) Retak Struktur
b) Retak Tak struktur

6
2.2.1.1 Retak Struktur


Keretakan jenis ini lazimnya boleh menyebabkan kegagalan struktur. Ianya
boleh mengakibatkan struktur gagal berIungsi seperti kehendak rekabentuk.
Kebiasaannya keretakan jenis ini mempunyai saiz yang besar dan lebar dan sekaligus
mengakibatkan pemisahan bahagian struktur. Jenis keretakan ini lebih berbahaya dan
perlu langkah pemulihan dengan segera. Jika keretakan berlaku terlalu teruk dan
sukar dibuat pembaikan maka bangunan tersebut mesti dirobohkan supaya tidak
mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Antara punca keretakan ini adalah:-

i) Kesilapan pemilihan dan penggunaan bahan-bahan binaan.
ii) Kesilapan dalam merekabentuk struktur.
iii) Kesilapan semasa dalam pembinaan.
iv) Beban yang ditanggung oleh struktur melampaui had rekabentuk yang
sepatutnya.
v) Kejadian kemalangan ke atas struktur seperti kebakaran, gempa bumi dan
sebagainya.


Ini akan menyebabkan anggota struktur tidak berupaya menanggung beban
tegangan dan keadaan alah berlaku sebelum beban yang dikenakan mencapai beban
rekabentuk. Keretakan ini juga boleh di kategori kepada:

a) Retak Struktur AktiI
b) Retak Struktur PasiI







7
2.2.1.1a Retak Struktur Aktif


Retak Struktur AktiI adalah proses keretakan pada struktur konkrit yang
berterusan yang mungkin akan mengakibatkan kegagalan keseluruhan struktur.
Kecacatan ini amat merbahaya jika tidak diawasi dan dibaikpulih dengan segera.
Terdapat beberapa Iaktor yang menyebabkan keadaan ini terjadi iaitu:

i) Pengaratan tetulang akibat proses pengkarbonan
ii) Pengaratan tetulang oleh proses pengkloridaan
iii) Pembebanan yang berlebihan
iv) Pengenapan asas struktur




2.2.1.1b Retak Struktur Pasif


Retakan Struktur PasiI mempunyai ciri-ciri mekanisma yang tidak berterusan
dan kerja pemulihannya tidak semestinya dilakukan serta merta. Namun begitu,
dalam jangka masa yang panjang keretakan ini akan mengakibatkan kerosakan dan
kelemahan pada kekuatan struktur konkrit dimana tetulang belakangnya akan
berkarat. Faktor-Iaktor yang menyebabkan kewujudan keretakan pasiI adalah seperti
berikut:

i) Daya hentaman pada struktur
ii) Kesilapan merekabentuk
iii) Kecuaian semasa proses pembinaan
iv) Pengenapan pada tanah sementara




8
2.2.1.2 Retak Tak Struktur


Keretakan jenis Retak Tak Struktur ini berpunca dari pelbagai Iaktor dan
antaranya ialah disebabkan keadaan bancuhan konkrit yang mengalami proses
pengerasan pada had plastik dan had pengerasan konkrit disebabkan oleh tegasan dan
terikan dalaman konkrit tersebut. Namun begitu, rawatan serta kawalan perlu
dilakukan bagi mengelakkan keadaan sebaliknya berlaku. Keretakan ini tidak
merbahaya dari segi struktur tetapi hanya mencacatkan pandangan dengan
pemandangan yang tidak menarik. Selain itu, ianya juga boleh mengakibatkan
berlakunya kerosakan yang lain berlaku contohnya pengaratan tetulang. Berikut
dihuraikan beberapa jenis kecacatan yang berlaku akibat dari retak tak struktur ini:

i) Keretakan Pengecutan Konkrit
ii) Keretakan Jenis Plastik
iii) Keretakan Pengenapan
iv) Keretakan Pengecutan Sejatan
v) Keretakan Tegasan Haba
vi) Keretakan Akibat Tindakan Kimia
vii) Keretakan disebabkan Pengaratan Tetulang




2.2.1.2a Keretakan Pengecutan Konkrit


Semasa proses pengerasan , permulaan atas konkrit yang terdedah akan
mengalami kadar penyejatan yang lebih cepat. Ini adalah disebabkan oleh Iaktor-
Iaktor seperti perbezaan suhu bancuhan konkrit dengan suhu sekeliling, perbezaan
kelembapan dan kadar pengaliran udara yang cepat di sekeliling. Keadaan ini akan
menyebabkan lapisan konkrit atas mengecut dengan lebih cepat.

9
Walaubagaimanapun pengekangan yang ada pada lapisan bawah konkrit
membuatkan tegasan tegangan lemah terbentuk dalam bancuhan konkrit yang
menguatkan lapisan plastik konkrit lalu mengakibatkan keretakan dalam pelbagai
bentuk.




2.2.1.2b Keretakan Jenis Plastik


Keretakan ini berlaku beberapa jam selepas konkrit dituang. Keretakan ini
biasa terjadi pada bahagian permukaan yang terdedah pada cahaya matahari dan angin
serta proses pengawetan yang kurang sempurna. Kadar pengewapan yang berlaku
melebihi kadar penjujuhan air ke permukaan konkrit semasa proses pengerasan dan
pengenapan konkrit mengakibatkan di bahagian permukaan mengeras lebih cepat
daripada konkrit yang berada di bahagian dalam. Kesan daripada tindakbalas ini
menyebabkan terjadinya proses tegasan permukaan pada konkrit yang lemah terhadap
plastik. Sekiranya proses ini berterusan, retak pada permukaan konkrit akan kelihatan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.




Rajah 2.1: Keretakan Jenis Plastik



10
2.2.1.2c Keretakan Pengenapan


Keadaan dimana konkrit akan mengalami pemendakan akibat proses
penggetaran sebaik sahaja konkrit dituangkan. Pada masa ini, siIat plastik konkrit
akan mengalami kekangan tempatan yang wujud di antara komposisinya dengan
tetulang besi. Akibat kekangan ini, ruang udara atau retakan akan terbentuk
berdekatan dengan tetulang besi. Rajah 2.2 menunjukkan keretakan pengenapan.




Rajah 2.2: Keretakan Pengenapan




2.2.1.2d Keretakan Pengecutan Sejatan


Keretakan ini terjadi selepas beberapa minggu atau beberapa bulan proses
pembinaan. Semasa proses pengerasan, kehilangan kelembapan daripada simen
berlaku lebih cepat menyebabkan terjadinya pengurangan isipadu. Proses ini
menyebabkan terjadinya pengecutan pada konkrit keseluruhannya. Proses pengecutan
yang berterusan akan menyebabkan bahagian yang kering di permukaan akan
membentuk retak-retak. Rajah 2.3 menunjukkan keretakan pengecutan sejatan.

11


Rajah 2.3: Keretakan Pengecutan Sejatan




2.2.1.2e Keretakan Tegasan Haba


Keretakan ini terjadi daripada satu hari ke dua hingga tiga minggu selepas
pembinaan. Ini berlaku akibat daripada perbezaan suhu dalam konkrit yang mungkin
disebabkan ketidaksamaan kadar penghidratan atau disebabkan oleh proses
penyejukan dan pemanasan oleh cuaca mengakibatkaan sebahagian daripada struktur
konkrit dalam keadaan tidak mempunyai darjah kepanasan yang sama. Perbezaan ini
mengakibatkan proses perubahan isipadu pada struktur tersebut seterusnya
menghasilkan tegasan tegangan dalaman melebihi kapasiti kekuatan cirinya
seterusnya menghasilkan retakan.




2.2.1.2f Keretakan Akibat Tindakan Kimia


Fenomena yang disebabkan oleh tindakan kimia di antara bahan-bahan
campuran seperti batu baur, simen, air dan pasir boleh membawa kepada kegagalan
struktur. Faktor utama yang membawa kepada keretakan ini ialah apabila berlakunya
12
tindakan akali-silika di antara batu baur dengan simen, dimana pembentukan swelling
gel yang berkemampuan menyerap kandungan air daripada bahagian konkrit lain
menyebabkan masalah pengembangan tempatan bersama dengan tegasan tegangan
dalaman dan seterusnya mengakibatkan pengaratan dan keretakan.




2.2.1.2g Keretakan Disebabkan Pengaratan Tetulang


Keretakan ini terjadi disebabkan oleh proses pengaratan yang dialami oleh
tetulang besi dalam struktur konkrit. Pengaratan tetulang berlaku disebabkan oleh
lembapan yang masuk ke dalam konkrit melalui retak-retak halus yang tidak kelihatan
dengan mata kasar, rongga atau sambungan-sambungan pembinaan yang tidak
sempurna. Rajah 2.4 menunjukkan keretakan disebabkan pengaratan tetulang.




Rajah 2.4: Keretakan Disebabkan Pengaratan Tetulang Keluli




13

R
a
j
a
h

2
.
5
:


J
e
n
i
s
-
J
e
n
i
s

K
e
r
o
s
a
k
a
n




14
2.2.2 Pengaratan Tetulang


Salah satu daripada kerosakan yang amat popular ialah pengaratan tetulang.
Walaubagaimanapun mekanisma berlakunya pengaratan ini adalah terlalu perlahan
namun ianya akan berlanjutan dan sukar untuk berhenti. Langkah pembaikan yang
ingin dilakukan juga memerlukan kajian yang teliti bagi memastikan punca
pengaratan tersebut.


Pengaratan ini kebiasaannya terjadi akibat daripada pengkarbonatan konkrit
dengan kehadiran ion-ion klorida. Konkrit yang normal mempunyai siIat alkali dalam
julat pH 12.5 dengan satu lapisan oksida terbentuk pada permukaan besi. Jikalau pH
ini menurun dari 10 dan ke bawah, maka lapisan oksida ini akan termusnah. Oleh itu,
dengan kehadiran oksigen dan kelembapan besi dengan mudah akan mengarat.


Konkrit mengandungi bahan kimia iaitu Kalsium Hidroksida, Ca(OH)
2
.
Bahan beralkali ini akan mengelilingi tetulang besi untuk mengelakkan unsur oksigen
dan air mengaktiIkan pengaratan. Walaubagaimanapun apabila konkrit terdedah ke
udara, Kalsium Hidroksida ini akan bertindak dengan karbon dioksida yang wujud di
atmosIera dan membentuk Kalsium Karbonat.


Ca(OH)
2
+ CO
2
CaCO
3
+ H
2
O


Proses ini dikenali sebagai pengkarbonatan dan proses ini akan menyerap ke
dalam konkrit pada kadar yang agak perlahan. Apabila pengkarbonatan ini mencapai
pada permukaan tetulang ia akan meneutralkan unsur kealkalian yang ada pada
sekeliling permukaan tetulang. Seterusnya jika oksigen dan air telap sehingga ke
permukaan tetulang maka pengaratan akan berlaku.


15
2.2.3 Penyerpihan Dan Penyepaian


Kecacatan jenis penyerpihan dan penyepaian adalah keadaan dimana
struktur akan kehilangan sebahagian daripada luas keratan melintangnya sehingga
dapat menggagalkan Iungsi struktur tersebut. Kecacatan serpihan dan penyepaian ini
berkait rapat dengan kecacatan retakan. Ini adalah kerana kebanyakan kes melibatkan
masalah penyerpihan dan penyepaian adalah bermula dari retakan struktur konkrit
tersebut dan lama kelamaan kecacatan ini akan menyebabkan terjadinya penyerpihan
dan penyepaian. Walaubagaimanapun, sebab berlaku kegagalan ini adalah lebih
kurang sama dengan sebab berlaku proses pengaratan seperti berikut:

i) Karatan tetulang besi dalam struktur konkrit
ii) Darjah kelembapan struktur konkrit yang tinggi
iii) Tindakan kimia secara dalaman dan luaran
iv) Permusnahan melalui kebakaran
v) Kualiti konkrit yang lemah
vi) Beban yang berlebihan




Rajah 2.6: Rasuk mengalami penyepaian dan penyerpihan





16
2.2.4 Indung Madu(Honeycomb)


Lazimnya kerosakan jenis ini muncul pada permukaan konkrit akibat aggregat
kasar yang telah terasing dengan matriknya. Diantara punca berlakunya indung madu
ini adalah kerana rekabentuk campuran yang mempunyai nisbah aggregat kasar
kepada pasir yang tinggi. Selain itu, konkrit yang tidak berupaya memerangkap
udara juga boleh menyebabkan indung madu berlaku.


Faktor penempatan konkrit seperti pengukuhan yang rendah juga boleh
menyebabkan indung madu terbentuk. Tetulang besi yang terlalu rapat menyukarkan
getaran dilakukan secara berkesan. Ini seterusnya akan menyebabkan indung madu
terbentuk. Antara Iaktor-Iaktor lain yang menyebabkan indung madu terbentuk
dinyatakan di bawah:

a) Konkrit tidak ditempatkan pada ketinggian jarak jauh yang mencukupi
untuk membolehkan pengukuhan berlaku dengan lengkap.

b) Konkrit ditempatkan secara seragam dan secara menguIuk.

c) Rekabentuk seksyen yang mengakibatkan pengaliran konkrit dan
getaran terhad.


Kerosakan indung madu ini secara umumnya dapat dikawal atau dihindari
dengan mengamalkan pengawasan kualiti dan teknik pengukuhan. Bahan tambah
juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan slump. Penambahan air untuk
mempertingkatkan slump haruslah dihindari sama sekali.


17


Rajah 2.7: Terdapat berlaku indung madu pada dinding yang dikonkrit




2.2.5 Penutup Tidak Memadai


Kadangkala tetulang besi akan tergerak dari lokasi asal semasa konkrit
ditempatkan dan digetarkan. Ini akan menyebabkan penutup menjadi lebih nipis
daripada rekabentuk sekurang-kurangnya pada satu permukaan konkrit. Jikalau ini
disyaki, satu kajian harus dijalankan dengan menggunakan alat penutup
elektromagnetik untuk menentukan tahap kerosakan tersebut.


Kadangkala ia adalah lebih praktikal untuk menebalkan penutup secara
pembinaan keluar daripada permukaan konkrit dengan bahan lepaan ataupun simen
ubahsuai polimer dan pasir. Campuran lepaan haruslah mengikut piawai. Jikalau
permukaan konkrit adalah lemah, maka ia haruslah dibuang untuk memperolehi satu
permukaan yang kukuh dan kasar. Jikalau ia adalah kukuh tetapi licin, maka kos
pembaikannya adalah lebih murah denagn penggunaan simen ubahsuai polimer
sebagai lapisan pertama dan pasir dengan nisbah 2 kepada 1 bahagian sebelum lapisan
lepaan seterusnya digunakan. Jikalau lepaan permukaan digunakan, maka ia haruslah
mempunyai ketelapan yang minimum terhadap karbon dioksida dan air dalam bentuk
cecair tetapi mempunyai ketelapan untuk wap air terbebas daripada konkrit.

18
2.2.6 Lubang Hembus


Lubang henbus merujuk kepada liang-liang udara yang kecil yang terbentuk di
dalam konkrit. Ia lazimnya terbentuk diantara bahagian peranca semasa penempatan
konkrit. Pembentukan lubang hembus ini terutamanya amat sukar dihindari pada
permukaan konkrit apabila bahagian atas peranca ataupun pada peranca yang
membengkok ke dalam tetapi pembentukannya dapat dikurangkan jikalau permukaan
peranca adalah jenis yang menyerap air.


Liang-liang udara ini mempunyai saiz diantara 2mm hingga 50mm.
Kerosakan jenis ini tidak memberi apa-apa kesan dari segi kekuatan struktur tetapi ia
sekadar mencacatkan pemandangan konkrit. Diantara punca utama lubang hembus
terbentuk adalah akibat rekabentuk campuran. Jikalau rekabentuk campuran melekit,
maka lubang hembus mudah terbentuk. Penempatan konkrit dengan jarak jatuh yang
besar juga akan mengakibatkan lubang hembus. Penggetaran yang lebih pada
kedudukan tengah konkrit juga akan menyebabkan lubang hembus semasa prosedur
pengukuhan, penggetar harus dijatuhkan ke dalam konkrit dan ia seharusnya ditarik
keluar secara perlahan dan secara menguIuk ke atas.




2.2.7 Kerosakan Akibat Tindakan Tekanan Dan Perubahan Saiz


Kerosakan juga boleh juga disebabkan akibat daripada tindakan dan
perubahan saiz. Fenomena yang dimaksudkan adalah ubahbentuk bagi anggota
struktur konkrit yang sering berlaku seperti lendutan pada rasuk dan papak,
kecondongan pada tiang, dinding, bukaan dan juga sambungan. Kecacatan yang
dapat dilihat ini akan menyebabkan sesuatu bangunan itu akan mengalami satu
permandangan yang tidak menarik pada mata kasar.

19
Punca utama berlakunya ubahbentuk ini termasuklah disebabkan oleh beban
yang berlebihan, enapan, kemerosotan atau kegagalan pada anggota konkrit ataupun
pada tetulang serta penyokong atau perembat perantaraan yag tidak memadai.




2.3 Teknik-Teknik Pembaikpulihan Struktur Konkrit


Sebelum sesuatu kerja baikkpulih konkrit dilakukan amatlah perlu beberapa
langkah diambil untuk memastikan kaedah pembaikpulih konkrit yang akan
dijalankan dapat menangani masalah yang timbul. Maka sebelum kerja
pembaikpulihan dijalankan, punca-punca kerosakan mestilah dikenalpasti terlebih
dahulu. Langkah seterusnya ialah untuk menentukan objektiI pembaikpulihan
konkrit dimana lazimnya ia terbahagi kepada 4 peringkat:

i) Ketahanlasakan
ii) Kekuatan Struktur
iii) Fungsi
iv) Nilai Estetik


Daripada keempat-empat keperluan ini, pembaikpulihan dari segi
ketahanlasakan merupakan objektiI yang paling utama dalam kerja pembaikpulihan
konkrit. Langkah seterusnya adalah untuk memilih kaedah pembaikpulihan yang
paling sesuai dan bahan-bahan baikpulih yang sesuai pula diperolehi daripada pihak
pembekal yang boleh dipercayai. Ringkasan kepada empat langkah utama yang perlu
diambilkira sebelum kerja-kerja pembaikpulihan dinyatakan di bawah:

1. Mengenalpasti jenis dan punca kerosakan yang dialami oleh struktur
yang memerlukan pembaikpulihan.

2. Menentukan objektiI pembaikpulihan struktur konkrit.
20
3. Mengenalpasti kaedah pembaikpulihan yang sesuai yang dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. Pemilihan bahan-bahan baikpulih yang sesuai dan bermutu untuk
menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan.




2.3.1 Teknik Pemulihan Masalah Retakan


Kaedah yang paling sesuai untuk membaikpulih kecacatan retakan amat
bergantung kepada sama ada retakan tersebut masih dalam keadaan hidup atau mati.
Di samping itu ia juga bergantung kepada retakan struktur itu samada merbahayakan
struktur tersebut dalam jangkamasa pendek atau panjang. Di dalam seksyen ini telah
disenaraikan beberapa teknik pemulihan masalah retakan antaranya ialah teknik
pemulihan suntikan epoksi, penampalan retakan hidup, pelekatan plat besi,
penjahitan, serta penurapan(grouting).




2.3.1.1 Suntikan Epoksi


Epoksi adalah salah satu kumpulan damar tiruan dari cecair tidak larut yang
mempunyai kelikatan yang rendah hingga ke pepejal. Takat didihnya pula agak
tinggi. Damar yang biasa digunakan di dalam industri pembinaan ialah damar yang
berwarna kekuningan seakan-akan minyak pelincir. Bagi menggunakan epoksi ini,
bahan pengeras diperlukan dalam campurannya untuk menukarkan epoksi tersebut
daripada bentuk cecair kepada pepejal.


21
Penggunaan cecair epoksi ini sesuai bagi keretakan yang bersaiz kecil.
Suntikan epoksi ini juga sesuai digunakan pada bangunan, jambatan, empangan dan
pelbagai jenis struktur yang lain. Namun begitu, jika didapati retak yang berlaku
ialah jenis aktiI, retak tersebut perlu ditampal dahulu bagi mengelakkan pergerakan
retak berterusan.


Lokasi retak mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja penyemburan
epoksi dijalankan. Ini bertujuan untuk menghindari struktur dicemari oleh bahan
yang tidak diingini. Cara yang biasa digunakan untuk membersihkan kawasan retak
ialah dengan menyemburkan air pada retakan atau menggunakan cecair pelarut
tertentu. Pelarut yang digunakan mestilah dipastikan kering sebelum epoksi disembur
ke dalam retakan.


Sekiranya retakan itu terlalu lebar, maka permukaannya perlu dipotong kepada
bentuk V` dengan kedalaman 13mm serta keluasan 19mm. Corong masuk akan
dipasangkan pada tempat yang tertentu supaya kerja pemancitan dapat dilakukan
dengan sempurna. Tekanan pemancutan dikawal oleh lebar dan dalamnya retakan
yang hendak dipulihkan dengan tekanan yang kurang dari 0.10N/mm.


Sebelum kerja pemancitan dilakukan, retakan tersebut hendaklah ditampalkan
terlebih dahulu supaya epoksi tidak tersalir keluar sebelum mengeras. Bagi retakan
yang sangat halus dan sempit iaitu kurang daripada 0.15mm lebar, corong masuk
harus diletakkan tidak melebihi 150mm diantara satu sama lain. Selepas damar
epoksi yang dipancitkan ke dalam retakan telah mengeras dan mencapai kekuatan
yang diperlukan , lapisan penutup pada permukaan retakan mesti ditanggalkan. Rajah
2.8 menunjukkan tiang konkrit yang telah dibaikpulih dengan menggunakan suntikan
epoksi.
22


Rajah 2.8: Tiang Konkrit yang telah dibaikpulih dengan menggunakan
suntikan epoksi.




2.3.1.2 Laluan Dan Tampalan (Routing and Sealing)


Kaedah ini amat sesuai untuk retak yang tidak aktiI dan tidak melibatkan
struktur konkrit. Laluan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan kerja pembaikan.
Namun begitu, teknik ini tidak boleh dipraktikkan untuk struktur yang mengalami
tekanan hidrostatik yang tinggi kecuali tampalan untuk permukaan tegangan.


Laluan yang dibuat bergantung kepada saiz retak dan kesesuaiannya untuk
proses penampalan. Laluan dibuat dengan menggunakan gunting konkrit, perkakasan
tangan atau alat pneumatik. Saiz minimum laluan ialah 6mm dan laluan adalah
berbentuk V.


Tujuan penampalan dibuat ialah untuk mengelakkan air terkena pada tetulang,
masalah lembapan dan tekanan hidrostatik bertumpu di dalam sambungan. Terdapat
pelbagai jenis bahan penampal yang digunakan dan bergantung kepada jenis
keretakan yang berlaku. Rajah 2.9 menunjukkan retak yang diperbaiki dengan
menggunakan kaedah laluan dan tampalan.
23


Rajah 2.9: Retak yang diperbaiki dengan kaedah laluan dan tampalan




2.3.1.3 Penjahitan


Teknik jahitan ini dilakukan dengan menebuk lubang di kiri dan kanan retak
bagi memasang pengikat(dogs) besi berbentuk 'U. Pengikat inilah yang akan
digunakan untuk menjahit retak tersebut. Lubang yang telah ditebuk perlu
dibersihkan dan seterusnya disembur dengan epoksi supaya dapat memegang pengikat
dengan kuat dan juga menghalang daripada kemasukan air ke tetulang besi. Pengikat
berbentuk 'U dipasang secara melintang ke atas retakan dengan memasukkan
hujungnya pada lubang yang telah ditebuk di sisi retak seperti Rajah 2.10.


Lazimnya teknik ini digunakan untuk mengawal pergerakan retak yang hidup.
Walaubagaimanapun ia hanya digunakan bagi menutup retak tanpa mengakibatkan
kerosakan kepada struktur yang lain. Dalam penggunaan kaedah ini, perhatian teliti
harus diberikan supaya ia dapat berIungsi pada keadaan pembebanan struktur
tersebut.


Jahitan juga dilakukan pada kedua-dua belah keratan konkrit supaya apabila
berlaku pergerakan pada struktur tersebut, pengikat yang digunakan tidak mudah
24
bengkok. Untuk anggota lenturan adalah tidak sesuai sekiranya retakannya dijahit
pada sebelah keratan sahaja kerana pergerakan struktur berlaku pada permukaan
tegangan.


Selain itu, jahitan tidak akan menutup retakan tetapi ianya menghalang retakan
bertambah besar di masa akan datang. Masalah lain yang dihadapi bagi kaedah ini
ialah masalah karat. Oleh itu, sebelum retak tersebut dijahit mestilah dipastikan
bahagian dalam retak kering sepenuhnya. Dengan itu, apabila pengikat besi dijahit
pada bahagian retak ia tidak akan berkarat.




Rajah 2.10: Menunjukkan Penggunaan Kaedah Jahitan




2.3.1.4 Penambahan Tetulang


Terdapat dua cara penambahan tetulang digunakan dalam kaedah
pembaikpulihan ini. Keretakan boleh ditambah dengan tetulang lazim (conventional
reinforcement) atau menggunakan besi prategasan.




25
2.3.1.4a. Tetulang Lazim


Kebiasaan keretakan yang berlaku pada jambatan konkrit diperbaiki dengan
menggunakan teknik suntikan epoksi dan kemudian memasukkan bar tetulang.
Kaedahnya ini termasuklah kerja-kerja menampal, menebuk lubang (19mm diameter)
pada permukaan retak dengan sudut 45 melintasi kawasan retak seperti Rajah 2.11.




Rajah 2.11: Penebukan lubang dengan sudut 45 melepasi kawasan retak


Bahagian retak dipam dengan epoksi di bawah tekanan antara 342-548 kPa
dan besi tetulang dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk. Saiz tetulang yang
digunakan ialah 13mm atau 16mm dan dengan pemanjangan sekurang-kurangnya
0.46m pada kedua-dua belah permukaan retak. Epoksi yang dipam ke dalam lubang
tetulang besi akan mengikat tetulang tersebut kepada dinding konkrit yang retak dan
menghasilkan satu keadaan monolitik pada struktur tersebut.









26
2.3.1.4b Besi Prategasan


Penggunaan besi prategasan adalah apabila keretakan yang berlaku melibatkan
bahagian anggota yang menanggung beban struktur dan mengganggu kekuatan
struktur serta boleh mengakibatkan kegagalan pada struktur tersebut. Besi prategasan
digunakan bagi menanggung daya mampatan pada struktur. Besi prategasan yang
digunakan mestilah cukup dan tetap bagi mengelakkan kegagalan struktur tersebut.
Oleh itu, daya tegangan pada struktur perlu dianalisis dengan betul. Ini ditunjukkan
dalam Rajah 2.12.




Rajah 2.12: Penggunaan besi prategasan melintangi kawasan retak




2.3.1.5 Turapan


2.3.1.5a Turapan Simen Portland


Masalah kerosakan yang mengalami retak mati besar dan lebarnya mencapai
20mm adalah sesuai dipulihkan dengan kaedah turapan. Ia merupakan satu proses
27
dimana satu campuran simen yang berkelikatan tinggi dipam ke dalam bahagian
retakan dengan menggunakan mesin pengepam yang bertekanan tinggi. Cara ini
melibatkan pembesaran permukaan, penampalan dan penutupan dengan lapisan yang
sesuai.


Sebelum proses penurapan dijalankan, permukaan retak perlu dibersihkan
dengan tujuan untuk menyediakan permukaan yang eIektiI bagi pelekatan turapan.
Campuran turapan yang digunakan mengandungi simen dan air atau simen dicampur
dengan pasir serta air bergantung pada tahap keretakan.


Walaubagaimanapaun nisbah air simennya mestilah rendah bagi menghasilkan
kekuatan yang tinggi serta pengecutan yang rendah. Kandungan air yang sedikit serta
penambahan campuran turapan dengan bahan tambah boleh meningkatkan ciri
turapan.




2.3.1.5b Turapan Kimia


Turapan kimia ialah turapan yang dicampurkan dengan dua atau lebih bahan
kimia. Bagi keretakan yang sempit dan kecil (0.05mm) lebih sesuai menggunakan
turapan kimia ini. Kelebihan turapan kimia ini adalah ianya masih boleh digunakan
walaupun persekitaran lembap. Namun begitu, penggunaan turapan kimia ini
memerlukan kemahiran yang tinggi bagi mengendalikannya dan ianya tidak boleh
digunakan jika terlalu kering.


28


Rajah 2.13 Menunjukkan kerja-kerja turapan sedang dilakukan




2.3.1.6 Bungkus Kering (Drypacking)


Bungkus Kering ini menggunakan mortar yang mempunyai kandungan air
yang rendah. Ini bagi menghasilkan simen mortar yang mempunyai daya lekatan
dengan konkrit lebih kuat dan tinggi. Penggunaan nibah air-simen yang rendah pada
bahan pemulih mengakibatkan kadar pengecutan rendah dan daya pelekatan tinggi
serta lebih lasak.


Teknik ini sesuai dipraktikkan untuk menutup lubang yang kecil dan sempit
serta perbaiki retak tak aktiI. Bagi retak yang aktiI adalah tidak sesuai sekiranya
menggunakan kaedah ini.


Sebelum retak diperbaiki dengan teknik ini, bahagian permukaan yang
berlubang dilebarkan dengan 25mm lebar serta 25mm dalam. Lazimnya pelebaran ini
dilakukan menggunakan power-driven sawtooth bit.


29
Lubang yang telah dipotong perlu dibersihkan dan dikeringkan. Seterusnya
pembungkus kering mortar perlu diletakkan segera. Mortar yang dimasukkan terdiri
daripada satu bahagian simen, tiga bahagian pasir (1.18mm) dan air yang secukupnya.




2.3.1.7 Pengisian vakum


Kaedah pemulihan ini juga dikenali sebagai Balvac Process di
Britain(Allen,1987). Teknik ini digunakan bagi kes dimana jumlah kes keretakan
yang banyak berlaku di dalam satu kawasan. Prosedur yang dilakukan ialah dengan
memagari bahagian yang rosak dengan menggunakan penutup plastik yang kedap
udara dan bahagian tepi permukaan konkrit ditutup. Vakum digunakan untuk
menyerap udara keluar daripada retak pada kawasan penutup plastik tersebut. Resin
turap kemudian dimasukkan dan tekanan atmosIera akan bertindak untuk
memasukkan resin tersebut ke dalam retakan.


Kebiasaannya satu lapisan bahan jala dipasang bagi menyediakan satu ruang
kecil di antara penutup plastik dengan permukaan konkrit dengan tujuan memastikan
resin dapat mengalir di seluruh bahagian permukaan yang dirawat. Apabila proses
pengisian resin selesai dilakukan, penutup plastik ditanggalkan sebelum resin mula
mengeras.


Pengggunaan teknik ini memerlukan kepakaran yang tinggi kerana pemilihan
bahan pengisi dan tahap vakum yang dikenakan adalah berlainan berdasarkan
keadaan di tapak.


Selain itu teknik vakum ini boleh digunakan untuk teknik suntikan biasa. Ini
kerana apabila suntikan biasa digunakan pada retak, wujudnya gelembong udara yang
30
terperangkap disebalik retak. Fenomena ini dapat di atasi dengan menggunakan
teknik pengisisan vakum kerana gelembong udara akan diserap keluar daripada retak.


Penggunaan teknik suntikan biasa juga mempunyai risiko bocor pada bahan
turap dan seterusnya boleh mengganggu sambungan dan kemungkinan besar
sambungan akan mengalami gerakan. Namun begitu, masalah ini tidak akan wujud
dengan menggunakan teknik pengisian vakum. Ini kerana dengan keadaan vakum
tidak akan tercapai sekiranya sambungan terbuka.




2.3.2. Teknik Pemulihan Masalah Pengaratan


Pembaikan pengaratan tetulang harus dibaikpulih kerana ia boleh
menyebabkan retakan dan sekiranya pengaratan berterusan ia akan menyebabkan
konkrit terserpih. Penyerpihan ini seterusnya akan mengakibatkan pengaratan pada
permukaan konkrit. Di dalam seksyen ini membincangkan mengenai teknik
pemulihan disebabkan masalah pengaratan dengan kaedah penyalutan.




2.3.2.1 Kaedah Penyalutan


Kaedah ini dapat memberi perlindungan kepada tetulang besi dalam konkrit
sekiranya struktur itu terdedah kepada keadaan kemungkinan menyebabkan
pengaratan yang tinggi. Konsep pemulihan kaedah ini adalah menghentikan proses
karatan pada bahagian yang karat. Proses penyalutan pada tetulang besi adalah kerja
yang paling penting untuk melindungi tetulang tersebut.

31
Terdapat dua jenis penyalut yang sering digunakan untuk memberikan
perlindungan kepada tetulang daripada mengarat iaitu penyalut organik(organic
Coating) dan penyalut logam (Metal Coating).




2.3.3 Teknik Pemulihan Masalah Permukaan


Untuk kaedah ini hanya kaedah perlekatan lapisan permukaan yang akan
dibincangkan kerana kaedah ini sering digunakan untuk masalah yang melibatkan
kecacatan permukaan.




2.3.3.1 Pelekatan Lapisan Permukaan


Bahan pemulihan dilapiskan secara seragam dalam bentuk berlapis-lapis pada
permukaan yang hendak dipulihkan. Teknik ini selalu digunakan dalam pemulihan
lantai dan jalan dimana struktur tersebut masih kukuh dan selamat tetapi kecacatan
berlaku di permukaan yang disebabkan daya hentaman yang kuat. Selain itu, ia juga
berIungsi mengeraskan permukaan lantai kepada keadaan lebih sempurna.


Semasa proses melapis permukaan ini dilakukan, lapisan yang pertama
haruslah mengeras terlebih dahulu sebelum lapisan seterusnya disapukan. Ini bagi
memastikan darjah kelekatan yang lebih baik di antara lapisan dengan lapisan kerana
setiap lapisan terdiri daripada bahan berlainan.



32

Jadual 2.1 : Ringkasan Kerosakan Struktur Dan Kaedah Baikpulih

Tanda Punca Pencegahan Pembaikpulihan
Retak secara uIuk di
permukaan apabila konkrit
mula mengeras atau selepas
ia mengeras

Pengecutan plastic
Pengeringan dalam masa yang
singkat pada permukaan

Permukaan konkrit ditutup secepat
mungkin setelah dituang
Ditutup secara menyapukan
simen ataupun dengan polimer
berkelikatan rendah
Retak pada bahagian
(seksyen) yang tebal

Mengelakkan pengecutan
therma(thermal contraction)
Penahan tarikkan therma`
diminimakan
Penyejukan konkrit dilengahkan
sehingga ia mencapai kekuatan

Tutupi retak
Retak pada sambungan
tetulang

Mendapan Plastik
Konkrit masih mendap setelah
ia mula mengeras

Gunakan rekabentuk campuran
berlainan

ampatkan semula bahagian atas
konkrit semasa masih dalam
keadaan plastik
Retak ditutupi setelah konkrit
mengeras

Blowholes` terbentuk pada
permukaan konkrit
Udara atau air terperangkap
diantara peranca
Pemadatan yang tidak mencukupi
Rekabentuk campuran yang tidak
sesuai
Release Agent yang tidak sesuai

Mempebaiki system getaran
Ubah campuran rekabentuk atau
Release Agent
Gunakan jenis peranca yang
menyerap
Diisi dengan mortar polimer
terubahsuai


Kelompangan pada konkrit
Honeycomb`
Pemadatan yang tidak memadai
Kehilangan bahan grout

Memperbaiki pemadatan
Kurangkan kandungan saiz aggregate
maksimum
Mengelakkan kebocoran bahan grout
Bahagian dipotong dan disuntik
resin
33


Tanda Punca Pencegahan Pembaikpulihan
Beza Warna Perubahan pada nisbah rekabentuk
campuran, bahan, pengetaran,
kebocoran air daripada sistem peranca
Pastikan kesemua Iaktor-Iaktor
dijalankan atau dipraktikkan secara
seragam. Elakkan kebocoran pada
peranca

Surface Coating disapukan
Pengaratan Tetulang Pyrites di dalam aggregat
Kandungan sampah pada peranca
Hujung tetulang perangkai
dibengkokkan keluar
Proses pengkarbonan yang berlaku
akibat kehadiran ion klorida
Kandungan klorida yang tinggi di
dalam konkrit
Elakkan aggregat yang tercemar
Besi yang terdedah dilindungi
Hujung tetulang perangkai dibengkokkan
ke dalam
Peranca dibersihkan sebelum penuangan
konkrit
Membekalkan penutup yang memadai
Kandungan simen yang mencukupi serta
mempunyai ketelapan yang rendah

Dibersihkan dengan asid cair
ataupun sodium sitrat
Permukaan tercabut Release Agent yang tidak
mencukupi
Peranca yang dialihkan secara tidak
cermat

Lebih perhatian diberikan kepada
penggunaan release agent dan semasa
pengalihan peranca
Disapukan mortar halus
ataupun ditampal sebagai
spalled concrete
Penutup yang tidak memadai

Tetulang besi teralih semasa konkrit
dituang
Jarak yang tidak mencukupi
diperuntukkan semasa perincian

Tetulang besi disokong dengan lebih kuat
Jarak yang lebih diperuntukkan semasa
perincian
Simen terubahsuai polimer
disapukan dan sand rendering
disapukan sebagai lapisan
pelindung




34


Tanda Punca Pencegahan Pembaikpulihan
Lubang Hembus

Rekabentuk Campuran
Penempatan Konkrit
Penggetaran Tak Serata
Campuran Tidak Terlalu
Melekit
Kawal Jarak Jatuh Konkrit
Penggetaran Serata
Sapukan Mortar
Kecacatan Akibat Tindakan
Tekanan Dan Perubahan Saiz

Kesilapan Rekabentuk Rekabentuk Semula Tambah Perembat
Pembinaan Semula


35
2.4 Kegagalan Pembaikpulihan Struktur Konkrit


Kejadian kegagalan struktur konkrit kini semakin menular dan amat
meruncing. Keadaan ini bertambah meruncing lagi dengan kejadian kegagalan pada
struktur yang telah dibaikpulih. Pada hakikatnya pembaikpulihan dilakukan bagi
mengembalikan Iungsi sesuatu struktur kepada keadaan asal dan sekaligus ia boleh
memberikan peranan yang sepatutnya. Namun kini, kerosakan yang sama pada
struktur yang telah diperbaiki berulang kembali malah bertambah serius sehingga
mengakibatkan kegagalan pada struktur tersebut.


Diantara punca-punca kegagalan pembaikpulihan struktur konkrit adalah
seperti berikut (Czarnecki, et.al,2000):

a) Penyiasatan dan penilaian struktur yang tidak memadai/ tidak
dilakukan.
b) Tenaga pekerja yang tidak mahir mengendalikan proses
pembaikpulihan.
c) Pemilihan bahan pembaikpulihan yang tidak sesuai.
d) Teknik pembaikpulihan yang tidak sesuai.




2.4.1 Penyiasatan Dan Penilaian Struktur Yang Tidak Memadai/ Tidak
Dilakukan


Penyiasatan dan penilaian terhadap kerosakan struktur yang berlaku adalah
perkara penting dalam menentukan punca kerosakan. Ini kerana pembaikpulihan
yang hendak dilakukan bergantung kepada punca kerosakan. Walaupun prinsip ini
amat penting, tetapi ia sering diabaikan dan mengakibatkan kegagalan yang sedia
diperbaiki berlaku semula dalam jangka masa yang singkat.
36
2.4.2 Tenaga Pekerja Yang Tidak Mahir Mengendalikan Proses
Pembaikpulihan


Kerja-kerja pembaikpulihan yang kompleks memerlukan tenaga pekerja yang
mahir bagi mengendalikan kerja-kerja yang berkaitan. Walaupun kaedah
pembaikpulihan yang dilakukan sesuai dan betul, ianya masih boleh lagi gagal untuk
kali kedua disebabkan kegagalan pemilihan pekerja yang tidak mahir dalam
penggunaan teknik pembaikpulihan yang mengikut spesiIikasi.


Menurut Charnecki, et. Al(2000) mereka menyatakan bahawa kebanyakan
kegagalan pembaikpulihan struktur konkrit disebabkan oleh perhatian yang kurang
dalam merekabentuk progam pembaikpulihan, pengendalian pekerja dan tatacara
kerja di tapak kurang bermutu dan kualiti kerja merosot.




2.4.3 Pemilihan Bahan Pembaikpulihan Yang Tidak Sesuai.


Perkataan bahan` merujuk kepada sebarang benda yang digunakan oleh
manusia untuk menghasilkan output yang dikehendaki (Charnecki, et.al,2000).
Pemilihan bahan untuk kerja pembaikpulihan mestilah menitik beratkan kualiti bahan
tersebut. Ini kerana, pemilihan bahan yang baik dapat menjamin keberkesanan
kaedah pembaikpulihan yang digunakan.


Namun begitu, sehingga kini masih belum lagi terdapat piawai pemilihan
bahan yang sepatutnya dikeluarkan. Pemilihan penggunaan bahan pembaikpulihan
struktur bangunan lazimya berdasarkan maklumat daripada pengeluar ataupun
pengalaman pakar perunding dan kontraktor. Selagi bahan pembaikpulihan
37
digunakan secara membuta-tuli untuk proses pembaikpulihan , usaha 'Repair oI
Repair akan berlanjutan. (Czarnecki,et.al,2000).




2.4.4 Teknik Pembaikpulihan Yang Tidak Sesuai.


Terdapat pelbagai teknik atau cara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki
struktur yang rosak. Namun begitu, teknik-teknik tersebut bergantung kepada punca
berlakunya kegagalan. Oleh yang demikian pihak jurutera perlu melakukan siasatan
awal dahulu pada struktur konkrit yang rosak. Punca kerosakan sebenar harus
dikenalpasti bagi memudahkan atau memastikan teknik pemulihan yang dilakukan
betul.




2.5 Penyiasatan Dan Pemeriksaan Bagi Mengenalpasti Punca Kerosakan
Pada Struktur Bangunan


Pemeriksaan bangunan atau lebih dikenali sebagai penyiasatan kerosakan
perlu diambil perhatian serius. Ini kerana akibat kelalaian satu pihak boleh
mengakibatkan kematian orang ramai. Sebagai contoh yang pasti kita tidak dapat
lupakan ialah kejadian runtuhnya kondominium Highland Tower pada 11 September
1993 yang meragut 48 nyawa serta harta benda yang bernilai. Rajah 2.14
menunjukkan runruhan yang berlaku di Higland Tower. Pemeriksaan ke atas struktur
bangunan harus dititik beratkan bagi memastikan struktur sesuatu bangunan kukuh
dan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik. Sehubungan dengan itu,
pemeriksaan sesuatu bangunan boleh dilakukan dengan kaedah visual dan juga
penyiasatan struktur secara menyeluruh.

38

Rajah 2.14 Runtuhan Highland Tower


2.5.1 Kaedah pemeriksaan


Pemeriksaan bangunan melibatkan applikasi kaedah visual dan juga kaedah
penyiasatan secara menyeluruh. Pemeriksaan secara visual merupakan langkah awal
bagi mengenalpasti lokasi serta jenis kerosakan. Setelah itu disusuli pula dengan
kaedah penyiasatan lanjut sekiranya kerosakan atau kecacatan yang berlaku boleh
membahayakan atau memberi kesan negatiI kepada kestabilan struktur atau keutuhan
mana-mana bahagian bangunan.


Pemeriksaan secara keseluruhan ini memerlukan data-data mengenai
rekabentuk, penyelenggaraan dan juga sejarah bangunan. Setelah data diperolehi,
beberapa ujian tertentu dijalankan dan laporan terperinci disediakan. Daripada hasil
laporan tersebut kerosakan pada struktur dapat dikenalpasti seterusnya kerja
pembaikpulihan dijalankan.







39
2.5.1.1 Ujian Ke Atas Struktur


Ujian ke atas struktur adalah berguna untuk memberi penilaian tentang
kekuatan struktur. Pada kebiasaannya, untuk pelaksanaan ujian di tapak mahupun di
dalam makmal boleh dikatakan bergantung kepada hasil pemeriksaan visual yang
dilakukan. Apabila terdapat kekurangan pada data ataupun data tidak memadai,
maka beberapa ujian tertentu perlu dilakukan. Terdapat beberapa ujian yang boleh
dilakukan ialah:

i. Ujian Halaju Denyutan Ultrasonik
ii. Ujian Tukul Menganjal
iii. Ujian Teras Konkrit
iv. Ujian Meter Penutup Elektromagnet
v. Ujian Sinar Gamma
vi. Analisis Kimia
vii. Ujian Pengkarbonatan




2.5.1.2 Ujian Halaju Denyutan Ultrasonik


Ujian Denyutan Ultasonik, alat biasa yang digunakan ialah alat Ultrasonik
Pundit. Peralatan ini terdiri daripada satu penjana denyutan elektrik, sepasang
transduser, satu penguat dan satu peranti masa untuk mengukur masa penghantaran
antara transduser penghantar dan penerima.


Ujian ini melibatkan pengukuran halaju gelombang denyutan yang bergerak
melalui konkrit. Sebuah alat penjana denyutan ultrsonik menghantar gelombangnya
kepada satu tranduser yang bersentuhan dengan permukaan konkrit supaya
gelombang tersebut bergerak melalui konkrit itu seterusnya dapat dikesan oleh satu
40
tranduser lain yang bersentuhan dengan konkrit pada permukaan bertentangan.
Tranduser tersebut akan mengeluarkan satu isyarat elektrik yang dihantar melalui
ampliIier kepada satu plat tiub sinar katod. Oleh itu, dengan mengukur anjakan
isyarat denyutan berbanding dengan kedudukan semasa tranduser bersentuhan sesama
sendiri, masa yang diambil untuk denyutan bergerak melalui konkrit dapat diukur.
Kualiti konkrit dapat dinilai dengan mengukur halaju gelombang denyutan bergerak
melalui sampel ujian. Oleh itu, maklumat terperinci berkenaan kecacatan struktur
dalaman konkrit diperolehi. Kaedah ini diterangkan secara terperinci di dalam BS
1881 Bahagian 203:1986.




2.5.1.3 Ujian Tukul Menganjal


Ujian tukul menganjal adalah merupakan ujian kekerasan permukaan. Ia
menyukat kekerasan permukaan konkrit pada struktur. Peralatan yang biasa
digunakan ialah dikenali sebagai tukul menganjal, yang merupakan sejenis alat
kendalian tangan dimana komponen penting di dalamnya adalah suatu spring dibebani
dengan beban yang dimana bila diaktiIkan (dengan mengenakan hentaman pada
permukaan konkrit) akan mengeluarkan sejumlah tenaga piawai. Pantulan tukul
disukat pada penimbangtaraan.


Ujian ini dilakukan dengan mengambil beberapa bacaan pada setiap
kedudukan konkrit dan diambil puratanya. Langkah ini dilakukan kerana bacaan
adalah sensitiI kepada perubahan konkrit, terutamanya partikel-partikel batu-baur
yang hampir dengan permukaan.


41
Maka dengan itu kaedah ini dapat menentukan keseragaman konkrit,
menganggarkan kekuatan dan pengelasan ketahanan lelasan. Kaedah ini diterangkan
dengan terperinci dalam BS 1881: Bahagian 202: 1986.




2.5.1.4 Ujian Teras Konkrit

Ujian teras konkrit adalah ujian untuk mendapatkan nilai anggaran kekuatan
Ilub. Selain daripada itu ujian ini adalah untuk menentukan kekuatan mampatan,
siIat-siIat lain seperti ketumpatan penyerapan air, kekuatan tegangan tidak langsung
dan komposisi kimia struktur konkrit.


Dalam ujian ini teras konkrit diambil daripada anggota struktur konkrit yang
meragukan. Teras konkrit diambil dengan cara menggerudi menggunakan sejenis alat
gerudi putar. Teras yang digerudi adalah berbenluk silinder, dengan ukuran garis
pusat 150 mm atau 100 mm. Teras yang telah digerudi itu hendaklah diperiksa dari
segi saiz, jenis batu baur, agihan batu baur dan darjah kepadatannya. Permukaannya
hendaklah diratakan dan direndamkan dalam air sekurang-kurangnya 48 jam sebelum
diuji. Sampel konkrit ini akan diuji dengan ujian mampatan sehingga hancur untuk
mengetahui kekuatan serta ketumpatan sebenarnya.


Namun jika dilihat ujian ini terdapat beberapa kelemahan iaitu dari segi kos
perbelanjaan dan masa yang digunakan. Ini adalah kerana sampel teras yang
digunakan untuk ujian memerlkan peralatan yang agak mahal dan masa yang
panjang sehinggalah sampel dapat diuji di makmal. Selain daripada itu, keputusan
daripada ujian hanya tertumpu pada kawasan yang dilakukan penggerudian teras.
42
Penerangan secara terperirici berkenaan dengan kaedah ini boleh diperolehi dari BS
1881 Bahagian 120: 1983.




2.5.1.5 Ujian Meter Penutup Elektromagnet


Ujian ini merupakan suatu teknik pengukuran elektromagnet yang ringkas
untuk mengukur tebal penutup konkrit serta menentukan diameter dan lokasi tetulang
dan perangkai yang digunakan. Ini adalah kerana kedudukan keluli penting untuk
menahan momen rekabentuk muktamad dan riceh. Manakala penutup pula penting
kerana ia melindungi tetulang keluli. Ujian ini biasanya dilakukan sebagai langkah
permulaan bagi ujian-ujian yang perlu mengelakkan tetulang keluli diganggu.




2.5.1.6 Ujian Sinar Gamma


Ujian sinar gamma adalah merupakan ujian untuk mengesan kewujudan
lompang-lompang di dalam konkrit keretakan dan saiz tetulang. Peralatan yang
digunakan ia!ah sejenis alat yang nienggunakan radiograIi gamma yang dapat
mengesan kejadian yang disebut di atas. Namun demikian kaedah ini jarang
digunakan bagi penyiasatan kecil kerana ia adalah mahal, tambahan pula cara
perlaksanaannya adalalah rumit dan memerlukan pengendali yang berpengalaman
43
dalam bidang IotograIi. Penerangan kaedah ini diterangkan secara terperinci di dalam
BS 4408 Bahagian 3.




2.5.1.7 Analisis Kimia


Dalam analisis kimia, maklumat yang sering diperlukan ialah dari segi
kandungan jenis simen dalam konkrit, nisbah air simen yang digunakan serta
kandungan bahan-bahan yang akan memudaratkan struktur konkrit seperti klorida,
sulIat dan sebagainya. Bahan-bahan yang dianalisis ini biasanya diperolehi daripada
sampel teras yang telah pecah dan sampel ini akan dibahagikan berdasarkan bilangan
ujian yang akan dijalankan. Namun demikian, untuk menjalankan analisis kimia,
ianya memerlukan kemudahan dan peralatan makmal yang khusus dan melibatkan kos
yang tinggi. Ini adalah kerana biasanya keputusan dari analisis kimia akan
memberikan keputusan yang baik kerana perlaksanaannya yang agak teliti.




2.5.1.8 Ujian Pengkarbonatan


Ujian pengkarbonatan merupakan ujian untuk menguji tahap tindakbalas
pengkarbonatan yang bertindak. Ini adalah kerana ujian pengkarbonatan dilakukan
dengan menyembur jarutan fenoiftalin ke atas permukaan konkrit yang baru retak.
Kesan daripada tindak balas, bahagian konkrit yang baik tidak akan menunjukkan
44
sebarang perubahan warna dimana warna ungu kemerahan asal larutan akan
dikekalkan. Manakala, bahagian konkrit yang telah mengalami tindakbalas
pengkarbonatan akan berubah warna menjadi larutan tidak berwarna.




2.6 Kes-Kes Kegagalan Struktur Bangunan


Antara kejadian kegagalan bangunan boleh dilihat seperti gambarajah di
bawah.




Rajah 2.15a: Kegagalan pada sambungan bangunan di Taichung, Taipei

45


Rajah 2.15b: Kegagalan sambungan boleh mengakibatkan struktur bangunan gagal




Rajah 2.16: Kegagalan bangunan 11 tingkat di Shingjuan




Rajah 2.17: Runtuhan bangunan Pentagon Amerika Syarikat

You might also like