You are on page 1of 14

DEFINISI KONKRIT

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering


digunakan dalam pembinaan. Ia merupakan
gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus
dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar
pencampuran tertentu seperti yang telah ditetapkan.

Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang


paling penting untuk dan paling banyak digunakan di dalam
sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu, teknik yang
digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah
difahami dan diberi perhatian dengan teliti. Kualiti konkrit yang
dihasilkan bergantung kepada kualiti bahan-bahan mentah
yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar
pencampurannya, cara pembancuhannya,cara
pengangkutannya dan cara-cara pemadatannya. Jika bahan
mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang
dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan
mengakibatkan konkrit tersebut tidak kuat dan tidak memenuhi
spesifikasi yang ditetapkan. Oleh itu, teknologi konkrit telah
menentukan bahawa semua bahan yang akan digunakan
perlulah diuji terlebih dahulu dan kemudian mendapat
kelulusan piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dapat
digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.
OBJEKTIF KAJIAN

- Menganalisa dan membandingkan ciri-ciri mekanikal dan


kimia dalam menentukan kekuatan dan kebolehkerjaan
sebagai bahan binaan .

- Mengkaji kesan penggunaan konkrit prestasi tinggi


menggunakan bahan tambah conplast sp600 sebagai
bahan konkrit dalam kerja pembinaan .

- Memperlihatkan kelebihan konkrit prestasi tinggi dalam


struktur .
Sifat konkrit
 Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air.
Sifat ini penting dalam pembinaan, terutama pembinaan
asas pada tempat yang basah.
 Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang
oleh anai-anai atau serangga lain.
 Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi
sebarang bentuk mengikut acuan.
 Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

Kualiti campuran konkrit bergantung kepada:


 Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
 Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya
digunakan (simen:pasir: batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6,
1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.
 Cara mencampur dan mengangkut.
 Kualiti acuan yang digunakannya.
 Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.
 Pengawetan yang digunakan.
Jenis konkrit
Konkrit biasa

 Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.


 Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan
tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan
(tensile stress).
 Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit
jenis ini adalah tapak tembok, lantai atas tanah.

Konkrit bertetulang

 Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia


mempunyai tetulang keluli didalamnya untuk menambah
kekuatan daya tegangan.
 Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu

 Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam


bengkel atau tapak pembinaan dengan kuantiti yang banyak.
 Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini
boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal
dengan baik.
Konkrit tegas-dahulu

 Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang


keluli bertegangan tinggi.
 Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya
ia dapat menanggung beban yang lebih tinggi.
 Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
 Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli
dipasak manakala satu hujung lagi ditegangkan
menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik
ditempatkan didalam acuan sebelum bancuhan konkrit
dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos
dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan
kabel tetulang kemudiannya.
 Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang
jarak rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan

 Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan


dicampurkan dengan agen perangkap udara (seperti CO2)
supaya hasilnya lebih ringan.
 Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition)
atau sebagai struktur yang tidak memegang beban

Konkrit selular

 Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang


kosong diantaranya bagi membolehkan rumput atau
tumbuhan hidup.
 Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun
bukit. Juga digunakan bagi kawasan letak kereta (occasional
use), driveway;
 Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

Konkrit in-situ

 Merupakan permukaan kejur yang paling murah;


 Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik
dan mudah retak;
 Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan
letak kenderaan;

Konkrit pre-cast

 Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di


kilang;
 Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;
 Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat
meletak kenderaan.

Konkrit mampat giling

Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete,


adalah satu konkrit kaku kandungan simen rendah yang
diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam
daripada kerja tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada
permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada
tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera pengiling),
penggolek berat besar yang lazimnya digunakan dalam kerja
tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan
akan mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang
teguh. [3] Konkrit mampat giling lazimnya digunakan untuk
turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk membina
empangan konkrit, kerana kandungan rendah simen
menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding
kebiasaanya bagi penuangan konkrit biasa yang banyak.

Ujian konkrit
• Ujian-ujian perlu dilakukan ke atas konkrit keras. Antara
alasannya ialah:
– Menentukan kualiti konkrit.
– Memantau kerosakan /rekahan pada konkrit
– Menentukan tahap kerosakan yang dialami binaan
konkrit
– Menentukan kekuatan minimum tercapai bagi
membuka acuan kerja.
– Menentukan prestasi sesuatu anggota struktur
konkrit dalam binaan.

• Ujian-ujian konkrit dikategorikan kepada dua :-


– Konkrit baru / basah.
– Konkrit keras

• Ujian untuk konkrit baru adalah untuk


menentukan kualiti konkrit
– Ujian Runtuh (slump) - 25mm (satu pertiga yang
ditentukan oleh reka bentuk. (jika konkrit siap bancuh
- 35mm atau satu pertiga nilai ditentukan ditambah
10mm)
– Ujian Vebe - 3 saat atau satu pertiga nilai ditentukan.

– Ujian Kandungan Udara - dalam julat ±1.5 peratus


nilai yang ditentukan. Jika 4 kelompok berbeza perlu
±1.0 daripada ditentukan.

Ujian Teras
– Kaedah Ujian konkrit di lapangan paling popular
– Sampel bentuk silinder digerudi daripada binaan
konkrit untuk ujian:
• Kekuatan mampatan
• Kekuatan tegangan pisah
• ketumpatan
• resapan oksigen (untuk ujian kakisan klorida)
• resapan dan ketertelapan air / gas
• tebal lapisan pengkarbonatan
• keadaan sebenar tetulang (kesan kakisan
klorida)
• analisis kimia untuk tujuan tertentu.
– Ujian ini dikawal oleh Piawaian BS1881; Part 120
(82), ASTM C42-84a dan ACI 318(84)
– Saiz sampel diameter 150mm x 300mm panjang.
Boleh juga menggunakan sampel 100mm x 200m
(saiz maks. Agregat <25mm) dan sampel saiz 75mm
x 150mm (saiz maks. Agregat <20mm).

Diamond tip drill bit


 Ujian Tarik Keluar (Pull-Out Test)
– Kaedah ini untuk menentukan kekuatan mampatan
turapan konkrit di lapangan. Terutamanya dalam
menentukan kekuatan minimum konkrit tercapai bagi
membuka acuan kerja (formwork).
– Kaedah ini mempunyai beberapa variasi seperti Lok
Test, Kaedah Amerika Utara, American Insert,
kaedah Gerudi Lubang yang berasal dari Russia.

• Ujian Tarik Terus (Pull-Off)


Ujian ini digunakan di lapangan untuk mendapatkan kekuatan
tegangan turapan konkrit pada binaan konkrit
• Ujian Bebanan (Load Test)
– Ujian bebanan merupakan ujian sebenar menguji
keupayaan sesuatu anggota struktur konkrit.
– Ujian dijalankan di lapangan dengan anggota struktur
konkrit dikenakan beban dengan menggunakan unit-
unit beban yang diketahui beratnya.
– Prestasi anggota struktur konkrit yang diuji dipantau
dari jauh dengan tolok terikan (strain gauge) dan
mengesan kelakuan rekahan jika ada berlaku.
– Sebelum beban dikenakan anggota konkrit perlu
diberi sokong tambahan bagi tujuan keselamatan.
– Ujian bebanan ini tidak boleh dilakukan ke atas
konkrit berumur kurang dari 28 hari. Menurut ACI 318
(84), konkrit perlu mencapai umur minimum 56 hari
bagi ujian ini dilakukan.
Dalam hal tertentu, anggota struktur konkrit dipotong dan diuji
di makmal dengan ujian bebanan muktamad

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah seperti berikut : -

1. Bagi gred konkrit yang sama , semakin tebal mortar yang


digunakan semakin rendah kekuatan konkrit melalui ujian
tanpa musnah yang dijalankan .
2. Nilai halaju denyutan yang diubahsuai kepada kekuatan
konkrit lebih tinggi berbanding nilai nombor pantulan
yang diubahsuai kepada kekuatan konkrit
3. Kiub konkrit yang tidak dilepa menghasilkan kekuatan
yang tinggi berbanding dengan kiub yang dilepa .
4. Konkrit bergred 30 tetap lebih tinggi nilai kekuatannya
walaupun dilepa berbanding konkrit bergred 20 .
Rujukan

-http://ms.wikipedia.org/wiki/Konkrit
-http://rudystarbuzz.files.wordpress.com

You might also like