You are on page 1of 15

2.

4 PENYIARAN ISLAM
SEBAGAI MEDIUM
DAKWAH
Oleh:
Muhammad Amin Bin Hasan (Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah)
Raja Ahmad Bin Raja Husin (Politeknik Kota
Kinabalu)
Hasil Pembelajaran:

2.4 Menunjukkan penyiaran Islam sebagai medium


dakwah
2.4.1 Menghuraikan pengertian dakwah
2.4.2 Menyatakan kaedah dakwah
2.4.3 Menyenaraikan etika dakwah
2.4.4 Mengenal pasti medium dakwah
2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

• Bahasa dakwah berasal daripada perkataan


Arab iaitu
‫ دعوة‬،‫ يدعو‬،‫ دعا‬yang membawa maksud ajakan,
panggilan, seruan, doa ataupun
permohonan.
• Istilah menurut Muhammad Al-Ghazali (1987)
dalam kitabnya Ma’a Allah bermaksud satu
program yang lengkap, yang kesemua
peringkatnya mengandungi semua ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh manusia
bagi menjelaskan tujuan dan matlamat
hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan
2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

Menurut Ra’uf Shalabi dakwah ialah


gerakan membawa atau mengubah
masyarakat daripada keadaan kekufuran
kepada keadaan keimanan, daripada keadaan
kegelapan kepada keadaan cahaya dan
daripada keadaan sempit kepada keadaan
lapang, di dunia dan di akhirat.
2.4.2 KAEDAH DAKWAH

Terdapat beberapa kaedah dakwah yang selalu


digunakan dalam menyampaikan dakwah kepada
manusia seperti:

(a) Dakwah Fardhiyah


Kaedah dakwah yang dilakukan oleh
seseorang kepada individu atau kepada
beberapa orang dalam jumlah yang kecil dan
terhad.
Contoh: Menegur atau menasihati rakan
2.4.2 KAEDAH DAKWAH
(b) Dakwah Ammah
Dakwah ini disampaikan oleh seseorang
secara lisan untuk disampaikan kepada orang
ramai.
Contoh: Menyampaikan dakwah secara
khutbah (pidato).

(c) Dakwah Bil-Lisan


Kaedah dakwah yang disampaikan kepada
orang ramai melalui lisan.
2.4.2 KAEDAH DAKWAH
(d) Dakwah Bil-Haal
Juga dikenali sebagai dakwah bil-Qudwah
merupakan dakwah yang disampaikan kepada
manusia melalui sikap, perbuatan atau tauladan.
Dakwah melalui perbuatan ialah dakwah yang
paling banyak mempengaruhimanusia.
Contoh: Solat pada awal waktu, membantu kegiatan
dakwah.

(e) Dakwah Bil-Tadwin


Atau dikenali dengan nama dakwah bil-Qalam
/ bil-Kitabah dengan menggunakan kaedah melalui
tulisan.
2.4.3 ETIKA DAKWAH

Ikhlas dalam berdakwah

Lemah lembut dalam berdakwah

Takut kepada Allah dalam berdakwah

Konsisten antara ucapan dan perbuatan dalam berdakwah


2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI RADIO


Banyak stesen radio tempatan dan kebangsaan
menyediakan pelbagai rancangan bercorak
keagamaan bagi menjalankan aktiviti dakwah.
Kuliah pendakwah diselang-selikan dengan
respons daripada pendengar yang menelefon
untuk memberi pendapat atau menanyakan soalan.
Contohnya melalui Radio IKIM.fm
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI TELEVISYEN DAN PENYIARAN


ISLAM
Televisyen merupakan antara saluran dakwah
yang bersifat massa.
Di Malaysia, penyaluran mesej Islam melalui
televisyen telah lama diusahakan sejak awal
tahun 1970-an lagi. (Ab. Aziz Mohd Zin et al. : 2006).
Hingga ke saat ini, rancangan-rancangan
dakwah di stesen televisyen rasmi kerajaan atau
swasta telah banyak disiarkan, antaranya bacaan
Al-Quran, bacaan doa, siaran azan, nasyid, Forum
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI FILEM DAN DRAMA


Filem atau drama yang digarap dengan mesej-mesej
dakwah dan diketengahkan di hadapan khalayak
boleh memberi pengaruh yang besar dalam
kehidupan masyarakat.
Rata-rata masyarakat hari ini tidak kira sama ada
kanak-kanak, remaja atau dewasa suka menonton
televisyen.
Skrip filem dan drama yang berkesan mampu
menarik minat dan memberi perubahan masyarakat.
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI PENGIKLANAN


• Media pengiklanan juga berperanan penting dalam
penyebaran dakwah.
• Ianya perlu dilakukan dengan lebih meluas dan
terancang khususnya iklan berbentuk komersil seperti
menggambarkan adab dan tatasusila serta nilai-nilai
murni Islam seperti iklan bacaan doa sebelum berbuka
puasa.
• Penggunaan animasi dan multimedia dalam iklan yang
menarik bakal menarik minat kanak-kanak dan remaja
untuk menerima mesej yang ingin disampaikan (Ruzain
Syukur Mansor: 2011).
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI PENULISAN


Di Malaysia, kebanyakkan penulisan bermesejkan
dakwah dapat diperolehi dalam bentuk buku,
majalah, buletin, risalah dan sebagainya.
 Metode penulisan dakwah di Malaysia juga
berlaku dalam dua bentuk, iaitu penulisan dakwah
secara ilmiah, dan penulisan dakwah secara kreatif.
(Ab. Aziz Mohd Zin et al. : 2006).
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI INTERNET


Usaha dakwah melalui Internet perlu diberi
keutamaan berbanding penggunaan media
tradisional.
Penyampaian mesej dakwah melalui medium baru
mampu memberikan impak yang positif terhadap
masyarakat.
 Maklumat yang disampaikan oleh da’ie
(pendakwah) bukan sahaja sampai kepada orang
Islam, malah segala lapisan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN

MOHON MAAF ATAS KEKURANGAN

You might also like