You are on page 1of 15

2.

4 PENYIARAN ISLAM
SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Oleh:
Muhammad Amin Bin Hasan (Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah)
Raja Ahmad Bin Raja Husin (Politeknik Kota Kinabalu)
Hasil Pembelajaran:

2.4 Menunjukkan penyiaran Islam sebagai medium dakwah


2.4.1 Menghuraikan pengertian dakwah
2.4.2 Menyatakan kaedah dakwah
2.4.3 Menyenaraikan etika dakwah
2.4.4 Mengenal pasti medium dakwah
2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

• Bahasa dakwah berasal daripada perkataan Arab iaitu


‫ دعوة‬،‫ يدعو‬،‫ا‬1‫ دع‬yang membawa maksud ajakan, panggilan,
seruan, doa ataupun permohonan.
• Istilah menurut Muhammad Al-Ghazali (1987) dalam
kitabnya Ma’a Allah bermaksud satu program yang lengkap,
yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu
pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi
menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi
menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada
mereka.
2.4.1 PENGERTIAN DAKWAH

Menurut Ra’uf Shalabi dakwah ialah gerakan


membawa atau mengubah masyarakat daripada
keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,
daripada keadaan kegelapan kepada keadaan
cahaya dan daripada keadaan sempit kepada
keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
2.4.2 KAEDAH DAKWAH

Terdapat beberapa kaedah dakwah yang selalu digunakan


dalam menyampaikan dakwah kepada manusia seperti:

(a) Dakwah Fardhiyah


Kaedah dakwah yang dilakukan oleh seseorang
kepada individu atau kepada beberapa orang
dalam jumlah yang kecil dan terhad.
Contoh: Menegur atau menasihati rakan sekerja.
2.4.2 KAEDAH DAKWAH
(b) Dakwah Ammah
Dakwah ini disampaikan oleh seseorang secara lisan
untuk disampaikan kepada orang ramai.
Contoh: Menyampaikan dakwah secara khutbah
(pidato).

(c) Dakwah Bil-Lisan


Kaedah dakwah yang disampaikan kepada orang ramai
melalui lisan.
Contoh: Ceramah, dialog, khutbah dan sebagainya.
2.4.2 KAEDAH DAKWAH
(d) Dakwah Bil-Haal
Juga dikenali sebagai dakwah bil-Qudwah merupakan dakwah
yang disampaikan kepada manusia melalui sikap, perbuatan
atau tauladan. Dakwah melalui perbuatan ialah dakwah yang
paling banyak mempengaruhimanusia.
Contoh: Solat pada awal waktu, membantu kegiatan dakwah.

(e) Dakwah Bil-Tadwin


Atau dikenali dengan nama dakwah bil-Qalam / bil-Kitabah
dengan menggunakan kaedah melalui tulisan.
Contoh: Menulis di surat khabar, Internet, majalah, buletin atau
buku.
2.4.3 ETIKA DAKWAH

Ikhlas dalam berdakwah

Lemah lembut dalam berdakwah

Takut kepada Allah dalam berdakwah

Konsisten antara ucapan dan perbuatan dalam


berdakwah
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI RADIO


Banyak stesen radio tempatan dan kebangsaan
menyediakan pelbagai rancangan bercorak keagamaan
bagi menjalankan aktiviti dakwah.
Kuliah pendakwah diselang-selikan dengan respons
daripada pendengar yang menelefon untuk memberi
pendapat atau menanyakan soalan.
Contohnya melalui Radio IKIM.fm
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI TELEVISYEN DAN PENYIARAN ISLAM


Televisyen merupakan antara saluran dakwah yang bersifat
massa.
Di Malaysia, penyaluran mesej Islam melalui televisyen telah
lama diusahakan sejak awal tahun 1970-an lagi. (Ab. Aziz
Mohd Zin et al. : 2006).
Hingga ke saat ini, rancangan-rancangan dakwah di stesen
televisyen rasmi kerajaan atau swasta telah banyak
disiarkan, antaranya bacaan Al-Quran, bacaan doa, siaran
azan, nasyid, Forum Hal Ehwal Islam dan sebagainya
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI FILEM DAN DRAMA


Filem atau drama yang digarap dengan mesej-mesej
dakwah dan diketengahkan di hadapan khalayak boleh
memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan
masyarakat.
Rata-rata masyarakat hari ini tidak kira sama ada kanak-
kanak, remaja atau dewasa suka menonton televisyen.
Skrip filem dan drama yang berkesan mampu menarik
minat dan memberi perubahan masyarakat.
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI PENGIKLANAN


• Media pengiklanan juga berperanan penting dalam penyebaran
dakwah.
• Ianya perlu dilakukan dengan lebih meluas dan terancang khususnya
iklan berbentuk komersil seperti menggambarkan adab dan tatasusila
serta nilai-nilai murni Islam seperti iklan bacaan doa sebelum berbuka
puasa.
• Penggunaan animasi dan multimedia dalam iklan yang menarik bakal
menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk menerima mesej yang
ingin disampaikan (Ruzain Syukur Mansor: 2011).
http://www.youtube.com/watch?v=XLPePRf8NdA
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI PENULISAN


Di Malaysia, kebanyakkan penulisan bermesejkan
dakwah dapat diperolehi dalam bentuk buku, majalah,
buletin, risalah dan sebagainya.
 Metode penulisan dakwah di Malaysia juga berlaku
dalam dua bentuk, iaitu penulisan dakwah secara ilmiah,
dan penulisan dakwah secara kreatif. (Ab. Aziz Mohd Zin
et al. : 2006).
2.4.5 MEDIUM DAKWAH

DAKWAH MELALUI INTERNET


Usaha dakwah melalui Internet perlu diberi keutamaan
berbanding penggunaan media tradisional.
Penyampaian mesej dakwah melalui medium baru mampu
memberikan impak yang positif terhadap masyarakat.
 Maklumat yang disampaikan oleh da’ie (pendakwah) bukan
sahaja sampai kepada orang Islam, malah segala lapisan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama.
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN

MOHON MAAF ATAS KEKURANGAN

You might also like