You are on page 1of 15

mempunyai sahsiah Muslim yang unggul (Mohd Yusuf, 2002).

krisis keruntuhan akhlak sering menjadi isu yang cukup membimbangkan pada hari ini.
Masalah gejala sosial yang melibatkan golongan remaja dengan budaya dan perlakuan yang
bertentangan nilai-nilai murni serta sebagainya telah didedahkan kepada kita setiap hari
menerusi akhbar, radio dan televisyen (Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham dan
A’dawiyah Ismail, 2017) . Dalam paparan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia pada Disember 2016 untuk siaran akhbar menyatakan bahawa
pesalah juvenil dari kalangan kanak-kanak yang melakukan kesalahan kali pertama pada
tahun 2015 sejumlah 4,152 orang.

Manakala pesalah juvenil yang terlibat dalam kesalahan secara berulang pula ialah
seramai 417 orang.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program dakwah dengan menggunakan pelbagai


pendekatan yang sesuai dilihat sebagai salah satu langkah untuk menangani permasalahan yang
melibatkan remaja (Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham dan A’dawiyah Ismail, 2018).
Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan remaja yang memiliki ketinggian ilmu
pengetahuan agama serta keunggulan akhlak dan peribadi.

Justeru, salah satu daripada pendekatan dakwah yang sesuai serta mampu untuk
menggerakkan dan memacu golongan remaja supaya sentiasa patuh dengan suruhan
agama serta menjauhi gejala salah laku adalah melalui kesenian. Hal ini kerana suasana dan
kecenderungan remaja pada hari ini lebih tertumpu kepada aktiviti kesenian berbentuk hiburan
dan keseronokan

Nasyid merupakan sebahagian daripada kesenian Islam berbentuk hiburan yang mempunyai
nilai-nilai mendidik dalam memperkukuhkan keimanan di samping mempunyai peranan
tersendiri dalam membentuk akhlak manusia. Di samping itu, ia mempunyai potensi ke arah
mencorakkan budaya sesebuah bangsa seterusnya secara tidak langsung mampu mengubah
sasaran kepada sesuatu yang positif (Mohamad Kamil Ab. Majid & Muhammed Yusof, 2006).
Kesenian nasyid juga dilihat sebagai suatu bentuk hiburan alternatif kepada pelbagai lapisan
golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Hal ini secara tidak langsung merupakan
suatu pendekatan khusus untuk golongan remaja pada zaman ini yang terdedah dengan hiburan
PROSIDING SEMINAR NASIONAL DAKWAH DAN SYIAR ISLAM 2019
dan muzik yang melekakan, melalaikan dan mendorong untuk meninggalkan suruhan Allah SWT
serta melakukan perkara yang dilarang.
Bertitik tolak daripada itu, pemanfaatan kesenian nasyid sebagai pendekatan dakwah di
sekolah secara tidak langsung merupakan salah satu pendekatan untuk memantapkan
penghayatan agama dalam kalangan warga sekolah khususnya pelajar dari aspek akidah, ibadah
dan akhlak. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Nik Safiah Nik Abdullah et al. (2015), aktiviti-
aktiviti yang menekankan elemen kerohanian di kalangan pelajar sangat perlu dan amat penting
dilaksanakan sama ada di sekolah secara berterusan dengan lebih berkesan untuk meningkatkan
lagi kefahaman para pelajar mengenai Islam. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
nilai kerohanian dalam diri ke arah melahirkan graduan Muslim yang cemerlang sahsiah serta
tinggi keintelektualannya. Di samping itu, ia dapat memberi pengukuhan dan penambahan
amalan yang perlu diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Dakwah Melalui Kesenian


Dalam memastikan matlamat tercapai, dakwah perlu dilaksanakan dengan cara yang
bijaksana dengan perancangan yang rapi serta dilakukan secara bersama dalam satu gerakan
yang kukuh. Bukan cari glamour semata

Salah satu elemen di dalam memastikan keberkesanan usaha dakwah ialah pendekatan yang
bersesuaian dengan sasaran. Di samping isi pengajaran yang baik dan bersesuaian, cara
penyampaian merupakan perkara penting kerana ia mempengaruhi sasaran untuk menerima
dakwah yang disampaikan. Justeru, di samping menumpukan kepada kandungan dan mesej
dakwah yang ingin disampaikan, metodologi atau pendekatan dalam penyampaian dakwah juga
tidak boleh diabaikan. Kesilapan dalam pemilihan dan penggunaan metodologi yang sesuai
dan tepat akan menyumbang kepada kegagalan pelaksanaan aktiviti dakwah itu sendiri.
Pendekatan yang bersesuaian dan efektif perlu diberi perhatian bagi memastikan dakwah yang
disampaikan berkesan dan diterima oleh golongan sasaran (Noor Hafizah Haridi, Kamal Azmi
Abd. Rahman, & Rosni Wazir, 2016)

Bertitik tolak daripada itu, penggunaan pendekatan yang pelbagai dalam dakwah merupakan
satu kaedah untuk menggerakkan dan memacu manusia supaya sentiasa patuh dengan suruhan
agama serta menjauhi gejala salah laku. Di antara pendekatan yang dilihat mampu memberi
pengaruh kepada sasaran terutama golongan remaja adalah melalui kesenian yang
berbentuk hiburan
hiburan. Konsisten dengan kenyataan ini, Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham dan
A’dawiyah Ismail (2018) menyatakan salah satu kaedah menangani permasalahan yang
melibatkan remaja adalah melalui kegiatan dakwah dengan menggunakan pendekatan
kesenian. (sama seperti sukan diterima oleh semua orang)
Hal ini kerana suasana dan kecenderungan remaja pada hari ini tertumpu kepada aktiviti
kesenian berbentuk hiburan dan keseronokan.
Seni adalah segala yang halus dan indah dan sekali gus dapat menyenangkan hati serta
perasaan manusia.
Sesuatu yang indah dan menarik akan mudah diterima serta memiliki keistimewaan tertentu
dalam menarik perhatian umum. Justeru, dengan menjelmakan nilai-nilai keindahan dalam
berdakwah secara tidak langsung menjadikan kesenian itu sebagai salah satu pendekatan
dakwah yang menarik dan berkesan.
Sebagai contoh, apabila penyampaian
ceramah atau pidato yang hanya menggunakan laras bahasa yang biasa dan gaya
penyampaian yang kaku menjadikan dakwah yang disampaikan kurang menarik.

Hal ini akan menimbulkan rasa bosan dalam kalangan pendengar dan secara tidak langsung
menyebabkan isi dakwah yang cuba disampaikan tidak dapat diterima dengan baik (Sidi Gazalba,
1988).
Namun begitu, sekiranya
pendakwah menggunakan susunan kata yang indah, gaya penyampaian dan pengucapan
yang membelai perasaan sudah pasti dapat membangkitkan semangat dan daya tarikan

dalam kalangan pendengar untuk menghayati isi dakwah yang disampaikan.


Menurut Abdul Basit Samat @ Darawi et al. (2017), seni dalam Islam mampu mendidik umat
manusia ke arah yang lebih baik. Di dalamnya terkandung mesej-mesej yang membawa
impak positif kepada umat manusia sama ada dalam usaha meningkatkan ketakwaan
kepada Allah SWT, pembinaan peribadi dan sahsiah diri yang baik dan sebagainya. Terdapat
pelbagai bentuk dan bidang kesenian yang boleh dijadikan sebagai medium dakwah. Secara
ringkasnya,

kesenian terbahagi kepada empat bidang utama iaitu:

i i. Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan
sebagainya.
ii ii. Seni yang diperoleh melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina,
seni pakaian dan sebagainya.
iii iii. Seni yang dapat diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama,
tablo, teater, filem dan sebagainya.
iv iv. Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk
puisi dan prosa.
v
Menyedari kesenian yang mempunyai nilai-nilai keindahan memberi daya tarikan kepada
manusia, maka pemanfaatan seni dalam dakwah adalah berupaya sesuatu yang cukup
signifikan. Pemanfaatan kesenian dalam berdakwah dilihat mampu menarik golongan
sasaran untuk menerima seruan dakwah.
Sebagaimana yang dijelaskan oleh Abdul Basit Samat @ Derawi (2014), seni berupaya menjadi
salah satu mekanisme dalam usaha untuk menegakkan akidah Islamiah (lagu 25 rasul &lagu
shahadah raihan )
Hasil seni mampu menjadi faktor pendorong yang intensif untuk mengingat dan memuji Allah
SWT. Bertitik tolak daripada itu, daya kreativiti seni perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam
usaha menyemarakkan serta menyuburkan lagi dakwah Islamiah.
Kenyataan ini bertepatan dengan pandangan Makmur dan Abdullah Yusof (2009) yang
menjelaskan bahawa kesenian berupaya menjadi media dalam usaha untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Kesenian dilihat sebagai salah satu media yang dapat mengajak
manusia untuk mengagungkan kebesaran Allah SWT serta menyeru manusia agar
melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Sebagaimana yang
dijelaskan oleh Mohd Asri Che Ibrahim dan Shukeri Mohamad (2018), kesenian merupakan
salah satu bidang yang boleh dijadikan sebagai alat untuk mengatasi keruntuhan gejala
sosial dalam masyarakat. Hal ini memberi gambaran bahawa kesenian Islam adalah wadah
untuk menerapkan dan menyemai nilai-nilai murni seterusnya membentuk peribadi mulia.

Nasyid Sebagai Medium Dakwah


Menurut Mohd Asri Che Ibrahim dan Shukeri Mohamad (2018), nyanyian dan muzik yang
boleh membangkitkan semangat ke arah kesedaran dan keindahan Islam merupakan
hiburan yang menepati matlamat yang digariskan dalam Islam. Salah satu bentuk hiburan yang
melibatkan nyanyian dan muzik adalah nasyid.
Nasyid merupakan salah satu bentuk kesenian yang turut mendapat sambutan daripada
pelbagai peringkat umur sama ada golongan dewasa mahupun remaja. Ia merupakan satu
bentuk hiburan yang dapat memenuhi fitrah manusia yang boleh memberi ketenangan dan
kedamaian dalam jiwa.

NASYID ditakrifkan sebagai lagu yang pada kebiasaannya dinyanyikan secara kumpulan
dan mengandungi seni kata yang berunsur Islam. Memetik definisi yang diberikan oleh Aziz
Deraman dan Wan Ramli Wan Mohammad (1994),
NASYID ditakrifkan sebagai perkataan yang berasal daripada kata dasar nasyada yang
membawa maksud menyeru atau menyampaikan berita,
memberi informasi atau memberi peringatan kepada para pendengar. Di samping itu, nasyid juga
ditakrifkan sebagai menyanyikan satu-satu rangkap puisi atau menyampaikan bait-bait
sajak dalam bentuk nyanyian atau lagu yang bertujuan memuji Nabi Muhammad SAW,
menceritakan akhlak yang baik dan mengingatkan para pendengarnya supaya taat kepada perintah
Allah SWT.
Menurut pemahaman masyarakat di Malaysia, nasyid adalah nyanyian bercorak
keagamaan Islam yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah
SWT dan seumpamanya. Perubahan dan pembaharuan alunan rentak dari masa ke semasa
menjadikan lagu-lagu nasyid semakin menarik dan mampu bersaing dengan lagu-lagu lain
dalam industri seni (Farid Mat Zain, 2006). Lantaran itu, Jaffary Awang (2006) menyatakan
bahawa nasyid juga merupakan satu saluran seni yang boleh memberi pengaruh terhadap
masyarakat Melayu di Malaysia melalui bait-bait lagu serta penampilan kumpulan nasyid
yang menyanyikan lagu tersebut.
Dengan kata lain, nasyid adalah gabungan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan
kumpulan penyanyi. Konsisten dengan kenyataan ini, Mohammed Yusof (2012) menjelaskan
nasyid adalah gabungan elemen seni kata muzik dan gaya penampilan kumpulan penyanyi
yang menghasilkan satu bentuk kesenian yang berunsurkan Islam.
Pemanfaatan nasyid di dalam menyampaikan dakwah dilihat mampu menjadi sebagai daya
penarik kepada golongan tertentu seperti remaja untuk turut serta di dalam sesuatu
aktiviti dakwah yang dilaksanakan. Hal ini kerana agak sukar untuk menarik minat golongan
sasaran seandainya pendekatan dakwah yang digunakan hanya statik dalam bentuk
ceramah semata-mata. Contoh ?

Bertitik tolak daripada itu, penerimaan dan sambutan yang positif terhadap seni hiburan
nasyid berupaya membentuk sikap serta etika generasi pada masa kini. Kemunculan
kumpulan-kumpulan nasyid dan juga penyanyi solo yang menyanyikan lagu-lagu ketuhanan
mengisi ruang seni hiburan sekali gus memberi impak terhadap industri muzik di negara ini. Hal
ini secara tidak langsung menjadikan kumpulan nasyid ini sebagai agen penghibur yang bermoral
(Mujani Tarimin & Fairuz el-Basri, 2004).
Menurut Jaffary Awang (2006), nasyid adalah satu cabang kesenian yang berkesan dan
mempunyai peranannya yang tersendiri dalam menyebar luaskan nilai-nilai Islam dalam kalangan
masyarakat. Setiap aspek yang ditampilkan di dalam nasyid sudah pasti membawa implikasi
terhadap pola sosial di negara ini khususnya bagi generasi muda. Lirik nasyid yang sarat
dengan mesej dilihat berupaya membentuk nilai yang positif terhadap sistem nilai yang sedia
ada dalam masyarakat pada hari ini.

Adalah perlu difahami bahawa nasyid bukan sekadar lagu akan tetapi ia merupakan
gabungan elemen seni kata lagu, muzik dan gaya penampilan penyanyi nasyid tersebut.
Sehubungan dengan itu, nasyid mempunyai kepentingan dan pengaruhnya yang tersendiri
seandainya kesemua elemen di dalam nasyid mampu memenuhi kehendak pendengar yang terdiri
daripada pelbagai peringkat lapisan masyarakat.
Melihat dari konteks hiburan, nasyid merupakan hiburan alternatif kepada muzik atau
nyanyian yang menjurus kepada kelalaian serta mampu memesongkan cara hidup dari landasan
agama yang sebenar (Farid Mat Zain, 2006). Hal ini dapat dilihat melalui penghasilan lagu-lagu
nasyid yang cuba memasukkan budaya ketimuran dan keislaman bagi membezakannya
dengan budaya hiburan semasa yang menjurus kepada kebaratan. Justeru, tujuan utama
penciptaan dan penghasilan lagu-lagu nasyid adalah untuk menyampaikan mesej dakwah
serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pendengar seperti mengingati Allah
SWT dan Rasulullah SAW, meningkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap ajaran
agama, menghormati kedua-dua ibu bapa dan golongan yang lebih tua, kegigihan
menuntut ilmu, mensyukuri nikmat Allah SWT dan lain-lain lagi (Muhammed Yusof, 2012).
Oleh yang demikian, nasyid berperanan sebagai penyedar kepada masyarakat terhadap pegangan
agama. Muzik serta seni kata lagu yang diungkapkan mampu menyentuh jiwa dan
perasaan serta berupaya membangkitkan semangat dan motivasi diri.
Kemunculan lagu-lagu nasyid bukan bertujuan untuk MENGHALALKAN hiburan muzik
tetapi lebih kepada mengelak dari terjebak dengan nyanyian yang tidak menepati syariat
sebagaimana yang terdapat dalam dunia hiburan tempatan masa kini. Bertitik tolak daripada itu,
Nur Sakinah Sabari (2018) menjelaskan bahawa asas utama yang menjadi tunjang dalam
pemanfaatan nasyid dalam dakwah adalah untuk menyampaikan mesej dari aspek akidah,
syariah dan akhlak. Hal ini dapat dilihat melalui penghasilan lirik-lirik nasyid yang
mengandungi nilai-nilai dakwah yang berkaitan dengan aspek akidah, ibadah dan akhlak. Sebagai
contoh lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan.

Di antara aspek akidah yang diterapkan dalam nasyid ialah enam rukun iman iaitu beriman
kepada Allah SWT, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.
Manakala aspek ibadat pula berkaitan dengan rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua
kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan
juga menunaikan haji. Seterusnya di dalam aspek akhlak pula menyentuh sifat-sifat mulia
seperti sifat wajib bagi Rasul, senyum, bersyukur, menjaga masa, adab terhadap al-Quran,
bersatu dan sebagainya (Isyah Radhiah Idris, 2017).
Justeru, lagu-lagu KESIMPULAN nasyid adalah salah satu medium terbaik dalam mendidik
umat Islam terutama generasi muda pada hari ini. Melalui hiburan nasyid dapat menyentuh
jiwa dan perasaan, membangkitkan emosi dan merangsang ketakutan serta pengharapan kepada
Allah SWT (Zulkiple Abd. Ghani, 2009). Hal ini menggambarkan bahawa nasyid mempunyai
hubungan yang signifikan dalam memberi ketenangan dan mendidik akhlak pendengar. Melalui
mesej-mesej yang berkualiti dan relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini, nasyid
turut menjadi platform dalam menyatupadukan ummah di samping mendidik dan menghibur
pendengar. Menurut Salman al-Farisi Syahrul (2004), nasyid merupakan salah satu media
dakwah yang mempunyai potensi dalam mencabar lagu serta muzik beraliran Barat yang menjadi
kegilaan remaja pada masa kini. Sehubungan dengan itu, nasyid adalah suatu bentuk hiburan
yang memberi manfaat serta dapat mencegah daripada berlaku gejala keruntuhan akhlak dalam
kalangan pencinta muzik dan hiburan.
Memetik kata-kata mantan Ketua Pengarah JAKIM iaitu Mohammad Shahir Abdullah, di antara
inisiatif yang dilakukan oleh pihak JAKIM dalam mengangkat martabat nasyid sebagai medium
penyampaian dakwah adalah melalui lirik-lirik lagu yang dapat menyampaikan mesej-mesej
positif. Menurut beliau lagi, nasyid mempunyai identiti dan keistimewaan yang tersendiri
sehingga menjadikannya mampu bertahan sehingga ke hari ini. Beliau juga turut menyatakan
bahawa nasyid mampu mengambil alih tempat ceramah agama kerana lirik lagu nasyid
sudah mencakupi segala apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Hal ini jelas
membuktikan kemampuan nasyid mendapat tempat di hati peminat seni suara. Melalui lagu-lagu
yang membawa mesej keinsafan dan pengajaran secara tidak langsung menyumbang kepada
pendidikan dan penyebaran dakwah (Siti Rugayah Tibek, 2006).
Nasyid dilihat sebagai usaha dakwah yang menggunakan pendekatan secara al-hikmah dan
al-Mau’izah al-Hasanah. Di antara bentuk dakwah yang dapat disampaikan melalui nasyid ialah
dakwah bil lisan dan juga dakwah bil hal. Secara mudahnya, dakwah bil lisan dapat difahami
sebagai dakwah yang dilakukan melalui lisan atau percakapan. Manakala dakwah bil hal pula
melalui perbuatan nyata yang meliputi teladan dan perilaku yang baik. Dakwah bil lisan melalui
nasyid dapat dilihat menerusi lirik lagu dan seni kata. Lirik lagu dan seni kata merupakan elemen
yang cukup penting dan perlu dititik beratkan dalam sesuatu persembahan nasyid. Hal ini kerana
mesej dakwah yang ingin disampaikan kepada pendengar adalah melalui lirik-lirik lagu dan seni
kata yang mengandungi nilai-nilai Islam (Eri Satria Sanusi & Roslan Mohamed, 2017). Menurut
Ahmad Sharifuddin Mustapha dan Mohd Zain Mubarak (2006), lirik atau seni kata yang
menepati PROSIDING SEMINAR NASIONAL DAKWAH DAN SYIAR ISLAM 2019
tuntutan Islam adalah yang boleh memberi nasihat, bimbingan dan peringatan terhadap peranan
serta kedudukan manusia di sisi Allah SWT.

MERUJUK KEPADA GARIS PANDUAN YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH


MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-107 pada 10-11
Februari 2015 dalam penghasilan lirik lagu maka dapat disimpulkan bahawa lirik lagu
nasyid hendaklah mengandungi mesej akidah, syariah, akhlak dan mesej kemanusiaan
yang jauh dari melanggar akidah serta tatasusila agama dan bangsa.

Justeru, di DALAM MENGHASILKAN SESEBUAH LIRIK NASYID PERLU SELARI


DENGAN IDEOLOGI ISLAM agar lirik yang dihasilkan tidak tersasar dari garis panduan
Islam yang sedia ada. Lirik-lirik yang dihasilkan juga dapat memberi manfaat di dalam
menjelaskan keindahan Islam kepada pendengar seterusnya membawa kepada kepatuhan kepada
Allah SWT (Nur Sakinah Sabari, 2018).

Melihat dari sudut pelaksanaan dakwah bil hal melalui nasyid pula adalah menerusi
penampilan dan persembahan penyanyi. Khalayak pendengar yang meminati nasyid bukan
sahaja mendengar lirik dan iramanya sahaja bahkan menilai dari sudut akhlak dan
penampilan penyanyi nasyid itu sendiri. Perbezaan antara penyanyi nasyid dan penyanyi-
penyanyi lain adalah personaliti artis itu sendiri. Personaliti penyanyi nasyid merujuk
kepada pemakaian yang sopan serta baik budi pekerti. Justeru, aspek imej dan
keperibadian penyanyi nasyid itu sendiri menjadi faktor utama yang mempengaruhi
pendengar untuk mendengar nasyid selain lirik dan kemerduan iramanya (Muhammed
Yusof, 2012).
Seseorang penyanyi yang dapat memahami batas-batas agama serta mengaplikasikannya
dalam kehidupan berupaya menjadi pembimbing dan juga role model yang terbaik kepada
masyarakat khususnya bagi generasi muda. Cara pemakaian dan penampilan penyanyi
khususnya wanita perlu menepati batasan syarak. Islam tidak menolak perkembangan fesyen
dan perhiasan selagi mana tidak melanggar batasan syarak. Justeru, imej pemakaian penyanyi
perlu mencerminkan diri sebagai seorang Muslim serta membawa budaya ketimuran.
Persoalan menutup aurat perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kompromi di dalam
mengharuskan nyanyian atau persembahan. Begitu juga dalam persembahan yang perlu
melibatkan di antara penyanyi lelaki dan wanita, batasan pergaulan perlu dijaga dan sebarang
bentuk sentuhan, pelukan dan geselan perlu dielakkan (Ahmad Sharifuddin Mustapha &
Mohd Zain Mubarak, 2006).
Pelaksanaan Aktiviti Dakwah Di Sekolah
Dakwah dan pendidikan merupakan dua dimensi yang cukup sinonim.

Nasyid Dalam Aktiviti Dakwah Di Sekolah


Pelaksanaan aktiviti dakwah dengan menggunakan pendekatan kesenian di sekolah dapat
mempengaruhi minat pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan. Hal ini kerana jiwa remaja
cenderung kepada keseronokan, kegembiraan dan juga hiburan.

Menurut Nik Safiah Nik Abdullah et al. (2015), aktiviti-aktiviti bercorak kerohanian kurang
mendapat sambutan hangat oleh para pelajar berbanding aktiviti-aktiviti yang bercorak
hiburan.
menekankan elemen kerohanian dengan pendekatan kesenian dan hiburan yang
dilaksanakan dengan baik dilihat mampu memberi impak terhadap diri pelajar agar terus
menghayati dan memperkukuhkan penghayatan agama.
Adalah tidak dinafikan bahawa jiwa remaja cenderung kepada hiburan berbentuk muzik dan
nyanyian kerana mampu memberi keseronokan dalam diri mereka.

Namun begitu, remaja perlu dibimbing agar tidak dirosakkan dengan hiburan yang keterlaluan
dan melalaikan. Justeru, nasyid dilihat sebagai salah satu hiburan alternatif yang mampu
mendidik dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap agama (Abdulhamid Mohamed Ali
Zaroum, Mohd. Abbas Abdul Razak, & Abdul Latif Abd. Razak, 2018).

Perkembangan seni nasyid pada masa kini telah membawa kepada kepelbagaian dalam seni
hiburan. Kesenian nasyid mempunyai daya saing serta mampu mengatasi minat terhadap
genre muzik yang lain dengan membawa konsep iaitu mengajak manusia untuk berhibur di
samping tidak lalai dari mengingati Allah SWT (Farid Mat Zain, 2006).

Di samping mengasah bakat dan memupuk minat pelajar kepada seni lagu yang mengandungi
unsur dakwah yang mengajak pendengar kepada melakukan kebaikan, di antara objektif lain
pelaksanaan aktiviti nasyid adalah seperti berikut:
i i. Menjadikan nasyid sebagai medium dakwah ke arah memupuk minda murid agar
mengamalkan cara hidup Islam.
PROSIDING SEMINAR NASIONAL DAKWAH DAN SYIAR ISLAM 2019

Kesimpulan
Nasyid merupakan salah satu bentuk kesenian Islam yang berupaya menjadi medium dakwah
melalui seni suara. Kepelbagaian pendekatan dalam menyampaikan dakwah dengan lebih luas
Kemahiran menguasai bidang kesenian merupakan suatu kelebihan bagi para pendakwah
pada hari ini di dalam memahami dan mendekati sasaran khususnya bagi mereka yang suka
kepada hiburan. Mesej dakwah yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak yang
disalurkan melalui nasyid mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
akademik bahkan turut cemerlang dalam sahsiah dan akhlak.
Rujukan
View publication stats

You might also like