You are on page 1of 3

Ulasan temuduga

Bagi kerja khursus EDU 3063 kami telah bertemuduga dengan Puan ROHANIZA
ABDULLAH Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara. Kami memilih beliau
disebabkan beliau ada pengalaman yang luas tentang bidang ini. Kami telah bertemuduga
dengan beliau pada 23 mac 2016. Sebelum bertemuduga kami telah berjumpa dengan beliau
untuk merima kebenaran. Pada masa yang sama, kami telah sediakan beberapa soalan
tentang sosio budaya dan gagasan satu malaysia. Soalan tersebut ialah :
1. Apakah pandangan anda tentang gagasan satu Malaysia ?
jawapan beliau : Gagasan 1Malaysia merupakan satu konsep baru yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan dalam mencapai kemajuan dan pembangunan negara yang lebih agresif.
Gagasan 1Malaysia merupakan satu panduan bagi rakyat Malaysia untuk sama-sama
memupuk perpaduan, rasa kekitaan, hormat-menghormati antara satu sama lain serta
memupuk nilai-nilai murni. Gagasan 1Malaysia juga merupakan landasan dalam kestabilan
politik dan ekonomi negara untuk mencapai negara maju.

2. Nyatakan pengalaman sosiobudaya di negara kita ?


jawapan beliau : Negara Malaysia sudah terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum,
agama, adat dan kepercayaan serta keunikan Bahasa setiap bangsa di Malaysia. Pengamalan
gagasan 1Malaysia sebenarnya sudah lama dipraktikkan kerana setiap masyarakat di Malaysia
boleh hidup dalam satu kelompok yang sama walaupun berbeza amalan hidup, Bahasa
pertuturan dan kepercayaan. Malahan mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain.

3. Apakah kesan pengalaman sosiobudaya di negara kita?


Jawapan beliau: Kesan pengamalan sosiobudaya di negara kita boleh menjadi benteng
kekuatan ketamadunan sesebuah bangsa dan negara. Sosiobudaya merangkumi setiap ruang
kehidupan manusia mampu menjadikan sesuatu bangsa itu maju seiring dengan pengamalan
nilai-nilai murni.

4. Apakah aktiviti kebudayaan yang telah anda dilakukan?


Jawapan beliau : Di jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, kami sentiasa melaksanakan
aktiviti kesenian dan kebudayaan merangkumi keseluruhan aspek dan bidang. Tujuannya
adalan untuk memupuk minat dikalangan generasi hari ini serta aktiviti kesenian dan
kebudayaan mampu untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan. aktiviti-akitiviti yang
dilaksanakan mampu memberi impak dan kesan positif kepada masyarakat. Antara aktiviti
kesenian dan kebudayaan yang dilaksanakan oleh jabatan ialah:

Program Bimbingan Seni Budaya


Bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan aktiviti
kebudayaan. Jabatan menyediakan modul dan jurulatih ke sekolah-sekolah untuk mengajar
bidang tarian, teater, muzik, Bahasa dan seni persilatan.

Program Pengukuhan Seni Budaya


Program ini memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dan juga memberi peluang dan ruang
kepada Badan Bukan Kerajaan untuk terlibat dalam seni budaya.

Pengembangan Seni Budaya


Program ini bertujuan menyemarakkan seni budaya melalui pelaksanaan aktiviti kesenian
seperti Festival Tari, Festival Teater dan Ekspresi Muzik. Melalui program ini dilaksanakan
program Merakyatkan Seni Budaya yang mana tujuannya adalah untuk mendekatkan rakyat
dan pemimpin.

Pembangunan Produk Seni Budaya


Melalui program ini dilaksanakan aktiviti Bazar Seni Budaya yang mana memberi peluang
kepada pengusaha produk seni tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Penerbitan Bahan-bahan Seni Budaya


JKKN juga menerbitkan bahan-bahan seni budaya dalam bentuk buku, CD dan DVD bagi
menyebar luas maklumat mengenai seni budaya.

5. Pengalaman sosiobudaya di sekolah?


Jawapan beliau: Pengamalan sosiobudaya di sekolah adalah penting memupuk semangat
kerjasama, hormat-menghormati,kepercayaan dan nilai-nilai murni. Impak akan memberi kesan
yang positif.

6. Kepelbagaian kelompok dan kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di Malaysia.


Jawapan beliau: Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, etnik, cara kehidupan, adat dan
kepercayaan dan pertuturan. Walaubagamanapun masyarakat di Malaysia menghormati dan
menerima cara hidup kaum lain.

7. Implikasi kepelbagaian kelompok dan kepelbagaian sosiobudaya terhadap


pencapaian Gagasan 1 Malaysia dan Integrasi Nasional.
Jawapan beliau: Kepelbagaian kelompok dan sosiobudaya menjadikan Malaysia sebuah
negara yang unik dan terkenal di dunia. Keseimbangan pengamalan sosiobudaya di Malaysia
berlandasan prinsip dan rukun negara mampu meletakkan negara pada tahap ketamdunan
yang tinggi dalam mencapai GAgasan 1Malaysia dan Intergrasi nasional. Kefahaman dan
penerimaan masyarakat serta kaum mampu mewujudkan persekitaran yang harmoni tanpa
gangguan dapat membangunkan negara.

Pada akhirnya kami mengucap ribuan terima kasih kepada beliau seterusnya, telah memberi
sebuah hamper sebagai cenderahati. Beliau telah menerimanya dengan senyuman yang manis.

You might also like