You are on page 1of 5

Malaysia Oh Neragaraku yang tercinta merupakan sebuah negara yang unik,

mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum, bangsa, agama dan
pegangan. Walaupun mempunyai pelbagai jenis kaum, bangsa, agama dan pegangan
ini, rakyat Malaysia tetap bersatu hati tanpa mengira perbezaan tersebut. Meskipun
negara kita, Malaysia telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, ini tidak
bermakna semangat patriotisme tidak lagi penting kepada rakyatnya. Semangat
patriotisme yang tinggi dalam diri rakyat Malaysia mengelakkan Malaysia yang tercinta
ini daripada kancah peperangan sesame sendiri. Patriotisme merupakan satu
mekanisme penting dalam mengukur kesetiaan seseorang rakyat terhadap negara.
Setiap individu yang bernegara perlulah mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
di dalam diri. Kebelakangan ini, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia
terutamanya mahasiswa dikatakan semakin luntur oleh sesetengah pihak. Hal ini
berlaku kerana masing-masing sibuk dengan urusan dan kepentingan sendiri yang
menyebabkan mereka tidak mengambil peduli tentang perkara lain. Sebagai seorang
mahasiswa yang sayangkan negara kita perlulah bertindak dan mengamalkan amalan
yang menepati ciri-ciri patriotisme.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 merupakan satu pengajaran kepada kita


bahawa sekalipun negara telah 12 tahun mencapai kemerdekaan pada ketika
peristiwa itu berlaku, kita masih mengahadapi pelbagai kekangan untuk membentuk
sebuah bangsa yang berjiwa Malaysia. Hal ini disebabkan Malaysia mempunyai
rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, kepercayaan dan fahaman politik

Selain itu, semangat cinta akan negara perlu ditanamkan di dalam diri
seseorang mahasiswa. Semangat cinta akan negara ini penting supaya tidak mudah
terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang semakin menular. Pada zaman serba
canggih ini, segalanya berada di hujung jari. Jadi, pelajar mudah terpengaruh dan
terikut-ikut dengan budaya luar melalui media sosial seperti Facebook, Twitter,
Instagram dan lain-lain. Dengan semangat cinta akan negara para pelajar tidak akan
mudah terpengaruh walaupun negara sering dikutuk oleh negara luar ataupun
Perdana Menteri sering menjadi bahan dipersendakan.

Ciri utama seorang remaja yang patriotik ialah sentiasa menghormati lagu dan
bendera kebangsaan. Hal ini demikian kerana lagu dan bendera kebangsaan menjadi
lambang kedaulatan dan kebanggaan sesebuah negara. Lambang ini memaparkan
identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada belenggu
kuasa asing. Tamsilnya, remaja haruslah berdiri tegak apabila menyanyikan lagu
Negaraku. Remaja juga wajar mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan rumah pada
bulan kemerdekaan. Hal ini secara tidak langsung menjadi prinsip dan doktrin penting
dalam lambang negara untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri remaja.
Senario ini seiring dengan kata mantan presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy
iaitu, “ Usahlah disoal apakah yang boleh dilakukan oleh negara untuk kamu,
sebaliknya tanya apakah sumbangan kamu kepada negara?”. Tegasnya, sebagai
rakyat yang telah banyak termakan budi kepada negara, remaja yang mempunyai

1
semangat patriotisme harus mempunyai ciri menghormati lagu dan bendera
kebangsaan Malaysia.

Selain itu, ciri lain ialah remaja mendukung prinsip Rukun Negara. Hal ini
disebabkan Rukun Negara menjadi panduan kepada setiap lapisan masyarakat untuk
menjadi seorang warganegara yang patriotik. Misalnya, prinsip rukun negara yang
kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara menggalakkan rakyat untuk
menghormati raja dan menunjukkan taat setia kepada negara. Golongan remaja yang
mengikuti prinsip tersebut akan turut menghormati hak dan kebebasan rakyat di
negara kita. Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di negara lain, remaja
yang patriotik masih akan pulang ke tanah air kerana hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Justifikasinya, izharlah bahawa
remaja yang mempunyai semangat patriotisme akan mendukung prinsip Rukun
Negara.

Di samping itu, ciri seterusnya ialah remaja mengamalkan perpaduan dalam


kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Hal ini supaya kestabilan negara tidak
terjejas akibat rusuhan kaum kerana hasutan oleh kuasa asing bagi menguasai
pentadbiran negara. Sebagai contoh, remaja yang patriotik akan bersikap toleransi
dan bertolak ansur antara satu sama lain semasa berlaku perselisihan faham untuk
mengelakkan pergaduhan. Seiring dengan itu, keamanan negara selalu diutamakan
oleh remaja tersebut walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya. Sikap
kesabaran supaya rakyat tidak berpecah belah boleh dikaitkan dengan pepatah sabar
itu separuh daripada iman. Oleh itu, jelaslah bahawa seseorang remaja yang
mempunyai semangat patriotisme akan sentiasa mengamalkan perpaduan dalam
kehidupan harian.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa remaja yang patriotik akan mempunyai ciri
bergiat aktif dalam agenda kerajaan untuk membangunkan negara. Hal ini demikian
kerana peranan golongan belia dalam sesuatu aktiviti peringkat kebangsaan adalah
sangat penting sehingga boleh menentukan kejayaan aktiviti tersebut. Tamsilnya,
remaja yang menyahut inisiatif Dasar Belia Negara akan menghindarkan diri daripada
pelbagai jenis gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah dan vandalisme.
Sebaliknya, remaja tersebut akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi
seorang individu yang berjaya agar dapat menyumbangkan bakti kepada negara.
Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Natijahnya, ciri bergiat aktif dalam agenda pembangunan negara ada pada
remaja yang bersikap patriotik.

Seterusnya, ciri seorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
adalah menyambut hari kemerdekaan negara pada setiap tahun. Hal ini supaya
remaja sentiasa mengingati usaha-usaha pemimpin negara pada zaman dahulu yang

2
berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Sikap bertanggungjawab
mempertahankan kemerdekaan negara akan disemarakkan dalam diri setiap remaja.
Misalnya, remaja yang patriotik akan mengambil bahagian dalam perbarisan semasa
sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada setiap tahun. Mereka sanggup
mengorbankan masa dan tenaga untuk mempamerkan semangat kekitaan yang
masih kekal di negara kita sejak hari kemerdekaan 59 tahun yang lalu. Tindakan tidak
menolak peranan diri sebagai rakyat Malaysia boleh dikaitkan dengan peribahasa
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Natijahnya, seorang remaja yang
patriotik akan menyambut hari kemerdekaan negara pada setiap tahun.
Tuntasnya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak ciri
seorang remaja yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Menurut kata
mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah
remajanya pada hari ini”. Sesungguhnya, pemupukan semangat cinta akan negara
haruslah diteruskan dalam diri setiap remaja. Dengan itu barulah maruah negara akan
gah di seantero dunia.
Selain itu, kita hendaklah membuat kempen secara besar-besaran melalui
media massa.Aktiviti yang sesuai diadakan ketika berada di kempen itu ialah
membuat pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik,membuat pertandingan esei
sejarah tentang sejarah tokoh-tokoh melayu zaman dahulu kala dan membuat
pertandngan teka-teki tentang biodata tokoh-tokoh negara kita.Dengan ini ia
menggalakan remaja-remaja di luar sana boleh menyertai kempen tersebut. Jadi
mengadakan kempen juga dapat memupuk semangat patriotik di kalangan remaja.
Disamping itu , generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat
bersejarah. Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan
melahirkan semangat perjuangan untuk mempertahankan negara daripada ancaman
musuh. Misalnya, kunjungan ke tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir,
Melaka akan mengingatkan mereka kepada sejarah negara ketika dijajah oleh
Portugis,Belanda dan Inggeris.
Seterusnya,mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama
lagu “Negara ” untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara.Pihak -pihak
yang tertentu seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan
pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
dan generasi muda. Peraduan seperti ini akan memberi kesempatan kepada golongan
muda untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar.
Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak langsung akan mencelikkan
mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam demi kemerdekaan negara
daripada belenggu penjajah.

elain itu, pemupukan semangat patriotik ini berupaya menjamin


keseinambungan pembangunan negara pada masa hadapan tanpa sebarang
kekangan. Remaja bakal meneraju pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan
tanpa sikap patriotik sudah pasti mereka menganggap pembangunan negara itu
sesuatu yang tidak bermakna untuk diteruskan usahanya. Negara memang

3
memerlukan jiwa remaja yang penuh kreativiti dan inovatif itu dalam memastikan
pembangunan negara berjalan lancar. Maka, kewujudan semangat patriotik memang
penting untuk memastikan arus pembangunan negara mampu diteruskan.

Salah satu cara yang mudah untuk menanam sikap patriotik ini ialah Program
Latihan Khidmat Negara. Program ini menyuntik pelbagai pengetahuan tentang
negara ke dalam jiwa remaja sepanjang mereka menyertai aktiviti positif ini. Semua
aktiviti yang dijalankan dalam program ini juga melibatkan konsep kekitaan yang
mengutamakan hubungan sesame kaum untuk mencapai kejayaan. Sesungguhnya,
program yang mudah tetapi efektif ini harus diteruskan untuk menanam sikap patriotik
dalam jiwa remaja.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada


nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa
kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah
kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi
tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap
yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik
yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan
dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.

Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak.
Mereka harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang
cepat belajar daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan
semangat patriotik . Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji
dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi sumbangan untuk kepada negara.
Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun dengan pesat dan menjadi
negara maju.

Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai
semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru
yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam
mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak
lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara. Mereka
perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-
kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.

Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk


semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh
dianjurkan sempena bulan penghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis
esei berkaitan dengan tokoh yang mempertahankan negara, pertandingan kolaj

4
dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingan kolaj dengan bertemakan topik
merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan "negaraku" dan lain-
lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalam jiwa
kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang
diadakan.

Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak
mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu
negara dan tidak mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan
budaya luar negara serta kurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara.
Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi
kepentingan negara sendiri dan tidak mahu melakukan perbuatan tidak setia kepada
negara seperti mambakar bendera negara.

Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara


ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan
dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020
dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai
warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

You might also like