You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat

Isi Kandungan 1

Penghargaan 2

Pengenalan 3

Asal Usul Kaum Bidayuh 4

Agama Yang Dianuti Kaum Bidayuh 5

Adat Resam Dan Kepercayaan Kaum Bidayuh 6-9

Cara Hidup Kaum Bidayuh 10 - 14

Kesimpulan 15

1
PENGHARGAAN

Pertama-tama kalinya kami ingin memanjangkan setinggi-tinggi kesyukuran


kami kehadrat illahi kerana telah mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada
kami bagi menyempurnakan tugas ini, tanpa keizinan-Nya tidak mungkin dapat
kami menyiapkan tugas yang telah diberikan ini.

Kami dari Kumpulan Kaum Bidayuh, SKU 2 ingin mengucapkan berbanyak


terima kasih kepada kawan-kawan sekelas kami kerana banyak berkongsi idea
dan buah fikiran bagi memastikan tugasan yang diberikan dapat siapkan dengan
jayanya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Tuan Said Idros bin Syed Hussin yang mengajar bagi subjek Pengajian Malaysia
1 (MPU 1152) kerana telah memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-
cara membuat tugasan ini mengikut kriteria yang ditetapkan.

Tugasan ini juga telah menjadi salah satu proses pembelajaran dan ulang
kaji bagi kami dalam subjek ini. Semoga tugasan seperti ini dapat diteruskan
bagi memantapkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam subjek ini.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan tugasan
ini. Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat


sebarang kesalahan yang tidak disengajakan sepanjang menyempurnakan
tugasan ini. Sekian, terima kasih.

2
PENGENALAN

Bidayuh merupakan salah satu kumpulan etnik minoriti di Malaysia. Di


negeri Sarawak, Bidayuh adalah yang kumpulan etnik keempat terbesar selepas
Iban, Cina dan Melayu. Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami
kawasan barat daya Sarawak, terutamanya bahagian Serian, Kuching dan di
Barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada lima pecahan etnik iaitu :

1. Selakau, Lara (Daerah Lundu)


2. Jagoi, Singai (Daerah Bau)
3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)
4. Bukar, Sadong (Daerah Serian)
5. Kuching Tengah, Bidayuh baru, Bidayuh moden (Kawasan tengah antara
Bau)

Sebelum kedatangan James Brooke pada 1841, istilah "Daya" digunakan


untuk melambangkan kumpulan daya' (orang) yang hidup di penghujung barat
Sarawak. Dengan itu, masyarakat Bidayuh pernah digelar seperti Dayak Darat
tetapi istilah "Dayak" ini kurang digunakan sekarang. Dari segi antropologi,
perkataan "Dayak" ialah istilah yang diguna untuk melambangkan masyarakat
etnik Sarawak yang bukan Islam. Dalam situasi Sarawak, terdapat beberapa
kumpulan etnik yang mempunyai identiti berasingan. Seorang Iban tidak boleh
digelar sebagai Bidayuh tetapi kedua-dua Iban dan Bidayuh boleh digolongkan
sebagai Dayak. Walau bagaimanapun, hari ini mereka lebih senang dikenali
sebagai "'Bidayuh". Dalam bahasa mereka, "Bi" membawa maksud "Rakyat" dan
"Dayuh" bermaksud "Tanah". Oleh itu, perkataan "Bidayuh" bermaksud "Orang
Tanah".

3
ASAL USUL KAUM BIDAYUH

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang berhijrah dari Kalimantan Barat,


Indonesia ke Sarawak. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kumpulan
Kaum Bidayuh mendakwa bahawa nenek moyang mereka berasal dari
Kalimantan Barat, Jawa, Sumatera dan ada juga yang menyatakana bahawa
mereka adalah penduduk asal Sarawak. Penempatan Kaum Bidayuh terawal
adalah berpusat di Ulu Padawan dan Mikabuh Rabak di Daerah Kuching, Bung
Bratak, Dorod Singai dan Gunung Serembu di Daerah Bau, Bung Bagak dan
Sedemak di Daerah Lundu.

Terdapat 29 kumpulan Kaum Bidayuh di Sarawak. Di daerah Kuching


terdapat 11 kumpulan, di daerah Bau terdapat 5 kumpulan, di daerah Lundu
terdapat 3 kumpulan dan di daerah Serian terdapat 10 kumpulan. Berdasarkan
rekod yang disimpan di Pejabat Daerah Kuching, Bau, Lundu dan Serian,
terdapat 96 Kampung di Kuching, 63 di Bau, 41 di Lundu dan 135 di Daerah
Serian. Secara keseluruhannya, orang Bidayuh adalah mesra, merendah diri,
amanah dan mesra pada semua orang.

4
AGAMA YANG DIANUTI KAUM BIDAYUH

Majoriti masyarakat Bidayuh menganut agama Kristian, khususnya Roman


Katolik. Kaum Bidayuh Singai merupakan salah satu kumpulan Bidayuh pertama
yang menukar anutan tradisi iaitu animisme kepada agama Kristian berikutan
ketibaan mubaligh Kristian semasa zaman penjajahan British. Kepercayaan
animism ini adalah percaya bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan
tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti
dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu
mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh,
datuk, tuan, dan penunggu. Namun begitu, kini sudah ada kaum bidayuh yang
menganuti agama Islam selepas melalui proses perkahwinan campur.

5
ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN KAUM BIDAYUH

ADAT PERKAHWINAN

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi


anggota dan menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat
Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan
semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang
kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan
penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang
perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin


dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana
khuatir akan termakan sumpah. Namun larangan tersebut dimansuhkan kerana
sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara datuk nenek mereka dengan
keturunan bekas musuh mereka. Dalam kalangan kumpulan Dayak Bukar-
Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan
boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka
berkahwin.

1. Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa


berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup.
Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka
kecuali perkahwinan yang terlarang. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan
kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya
tanpa mengira asal kaum.

2. Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan


seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan

6
pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua
belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan
boleh dilangsungkan kemudian.

3. Bertunang

Peristiwa perkahwinan berhubung rapat dengan menuai padi. Lebih baik


hasil yang diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah
kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang
besar dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya
mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai
akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan,
pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa
lampau ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas
memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan
perempuan. Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau
kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping
untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai
perkahwinan tersebut.

4. Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan


ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal
selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah
kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan
berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama
keluarganya dan begitulah sebaliknya. Dalam keadaan perkahwinan suami isteri
yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri.

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan


perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang

7
dikenali sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan
perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para
pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap
bersetuju untuk berkahwin setelah dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk
kampung supaya hubungan mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan
mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan mereka telah
dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi
tentangan daripada ibu bapa.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan


'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke
kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan.
Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda
atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan


Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan
perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin
melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam
kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak
bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

ADAT KEMATIAN

1. Pantang Larang Sewaktu Kematian

Mengikut kepercayaan kaum Bidayuh, adat kematian diadaptasi daripada


cerita 2 beradik yang bernama Rijong dan Buwah. Di dalam ceritera dua beradik
ini dikatakan telah mengajar masyarakat Bidayuh untuk meratap setiap kali
berlakunya kematian. Tujuannya adalah untuk memanggil roh-roh saudara
terdekat yang telah pergi dahulu bagi membantu dan menunjukkan jalan kepada
rohnya ke “Sidanah”.

8
“Sidanah” mengikut kepercayaan masyarakat Bidayuh merupakan tempat
untuk roh-roh orang dewasa menunggu sebelum dibenarkan masuk ke “Sibayan”.
Adalah dipercayai setiap roh harus menunggu selama lebih kurang 4 tahun
selepas kematiannya untuk ke “Sibayan” iaitu syurga mengikut kepercayaan
mereka.

Maka oleh kerana itulah sekiranya berlaku kematian maka akan ada waktu
“penyembuhan” yang mana pengunjung luar tidak dibenarkan memasuki
perkampungan masyarakat Bidayuh selama 7 malam berturut-turut. Tujuannya
adalah untuk mengelak daripada roh jahat mengikuti jejak pengunjung sehingga
boleh mendatangkan kerasukan dan sebagainya.

Pada ketika inilah beberapa peraturan harus dipatuhi atau jika dilanggar
akan dikenakan denda. Kebiasaannya warga perkampungan Bidayuh akan
meletakkan tanda bagi memberi peringatan kepada pengunjung untuk tidak
datang sepanjang waktu berpantang atau “Peris” di dalam bahasa Bidayuh.

Suatu ketika dahulu dikatakan masyarakat Bidayuh akan mengadakan


upacara gawai sepanjang waktu berkabung yang mana ianya bertujuan untuk
memperingati roh dan dikala itulah beberapa persembahan makanan akan
disajikan kepada roh si mati. Ianya dilakukan bagi menghibur roh si mati agar
tidak bersedih meninggalkan keluarga yang masih hidup selain daripada
memohon untuk diampunkan dosanya.

Namun sejajar dengan kedatangan agama kristian yang dianuti oleh rata-
rata masyarakat Bidayuh Sarawak sekarang, segala bentuk pemujaan seperti ini
sudah lama ditinggalkan sebaliknya upacara sembahyang mengikut lunas-lunas
agama Kristian pula menggantikannya.

9
CARA HIDUP KAUM BIDAYUH

PAKAIAN KAUM BIDAYUH

Warna hitam adalah warna utama pakaian tradisi orang Bidayuh. Manakala
warna putih, kuning, dan merah ialah warna kombinasi. Tudung kecil separuh
tinggi dengan corak anyaman yang indah atau kepala kain berwarna warni
adalah pelengkap hiasan kepala wanita Bidayuh. Pakaian lelaki Bidayuh
biasanya sepasang baju dan seluar berwarna hitam. Kain lilit kepala pula adalah
pelengkap hiasan lelaki Bidayuh.

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan
putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh iaitu baju dari kulit kayu dan kalung gigi
beruang. Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik
satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling
perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah (topi) dari tiga warna hitam, merah dan
putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

10
TEMPAT TINGGAL KAUM BIDAYUH

Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang.


Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di
kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu
sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak
jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap
rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu,
manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang
pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat
daripada kayu belian.

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu


bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang
utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh
lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan
mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga
berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari.

Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat


Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan
berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan
aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan
bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang
upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta
tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya.

"Tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat


Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun
beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat
Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

11
12
BAHASA KAUM BIDAYUH

Bahasa Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa-bahasa yang lain


yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan,
gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya, bahasa Bidayuh akan
berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Hal ini
menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi dengan satu sama lain
sekiranya mereka adalah suku atau dari daerah yang berlainan. Sebagai contoh,
suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala
suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".

13
ALAT MUZIK DAN TARIAN KAUM BIDAYUH

Muzik memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan bagi kaum


Bidayuh. Bagi kaum bidayuh muzik berperanan untuk menaikkan
semangat,mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh.
Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara
yang dijalankan. Contoh alat muzik kaum bidayuh seperti gong besar (oguang),
canang , gendang dan tawak yang merupakan sejenis gong kecil.

Tarian kaum Bidayuh yang terkenal ialah:

1. Tolak Bala – biasanya ditarikan sebelum musim menuai bagi mendoakan


Tuhan agar tuaian tahun ini banyak dan ahli keluarga jauhi daripada
malang.
2. Langgi Julang – ditarikan semasa ketua kampung atau penghulu dipilih.
3. Rajang Beuh – ditarikan selepas musim menuai atau semasa menyambut
tetamu.

14
KESIMPULAN

Masyarakat Bidayuh merupakan salah satu kumpulan etnik yang terbesar di


Sarawak. Walaupun pada dahulunya kaum ini mengamalkan kepercayaan
animisme, kini majoriti kaum bidayuh ini menganuti agama kristian dan ada
dalam sebilangan kecil yang menganuti agama Islam setelah berkahwin dengan
orang Islam. Kaum bidayuh ini juga kaya dengan adat dan kepercayaan serta
pantang larang seperti adat berkahwin, adat orang mengandung, pantang larang
ketika kematian dan adat perkahwinan. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa kaum bidayuh ini pada asalnya membuat menempatan di persisiran
pantai dan muara sungai namun akibat daripada serangan lanun, mereka
berpindah ke pendalaman bagi mengelak daripada ancaman lanun dan musuh.
Kaum ini kaya dengan ciri-cirinya yang tersendiri yang membolehkan kaum
bidayuh ini dibezakan dengan kumpulan etnik yang lain. Elemen-elemen seperti
lemah lembut, peramah, berterima kasih, berbudi bahasa, jujur dan boleh
dipercayai merupakan ciri-ciri yang dimiliki oleh kaum bidayuh. Ini secara tidak
langsung dapat menyumbang kepada pembentukan budaya dan indentiti
masyarakat kaum bidayuh ini. Keunikan ini secara tidak langsung dapat
mengalakkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengenali
serta mempelajari budaya kaum bidayuh ini.

15

You might also like