You are on page 1of 18

1

Latar
belakang
Tempat
tinggal
perkahwinan
pantang
larang
perayaan
Kebudayaan
Amalan dan
adat resam
2








Masyarakat bidayuh merupakan kaum etnik Bumiputera di Sarawak. Masyarakat
Bidayuh yang dahulunya dikenali sebagai Dayak Darat oleh James Brooke, Rajah
pertama Sarawak, merupakan penduduk yang terawal di Sarawak. Menurut lagenda,
masyarakat Bidayuh dikatakan berasal dari Gunung Sungkung , Kalimantan
Indonesia. Kini kaum Bidayuh mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya
Bahagian Serian, Kuching dan di Barat Kalimantan.
Dikalanngan pengkaji yang pernah mengkaji budaya dan adat resam masyarakat
Bidayuh, mereka menyifatkan masyarakat bidayuh ini sebagai golongan yang
bersifat konservatif, tidak banyak ragam dan sering tertindas berbanding dengan
masyarakat yang lain ( Gedes, 1973, Ridu 1986 )
Menurut anggaran penduduk Sarawak yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan ,
masyarakat Bidayuh merupakan kumpulan etnik yang keempat yang terbesar di
negeri Sarawak selepas Iban, Cina dan Melayu.
Masyarakat Bidayuh terdiri daripada empat pecahan Etnik iaitu :
Selakau/ lara ( Daerah Lundu )
Jagoi/ Singai ( Daerah Bau )
Biatah (Daerah Kecil Padawan )
Bukar / Sadong ( Daerah Serian )


Masyarakat Bidayuh kebanyakannya beragama kristian . Hanya sebahagian sahaja
yang menganut agama Islam dan animisme.
LATAR BELAKANG
3




Bahasa Bidayuh
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak.
Keunikan ini adalah bedasarkan sebutan, pertuturan , gerak gaya dan alunan yang
dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah itonasi dan bahasa mengikut
kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk
berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang
berlainan.Sebagai contoh suku Bidayuh dari kawasan Serian menyebit makan
ialah ma-an manakala suku Bidayuh dari kawasan Padawan pula menyebut
makan sebagai man
Beberapa contoh perkataan ialah :
Nuok minum
Beos tidur
Memuh mandi
Piin air
Buk buku
Ku kamu/ anda / awak

Contoh Ayat :
Kuu re adi ka maki ?
Kamu / awak hendak ke mana ?




4



























Bukar/ Sadong
Jagoi / Singai
Selakau / Lara
Biatah
TABURAN ETNIK BIDAYUH Di
SARAWAK
5






Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang . Lazimnya
penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi . Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk
dikesan oleh musuh . Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah Panjang
kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula
daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan
atau buluh manakala tiangnya diperbuat daripada kayu belian.
Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
bilik utama
awah
tanju
Bilik utama lazimnya digunakan untuk meletakkan barang barang peribadi milik
keluarga dan keturunan mereka seperti gong , tempayan, tembikar dan
sebagainya.Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah
pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan
lazimnya bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah
pada masa kini. Di awah masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian
mereka seperti menganyam , berbual , membuat peralatan bertani dan sebagainya.
Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti
perkahwinan, pantang larang dan pesta- pesta tertentu seperti pesta Gawai. Tanju
pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh .
Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap.Ia
lazimnnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian seperti padi, lada, jagung dan
sebagainya.
Tempat tinggal
6





RUMAH PANJANG
















7







Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya
mendiami kawasan bukit luar Bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum dalam
kalangan masyarakat Bidayuh masing masing mengamalkan pegagan serta adat
resam tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur
unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti..
Perkahwinan bagi masyarakat Bidayuh ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogamy sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas
penceraian ialah suatu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap
inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam
masyarakat tersebut .Masyarakat Bidayuh melarang perkahwinan antara sepupu.
Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan
anggota yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan
sumpah. Bagi masyarakat ini, upacara merisik tidak ada. Perkahwinan biasa
berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasanagn hidup.
Masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka kecuali
perkahwinan terlarang .
Meminang
Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan seperti selako, Jagoi dan
Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan yang boleh ditandai dengan
pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasanagn ini merasakan
mereka secocok, perkahwinan boleh dilangsungkan kemudian.
Adat perkahwinan masyarakat Bidayuh
8


Bertunang
Peristiwa perkahwinan berkait rapat dengan menuai padi. Lebih baik hasil yang
diperoleh, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis
pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besar dan mewah
terutama anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal
mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai mencemuh
pengantin lelaki . Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, maka pertunangan
dan perkahwinan juga akan berkurangan.
Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa lampau 16
tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal tuning dan
isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantara perempuan. Perantara
perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tuning atau sebentuk
cincin kepada pihak perempan disamping untuk mendapatkan pandangan pihak
keluarga perempuan.
Majlis perkahwinan







Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi
keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas
berkahwin bergantung pada banyak factor. Faktor yang utama ialah kedudukan
ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan
boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama sama keluarganya (
9

amalan Virilokal ) dan begitulah sebaliknya ( uksorivokal ). Dalam keadaan
perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (
amalan neolokal ).
Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Perkahwinan boleh berlaku secara terpaksa melalui amalan yang dikenali sebagai
batangkap. Amalan ini diamalkan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang
kerap dilihat berdua-duan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampong
supaya tindakan diambil. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang
menghadapi tentangan daripada ibu bapa.
Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui nyagam di mana bakal
suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri
setelah mendapat persetujuan pihak perempuan.Biasanya lelaki yang memilih untuk
berkahwin secara yang demikian ialah seorang duda atau balu.
Perkahwinan yang sempurna menurut pandangan suku selako, jagoi dan Lara ialah
perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu
bapa kedua dua belah pihak. Pekahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang
perantaraan atau dikenal sebagai picara dalam kalangan masyarakat Selako untuk
mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai
ditetapkan.

Hantaran perkahwinan
Sireh
Rokok
Tembakau
Nasi bungkus yang dibungkus dengan daun yang digelar saang




10




Pakaian tradisional
Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi
kaum wanita masyarakat Bidayuh , pakaian lengkap adalah termasuk baju
berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung bewarna hitam
paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iatu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi
dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain bewarna
warni dengan sulaman manik halus adalah perhiasan pelengkap hiasan kepala
wanita masyarakat bidayuh.Kaum lelaki pula lazimnya mengenakan sepasang
persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pndek dengan sedikit
corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang bewarna asas seperti biru,
merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki.



Pakaian tradisional kaum Bidayuh
Kebudayaan
11

Seni Muzik

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap
upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik berperanan menaikkan
semangat , mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh
.Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang
dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada
sepasang gong besar terbahagi daripada dua iaitu Oguong dan Kitaak, canang,
Gendang atau Padabat dan Tawak ( sejenis gong kecil). Terdapat juga alat muzik
tradisional yang lain seperti serunai/ seruling dan gitar buluh.














12














Hari Gawai adalah perayaan yang utama disambut oleh masyarakat Dayak di
Sarawak. Perayaan ini juga dikenali dengan nama Gawai Dayak . Perkataan Gawai
bermaksud Pesta dan Dayak merujuk kepada orang orang dayak iaitu Kaum Iban
, Bidayuh dan Orang Ulu. Hari Gawai disambut pada 1 Jun setiap tahun sempena
menandakan berakhirnya musim menuai.
Perayaan Gawai Dayak bermula pada petang 31 Mei dengan upacara Muai Antu
Rua ( upacara menghalau semangat tamak ) di kebanyakan rumah panjang .
Upacara ini adalah untuk membuang nasib tidak baik.
Upacara miring ( upacara menghidangkan penyembahan ) akan dijalankan di
serambi rumah panjang. Tuai Gawai akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan
Perayaan
13

murah rezeki. Upacara ini akan diiringi dengan muzik dan pukulan gendang .Mereka
mempersembahkan ayam untuk disembelih untuk Tuhan mereka.
Tepat pada pukul 12 malam, gong akan dibunyikan dan upacara ai Pengayu akan
dijalankan . Tuai Gawai akan mengetuai semua orang untuk minum air tuak sambil
mengucapkan gayu guru , gerai nyamai yang bermaksud semoga panjang
usia, sihat dan makmur antara satu sama lain.
Sambutan pada 1 Jun diteruskan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan tarian
ngajat dan meniup sumpitan . Pada hari ini , penghuni rumah panjang akan
mengadakan rumah terbuka untuk diziarahi sahabat handai dan saudara mara.
Mereka akan dihidangkan dengan air tuak yang merupakan hidangan utama dan
juga kuih muih.













14





Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing
mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat
resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka
anuti.
Pantang larang tersebut meliputi pantang larang semasa mengandung ,
perkahwinan dan kelahiran.
Terdapat beberapa pantang larang semasa kehamilan yang perlu diikuti oleh si
suami dan si isteri antaranya ialah :
a) semasa hamil
ibu atau bapa tidak boleh mencuri kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir
akan menjadi pencuri.
Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu
akan menjadi gila atau menyukarkan proses bersalin.
Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana dibimbangi anak dalam
kandungan disampuk hantu atau umot sanja.
Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa yang mempunyai penyakit kulit
kerana dibimbangi menjangkiti anak yang bakal lahir atau lahir tidak cukup
bulan.
b) Persediaan menyambut kelahiran
Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana
dikhuatiri anak yang bakal lahir nanti menjadi sumbing.
Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat
sebarang lubang takut anak akan mati semasa dilahirkan.
Pantang larang
15

Tidak dibenarkan balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya kerana bimbang
anak dalam perut berkedudukan songsang.
c) Selepas bersalin
Menyimpan dan menanam uri
Uri dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu
dapur dan diletakkan disudut ditempat memasang api dalam billik
keluargaberkenaan sehingga bayi tersebut boleh duduk dan berjalan sendiri.
Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi tersebut akan dipecahkan apabila
si anak sudah mula berjalan sendiri.Jika anak perempuan , kendi akan
dipecahkan dengan kayu api dan jika anak lelaki, kendi akan dipecahkan
dengan kapak. Uri tadi ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh
percaya perbuatan tadi menyebabkan anak perempuan pandai membuat
kerja - kerja rumah dan anak lelaki pandai membuat kerja kerja di sawah.
Menjaga tali pusat
Bilik kediaman anak dikenakan pantang larang selama tujuh hari tujuh
malam.Antaranya ialah dilarang membawa rebung,paku, kulat, pekasam
daging dan ikan serta belacan kerana dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.








16





Terdapat pelbagai suku kaum dalam kalangan masyarakat Bidayuh masing
masing mengamalkan pegagan serta adat resam tersendiri. Kebudayaan dan adat
resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur unsur ritual dan kepercayaan yang
mereka anuti..

Sewaktu mengandung
Apabila isteri mengandung , satu upacara iaitu menawar perut / birayang akan
diadakan untuk menggalakkan anak dalam kandungannya membesar dengan
sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dejemput untuk melakukan
upacara ini. Bidan akan melakukan upacara melumur perut wanita tersebut dengan
kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncang tongkat
saktinya diatas perut perempuan sambil membaca jampi serapah .

Perlindungan daripada kome
Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah bilah buluh yang tajam diikat bersama dan
digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung
kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat
jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok anak.

Menamakan anak
Kanak kanak Bidayuh yang berumur 2 tahun ke bawah biasanya dipanggil Suwe,
iaitu panggilan bagi anak lelaki dan Spira bagi anak perempuan.Nama ini digunakan
Kepercayaan dan adat
Resam
17

untuk mengelirukan semangat jahat . Nama tetap akan di beri pada usia anak anak
dua tahun.
Perkahwinan
Perkahwinan bagi masyarakat Bidayuh ialah satu cara untuk menjadi anggota dan
menikmati hak sebagai anggota Biik atau Ramin itu. Masyarakat Bidayuh
mengamalkan monogamy sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas
penceraian ialah suatu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap
inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam
masyarakat tersebut .Masyarakat Bidayuh melarang perkahwinan antara sepupu.
Kematian
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera
menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebut mpesan
iaitu kata kata terakhir pada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak
serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat
seterusnya diletakkan diatas tikar pandan. Sementara kaum lelaki Bidayuh menggali
kubur dan mengusung si mati ke kubur untuk dikebumikan. Pengebumian dijalankan
apabila semua ahli keluarga dan saudara mara sudah berkumpul.

Selepas kematian
Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si
mati selama empat hari. Sementara penduduk kampung pula tidak dibenarkan turun
ke sawah selama dua hari. Ini adalah satu upacara berkabung untuk si mati.




18

You might also like