You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Di Malaysia, masyarakat yang berbilang kaum membuktikan bahawa negara kita

merupakan sebuah negara yang unik . Hal ini berlaku demikian kerana masyarakat yang

berbilang kaum dapat dibuktikan dengan kehadiran pelbagai kaum yang wujud di Malaysia.

Sebagai contoh, kaum Melayu, Cina dan India yang terdapat di bahagian Semenanjung Malaysia

manakala bahagian Borneo iaitu Sabah dan Sarawak terdapat kaum seperti Kadazan, Dusun,

Bajau, Bugis, Brunei dan sebagainya. Perkara demikian menjadikan negara kita mempunyai

pelbagai seni dan kebudayaan kaum yang berbeza-beza antara kaum yang wujud di Malaysia.

Seterusnya, definisi seni membawa maksud kepada julat yang berbeza antara kelakuan atau

kegiatan manusia untuk menghasilkan sesuatu rencana. Kebudayaan pula membawa maksud

tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam kegiatan masyarakat untuk menjalani

kehidupan seharian mereka. Seni dan kebudayaan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sesuatu

kaum untuk memperoleh kebaikan dalam kaum mereka .Oleh sebab itu, seni dan kebudayaan

merupakan perkara paling penting yang wajar diperlukan dalam masyarakat yang berbilang

kaum di Malaysia. Seni dan kebudayaan juga turut memainkan peranan penting bagi

membezakan antara kaum-kaum yang ada di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana suku

kaum di Malaysia mempunyai seni dan kebudayaan atau adat yang tersendiri bagi membuktikan

identiti kaum yang mereka wakili. Tegasnya, seni dan kebudayaan menjadi sebuah simbol bagi

menyatupadukan antara mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih berkesan.

1
2.0 LATAR BELAKANG SUKU KAUM BAJAU

Suku kaum Bajau merupakan suku kaum yang telah lama wujud di muka bumi Sabah.

Kebanyakkan daripada masyarakat Bajau ini merupakan orang yang menganut agama Islam.

Suku kaum Bajau juga merupakan kaum yang kedua terbesar populasinya selepas kaum Kadazan

Dusun. Hal ini terjadi demikian kerana masyarakat Bajau terdiri daripada dua kelompok yang

menetap di bahagian yang berlainan. Dua kelompok masyarakat Bajau ialah Bajau yang menetap

di kawasan Pantai Timur Sabah dan Bajau yang menetap di kawasan Pantai Barat Sabah. Bajau

yang menetap di Pantai Barat Sabah khususnya terletak di lokasi seperti Kota Belud, Tuaran,

Kota Kinabalu, Putatan dan Papar. Bajau yang menetap di Pantai Timur Sabah pula khususnya

terletak di lokasi seperti Semporna, Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

Selain itu, dua kelompok masyarakat Bajau yang terdapat di Negeri Sabah ini juga

mempunyai banyak perbezaan yang ketara dari beberapa segi. Antara perbezaan yang didapati

ialah masyarakat Bajau di Pantai Barat Sabah mempunyai kemahiran membuat parang,

menangkap ikan di persisiran pantai barat, petani dan menunggang kuda manakala masyarakat

Bajau Pantai Timur Sabah pula mahir dalam aktiviti yang berorientasikan laut dan terkenal

dengan penyelam yang mahir. Sehubungan dengan itu, perbezaan dari segi bahasa atau dialek

turut menjadi perbezaan dalam mengenali kaum Bajau kerana sudut bahasa kaum Bajau juga

berlainan antara Bajau Pantai Timur dan Bajau Pantai Barat Sabah. Perbezaan ini juga dapat

dilihat melalui penempatan di antara kedua-dua kumpulan masyarakat Bajau, aspek adat istiadat

dan budayanya. Oleh sebab itu, terdapat lebih daripada 190 sub-etniknya yang tersendiri seperti

Bajau Samah, Bajau Omadal, Bajau Laut, Bajau Kubang dan sebagainya.

2
Bajau Samah merupakan suku kaum Bajau yang didapati menetap di bahagian Pantai

Barat Sabah. Majoritinya mereka menetap di lokasi seperti daerah Kota Belud dan Tuaran. Bajau

Samah ini merupakan kaum yang terkenal dengan pekerjaan seperti pertanian iaitu penanaman

sawah padi, penghasilan atau penciptaan iaitu pembuatan pedang dan parang dan perikanan di

sekitar bahagian Pantai Barat Sabah iaitu menjadi nelayan di laut dan sungai. Bajau samah ini

juga mempunyai keistimewaannnya yang tersendiri iaitu kemahiran menunggang kuda. Oleh

sebab itu, masyarakat ini dikenal di seluruh dunia dan digelar sebagai ‘Koboi Timur’ kerana

ketangkasan dan kecekapannya dalam mengandalikan kuda.

Justeru itu, masyarakat Bajau merupakan masyarakat yang turut dipandang unik kerana

terdapat keistimewaannya yang tersendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Bajau

ini mempunyai dua kumpulan yang berlainan atau berbeza dari segi bahasa atau dialek

pertuturannya, kawasan menetap, adat istiadat dan budaya. Oleh itu, masyarakat Bajau diiktiraf

sebagai penduduk asli Nusantara hasil daripada banyak sub-etniknya yang berkaitan.

3
2.1 ASAL USUL ADAT KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU

Mengikut sumber-sumber yang dirujuk, masyarakat Bajau mempercayai bahawa

kematian itu pasti dan akan berlaku terhadap diri mereka. Mengikut kepercayaan masyarakat

Bajau, tidak ada yang terselamat daripada dunia ini dan akan ada kehidupan selepas kematian

iaitu kehidupan di alam Akhirat. Oleh sebab itu, pengamalan pengurusan jenazah melalui adab

dan akidah berteraskan Islam seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW masih

diamalkan. Hal ini berlaku kerana masyarakat Bajau merupakan umat Islam dan masih mematuhi

garis panduan syarak. Jelaslah bahawa masyarakat Bajau mempraktikkan pengurusan jenazah

berunsurkan imej Islam. Namun begitu, adat tradisi dalam pengurusan jenazah masih juga

diamalkan oleh masyarakat Bajau akibat daripada tradisi nenek moyang yang mengamalkan

fahaman animisme. Antara pengamalan tradisi yang masih diamalkan ialah adat seperti pesuk,

ngeduang, bengkai-bengkaian, berjogo dan sebagainya. Ritual-ritual ini diamalkan bagi

memperoleh kesejahteraan untuk si mati dan keluarga si mati. Sedemikian itu, hal ini juga

membantu masyarakat Bajau mengelakkan diri dan keluarga daripada kejadian yang buruk

berlaku. Perkara ini sangat dipentingkan oleh masyarakat Bajau agar tidak melanggar pantang

larang yang telah ditetapkan oleh adat dan tradisi nenek moyang mereka.

4
3.0 PROSES ADAT KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU DI KAMPUNG TIMBANG

DAYANG

Terdapat beberapa proses pengurusan kematian kaum Bajau di Kampung Timbang

Dayang melalui proses sebelum, semasa dan selepas kematian.

SEBELUM PENGKEBUMIAN

Mengkhabarkan Kematian

Menurut masyarakat Bajau di Kampung Timbang Dayang, jika berlakunya kematian

mereka memulakan proses dengan mengkhabarkan kematian kepada orang kampung. Hal ini

bertujuan untuk memberitahu orang kampung bahawa ada kematian yang berlaku di kampung

tersebut. Oleh itu, orang-orang kampung akan berkumpul di rumah yang berlaku kematian

tersebut untuk menziarahi atau melawat si mati sebagai tanda penghormatan terhadap keluarga

dan si mati. Terdapat cara masyarakat Bajau untuk mengkhabarkan kematian terhadap orang

kampung iaitu dengan memalu gong. Adat ini dikenali sebagai adat balu-balu yang diamalkan

oleh masyarakat Bajau di Kota Belud bagi memberitahu kematian yang telah berlaku. Kaedah

pukulan gong ini mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan yang mati agar mudah

ditafsir oleh penduduk kampung sama ada yang mati merupakan lelaki atau perempuan. Bagi

paluan gong lelaki dewasa, paluan gong kebiasaannya dibunyikan sebanyak 11 kali manakala

perempuan dewasa gong akan dibunyikan sebanyak 9 kali. Selaras dengan itu, paluan gong bagi

budak juga terdapat pengiraan yang berbeza dengan orang dewasa iaitu 7 kali paluan bagi budak

besar dan 5 kali paluan bagi budak kecil. Pukulan ini haruslah dilakukan sebanyak 3 kali

berturut-turut tanpa henti dan mengikut irama tertentu.

5
Membuat Persediaan

Seterusnya, masyarakat Bajau di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud juga akan

melaksanakan proses penyediaan kepada si mati seperti menyediakan kelambu dan payung jomo

matai. Hal ini berlaku kerana kelambu dan payung jomo matai ini digunakan untuk kegunaan

pada kubur si mati. Masyarakat Bajau juga akan membuat persediaan dengan menggali kubur si

mati dan juga menyediakan keranda untuk si mati yang akan digunakan untuk proses

pengkebumian si mati.

Melaksanakan Proses Memandikan, Mengkafankan dan Menyembahyangkan Jenazah

Proses memandikan dan mengkafankan jenazah haruslah dilaksanakan kerana masyarakat

Bajau mengetahui yang proses ini merupakan suatu kewajipan yang dituntut dalam agama Islam.

Dalam proses ini masyarakat Bajau melakukan proses ini sama dengan ajaran yang mengikut

syarak Islam. Namun begitu, terdapat tokok tambah yang disesuaikan oleh masyarakat Bajau

iaitu memandikan jenazah dengan menggunakan badak langsir. Hal ini dikatakan demikian

kerana badak langsir mengandungi bahan-bahan organik seperti santan kelapa, daun limau dan

tepung beras. Oleh hal yang demikian, mereka menggantikan sabun dengan badak langsir untuk

membersihkan kotoran atau daki yang melekat pada kulit si mati agar kelihatan lebih bersih.

Kemudian, jenazah akan dikafankan dengan kain kafan seperti yang dilakukan dalam ajaran

Islam. Bagi lapisan kain kafan jenazah lelaki, jenazah akan dikafankan dengan 3 lapisan

manakala jenazah perempuan, mereka dilapisi dengan 5 lapisan bagi menutupi bonggol dan

tempat yang menonjol bagi menutup aib jenazah perempuan tersebut. Setelah selesai proses

mengkafankan jenazah, jenazah akan disembahyangkan oleh keluarga dan orang yang hadir pada

6
masa itu. Kaedah-kaedah menyembahyangkan jenazah yang ditunjukkan oleh masyarakat Bajau

adalah sama dengan ajaran Islam.

Adat Pesuk

Setelah jenazah selesai dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, jenazah tersebut

akan dimasukkan ke dalam keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan agar upacara

pengkebumian dapat disempurnakan. Sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan, ahli

keluarga atau saudara mara terdekat jenazah akan dipanggil untuk menyempurnakan upacara

adat pesuk. Adat pesuk ini merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat Bajau dengan

mengelilingi bawah keranda jenazah sebanyak 3 kali diikuti dengan nyanyian tradisi iaitu sair

jomo matai yang membawa maksud syair orang mati. Perkara ini dilakukan bertujuan sebagai

simbolik kaum Bajau untuk mengucapkan ucapan selamat tinggal kepada jenazah supaya

keluarga dan saudara mara jenazah tidak merasa rindu terhadap jenazah apabila ketiadaan dirinya

pada masa akan datang. Oleh itu, yang hidup harus meneruskan kehidupan dan yang mati tetap

akan mati. Penggunaan mayang pinang juga digunakan untuk diletakkan di atas keranda jenazah

yang bertujuan untuk menyemarakkan tanda kasih sayang antara mereka. Akhir sekali, jenazah

akan diiringi hingga ke tanah perkuburan untuk menyempurnakan pengurusan pengkebumian

yang seterusnya.

SEMASA PENGKEBUMIAN

Upacara Mengkebumikan Jenazah

Upacara mengkebumikan jenazah diteruskan dengan memasukkan jenazah ke dalam

liang lahad. Kebiasaannya keluarga atau saudara mara terdekat akan menguruskan proses

memasukkan jenazah ke dalam kubur. Kemudian di atas jenazah, jenazah akan ditutupi dengan

7
keranda yang telah disediakan pada peringkat awal semasa proses penyediaan. Seterusnya,

jenazah akan dikuburkan dan tanah akan dimampatkan ke dalam liang lahad untuk menutupi

seluruh ruang yang terdapat pada kubur tersebut.

Mentalkinkan Jenazah

Jenazah juga akan ditalkinkan selepas proses mengkebumikan jenazah telah selesai.

Imam yang dipanggil untuk mewakili upacara mentalkinkan jenazah turut mengambil bahagian.

Kebiasaannya imam yang dijemput merupakan imam yang berpengalaman dan mempunyai ilmu

tentang mentalkinkan orang-orang telah meninggal dunia. Apabila imam selesai mentalkinkan

jenazah keluarga dan saudara mara akan dijemput untuk menyiram kubur keluarga mereka serta

menabur bunga-bungaan dan mayang pinang bagi kesejahteraan si mati.

Adat Memasang Guris, Memasang Kelambu dan Memacakkan Payung Jomo Matai

Adat memasang guris, kelambu dan memacakkan payung jomo matai ini diamalkan oleh

masyarakat Bajau di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud. Hal ini dilaksanakan selepas

upacara mentalkinkan jenazah selesai. Guris merupakan adat masyarakat Bajau yang dilakukan

untuk membuat garis selepas mayat selesai dikebumikan. Garis ini berbentuk segi empat dan

dipacakkan sebatang kayu kecil di tepi batu nisan si mati. Imam juga akan membaca doa semasa

proses ini berlangsung untuk menjadi pendinding supaya kubur yang baru itu terjaga. Masyarkat

Bajau Kota Belud mempercayai perkara ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perbuatan

jahat individu yang mempunyai ilmu hitam mengambil jenazah tersebut untuk kepentingannya.

Guris juga dapat menghalang hantu atau mangat balan-balan daripada mendekati dan mengambil

mayat tersebut. Hal ini berlaku kerana pada zaman dahulu terdapat banyak pengamal-pengamal

ilmu hitam di merata tempat yang menggunakan mayat yang baru meninggal sebagai

8
kepentingan diri mereka. Setelah upacara memasang guris selesai, kelambu dan juga payung

jomo matai akan dipacakkan di atas kubur. Fungsi kelambu dan payung jomo matai ini juga

sama seperti guris yang bertujuan untuk melindungi tempat pengebumian si mati daripada

perkara yang tidak diingini berlaku.

SELEPAS PENGKEBUMIAN

Adat Bengkai-Bengkaian

Adat bengkai-bengkaian merupakan adat masyarakat Bajau setelah selesai segala upacara

pengkebumian mayat. Bengkai-bengkaian merupakan tilam dan tikar yang dihamparkan di

tengah-tengah rumah. Hal ini dilaksanakan oleh masyarakat Bajau kerana mereka mempercayai

bahawa roh si mati akan datang menziarahi rumah dan akan duduk di bengkai-bengakaian

tersebut. Selain itu, tujuan bengkai-bengkaian ini dibuat juga adalah untuk meletakkan segala

pakaian si mati di atas tilam tersebut selama tujuh hari tujuh malam sebagai tanda berkabung

untuk si mati. Setelah genap tujuh hari, pakaian-pakaian tersebut akan disumbangkan kepada

orang yang turut serta dalam menguruskan jenazah. Oleh itu, bengkai-bengkaian akan dibuka

dan dikemaskan semula kerana telah sampai tempohnya selama tujuh hari tujuh malam.

Adat Berjogo

Adat berjogo merupakan Bahasa Bajau Kota Belud iaitu Bajau Samah yang membawa

maksud berjaga-jaga. Adat berjogo ini masih diamalkan oleh masyarakat Bajau khususnya di

Kota Belud sehingga hari ini. Berjogo juga dilakukan selama tujuh hari tujuh malam berturut-

turut sama seperti adat bengkai-bengkaian. Berjogo dilakukan oleh ahli keluarga, saudara mara

dan orang kampung secara bergilir-gilir bagi berjaga pada waktu malam dan dilarang untuk tidur.

Hal ini dikatakan kerana masyarakat Bajau di Kota Belud berjaga untuk menjaga kubur dan

9
rumah agar terhindar daripada perbuatan yang jahat individu dan mengelakkan mayat daripada

diambil oleh makhluk yang luar biasa. Selama proses berjaga, terdapat orang yang akan berjaga

di tanah perkuburan dan juga ada yang berjaga di rumah untuk menjaga rumah. Hal ini berpunca

daripada Hantu Balan-Balan atau Selembadut akan mengambil mayat dan memakan mayat

tersebut. Di samping itu, adat berjogo dilakukan kerana larangan untuk menutup pintu rumah

selama tempoh tujuh hari tersebut. Masyarakat Bajau mempercayai bahawa roh masih

berkeliaran di sekitar perumahan. Oleh sebab itu, adat berjogo yang dilakukan oleh masyarakat

Bajau membawa manfaat terhadap keselamatan dan kesejahteraan si mati, keluarga, saudara

mara dan orang kampung.

Adat Mangan Bangi dan Adat Ngeduang

Adat mangan bangi menurut masyarakat Bajau Kota Belud ialah kenduri arwah dan

tahlil. Amalan ini dilakukan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta berzikir kepada

Allah SWT dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, doa-doa turut

dibacakan dan diniatkan bagi yang telah meninggal dunia. Hal ini bertentangan dengan Mazhab

Syafie kerana akan menambahkan lagi kesusahan dan kesedihan di dalam keluarga mahupun

saudara mara. Namun begitu, amalan mangan bangi ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Terdapat beberapa kaedah kenduri yang dilakukan oleh masyarakat Bajau di Kota Belud iaitu

kenduri kecil akan dilaksanakan selama tujuh hari tujuh malam pada sebelah pagi dan pada

sebelah petang. Selain itu, masyarakat juga melaksanakan kenduri melalui tempoh hari

kesepuluh pemergian si mati, kedua puluh, ketiga puluh, keempat puluh dan berikutnya sehingga

hari yang kesembilan puluh. Terdapat juga kenduri besar-besaran yang dilaksanakan melalui

tempoh hari ketiga kematian si mati, ketujuh, kesepuluh, empat puluh hari dari hari kematian,

keseratus hari dan genap setahun pemergian si mati. Perlaksanaan kenduri akan dibantu oleh

10
saudara mara dan orang kampung dengan menyedekahkan barang-barang masakan dan

menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis kenduri ini. Tujuan kenduri dilaksanakan

adalah untuk memperingati si mati dan kenduri diniatkan untuk sedekah si mati kepada orang

ramai yang menghadiri kenduri tersebut. Seterusnya, adat ngeduang atau duang berkait rapat

dengan kenduri apabila kenduri besar-besaran diadakan. Ngeduang membawa maksud sedekah

keluarga arwah kepada orang yang menghadiri majlis tersebut demi amal jariah dan

kesejahteraaan arwah. Terdahulu adat ngeduang ialah memberi makan kepada arwah, yang jelas

menunjukkan bahawa saki baki amalan animisme masih berlaku. Walaupun begitu, adat

ngeduang telah dimodifikasikan dengan memberi bungkusan makanan kepada orang lain dalam

sebuah dulang atau bakul. Adat ini kebiasaannya dilakukan apabila berlaku kenduri arwah atau

tahlil secara besar-besaran. Sebagai contoh, kenduri ketujuh, kenduri kesepuluh, kenduri

keempat puluh, kenduri keseratus dan kenduri genap setahun pemergian arwah. Isi yang terdapat

dalam ngeduang tersebut kebiasaannya makanan seperti lauk-pauk, kuih-muih, keropok, gula-

gula, minuman botol dan ada juga terdapat kain sarung serta senaskah Surah Yassin. Oleh hal

yang demikian, keluarga arwah dan arwah memperoleh manfaat daripada amalan bersedekah

kepada orang dengan adat ngeduang.

11
4.0 PANTANG LARANG DALAM ADAT KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU

Menurut kepercayaan suku kaum yang lain terdapat beberapa pantang larang yang harus

dijaga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan di dalam hidup. Hal ini dikatakan begitu

kerana pantang larang merupakan tradisi turun temurun yang diturunkan kepada masyarakat

pada hari ini daripada orang yang hidup pada berkurun lamanya. Dalam pada itu, masyarakat

Bajau di Kota Belud juga mempercayai terhadap pantang larang dalam sesuatu kematian yang

berlaku kepada keluarga, saudara mara dan orang kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana

masyarakat Bajau tidak ingin perkara buruk berlaku atau kecelekaan akan menimpa diri mereka,

keluarga mahupun orang kampung.

Oleh sebab itu, terdapat beberapa pantang larang yang harus dipatuhi sebelum, semasa

dan selepas proses pengkebumian. Antaranya ialah larangan memecahkan barangan kaca iaitu

gelas, piring atau mangkuk dan sebagainya kerana hal ini menunjukkan akan ada perkara buruk

yang akan berlaku. Selain itu, larangan membakar sampah atau benda yang boleh dijadikan

makanan, tidak dibenarkan membuang kutu daripada rambut dan tidak boleh melakukan

sebarang pekerjaan di rumah orang yang berlaku kematian seperti menjahit, menganyam atau

bertukang. Masyarakat Bajau juga tidak dibenarkan untuk bersin di rumah si mati kerana

kemungkinan besar akan ada berlaku kematian di rumah tersebut. Membersihkan rumah si mati

juga tidak dibenarkan sehingga tujuh hari berturut-turut.

Pantang larang yang perlu dipatuhi oleh seorang isteri yang telah menjadi balu pula ialah

dilarang untuk menyapu rumah dan menyisir rambut selama seminggu dari tarikh kematian

suaminya. Bengkai-bengkaian juga harus dirapikan bagi selama tujuh hari berturut-turut dan

masyarakat di kampung tersebut tidak boleh bersuka ria seperti bermain alat muzik, berkaraoke

12
dan sebagainya agar penghormatan dapat diberikan kepada keluarga yang baru kehilangan orang

yang tersayang. Masyarakat di kampung itu juga tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis

seperti majlis kahwin, hari keluarga dan sebagainya. Jika perkara ini berlaku mereka akan

dikenakan tindakan undang-undang adat.

Lantaran itu, kepercayaan terhadap pantang larang masih berlaku sehingga zaman ini.

Pantang larang digunakan atas tujuan tertentu yang membawa kepada kebaikan. Namun, ada

juga pantang larang yang bercanggah dengan pendapat Islam. Oleh itu, pantang larang tidak

boleh diamalkan atas dasar bukan seperti yang diajarkan dalam Islam.

13
5.0 PERKEMBANGAN ADAT KEMATIAN SUKU KAUM BAJAU DI KAMPUNG

TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD DARI TAHUN 1980 HINGGA TAHUN 2000

Dalam tempoh 20 tahun ini, terdapat beberapa perubahan yang dibawa ke dalam adat

kematian suku kaum Bajau ini. Perkembangan ini disesuaikan dengan adat-adat yang tertentu

dan mengalami modifikasinya yang tersendiri. Antara perkembangan yang berlaku ialah

mengkhabarkan kematian melalui hubungan telekomunikasi dan tidak lagi menggunakan paluan

gong untuk memberitahu berita kematian kepada saudara mara dan orang kampung. Hal ini

dikatakan demikian kerana zaman perubahan teknologi yang semakin maju membantu

memudahkan perhubungan telekomunikasi dengan jarak jauh. Alat telekomunikasi yang

digunakan adalah telefon bimbit, telefon pintar dan sebagainya agar proses mengkhabarkan

kematian lebih cepat disampaikan kepada orang yang dekat dan orang yang tinggal berjauhan.

Selain itu, adat pesuk yang dilakukan oleh masyarakat Bajau tidak lagi dipraktikkan oleh

sesetengah masyarakat Bajau. Hal ini dikatakan begitu kerana adat pesuk merupakan adat yang

bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh

hal yang demikian, masyarakat Bajau semakin hari semakin mematuhi syarak dan berlandaskan

ajaran Islam dalam pengurusan jenazah.

Seterusnya, adat memasang guris juga tidak lagi dilaksanakan oleh masyarakat Bajau di

Kota Belud. Dengan zaman yang moden ini, masyarakat Bajau mempercayai sudah tidak ramai

lagi yang melakukan ritual-ritual yang membawa kepada kesyirikan seperti ilmu hitam yang

dilakukan oleh orang zaman dahulu. Dalam konteks ini, masyarakat Bajau lebih yakin dengan

Allah SWT yang akan melindungi semua hamba-Nya. Sebagai orang Islam kita seharusnya

14
meminta pertolongan daripada Allah SWT serta mengharap pertolongan dari-Nya dan bukannya

dengan melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Namun begitu, masih juga terdapat beberapa adat yang masih dikekalkan hingga ke hari

ini. Adat-adat yang masih dilaksanakan adalah seperti adat berjogo, adat bengkai-bengkaian, adat

mangan bangi dan adat ngeduang. Adat ini masih diteruskan tetapi disesuaikan dengan ajaran

Islam. Antaranya ialah adat berjogo yang sebelumnya untuk menjaga jenazah daripada makhluk

halus iaitu Hantu Balan-Balan dimodifikasikan dengan tujuan menjaga jenazah daripada diambil

binatang buas seperti anjing dan menjaga rumah untuk tujuan mengelakkan kes kecurian berlaku

kerana pintu rumah tidak boleh ditutup selama tujuh hari berturut-turut. Perkara ini membuktikan

bahawa masyarakat Bajau di Kota Belud juga turut mengalami perkembangan dalam adat dan

ritualnya.

15
6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, adat kematian dalam masyarakat Bajau mempunyai tatacaranya yang

tersendiri dan berbeza dengan kaum lain. Ianya melibatkan proses permulaan yang dimulakan

dengan proses mengkhabarkan kematian, membuat persediaan, memandikan, mengkafankan dan

menyembahyangkan jenazah dan diakhiri dengan adat pesuk pada proses sebelum

pengkebumian. Seterusnya, pada proses semasa pengkebumian dimulakan dengan proses

mengkebumikan jenazah, mentalkinkan jenazah dan memasang guris, memasang kelambu serta

diakhiri dengan memacakkan payung jomo matai. Akhirnya, proses selepas pengkebumian yang

dirangkumi oleh adat bengkai-bengakaian, adat berjogo, adat mangan bangi dan diakhiri dengan

adat ngeduang. Dalam menjalani kehidupan yang mempunyai adat juga masyarakat Bajau

mempunyai beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi. Dalam pada itu, terdapat juga

perkembangan yang dialami oleh masyarakat Bajau di Kota Belud melalui beberapa aspek

perkembangan yang dinyatakan. Adat-adat yang ditunjukkan oleh masyarakat Bajau di Kampung

Timbang Dayang ini merupakan sebuah simbol dan identiti terhadap bangsa Bajau Samah itu

sendiri. Ini memudahkan orang lain membezakan Bajau Pantai Barat Sabah atau Bajau Pantai

Timur Sabah kerana terdapat perbezaan dalam pengamalan adatnya.

16

You might also like