You are on page 1of 7

ADAT RESAM KAUM IBAN DI MALAYSIA

arawak yang terkenal dengan nama jolokannya Negeri Bumi Kenyalang mempunyai
rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Terdapat kira-kira 30 kumpulan etnik di
Sarawak. Kaum Iban merupakan suku kaum yang terbesar di Sarawak, diikuti oleh
kaum Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau dan kaum-kaum etnik yang lain. Sebagai sebuah
negeri yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku kaum, sudah pasti terdapat pelbagai
kebudayaan dan adat resam yang diamalkan. Bagi masyarakat Sarawak, adat resam
merupakan satu warisan tradisi yang begitu dititikberatkan dan telah sebati dengan
kehidupan seharian mereka. Maklumat berkaitan adat resam masyarakat etnik Sarawak
dalam laman web ini akan difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu kelahiran, perkahwinan
dan kematian yang hanya merujuk kepada tiga suku kaum utama di Sarawak iaitu
masyarakat Iban, Melanau dan Bidayuh.
IBAN
Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku
kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban
masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai
jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami
beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan
sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam
dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga
aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

Pengenalan

Kaum Iban banyak mengamalkan pantang larang dan adat-adat tertentu dalam aspek
kelahiran. Peranan bidan juga sangat penting semasa membuat persiapan menyambut
kelahiran dan juga selepas bersalin. Adat-adat tersebut dapat dilihat dari peringkat sewaktu
mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan
pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi
akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk
disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.
Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.
S
Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi
akan lumpuh.
Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di
dalam rahim semasa dilahirkan.

BERSALIN
Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa
menyambut kelahiran bayi.
Pontong

Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong
akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga
turut digunakan.
Potong Tali Pusat dan Berurut
Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan
dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang
ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia
akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si
ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan
akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang
diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain
yang dibuat daripada kulit kayu.

SELEPAS LAHIR

Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin.
Berpantang
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak.
Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan
kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua
makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia
supaya dapat memanaskan badan.
Berdiang/Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil
berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu
yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis
kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini
juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu
yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi
asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai
selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur
pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu
dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.
Tanggal Pusat
Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal
pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek
atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari
sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau
mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.
Menamakan Bayi
Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka
yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas
masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,
anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu
seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek
moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan
mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya
upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas
papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan
dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan
nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi
tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang
terdekat.
Mandi Sungai
Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa
bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan
air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat
tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-
panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air
sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan
membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain
pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa
atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan
berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan
ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki,
sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang.
Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.
Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu
akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di
tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain
pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas
atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu
dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri
mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang
lebih banyak.
Berkhatan
Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun.
Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri.
Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan
kaum Iban.

Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan
yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat
Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam
usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis
pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi
masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang
melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk
mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan
bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka
lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-
anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat
membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat
tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang,
bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Merisik
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.
Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau
wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak
ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu
syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya.
Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil
pertemuan itu menggalakkan.
Meminang dan Bertunang

Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai
dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat
perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain
yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan
lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan.
Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain
tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan
berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Majlis Perkahwinan
Majlis Perkahwinan Pelbagai
persiapan akan dibuat untuk
majlis perkahwinan yang bakal
tiba. Bagi pihak keluarga lelaki
mereka akan menyediakan
perbelanjaan serta barang yang
harus diberikan kepada keluarga
perempuan. Keluarga perempuan
juga membuat pelbagai persiapan
termasuk memburu binatang
untuk disembelih pada hari
perkahwinan. Untuk mengundang
tetamu, kedua-dua pihak
melantik wakil masing-masing
untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali
bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.
Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan
berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul
itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka
simpulan tali itu setiap hari.



Pengantin masyarakat Iban
Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki
biasanya berarak ke rumah panjang pengantin
perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain
pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan
sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki
mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan
yang berpakaian menarik itu akan memukul gong.
Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin
perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.
Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai
sebelum memakai pakaian tradisional. Sampai di
tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin
lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai
penghormatan dan pada masa itu juga tembakan
senapang akan kedengaran secara balas-
membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat
rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan
pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka
tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah
dan di hujung rumah.

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum
wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di
ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin
perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang
dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu. Para tetamu seterusnya akan
dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air
dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai
menyanyikan lagu dan memukul gendang. Mereka juga akan berpusing di rumah
selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan
ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang,
selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal
pengantin dan susur galur mereka. Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam,
perbincangan dilakukan selepas tengah malam. Mereka akan berbincang dan
golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan
perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan
diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil
air perangsang kepada para tetamu.

Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada
mereka. Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian.
Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak
perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran
pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah
pedang dan pemberian kecil yang lain. Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki ,
sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu
sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa
pemberian kecil lagi. Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula
syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut
akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata. Sekiranya perceraian
disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya
dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan
untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan


Upacara miring

Upacara akad nikah
dikenakan denda yang lain.

Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan.
Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah
pinang tersebut . Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin
perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau
bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu
semula dengan beberapa rangkap pantun. Seterusnya pinang tersebut akan
diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah
dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang
dilakukan oleh kedua belah pihak. Jika tidak pengantin baru akan mandi di sungai
untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain
yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang
pada setiap individu. Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai
korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin. Setelah menyucikan diri,
pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah
pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana
segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan
pula di rumah pengantin lelaki.

Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan
akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. Adat ini juga
boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu. Pasangan
ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang
yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat
kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih
itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri
dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di
rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan
suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di
bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan
mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya. Ada pasangan
yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

Pengenalan

Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu.
Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara
keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat-peringkat
berikut:

Semasa kematian

Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian,
semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang
dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya.
Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan
dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu
digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan,
hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di
tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil
sapat.

Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-
barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas
mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang
wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai
dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan
sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum
pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa
berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat
itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan
dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras
supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang
baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran
yang mempunyai motif tradisional.
Semasa pengebumian

Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah
ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima
mayat itu. Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang
kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. Hanya tangan dan kayu
sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana
penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.
Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang
itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan
mengganggu orang yang masih hidup. Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur
untuk melindungi kubur. Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di
dalam pondok itu. Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata
kepunyaannya diletakkan di situ.
Selepas kematian

Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung
ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang
tersebut. Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam.
Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih
hidup. Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati
juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni.

Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk
menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung. Tidak beberapa
lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di
dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta
supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup. Adalah
dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati
diselenggarakan.

You might also like