You are on page 1of 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN


ISLAM
KERJA KURSUS PENDEK
WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK
KAJIAN ETNIK MINANGKABAU DI MALAYSIA

NAMA : FARIZA AINA BINTI MOHD (910824-01-6316)


: IRA FARHANA BINTI MOHD ISMAIL (891106-10-5030)
: NUR ASYIQIN BINTI MOHD RAZLI (910105-05-5212)

KUMPULAN/UNIT : PISMP 3.08/AMBILAN JANUARI 2011

KOD/MATA PELAJARAN : WAJ 3106 : HUBUNGAN ETNIK

NAMA PENSYARAH : EN. SAIPO BIN AYUB

TARIKH SERAHAN : 2 APRIL 2012


1.0 PENDAHULUAN

Dalam menyusuri sejarah dan menyingkap keunikan adat Minangkabau,


pelbagai adat yang telah kami pelajari dan maklumat yang kami perolehi
hasil daripada lawatan ke Muzium Negeri Sembilan.

Walaupun maklumat ini mudah diperoleh dari laman sesawang tapi


pada kami, usaha untuk mengenali sesebuah etnik itu dengan lebih
mendalam amat penting. Maka kami usahakan untuk melawat muzium
tersebut dan memahami ciri-ciri etnik ini dengan lebih mendalam melalui
orang Minang itu sendiri.

Diharap, setiap maklumat yang kami perolehi dan kami kumpulkan


di sini dapat membantu untuk memahami dan menghargai keunikan etnik
Minangkabau yang sering disalah-sangka oleh orang-orang luar.
2.0 SEJARAH ETNIK MINANGKABAU

Suku Minangkabau atau minang merupakan kumpulan etnik Nusantara


yang berbahasa dan menjujung adat Minangkabau. Perkataan
Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang
bermaksud “menang” dan kabau bermaksud “kerbau”.

Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa


perselisihan antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari
Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Bagi mengelakkan
diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan
pertandingan adu kerbau antara kedua belah pihak. Putera tersebut
bersetuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas. Rakyat
setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi
dengan tanduk yang telah ditajamkan.

Semasa pertandingan berlangsung, anak kerbau yang kelaparan


dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau yang besar dan
ganas itu kerana ingin mencari puting susu untuk menghilangkan
kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya
menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.

Kini sekitar separuh orang Minangkabau tinggal di rantau, majoriti


di bandar dan pekan besar Indonesia dan Malaysia. Kebanyakan orang
Minangkabau yang tinggal di Malaysia menetap di Negeri Sembilan dan
Johor.
3.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Masyarakat Minangkabau turut menganut agama Islam yang telah dibawa


oleh mubaligh Islam sejak kurun keempat belas lagi. Hali in kerana,
agama Islam telah terlebih dahulu bertapak di Sumatera sebelum ke
Tanah Melayu. Oleh itu, masyarakat Minangkabau telah memeluk agama
Islam sebelum kedatangan mereka ke Tanah Melayu.
Hampir keseluruhan masyarakat Minangkabau di Sumatera
menganut agama Islam. Malahan di Malaysia, seluruh masyarakat
Minangkabau beragama Islam. Agama Islam yang di anuti oleh
masyarakat Minangkabau adalah sama dengan kepercayaan masyarakat
Melayu yang lain. Mereka mengikut mazhab Syafi’e dan Ahli Sunnah
Waljamaah. Di samping itu, mereka turut berpegang teguh kepada lima
teras rukun Islam dan enam teras rukun Iman.
Walaupun terdapat percanggahan antara adat Perpatih dengan
ajaran Islam, namun masyarakat Minangkabau masih memelihara adat
mereka agar tidak menyalahi dari segi pandangan Islam.
Namun, mereka juga mempunyai beberapa kepercayaan lain
seperti animisme dan sebagainya. Kepercayaan animisme merupakan
kepercayaan yang paling tua yang turut dianuti oleh manusia. Oleh kerana
ketika itu masyarakat Minangkabau masih belum memeluk agama Islam,
mereka mempunyai kepercayaan terhadap perkara yang berkaitan
dengan makhluk-makhluk halus.
Di samping itu, masyarakat Minangkabau juga sering melakukan
upacara semahan setiap kali membuka petempatan baru. Upacara ini
biasanya melibatkan penyembelihan ayam atau kambing yang
kemudiannya dijamu kepada makhluk halus tersebut. Selain
penyembelihan ayam dan kambing, bertih, pulut kuning, beras dan
sebagainya turut dijadikan bahan untuk upacara semahan. Bahan
semahan ini akan diletakkan di batu-batu besar, kayu besar, busut atau
apa-apa sahaja tempat yang difikirkan oleh mereka mempunyai
penunggu.
Mereka percaya sekiranya mereka tidak member jamuan kepada
makhluk-makhluk halus tersebut, sesuatu yang tidak baik bakal menimpa
seperti sakit yang teruk akan menimpa di kalangan mereka atau bencana
yang lain sehingga member kesusahan kepada mereka.

Selain itu, masyarakat Minangkabau juga percaya kepada


semangat. Semangat ialah satu kekuatan yang tidak boleh digambarkan
tetapi tetap ada sama ada pada diri sendiri, tempat mahupun pada
sesuatu binatang.

Semangat perlu dijaga dan dipelihara kerana sekiranya semangat


telah hilang, bermakna seseorang itu akan mendapat kesusahan kerana
semangatnya telah hilang. Malahan, seorang bayi juga mempunyai
semangat. Seorang bayi mempunyai semangat yang masih lembut dan
tidak boleh disergah. Sekiranya bayi terperanjat, dia akan kehilangan
semangat sehingga mengakibatkannya menangis.

Kanak-kanak dan orang dewasa juga perlu dipulihkan


semangatnya jika terperanjat setelah melihat sesuatu yang menakutkan.
Jika tidak, perasaan akan menghantuinya pada masa hadapan.
Manakala, sesuatu tempat yang telah kehilangan semangat akibat
dicemari oleh perbuatan sumbang manusia juga dipercayai akan
menjadikan kawasan tersebut tidak selamat. Kawasan tersebut bakal
mendatangkan penyakit dan tidak selamat untuk didiami. Oleh itu,
semahan perlu dilakukan bagi memulihkan kembali semangat tempat
tersebut.
4.0 UPACARA DAN PERAYAAN
Masyarakat Minangkabau mempunyai banyak upacara dan perayaan
yang diraikan. Antaranya ialah, batagak pangulu, batagak rumah, upacara
perkahwinan, upacara turun mandi, upacara kekah, upacara sunat rasul,
upacara tamaik haji, upacara kematian, upacara turun ka sawah,
menyabik, Hari Rayo, manta pabukoan, tabuik, Tanah Ta Sirah dan
Mambangkik Batang Tarandam.
Upacara batagak pangulu ialah upacara pengangkatan penghulu.
Sebelum upacara perasmiannya dilakukan, syarat-syarat yang ditetapkan
perlulah dipenuhi. Antaranya ialah:

1. Baniah- menentukan calon penghulu baru.


2. Ditua cilakoi- perbincangan baik dan buruk calon dalam sebuah
mesyuarat.
3. Panyarahan baniah- penyerahan calon penghulu baru.
4. Manakokari- perbincangan tentang masa untuk melangsungkan acara
perasmian.

Upacara ini dilaksanakan dengan penuh adat. Upacara ini disebut


malewakan gala. Hari pertama adalah batagak gadang, iaitu upacara
perasmian di rumah gadang yang dihadiri urang nan ampek jinih dan
pemuka masyarakat. Penghulu baru akan menyampaikan pidato. Lalu
penghulu tertua akan memasangkan deta dan menyisipkan sebilah
keris tanda serah terima jabatan. Akhirnya penghulu baru mengambil
sumpahnya, dan ditutup dengan doa. Hari kedua adalah hari jamuan.
Hari berikutnya panghulu baru diarak ke rumah bakonya diiringi bunyi-
bunyian.
   
Manakala, bagi upacara turun mandi, ia dilakukan untuk
menghormati keturunan yang baru lahir dan berkongsi kebahagiaan
dengan masyarakat bahawa di suku tersebut telah lahir keturunan
baru. Upacara ini dilaksanakan di rumah orang tua bayi apabila bayi
tersebut berumur tiga bulan. Ketika itu, bayi tersebut dimandikan oleh
ibu bapanya. Seterusnya akan diadakan jamuan.
Selain itu, masyarakat Minangkabau juga mengamalkan beberapa
upacara perkahwinan yang hampir sama dengan adat masyarakat
Melayu. Antaranya ialah:

1. Pinang-Maminang
Acara ini dilakukan oleh pihak perempuan. apabila calon suami telah
dijumpai, bermulalah perbincangan antara ahli keluarga untuk
membincangkan tentang calon tersebut. Pinangan akan dilakukan
yang diketuai oleh ibu bapa si gadis. Sekiranya pinangan diterima,
perkahwinan akan dilangsungkan.

2. Batimbang Tando
Batimbang tando adalah upacara pertunangan. Semasa upacara ini,
acara pertukaran tanda bahawa mereka telah berjanji untuk
menjodohkan anak mereka akan dilakukan. Setelah pertunangan,
barulah perbincangan tentang pernikahan akan dilakukan.

3. Malam bainai.
bainai adalah upacara memerahkan kuku pengantin dengan daun
pacar atau inai yang telah dilumatkan. Acara ini dilakukan di rumah
pengantin perempuan beberapa hari sebelum hari pernikahan. Acara
ini hanya dihadiri oleh kaum perempuan dari kedua belah pihak.
4. Pernikahan
Pernikahan dilakukan pada hari yang dianggap paling baik, biasanya
hari Khamis malam atau Jumaat. Acara pernikahan diadakan di rumah
pengantin perempuan atau di masjid.

5. Basandiang dan Perjamuan


Basandiang adalah acara di mana kedua pengantin di atas pelamin
untuk disaksikan tetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan.
Kedua pengantin memakai pakaian adat Minangkabau. Acara
biasanya dilakukan di rumah pengantin perempuan. Oleh itu, segala
keperluan dan persiapan dilakukan oleh pihak perempuan.

6. Manjalang
Manjalang merupakan acara berkunjung. Acara ini dilaksanakan di
rumah marapulai iaitu pengantin lelaki. Para ahli keluarga akan
menyambut pengantin perempuan yang datang manjalang. Kedua
pengantin diiringi ahli keluarga pengantin perempuan dan perempuan
akan menjujung jamba,iaitu dulang berisi nasi, lauk pauk dan
sebagainya.
5.0 TEROMBO ADAT

Masyarakat Minangkabau berpegang dengan fahaman sosial seperti


kekuasaan dalam suku, aturan tempat tinggal dan pewarisan harta.
Masyarakat mengamalkan sistem matrilineal dalam kekuasaan suku. Ia
adalah sistem di mana kaum perempuan diangkat tinggi martabatnya dan
mempunyai kuasa dalam keluarga.

Jasman Ahmad(2000) menyatakan bahawa masyarakat


minangkabau dahulu kala, aturan tempat tinggal bagi pasangan yang baru
berkahwin adalah di rumah isteri. Suami akan berkunjung ke rumah isteri
pada waktu malam dan dikehendaki pulang sebelum matahari terbit.

Dalam pewarisan harta pula, terdapat dua kategori pembahagian


harta iaitu harta pusaka dan harta material. Harta material atau harta
tinggi adalah seperti emas perak, sawah lading dan harta sepencarian
manakala harta pusaka adalah harta yang diwarisi dari nenek moyang.
Harta material diwarisi oleh anak perempuan sahaja tetapi anak lelaki
dibenarkan menjaga serta memakan hasil sekiranya harta tersebut
diusahakan. Harta pusaka pula diturunkan daripada saudara lelaki
sebelah ibu ke anak lelaki saudara perempuannya.

5.1 ASAL USUL ADAT PERPATIH

Adat ini diasaskan oleh Datuk Parapatieh Nan Sebatang atau nama
lainnya Datuk Perpatih Nan Sebatang. Terdapat juga undang-undang
awal yang pernah dijadikan panduan seperti Undang-undang Si
Mumbang, Undang-undang Si Gamak-gamak, Undang-undang Si lamo-
lamo dan Undang-undang Tariek Baleh.

Undang-undang Si Mumbang Jatueh menjadikan masyarakat


Minangkabau menjauhkan diri dalam hal yang berkaitan dengan orang
besar. Jika tidak mengikut undang-undang ini, masyarakat percaya
malapetaka akan tertimpa ke atas orang tersebut. Undang-undang Si
Gamak-gamak pula lebih kepada pentingkan diri sendiri di mana
kebajikan diri sendiri dititikberatkan tanpa mempedulikan kepentingan
orang lain. Sebagai contoh, seseorang itu disuruh melakukan sesuatu
kerja oleh pemimpin dan orang tersebut harus melakukannya segera
walaupun kerja tersebut akan menyusahkan orang lain. Selain itu,
terdapat juga Undang-undang Si Lamo-lamo. Ia seperti Undang-undang
Si Gamak-gamak yang lebih mementingkan diri sendiri tetapi ia juga
menekankan hubungan rapat antara pemerintah dengan golongan rakyat
yang mempunyai kepentingan diri. Seseorang itu perlu mengampu
golongan atasan untuk meninggikan taraf. Undang-undang yang terakhir
ialah Undang-undang Tariek Baleh. Undang-undang ini amatlah bagus
kerana menekankan keadilan.Undang-undang yang tidak memberi
manfaat kepada rakyat diperbaiki supaya masyarakat tidak ditindas oleh
golongan atasan.

Adat ini kemudiannya diperbaharui oleh Sutan Balun supaya


masyarakat dapat mengatur hidup dari aspek sosial, ekonomi mahupun
politik. Terdapat empat jenis aturan atau adek dalam masyarakat
Minangkabau iaitu adek nan sabana adek, adek nan teradek, adek nan
diadekkan dan adat istiadat.

Adat perpatih masih diwarisi oleh generasi kini. Ia masih menjadi


teras dalam masyarakat Minangkabau. Ia boleh dilihat di Negeri Sembilan
di mana terdapat Yang Dipertuan Besar dan dibantu oleh empat orang
Undang Luak. Terdapat juga ketua adat-adat lain seperti Lembaga dan
Buapak.

6.0 MAKANAN TRADISIONAL

Orang minang amat terkenal dengan masakan pedas. Salahsatu


menunya ialah masak lemak cili api. Ia memerlukan santan kelapa dan
cili api giling yang banyak serta kunyit hidup,bawang merah dan bawang
putih serta ayam. Selain itu, terdapat juga rendang minang. Rendang
adalah seperti makanan wajib yang disediakan pada hari keramaian.
Bahan-bahan asas yang diperlukan untuk membuat rendang ini ialah pati
kelapa dan cili api yang banyak. Ia enak dimakan dengan lemang atau
ketupat.

Selain itu,lemang juga merupakan salahsatu makanan tradisi


masyarakat Minangkabau. Lemang adalah suatu kemestian terutamanya
apabila musim perayaan menjelang. Cara membuat lemang ialah
mencampurkan pulut serta santan ke dalam ruas-ruas buluh. Kemudian,
ia dibakar dengan api yang sederhana besar.

Pulut sambal adalah satu kemestian untuk dibuat dan disajikan


kepada para tetamu yang bertandang semasa hari perkahwinan. Pulut ini
dimakan dengan sambal tumis.Pulut tersebut berwarna kuning.Ia
diperbuat daripada pulut yang dicampur dengan santan.

Kuih lopis juga merupakan kuih tradisional masyarakat


Minangkabau. Kuih ini diperbuat daripada pulut yang ditanak dan
kemudiannya dicampurkan dengan santan supaya menjadi lemak.Ia
dimakan dengan gula melaka yang cair.

7.0 KESENIAN

7.1 SENI MUZIK

Masyarakat Minangkabau terkenal dengan caklempong. Ia selalu


dimainkan bagi meraikan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan.
Mereka bermain caklempong sambil menyanyikan lagu dalam loghat
Minangkabau. Lagu yang dinyanyikan berbentuk cerita lawak atau
nasihat. Pemain muzik akan memakai baju melayu yang diikat dengan
renda pada kepala dan pinggang supaya tampak kemas serta berdisiplin.
Terdapat juga masyarakat yang menari tarian tradisional mereka sambil
diiringi caklempong.

7.2 SENI TARI

Seni tari adalah salahsatu aspek yang menunujukan budaya


Minangkabau. Terdapat dua jenis seni tari yang terkenal dalam
masyarakat Minangkabau iaitu tarian lilin dan tarian piring. Tarian lilin
mempunyai kisahnya yang tersendiri iaitu mengisahkan seorang gadis
yang sunyi kerana ditinggalkan tunangnya dan ianya terubat dengan
sebebtuk cincin pemberian tunangnya.Gadis tersebut mencari cincin
tersebut sehingga lewat malam. Gerakan mencari cincin seperti
menghulurkan tangan serta membongkokkan badan dimasukan dalam
tarian ini.
Tarian piring juga terkenal dalam masyarakat ini. Ia memerlukan
penari untuk memegang dua buah piring dan dia perlu memakai cincin
daripada besi di jari tengah. Penari akan menari melenggokan badan dan
pada masa yang sama mengetukkan cincin besi itu pada piring yang
dipegangnya.

8.0 PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional masyarakat Minangkabau menunjukkan identiti


mereka sendiri. Randai dan sepak rago adalah contoh permainan
tradisional. Randai amat terkenal dalam masyarakat kerana ia
menggabungkan seni lagu,muzik,tari, drama dan silat. Dalam erti kata
yang lain, ia seperti teater. Permainan Randai dilakukan dengan
membentuk lingkaran kemudian melangkah kecil-kecil secara perlahan,
sambil menyampaikan cerita serta nyanyian secara bergantian, dengan
diselangi gerakan tarian dalam setiap cerita. Semua gerakan randai
diketuai oleh salah seorang pemain randai yang digelar Janang.
Sepak rago juga salahsatu permainan tradisional masyarakat
Minangkabau. Permainannya seperti sepak takraw. Perbezaannya ialah
bola sepak rago diperbuat daripada daun kelapa muda yang dianyam dan
berbentuk kubus. Jumlah pemain adalah antara 5 hingga 10 orang.

9.0 BAHASA DAN LAGU

9.1 BAHASA

Bahasa Minang (Baso Minang) merupakan bahasa atau dialek


yang digunakan oleh Orang/ Kaum Minangkabau di Sumatera
Barat dan barat Riau di Indonesia, begitu juga di Negeri Sembilan
di Malaysia, ada leluhur Minang yang merantau dari Sumatera ke
Negeri Sembilan.

Ada pendapat yang mengatakan Bahasa Minang adalah


loghat bahasa Melayu dan bukannya bahasa tapi ada juga yang
member pendapat sebaliknya. Antara contoh ayat Minang adalah
seperti berikut berserta maksudnya dalam bahasa Malaysia.

Bahasa Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi, kok kunun


Minangkabau: manusia
Bahasa Melayu: Sedangkan pohon di rimba tidak sama tinggi, apa lagi
manusia

Bahasa Co a koncek baranang co itu lo inyo


Minangkabau:
Bahasa Melayu: Bagaimana katak berenang,begitulah pula dia
Bahasa Indak buliah mambuang sarok di siko!
Minangkabau:
Bahasa Melayu: Tidak boleh membuang sampah di sini!
Bahasa A tu nan ka karajo ang?
Minangkabau:
Bahasa Melayu: Apa yang kamu akan kerjakan?

Contoh-contoh perbezaan antara bahasa Minang dan bahasa Malaysia dapat


dilihat dari jadual ini:

Akhiran Menjadi Contoh

a o nama—namo, kuda—kudo, cara—caro

al dan
a jual—jua, kabar—kaba, kapal—kapa
ar

as eh batas—bateh, alas—aleh, balas—baleh

ek atau i
at dapat—dapek, kawat—kawek, surat—surek
k

ih iah kasih—kasiah, putih—putiah, pilih—piliah

ing iang kucing—kuciang, saling—saliang, gading—gadiang

ir ia air—aia, pasir—pasia, lahir—lahia

is Ih baris—barih, manis—manih, alis—alih


it Ik sakit—sakik, kulit—kulik, jahit—jahik

uh uah bunuh—bunuah, tujuh—tujuah, patuh—patuah

uk uak untuk—untuak, buruk—buruak, busuk—busuak

langsung—langsuang, hidung—hiduang, untung—


ung uang
untuang

ur Ua cukur—cukua, kasur—kasua, angsur—ansua

us uih putus—putuih, halus—haluih, bungkus—bungkuih

ut uik rumput—rumpuik, ikut—ikuik, takut—takuik

9.2 LAGU

Lagu Minang kebanyakannya berasal dari Sumatera Indonesia


dengan dialek atau loghat Indonesia, tetapi sesetengah lagu
tersebut ada juga dipopularkan kembali dalam bahasa Minang oleh
orang Minang (Negeri Sembilan,Malaysia) sendiri. Antara contoh
lagu Minang yang popular hingga hari dan amat dikenali
terutamanya kaum Minang dan orang Negeri Sembilan adalah
‘Ayam den Lapeh’ nyanyian Ally Noor dan Mastura.

Luruihlah jalan Payo kumboh, Luruslah jalan Paya Kumbuh,


Babelok jalan ka biaro, Berbelok jalan ke Biaro,
Dima hati indak ka rusuah, Dimana hatiku tidak resah,
Ayam den lapeh, [//bagaimana saya tidak resah]
Oi Oi… ayam den lapeh, ayamku terlepas.
Oi oi ayamku terlepas.
Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Kayu Jati, Mendaki jalan Pandai Sikek,
Dima hati indak kamaupek, menurun jalan Kayu Jati,
Awak takicuah, dimana hatiku tidak mengumpat,
Oi Oi… ayam den lapeh, [//bagaimana hati tidak mencaci @
mengeji]
Sikucapang, siku capeh, awak sudah tertipu.
Saeko tabang, siku lapeh, [//awak merujuk kepada diri @
Tabanglah juo nan karimbo, bermonolog sendirian]
Oilah malang juo Oi oi ayamku terlepas.

Pagaruyuang Batusangka, Seekor capang,


Tampek bajalan urang Baso, [//capang = cacat kerana terlebih]
Duduak tamanuang tiyok sabanta, seekor capik, 
Oi takana juo, [//capik = cacat kerana terkurang]
Oi Oi… ayam den lapeh, seekor terbang,
seekor terlepas,
Den sangko lamang nasi tuai, terbanglah jua nan ke rimba.
Kironyo tatumpah kuah gulai, hai lah malang jua.
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai, Pagar Ruyung Batu Sangkar,
tempat berjalan orang baso,
Oi Oi… ayam den lapeh, [//baso ada 2 erti, bahasa atau nama
tempat]
duduk termenung tiap sebentar,
[//berkali-kali @ setiap masa]
hai terkenang jua.
Oi oi ayamku terlepas.

Kusangka lemang nasi tuai,


[//sejenis makanan]
kiranya tertumpah kuah gulai,
awak ke pasar sudah selesai,
[//pasar sudah tutup]
alangkah malangnya diri ku.
Oi oi ayamku terlepas.

Lagu ini menggambarkan banyak keadaan dan intepretasi,


antaranya ia menceritakan tentang seseorang yang bernasib malang
apabila keempat-empat isterinya (atau buah hatinya) menjauhkan atau
membawa diri dari individu tersebut.

-  mengambil kira empat ekor ayam, setiap seekor darinya capang,


capik, terbang, dan terlepas ke rimba.
- Dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog
sendirian

Selain itu, lagu ini juga berkemungkinan menggambarkan tentang


seorang lelaki yang cuba memikat dua wanita pada satu masa. Tetapi
usahanya sia-sia sahaja.

- 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke
rimba.
- Perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke
pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat.

Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah


nama-nama tempat di Sumatera Barat

Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya


Kumbuh dan Batu Sangkar. Istana Besar Pagar Ruyung sudah terbakar
pada 27 Februari 2007
-Lemang Nasi Tuai merujuk kepada Pulut Kuning

(Lemang Nasi Tuai yang disangka sebenarnya nasi yang berkuah


gulai)

Gulai dalam hal ini ialah gulai kuning

10.0 SENI BINA

(Seni bina warisan seni Minangkabau)

Seni ukir atau seni bina menggambarkan bentuk budaya bagi orang yang
membina atau mendiami dan memilikinya. Rumah tradisional
minangkabau amat unik kerana ia menggambarkan adat perpatih yang
terkenal dan sinonim dengan rakyat Negeri Sembilan. Corak seni bina
juga amat terkenal pada kaum/etnik Minangkabau dan dikenali di
Malaysia dan Indonesia. Seni Bina ini jelas terlihat pada ukiran dan seni
bina struktur sesebuah rumah.

Seni bina rumah yang menggunakan seni ukir Minangkabau juga


dikenali sebagai rumah gadang. Gaya seni bina, pembinaan, hiasan
dalaman dan luar, juga fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai
Minangkabau. Rumah gadang selalunya adalah sebuah tempat tinggal,
dewan untuk mesyuarat keluarga atau aktiviti upacara.
Masyarakat Minangkabau mengamalkan dasar matrilineal, oleh itu, rumah
gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ – dan
dasar kemilikan adalah diperturunkan dari ibu ke anak perempuan.

Antara contoh bangunan yang menggunakan seni bina dan seni


ukir Minangkabau adalah Istana yang dijadikan sebagai tapak Muzium
Negeri Sembilan dan pelbagai lagi rumah Minang lama yang boleh dilihat
kebanyakannya di daerah Jelebu dan banyak lagi.
Ciri-ciri bentuk seni bina

- mempunyai bumbung panjang dan lentik dengan kedua-dua hujung


bumbungnya naik ke atas sedikit.
- mempunyai rumah ibu, atau rumah tengah serambi serta loteng dan
pada dindingnya
- Berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu untuk mengelakkan
gangguan atau serangan haiwan liar
- Diperbuat dari kayu yang bermutu tinggi dan atapnya juga daripada
kayu.
- Ukiran-ukiran yang menarik pada bahagian hadapan rumah.
- kukuh dari segi binaannya
- bernilai dan cantik dari segi reka bentuk seninya

Antara seni ukir Minang pada Istana yang berusia 154 tahun ialah
istana yang tidak menggunakan paku ini masih kekal dan dipelihara
sehingga sekarang. Istana ini boleh dilihat di Muzium Negeri Sembilan
11.0 PENUTUP

Masyarakat Minangkabau kaya dengan adat serta budaya mereka. Asal


usul nama Minangkabau adalah daripada menang kerbau. Ia didapati daripada
peristiwa adu kerbau antara pihak putera Jawa dan kerajaan
Minangkabau.Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat serta
budaya mereka seperti pembahagian harta. Contohnya,mereka percaya bahawa
harta material harus diberikan kepada anak perempuan.

Selain itu, adat untuk upacara perkahwinan pula seperti pinang-


maminang, batimbang tando,malam bainai, pernikahan, basandiang serta
menjalang. Masyarakat Minangkabau mempercayai bahawa pinangan diketuai
oleh ibu bapa si gadis setelah calon suami telah dijumpai.Batimbong Tando pula
ialah mengenai upacara pertunangan. Belanja hantaran perkahwinan pula diberi
oleh pihak gadis tetapi hanya berlaku dalam suku kaum Pariaman. Masyarakat
Minangkabau mempunyai banyak suku kaum seperti Suku Piliang, Bodi
Caniago, Tanjuang, dan Pariaman. Masyarakat Minangkabau mempercayai
bahawa mereka tidak boleh mengahwini sesama suku masing-masing.

Masyarakat Minangkabau juga terkenal dengan masakan pedas. Masak


lemak cili api amat terkenal dalam masyrakat Miangkabau. Mereka juga pandai
memasak kuih –muih seperti kuih lopis. Mereka juga kaya dengan seni tari yang
unik seperti seni tari lilin dan piring. Mereka mengiringi tarian dengan cak
lempong. Mereka juga terkenal dengan hasil seni yang cantik yang diperbuat
daripada kayu yang bermutu tinggi.

Oleh itu, masyarakat Minangkabau amat kaya dengan budaya serta adat
yang masih diamalkan sehingga sekarang. Ia perlu diamalkan bagi mengekalkan
identity sesebuah masyarakat.

BIBLIOGRAFI

Tiada Nama Pengarang. (2008). Asal-Usul Minangkabau.

http://indoculture.wordpress.com/2008/05/15/asal-usul-
minangkabau/. Diakses pada 20 Mac 2012.

Tiada Nama Pengarang. (2010). Kebudayaan Suku Minangkabau.

http://wahyuditeguhs-difablog.blogspot.com/2010/01/kebudayaan-
suku-minangkabau.html. Diakses pada 26 Mac 2012.

Jasman, A. & Rosnah, R. (1997). Masyarakat Baba. Associated Educational

Distributors (M) Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.


Faaris, Luahan Hati Aturan Minda ,  http://puisi-si-
huba.blogspot.com/2010/05/ayam-den-lapeh-dengan-lirik-
bahasa.html. Diakses pada 17 Mac 2012

Tiada nama pengarang, Arkib Negara Malaysia - Rumah Melayu Negeri


Sembilan.  http://www.arkib.gov.my/rumah-melayu-negeri-sembilan1 .
Diakses pada 18 Mac 2012

REFLEKSI

NAMA: FARIZA AINA BINTI MOHD

KULIAH: PISMP 3.08

Semester ini, bagi subjek Hubungan Etnik (WAJ 3106), kami telah
ditugaskan untuk membuat suatu kajian mengenai etnik di Malaysia. Kumpulan
kami memutuskan untuk memilih etnik dari suku kaum Minangkabau.

Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman berguna telah saya perolehi


sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah, saya lebih terdedah
kepada ilmu mengenai pelbagai jenis etnik yang terdapat di Malaysia
terutamanya suku kaum Minangkabau.

Banyak keistimewaan dan keunikan yang terdapat dalam suku


Minangkabau ini. Masyarakat ini sememangnya dikenali masyarakatnya yang
berpegang teguh dengan adat resam yang diamalkan. Hal ini menjadikan suku
ini terlalu menarik untuk dikaji.

Selain itu, saya juga dapat menimba pengalaman dalam menemubual


seorang individu dari suku Minangkabau. Banyak ilmu dan info berguna yang
saya perolehi daripada beliau semasa sesi temuabual tersebut untuk dimuatkan
dalam hasil dapatan kajian kami. Di samping itu, saya juga dapat mengasah dan
memperbaiki teknik dan kemahiran berkomunikasi dan menemubual dengan
lebih baik. Hal ini kerana, semasa sesi temubual, pemilihan dan penggunaan
bahasa yang baik adalah amat penting bagi melancarkan proses temubual dan
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di samping itu, secara tidak langsung, melalui tugasan ini juga mampu
menjadikan saya lebih menghormati dan menghargai setiap etnik dan suku kaum
yang terdapat di Malaysia ini. Hal ini kerana, mereka adalah unik dan menarik
untuk difahami dan diterokai.

Intihanya, tugasan ini banyak memberi kebaikan kepada saya. Ia


menjadikan saya lebih menghargai etnik di Malaysia dan memahami mereka
dengan lebih baik.
REFLEKSI

NAMA: IRA FARHANA BINTI MOHD ISMAIL

KULIAH : PISMP 3.08

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Encik Saipo Bin
Ayob kerana memberi saya dan kumpulan saya peluang untuk membuat kajian
mengenai masyarakat Minangkabau.Masyarakat ini mempunyai banyak adat
yang menunjukkan identity mereka.

Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang


terpaksa saya lalui dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Terdapat banyak kerja
kursus dan aktiviti lain yang bertembung pada suatu masa sehingga
melemahkan semangat saya. Kumpulan kami juga mempunyai masalah untuk
mencari maklumat tetapi akhirnya,saya berjaya menjumpai sebuah buku
mengenai masyarakat Minangkabau.Namun, sebagai bakal seorang pendidik
saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan cuba berfikiran
positif untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Tugasan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya mengenai


masyarakat lain. Selama ini saya hanya pernah mendengar mengenai
masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan adat mereka tetapi selepas
membuat tugasan ini, saya lebih memahami tujuan adat yang mereka pegang.
Disebalik setiap adat yang mereka laksanakan,mempunyai kelebihan
disebaliknya. Contohnya asal usul adat perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih
Nan Sebatang dan kemudian diubah oleh Sutan Balun supaya masyarakat dapat
mengatur hidup dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

Selain itu, ia menyedarkan saya bahawa budaya serta adat itu amatlah
penting. Ia menggambarkan bahawa budaya serta adat dapat mengekalkan
identiti masyarakat itu sendiri. Ia bagus untuk generasi baru mengetahui asal
usul serta budaya nenek moyang mereka agar mereka tidak hilang identiti.

Oleh itu, saya amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama membuat
kerja kursus ini. Ia membuatkan saya berasa pentingnya adat serta budaya
sesebuah masyarakat kerana sebelum ini saya tidak mengetahui kepentingan
adat serta budaya yang diamalkan oleh pelbagai jenis lapisan masyarakat. Saya
sebagai bakal pendidik harus peka akan setiap adat dan budaya pelbagai
masyarakat agar tidak menyentuh isu sensitif ketika mengajar.
REFLEKSI

NAMA: NUR ASYIQIN BINTI MOHD RAZLI

KULIAH: PISMP 3.08

Alhamdulillah, Segala puji kepada Allah, akhirnya saya dan rakan-rakan


berjaya menyiapkan tugasan Hubungan Etnik yang pertama ini. Saya rasa teruja
sewaktu tugasan ini diberikan kepada kami semua kerana saya berpendapat,
kami berpeluang untuk mengenali dan mengkaji susur-galuk setiap etnik dengan
mendalam dan terperinci.

Tambahan pula, apabila saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk


memilih etnik Minangkabau, saya semakin bersemangat. Saya orang Negeri
Sembilan tapi saya kurang memahami budaya dan etnik Minangkabau itu
sendiri, jadi melalui tugasan ini bukan sahaja saya dapat mengkaji malah saya
dapat memahami keunikan Minangkabau itu sendiri.
Saya pergi ke Muzium Negeri Sembilan sewaktu cuti sekolah dan saya
sempat bergambar di Istana lama Negeri Sembilan yang dipindahkan dan
dijadikan sebagai Muzium. Menurut penerangan staf Muzium, Istana itu tidak
menggunakan sebarang paku yang mana saya tahu keunikan hasil seni Minang
tidak menggunakan sebarang paku, tetapi itu merupakan kali pertama saya
melihat ukiran dan seni bina istana tersebut yang berusia sekurang-kurangnya
154 tahun.

Pelbagai pengalaman dan ilmu baru saya peroleh sewaktu melakukan


tugasan ini dan saya sangat seronok dalam mempelajari budaya dan etnik
kerana ia membina jambatan dalam mengeratkan hubungan dan menghormati
sesama rakyat dan jiran tetangga.

You might also like