You are on page 1of 10

Lagu dalam Pengajaran Tatabahasa Bahasa Inggeris : Inovasi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

Aqilah Izzati Binti Azam Fairuz, Asna Hazima Binti Mohd Alias dan Salwa Binti Wahidan
Pengkhususan Bahasa Inggeris
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 012-8832671
e-mel: aqilah_izzati@msn.com

PENDAHULUAN

Merujuk kepada misi yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu

membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti, terdapat pelbagai inisiatif


yang boleh dilaksanakan contohnya melalui inovasi kaedah pengajaran. Inovasi lagu
dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Inggeris ini dilihat mampu menjana minat murid-
murid dalam memahami konteks pembelajaran dengan mudah. Penggunaan lagu
merupakan medium yang sangat efektif dalam membantu murid-murid terutama sekali
golongan murid yang lemah dalam mempelajari dan memahami tatabahasa Bahasa
Inggeris melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan.

PERMASALAHAN/KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIJALANKAN

Berdasarkan pengalaman yang diperoleh semasa menjalani program pengalaman


berasakan sekolah (PBS), guru pelatih mendapati bahawa Bahasa Inggeris merupakan
salah satu subjek yang sukar dikuasai oleh murid-murid.
akan timbul ekoran daripada kurangnya pemahaman terhadapt perkara yang di
pelajaridapat dilihat apabila terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa mempelajari tatabahasa Bahasa Inggeris iaitu:
(a) murid sering mengalami kekeliruan untuk memahami tatabahasa Bahasa
Inggeris.
(b) murid mudah lupa perkara yang telah dipelajari.
(c) murid kurang fokus dan tidak memahami perkara yang dipelajari.
(d) murid kurang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian.
(e) murid kurang keyakinan bertutur dalam Bahasa Inggeris akibat pengaruh
daripada bahasa ibunda.

INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

a) Hubungkait dengan KurikulumStandard Sekolah Rendah ( Language Art )


Salah satu elemen yang terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
( KSSR ) iaitu “Language Art” menggunakan medium seperti cerita,dan juga lagu
untuk menggalakan penglibatan murid-murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penggunaan lagu murid-murid dapat memperkukuhkan
lagi tahap pemahaman mereka mengenai mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Setelah murid-murid menyanyikan lagu “Subjet-Verb Agreement” mereka mampu


menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan “Subject-Verb Agreement”
dengan tepat dan mudah. Ini kerana mereka tidak lagi mempunyai masalah
kekeliruan untuk memahami perkara tersebut. Ini memperlihatkan keberkesanan
penggunaan komponen yang terdapat dalam “Language Art” iaitu lagu.

Walaupun Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan kepada


murid tahun 1 dan 2 sahaja namun konsep yang sama boleh diaplikasikan
kepada murid tahun 3, 4 dan 5. Dengan menggunakan salah satu komponen
yang terdapat dalam elemen “language art” iaitu dengan menggunakan lagu
semasa mengajar “Subject-Verb Agreement” telah membuahkan hasil yang
sangat menguntungkan. Selain daripada memperoleh pemahaman yang jelas
mengenai “Subject-Verb Agreement” ,persekitaran yang kondusif dan juga efektif
juga telah terbentuk.

b) Deskripsi inovasi dari segi pengajaran dan pembelajaran


Inovasi ini merupakan satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan lagu sebagai medium untuk membantu murid-murid dalam proses
memahami “Subject-Verb Agreement”. Melalui inovasi ini, murid-murid akan
diperkenalkan dengan satu lagu kanak-kanak yang telah diadaptasi menjadi
sebuah lagu yang mudah untuk dinyanyikan dan dihafal oleh murid-murid.

Lagu yang telah dinyanyikan oleh murid-murid tahun 4 tersebut menggunakan


melodi yang telah mudah di ikuti. Walaupun lirik lagu tersebut telah di ubah
menjadi lirik baru namun murid-murid mampu menyanyikan lagu tersebut dengan
mudah kerana ianya menggunakan melodi lagu “Are You Sleeping”. Berikut
merupakan lirik lagu “Subject-Verb Agreement” yang telah di nyanyikan oleh
murid-murid tersebut:

I am eating (2x)
Use “I am” (2x)

He is walking
She is walking
“Is” for “He”
“Is” for “She”
We are jumping
They are jumping
“Are” for “We”
“Are” for “They”

You are dancing (2x)


Use “You are” (2x)

Sebelum menyanyikan lagu tersebut murid-murid terlebih dahulu diberikan


sedikit pengetahuan asas mengenai “Subjet-Verb Agreement” agar mereka
mampu memahami bagaimana lagu “Subject-Verb Agreement” tersebut
berfungsi dalam membantu mereka memahami serta tidak keliru mengenai
peraturan penggunaan “Subject-Verb Agreement”.

Melalui hasil kajian yang di peroleh selepas pengimplimentasian inovasi ini


terhadap murid-murid tahun 4 dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan tahap
pencapaian antara sebelum dan juga selepas inovasi ini dilaksanakan. Setelah
murid diajar dan mereka menyanyikan lagu ini mereka dapati bahawa amatlah
mudah bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan “Subject-Verb
Agreement”. Ini kerana mereka tidak lagi mengalami masalah kekeliruan untuk
memahami “Subject-Verb Agreement” .

c) Butir-butir lain seperti tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan


jumlah kos operasi.
Tarikh Inovasi dimulakan : 25 Mei 2012
Bilangan Anggota : Tiga orang guru pelatih Pengkhususan
Bahasa Inggeris
: Aqilah Izzati Binti Azam Fairuz
: Asna Hazima Binti Mohd Alias
: Salwa Binti Wahidan
Responden : Murid-murid tahun tiga
(untuk subjek Bahasa Inggeris)
Jumlah Kos Operasi : RM 1.00 (sehelai manila kad)

d) Keadaan pelaksanaan inovasi


Berikut merupakan langkah-langkah pelaksanaan inovasi ini :
Bil. Tarikh Perkara Implikasi
1. 28/05/201 1. Guru pelatih melakukan 1. Guru memberi
2 perbincangan dengan guru respon baik
sekolah berhubung lagu terhadap
“Subject Verb Agreement” yang penghasilan lagu.
telah dihasilkan. 2. Guru berpendapat
bahawa
penggunaan lagu
dapat membantu
murid memahami
pembelajaran
terutama sekali
murid yang lemah.

2. 30/05/201 Set soalan pertama (aras mudah) 1. Murid menghadapi


2 Sebelum lagu dipelajari masalah untuk
1. Seramai 10 orang murid tahun memilih jawapan
empat diperoleh dan yang tepat
dikumpulkan. 2. Murid tidak yakin
2. Murid-murid menjawab soalan dengan pilihan
set pertama iaitu set soalan jawapan yang
yang mudah. telah dibuat.
3. Guru pelatih memperkenalkan
lagu “Subject Verb Agreement”
kepada murid-murid tersebut.

Selepas lagu dipelajari


1. Murid-murid menjawab soalan 1. Hampir semua
set pertama buat kali kedua pelajar dapat
dengan mengaplikasikan lagu menjawab semua
yang telah dipelajari. soalan dengan
betul.
2.
3. 04/06/201 Set soalan kedua (aras sederhana)
2
1. Memori dan pemahaman murid- 1. Murid-murid dapat
murid tentang “Subject Verb menjawab soalan
Agreement” diuji dengan dengan baik
menjawab set soalan kedua iaitu dengan kesalahan
soalan aras sederhana. yang minimum.
2. Murid-murid menjawab soalan
dengan berbantukan lagu
“Subject Verb Agreement” yang
telah dipelajari.

4. 06/06/201 1. Murid menjawab soalan set 1. Murid-murid masih


2 sederhana buat kali kedua. lagi dapat
2. Guru pelatih melihat konsistensi menjawab soalan
pemahaman dan daya ingatan dengan baik
murid-murid terhadap lagu yang dengan kesalahan
dipelajari. yang minimum.
Carta pai 1 menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi tahap pemahaman
murid-murid tentang topik “Subject-Verb Agreement setelah lagu diperkenalkan.
Bilangan murid yang dapat menjawab soalan dengan betul semakin bertambah.
Mereka juga lebih yakin dengan pilihan jawapan yang telah dibuat.

Merujuk kepada carta pai 1, majoriti murid-murid iaitu seramai 70% tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan dengan betul sebelum mereka belajar lagu “Subject-
Verb Agreement”. Namun,setelah murid diajar lagu tersebut peratusan murid yang
berjaya menjawab soalan dengan betul telahpun meningkat menjadi 90%. Justeru,
permasalahan yang dihadapi oleh murid iaitu sering keliru mengenai “Subject-Verb
Agreement” dapat diatasi.

Sebelum Lagu Selepas Lagu


Diperkenalkan Diperkenalkan

betul 10% betul


30%
salah salah

70%

90%

Carta Pai 1: Perbandingan Hasil Kajian Sebelum dan Selepas Lagu Diperkenalkan

Dengan menyanyikan lagu “Subject-Verb Agreement” murid-murid dapat meningkatkan


tahap pemahaman dan daya ingatan mengenai topik tersebut. Setelah menyanyikan
lagu “Subject-Verb Agreement” beberapa kali, murid-murid secara langsung dapat
mengingati lagu tanpa melihat lirik.

Merujuk kepada carta pai 2, peratusan murid-murid yang menjawab soalan dengan
betul adalah sebanyak 70% pada percubaan kali pertama manakala pada percubaan
kedua peratusan murid yang mampu menjawab soalan dengan betul meingkat menjadi
90%. Hal ini menunjukkan bahawa daya ingatan murid-murid ini telah pun meningkat
dari semasa ke semasa.

Percubaan Pertama Percubaan Kedua

30% 10%
betul betul
salah salah

70%
90%

Carta Pai 2: Tahap Pemahaman dan Daya Ingatan Murid Mengenai Topik
“Subject-Verb Agreement”

FAEDAH-FAEDAH PELAKSANAAN INOVASI


Setelah inovasi ini dilaksanakan terhadap murid-murid tahun tiga, terdapat pelbagai
impak positif yang dapat dilihat dari perspektif pengajaran dan pembelajaran, murid,
guru dan sekolah.

i) Impak kepada Pengajaran dan Pembelajaran


(a) Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani, jasmani dan sosial.
(b) Pembelajaran menarik dan efektif
(c) Hasil pembelajaran tercapai
(d) Pembelajaran tatabahasa Bahasa Inggeris mudah difahami dan diingati

ii) Impak kepada Murid

(a) Mengelakkan kekeliruan semasa belajar tatabahasa Bahasa Inggeris


(b) Menarik minat murid-murid menggunakan Bahasa Inggeris denganlebih
kerap
(c) Mengimbangi penggunaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
(d) Mudah mengingati tatabahasa Bahasa Inggeris
(e) Menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif
(f) Meningkatkan motivasi untuk menguasai tatabahasa Bahasa Inggeris

iii) Impak kepada Guru

(a) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa


Inggeris
(b) Meningkatkan daya kreativiti dalam memvariasikan medium pengajaran
(c) Merealisasikan matlamat pendidikan selari dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia
(d) Menyahut seruan tema Hari Guru Tahun 2012 iaitu “Guru Inovatif
Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”

iv) Impak kepada Sekolah

(a) Memenuhi visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia


i. Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

ii. Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
(b) Pencapaian meningkat bagi subjek Bahasa Inggeris
(c) Membudayakan pertuturan Bahasa Inggeris dalam kalangan warga
sekolah

PENUTUP
Dalam era globalisasi, lagu merupakan satu norma dalam diri murid-murid. Justeru,
lagu bukan sahaja untuk berhibur malah murid-murid boleh menggunakannya sebagai
satu medium untuk memperoleh ilmu pengetahuan contohnya ilmu tatabahasa Bahasa
Inggeris. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang kreatif serta inovatif demi melahirkan individu murid yang
mampu menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

You might also like