You are on page 1of 11

Asal Usul Baba Dan Nyonya

1. Segolongan keturunan kaum Cina yang unik


kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di
Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka.
2. Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih
600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk
berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin
dengan masyarakat Melayu.
3. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa
mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa
bahawa mereka adalah rakyat British dan amat
berbangga dengan kedudukan ini.
4. Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang
baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.
5. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau
Peranakan kerana kebudayaan mereka, yang berasal
daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
6. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap
suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman
silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama
mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil
mereka sebagai Baba.
7. Kebanyakannya masih mengekalkan agama
tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang
memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular
di kalangan remaja.




Pakaian
1. Terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan
batik sarung) dan kerongsang.
2. Rekaan kasut manek tradisional sering
memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya
dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik.
Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan
dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.
3. Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya
tersendiri, terutamanya kebaya encim, serta
mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang
bermotifkan Cina.

Bahasa
1. Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur
bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan
ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan
Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu.
2. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam
pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa
Hokkien.
3. Saya = goa (bahasa Hokkien)
4. Anda = lu (bahasa Hokkien)
5. Dia = dia (bahasa Melayu)
6. Kita = kita (bahasa Melayu)

Budaya
1. Kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan
mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih
menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam
loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal
daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.
2. Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila
Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan,
banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-
dua negeri ini.
3. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam
bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat
difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan
mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan
Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka
makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga
orang-orang Melayu.
4. Tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian
kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki
kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak
bertamadun.
5. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan
tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Agama

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional
Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung,
sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat.
Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia
meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.





Masakan

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan Nyonya
yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya
ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam
goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang
dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.




Perkahwinan

1. Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar
menmperisterikan atau mempergundikkan wanita
Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau
Sumatera.Hasilnya, suku Baba dan Nyonya
memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu
yang bersinergi.
2. Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20
menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini
wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada
kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin
dari China atau menghantar anak perempuan ke China
untuk mencari suami.
3. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan
pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya
paling menggemari chin choay atau perkahwinan
matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.
4. Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu
bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara
yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin
idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama
Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek
moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama
Kristian.
5. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak
mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara
perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di
Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu
berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam
bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan.
6. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu
bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan
perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran
berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak
berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan
tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara
berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian
menyerikan lagi persembahan.
7. Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan
satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung
selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama
berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang
untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala
urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan
diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh
membantah keputusan orang tua. Jika seseorang
perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun
mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka
juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari
jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan
berkahwin dalam usia 20 tahun.
8. Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya
bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima
rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki.
Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh
melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih
satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan
kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan
dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini
dipanggil antah sireh. Masyarakat baba nyonya tidak
menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka
menghantar wang yang mengandungi kacang , limau,
dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang
nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-
rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini,
walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih
tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga
ke majlis perkahwinan itu.




Muzium

1. Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan
Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti
Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium
Peranakan (Singapura).
2. Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari
muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan
pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-
kedai makan Nyonya di Singapura, Pulau Pinang,
Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat.
Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di
pasar malam Jonker Street.
Pantang Larang

1. Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya
kepada pawang dan bomoh. Tujuan mereka pergi
berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong
menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut
daripada mengganggu anak mereka.
2. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada
waktu senja. Mereka percaya bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak
dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut
dikehendaki membawa barangan yang diperbuat
daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.
3. Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan
perubatan tradisional dalam perubatan penyakit.
Contohnya dalam penyakit demam campak atau
Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan
berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar
untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

You might also like